Kalau boleh nak ‘lelong’ atau ‘trade in’ suami, pandai main burung je tapi kering smpai nak beli pampers anak pun boleh mintak dgn bini yg xkerja ni

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada tak sesiapa nak suami aku ni? Aku nak lelong murαh murah jer. Gduh dgn suami hari ni. Pvncanya agak remeh namun aku tak tahu kenapa kemαrahan aku bagaikan nαga yg siap sedia menghamburkan api dan membαkar apa sahaja di depanku. Alkisahnya begini. Pagi ini aku bagitahu suami, aku terasa nak makan roti canai di warung berhampiran rumah ibuku.

Jarak rumah aku dan ibuku tak jauh. Hanya 7 minit sahaja perjalanan naik motor .Disebabkan motor ada satu sahaja, dan itu sahajalah pengangkutan yg kami ada, aku mintak tolong suamiku hantar aku ke rumah mak. Dan bagi motor kat dia sebab dia nak pergi mengajar burung pulak selepas tu.

Jangan tanya aku bagaimana caranya ajar burung, aku tak tahu. Samada ajar ABC atau alif ba ta, itu aku tak tahu. Dan yaa ternyata itu satu keputusan yg silap. Aku ke sana (rumah ibuku) dgn dua orang anak dan dua beg berisi baju kotor. Nak pergi dobi rasa sayg duit pulak. Jadi pergi basuh baju umah mak aku.

Kenapa tak basuh baju rumah sendiri? Tak ada mesin basuh ker? Ada, mesin basuh ada cuma airnya tαk ada. Kami pakai telaga atau perigi dan musim kemαrau ni air tak banyak. Nak buat mandi boleh. Tapi nak basuh baju tak cukup.

Dah sampai rumah mak dalam pkul 8 pagi, pergi order roti canai, nasi berlauk. Balik rumah makan roti canai, basuh baju dua round. Lepas tu basuh pinggan dan kemas rumah sikit sikit. Si dia belum datang ambik aku.

Aku bebel kat mak kata suami aku ni lambat pulak datang ambik. Mak aku balas kat aku.. tak janji ker pkul berapa nak mintak dia datang ambik? Aku cakap tak. Tunggu punya tunggu pkul 6 baru datang ambik. Hanginnya aku la wei..

Hari ni ada buat makan makan kat rumah adik dia. Aku tak tau kenduri kesyukuran ke solat hajat ker rumah terbuka ka. Tak pergi. Tepon tak angkat angkat. Bertalu talu aku tepon. Saakitnya hati wei. Macam mana nak pergi umah adik dia tu kan.

Dia datang dah pkul 6 lebih. Pulak tu dia puasa. Balik bebel bebel aku tak masak utk dia yg tak ada lauk nak buka puasa. Jadinya aku ni bibik dia utk masakkan makanan utk dia jelah? Kami gadvh besar. Aku memang saakit hati jadi aku menjawab. Dia tak ada minta maaf langsung

Aku dahla banyak kerja nak buat. Nak setelkan tanam pokok bunga. Nak cabut rumput. Nak setelkan basuh baju dan kemas rumah. Nak jemur baju. Nak pergi rumah makcik bincang pasal nak buka kedai roti. Semua plan tak jadi sebab dia. Rumah aku tak ada air sebab kami pakai air perigi atau telaga yg tak cukup dalam. Dah janji nak panggil orang boring air tapi takleh setel.

Duit m4kin kurang. Rumput pαnjang. Nak panggil orang mesin rumput katanya baik racun baru lambat sikit tumbuh semula. Nak beli rcun, nak beli pam racun kos RM100 lebih tak ada duit. Katanya nak panggil orang rcun. Tapi takleh setel jugak.

Rumah dah macam rumah hαntu. Dah macam rumah tinggal. Rumput panjang boleh simpan gajah. Rumah sempit. Duit tak ada. Kereta baru jer jual. Sebab apa? Takda duit nak baiki kereta. Sebab tak kerja. Duit jual kereta katanya nak buat modal pergi kerja kat KL. Pergi seminggu dah balik. Kerja tak dapat. Duit habis. Main burung memang juara. Habis duit, habis masa tak apa. Tak cukup duit m4ki bini

Tahun 2017 aku d3pr3ssion. Mood swing teruk sangat. Masa tu dia dapat projek agak besar. Bolehlah bagi aku RM200 seminggu. Bagi 200 mintak balik 100 apalah ertinya kan. Duit tu aku buat beli pokok bunga nak tanam konon nak buat meniaga kecil kecilan utk tambah pendapatan. Dim4ki hamvnnya aku katanya boros pandai perabis duit lαki saja.

Aku akui aku agak boros. Tapi setakat makan KFC 2 kali setahun, makan chicken rice shop sekali dalam masa 7 tahun, beli pizza dominos dan pizza hut masa promosi yg RM5 satu pan kecik makan sorang pun tak cukup tu, dikatanya aku membazir.

Sedangkan aku masa tu mengandung, teringinnyaaaaaaaaaaa Allah saja yg tahu. Baju cuma beli time raya. Baju dia, seluar dia, kasut dia 2 3 ratus sehelai atau sepasang takpa. Baju anak anak habis dekat seribu takpa. Baju aku bawah RM100. Tu pun masih lagi aku yg boros.

Pakaian dalam pakai dαh lunyai, pakai 5 6 tahun pun tak ganti. Lipstik harga RM10 sebatang 3 tahun tak habis pakai. Pencuci muka, fondesen segala memang tak sempat nak beli. Nak keluar berjimba dgn kawan kawan jauh sekali.

Kalau aku keluar ke bandar lebih sejam dihamvnnya aku dah mengalahkan rimau seminggu tak makan. Apalah dayaku. Aku tak suka jadi surirumah. Aku tak suka jadi miskin. Aku tak suka diriku dan hidupku diperkotak katikkan sesuka hati.

Kami ni, time PKP ada duit RM1000 boleh makan 3 bulan. Kalau time bukan PKP RM1000 makan dua bulan. Kadang sebulan belanja tak sampai 300. Sebab apa? Sebab tak ada duit. Tak kerja. Aku kalau boleh trade in laki aku ni memang aku nak. Trade in dgn laki yg lagi hensem, kaya, baik, romantik, penyayg.

Tu pun nasib baik anak ada dua orang jer. Kalau anak 10 orang rasanya kena panggil ustaz Ebit Liew mai tolong. Aku dah bosan hidup miskin. Laki aku hepi beseday tak pernah wish. Enibeseri pun tak pernah wish. Entah ingat entah tidak. Nak dapat kek secret recipe sekeping memang takla. Hadiah memang nehi nehi. Nak dapat emas seurat atau cincin sebentuk pun hampir mustahil

Dulu dia agak jahil, kaki lepak kedai kopi, berembun sampai pkul 2, 3 pagi baru balik. Masuk hutan banat mana entah memikat burung. Memancing. Sekarang dah agak alimmm. Berkawan dgn kaki masjid. Asyik astaghfirullah ajer kat mulut. Asyik balasan isteri derhaka ajer kat mulut. Sudah jadi malaikat. Tapi nak beli pampers anak mintak duit dgn bini. Kalau bini tak bagi memang kena m4ki. So sapa sapa nak laki aku ni kira timbang kilo boleh bisik bisik yer.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Fadilah Johari – Takut campak perigi buta pun menangis jin dalam perigi suh amik laki ko ni. Hala hala. Kalau mampu pergi jauh, tinggalkan. Cerrai.. Bina hidup sendiri. Usaha sendiri. Insyaallah mampu bahgia tanpa dia.

Kamal – Gaya penulisan akak ni nampak sangat akak ni tertekan. Semoga kakak kakak aku dan kawan prempuan yg aku kenal di jauhkan dari lelaki macam tu. Dan semoga abang aku bukn jenis macam ni. Semoga penulis ni sentiasa yakin ALLAH sentiasa ada.

Annisa Mahbubah – Kalau suami suami yg takde fungsi ni boleh dilelong, trade in, rasa rasa ramai dah kena lelong. Tapi itu memang mustahil. Kita tak boleh ubah orang lain dik. Tapi kita boleh ubah diri kita. Makanya pikir pikirkan lah.

Zayati Mokhtar Bazin – Ko ni baik dan penyabar sangat Senah. Ko tulis ni sebab ko saja nak luah sambil hiburkan hati je kan. Serius ko ora yg baik. Kalau tak, dah lama ko blah.

Aku tak nak cakap banyak dan sebenarnya ko hanya layak utk dikatakan, TAHNIAH Senah Sebab ko insan pilihan. Kena kat aku, kompem lari sebelum beranak pertama lagi. Haha. Semoga ko terus bertahan sementara Allah gantikan ko dgn suami yg insaf. Tu je yg ko nak sebenarnya kan? Aku tahu sangat ko ni. Memang dasar orang baik.

Ann Abdul Wahabb– Hahahaha laki ko macam tu bagi free pun orang taknak dik. Baik ko humban jer dalam perigi cetek ko tu. Pastu ko pergi carik kerja, buat bisnes ke. Untung untung dapat la buat modal balik kawin pucuk muda.

Tapi kalau aku memang tak lah aku nak berlaki lagi. Cukup la dah ada anak. Hidup pun bahagia. Tak perlu nak susahkan diri nak basuh layan berak laki. Semoga dipermudahkan hidup kau dik. Daripada kumpul dosa asik kena tarbiyah laki yg rasa dia ahli syurga, baik ko fikir kan jalan nak isi perut ko anak beranak.

Nurul Ain – Teringat ada seorang hamba Allah ni promote husband dia nak cari madu. Last last baru tahu husband dia mistreated dia. If you know you know your husband jenis camtu, patutnya you should not put him up for sale in the first place.

“Tak sempurna iman seseorang daripada kamu jika tidak sukakan kebaikan yg sama utk saudara kamu.”In this c4se, you nak share “keburukan yg sama dgn saudara kamu.”

Norhidayah Yusof – Marah betul, kesian dia. Kak Senah u can do it. Tarik nafas panjang panjang jom kita sama sama cari duit. Tak payah harapkan duit dia. Salah satu masalah besar dalam rumahtangga adalah kewangan.

Kalau tak diuji dgn suami, diuji dgn anak. Kalau tak diuji dgn anak, diuji dgn duit. Kalau bukan duit, mertua. Kalau bukan mertua, adik beradik. Kalau bukan adik beradik, bos dan kerja. Begitulah kak, dunia bukan tujuan, hanya persinggahan.

Izzatie Zatie – Kata penat jadi suri rumah, rumah dekat dgn mak kan. Suruh mak jagakan anak (bayarlah upah). Kenapa tak pergi kerja. Udoh2 pun ada lah duit belanja sikit..Main fb boleh karang ayat, ayat copywriting mesti boleh. Kenapa tak online bussiness dropship ke?

Yaa sepatutnya suαmi bagi duit, tapi kalau kau tak gerak, kebulur saakit hati, tak guna jugak.Nak lelong suami kau pun confirm tak laku. Haha. Hanya sekadar pendapat – Sumber Rentasasia kini. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply