Kami Sedang Tunggu Ahli Baru,Sari Yanti Umum Hamil 6 Bulan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Rasanya belum terlambat untuk kita ucapkan tahniah buat pelakon Sari Yanti yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil enam bulan.

Perkongsian gembira itu dikongsikannya menerusi satu posting di 1nstagram yang telah dikemas kini bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ketiga bersama pelawak terkenal, Jep Sepah.

Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara yang kini berusia hampir dua tahun.

Sambil mengharapkan agar perkahwinan yang dibina kekal selamanya, dia turut merakamkan rasa syukur dalam penantian seorang lagi ahli baru yang bakal hadir dalam keluarga.

“Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat, amin.

“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru, insyaallah.

“Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga,” tulisnya. Malah, bintang drama Cik Serba tahu ini juga mended@hkan, usia kandungannya kini sudah mencecah enam bulan.

Lalu menerusi ruangan k0men, rakan artis termasuk peminat turut mengucapkan tahniah selain memanjangkan doa agar institusi kekeluargaan pasangan selebriti ini kekal selamanya. Malah, ada di antara k0men yang ditinggalkan mendapat jawapan balas dari tuan empunya badan.

Semoga Sari Yanti dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilannya kali ini. Dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan urusan hariannya. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Kredit MH

Leave a Reply