Keluarga suamiku sangat daif smpaikan pernh masuk BERSAMAMU TV3. Bila aku pulang ikutnya balik kampung aku nekad dan suarakan niat hati aku

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Nama aku Salwa (nama pena) berumur 24 tahun dan berasal dari selatan tanah air. Aku berasal dari keluarga yg sederhana dan membesar dalam keadaan ibu bapa yg bercer4i. Aku tinggal bersama ibu ku.

Aku kenal dgn suami ku sekarang ketika aku berumur 19 tahun dan dia berumur 20 tahun. Dia berasal dari keluarga yg miskin dan naif. Dia selalu berasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dgn orang.

Aku mengenali dia ketika kami sama sama bekerja di sebuah hotel yg terletak di Terengganu. Aku jatuh hati pada dia apabila melihat perwatakannya yg lain dari lelaki lain.

Apabila dia nampak perempuan melintas dihadapannya dia akan segera menunduk kan wajah, dan dgn orang tua dia sangat ramah dan berbudi bahasa. Aku tahu dia dari keluarga yg miskin setelah supervisor ku membuka cerita. Dia sepupu suamiku

Pada penghujung tahun 2014 kisah kedaifan kehidupan mereka sekeluarga pernah disiarkan di dalam rancangan BERSAMAMU TV3. Aku buka you tube dan cari, ya benar. Rumahnya kecil, ayahnya sakit, ibunya menoreh getah untuk menyara keluarga.

Dia anak nombor tiga, kakaknya yg pertama menghidap autism. Kakak yg kedua ketika itu bekerja di sebuah kedai baju. Air mata aku menitis ketika adiknya yg berumur 12 tahun berkata teringin memakan KFC ketika ditanya oleh wartawan.

Setelah aku tahu semua itu, aku cuba rapatkan diri dgnnya, walaupun senyum ku tidak berbalas, sapaan ku dipandang sepi, aku tetap berusaha, kerana aku tahu dia istimewa. Pada penghujung tahun 2016, kami mula menjadi rapat setelah dia lali dgn perangaiku, dia melayan aku seperti kawan kawan, cakap antara mahu atau tidak.

Tapi aku tetap berusaha semampu aku. Sehinggalah satu malam dia menghubungi aku dan meminta tolong untuk menghantarkan dia pulang ke kampung, kerana ayahnya sedang tenat. Dia berasal dari Pekan, Pahang.

Ketika sampai di kampung, ibunya melayanku dgn baik setelah dia menjelaskan segalanya tentang aku kepada keluarganya. Ibunya menjamu aku makan nasi putih bersama telur goreng, dan mereka sekeluarga hanya nasi berlaukkan ikan masin.

Adiknya yg paling kecil memandang sepi telur yg dihidangkan kepadaku, aku memberikan kepada dia. Aku tahu dia inginkan telur itu. Aku menyeka air mata yg mula menakung. Takut disedari mereka.

Aku pulang ke Terengganu tanpa dia, dan aku berasa sepi tanpa dia. Akhirnya aku menceritakan niatku yg sebenar, dan dia menolak mentah lamaranku. Mungkin aku seperti perigi yg mencari timba, tapi niat aku ikhlas, aku ingin mempersuamikan dia, dan aku ikhlas untuk membantu dia.

Setiap kali hujung minggu aku sanggup memandu jauh ke kampung dia, untuk menghantar beras dan lauk, aku belikan mereka ayam, daging. Jamu mereka makan sepuas puasnya. Akhirnya dia menerima lamaranku, dgn satu syarat, aku perlu mula berhijab, perlu menutvp avrat dan aku perlu belajar baca al quran.

Aku setuju dgn syarat dia yg mengajarku. Dia setuju. Aku mula dekatkan diri aku pada ALLAH. Aku mula longgar kan pakaian ku, dan aku mula buang semua perangai burukku. Dan aku rela melakukan itu semua bukan kerana cinta tetapi lebih kepada Allah.

Aku sebenarnya sudah lama ingin berubah, tetapi tiada siapa yg boleh membawaku untuk berubah. Dan Allah hadirkan dia membantu aku meraba di dalam kegelapan dan mencari sinar ketaqwaan.

Awal tahun 2018,kami diijab kabulkan dalam suasana majlis yg sederhana. Seperti yg kami impikan, dan Alhamdulillah Allah itu maha besar, aku tinggal bersama keluarga mentuaku, dan rezeki tidak pernah berhenti bertamu di dalam keluarga kami,

aku sedang hamil anak pertama, dan berkemungkinan kembar dua, alhamdulilah rezeki dari Allah. Ramai gadis di luar sana, takut untuk mengahwini seorang lelaki miskin kerana takut masa depan mereka susah, ya aku faham perasaan itu, tapi percayalah janji Allah itu benar.

Apabila kita mendirikan rumah tangga, rezeki dgn sendirinya akan mengalir dan kita perlu berusaha sebaik dan semampu kita. Kami tak pernah kebuluran, Allah ada dgn kami. Rumah kami bukan lagi papan sekarang, sudah upgrade ke batu atas titik peluh kami sekeluarga bekerja.

Adik-beradik suamiku sekarang semua sudah bekerja, malah adik yg paling bongsu juga bekerja atas kemahuan sendiri. Ibu mertuaku masih di rumah menjaga abah yg sedang sakit str0k.

Aku bersyukur kepada Allah, Allah hadirkan aku seorang lelaki yg miskin harta tetapi kaya jiwa. Assalamualaikum dan semoga semua yg membaca pengakuan ku ini akan berjaya di dunia dan akhirat. Dan semoga dianugerahkan pasangan yg kaya jiwa dan boleh memimpin kita ke jalan Allah. Amin. Sumber: Salwa via iiumc

Ini pula kisah ke 2. Harap kisah ini juga menjadi ikhtibar kepada pembaca sekalian. Tajuknya, Kahwinlah walau kau miskin sebab Allah yg jamin akan bagi rezeki

Aku menulis disini, sebenarnya utk kongsi pengalaman sebenar hidup aku, supaya dpt jadi motivasi utk mereka yg mungkin tgh rasa diri useless, gagal..atau sedang tempuhi tempoh masa yg paling sukar dalam hidup mereka. InsyaAllah, selepas kesukaran hidup, pasti datang kesenangan.

Sejarah aku ni, asalnya, bukan baik sangat. Dari sekolah lagi, banyak kes displin, tp aku ni boleh kata budak yg cerdik juga la…cuma nakal-nakal je. Kira mak aku banyak menangis sebab aku ni. Alhamdulillah, mungkin berkat doa dia jugak, aku dapat masuk universiti yg terkemuka walaupun belajar tahapapatah. Dapat pulak course idaman aku, iaitu salah satu bidang profesional yg ada status dalam masyarakat.

Bila masuk u, aku lagi la enjoy..clubbing, layan gigs..enjoy social life, berkawan dgn anak2 org kaya& kenamaan saja.., mabuk benda biasa…jauh benar dari tuhan.. Namun, mcm manapun, study aku masih lagi ok, assignment & projek aku pula antara yg sering dpt perhatian dikalangan pensyarah walaupun bukanlah top student.

Kemuncaknya, aku terpilih mewakili Malaysia melalui U aku ke sebuah program antarabangsa di luar negara setelah menang sebuah award khas drpd sebuah negara barat. Dlm program tu, salah seorang org kuat Universiti di sana bgtau amat berminat dgn segala projek& idea aku, dan bgtau supaya sambung study di sama lepas habis degree aku di M’sia.

Aku jadi teramat yakin yg aku cuma selangkah lagi drpd kejayaan& impian aku bila salah sorg tokoh antarabangsa dlm profesyen aku tu terlihat hasil kerja aku & menyatakan minat utk ambil aku bekerja dengannya. Ketika itu, aku rasa, aku dah berada di landasan untuk menjadi seorang yg ternama & berjaya dalam hidup.

Aku hanya fikir waktu tu, nk habiskan degree aku, dpt status profesional,jadi ‘somebody’ terkenal & akhirnya migrate ke luar negara. Aku pun dah ada girlfriend waktu tu, dan aku fikir dgn semua yg aku ada ini, akan end up well, kahwin dan itu semua dah jadi matlamat hidup aku. Dan..SUDDENLY, pelbagai halangan muncul &semua start berubah satu persatu.

First, aku eks1den teruk sewaktu tgh m4buk. S4kit eks1den tu, buatkan aku rasa takut kalau2 dicabut nyaw4 dlm keadaan mcm tu. Kemudian, mak bapa aku bercer4i, & bapa aku hilangkan diri tinggalkan kami sekeluarga. Kami sekeluarga terpaksa berpindah ke kampung kerana rumah telah ditarik oleh bank. Dalam masa yg sama juga, tiba- tiba, biasiswa aku kena tahan atas sbb2 teknikal kerana waktu tu kegawatan ekonomi.

Girlfriend aku pulak tinggalkan aku & kawan-kawan semasa berseronok dulu pun mula jarakkan diri drpd aku. Aku mulai hilang sumber kewangan utk belajar. Emak aku pulak, bertungkus lumus nk sara kami adik beradik. Tp, aku bgtau, emak tak perlu risaukan aku sbb aku kata boleh survive semua ni utk sedapkan hatinya.

Baygkan, tiada duit satu sen pun drpd mak ayah, dan tiada biasiswa yg ku terima di saat aku sdg belajar, macam mana nak belajar. Mulanya, aku buat pelbagai kerja part time sambil cuba meneruskan pengajian di universiti. Tp, mmg kos hidup tu terlampau tinggi jika nk dibandingkan dgn upah part time waktu tu. Daripada struggle cari duit part time utk support belajar, akhirnya bertukar jd struggle utk aku terus hidup.

Aku buat pelbagai kerja siang malam di KL sbb, nk kena support ibu& adik2 aku yg masih bersekolah di kampung. Kuliah universiti pun aku dah tak dpt pergi mcm dulu dan hidup aku telah berubah drpd seorg mahasiswa kpd pekerja bawahan yg bertungkus lumus utk hidup. Drpd pemuda bersosial yg byk melepak di tempat high class, aku menjadi seorg penjual burger, pencuci pinggan, penjual air minuman, pembasuh kereta.

Semua impian & matlamat hidup aku yg hampir nk dicapai, nampak berkubur. Allah saja yg tahu waktu tu, dgnhati yg teramat-amat sayu, aku akhirnya terpaksa ambil keputusan utk berhenti belajar, apabila aku dgr adik2 aku pun nk berhenti sekolah sbb tak mahu susahkan mak aku. Aku terus menghilangkan diri drpd berhubung dgn kawan2 aku, bukan kerana aku malu, cuma tak mahu simpati drpd sesiapa.

Mulai saat tu, apa-apa matlamat untuk diri sendiri dah aku tak pikir, yg penting saat itu, cuma utk support ibu & adik-adik aku saja. Aku dah tak kisah kerja-kerja bawahan, asalkan dpt sara adik-adikku utk belajar.

Mulanya, aku terus bekerja di ibu kota, sbb byk kerja yg boleh aku lakukan di sini. Siang aku kerja stor, kdg2 jadi kelindan, bila mlm kerja pembantu restoran, hujung minggu jual air di pasar mlm. Dgnpendapatan yg aku dpt, aku dpt kirimkan wang kpd ibuku di kampung. Namun, jarak yg jauh menyukarkan aku utk pantau & uruskan pembelajaran adik2ku.

Akhirnya, aku nekad utk pulang ke kampung. Aku tak memilih kerja, ttp melakukan pelbagai kerja-kerja kampung yg tidak pernah aku terfikir suatu masa dulu. Kerja aku ketika itu membantu di kebun sawit org kampung. Waktu inilah aku rasa titik yg paling memilukan & paling ‘down’ dlm perjalanan hidup aku. Kdg2 aku rasa aku dah gagal dlm hidup, useless & mcm2 perasaan lagi.

Aku tahu, ibuku sentiasa menangis apabila kenangkan apa yg telah aku lalui ini. Kdgkala, aku terfikir juga, kenapa aku yg terpaksa terima semua ni.. Aku paksa & berlakon seolah tiada apa2 berlaku supaya kelihatan tabah didepan ibu& adik-adikku, namun , jauh dalam diri aku, hati aku menangis, merintih, meraung..hanya Allah yg tahu.

Namun, aku sedar, tiada guna utk hidup dlm keadaan bersedih akan benda yg dah berlalu. Jadi, aku latih diri aku utk lupakan sejarah & impian aku dgn kesibukan kerja& membahagiakan org lain. Aku bertekad supaya adik-adikku tidak akan alami apa yg telah aku lalui untuk belajar. Aku belajar utk pasrah dgn apa yg Allah telah tetapkan ke atas diri aku.

Aku positifkan diri aku dan bersyukur dpt bertemu & bergaul dgnpelbagai golongan susah yg sama2 berjuang utk hidup samada ketika di ibu kota dahulu dan ketika di kampung yg tak mungkin aku temui jika aku masih lagi bergelar mahasiswa. Lebih banyak erti kehidupan yg aku belajar daripada golongan susah ini berbanding dgn ilmu yg aku perolehi sewaktu di dewan kuliah di universiti dahulu.

Aku akan cuba membantu siapa saja yg aku dengar dalam kesusahan sekadar yg aku mampu, kerana aku amat tahu akan erti kesusahan hidup. Keperitan hidup ini, hakikatnya, membawa aku hampir kepada Tuhan. Aku gunakan masa yg ada utk dalami ilmu-ilmu agama. Aku sedar betapa lalai dan cuai diri aku sebelum ini.

Ibuku sebenarnya sejak kecil lagi begitu menjaga anak2nya dlm bab agama. Cuma, aku saja yg liar dan nakal kerana ikutkan perasan & jiwa remaja.Hampir setiap mlm, aku akan hadiri kuliah-kuliah di pelbagai masjid dan pusat2 pengajian. Drpd seorg pend0sa, akhirnya, ujian kesusahan hidup dari Allah telah menukarkan aku kpd org yg iltizam dgn agama walaupun masih lagi tak sesempurna org lain.

Benarlah janji Allah dalam Al-Quran, surah An Nur, ayat 32, yg menganjurkan untuk berkahwin meskipun bagi lelaki yg miskin kerana Allah telah berjanji utk mengurniakan rezeki kpd mereka. Mulanya, aku dah hilang keyakinan diri dgn kesusahan hidup ini utk berkahwin. Ada yg memperkenalkan aku dgn beberapa wanita, ttp aku menolak dgn baik kerana fikirkan tanggungan aku sekarang.

Fikiran aku mula berubah, apabila, dlm suatu kuliah tafsir, aku tersentuh dgn penyampaian seorang ustaz tentang ayat 32 surah An Nur. Semenjak itu, aku selalu berdoa untuk dipertemukan dgn jodoh yg baik. Akhirnya, seorang pak cik yg aku kenal dalam kuliah mengajak aku untuk mengikutnya ke rumah kenalannya utk diperkenalkan kpd keluarganya.

Aku sangat terkejut apabila mendapati rakannya adalah seorg yg agak kaya ttp amat menjaga soal agama. Rakannya menyambut kami dgn baik, ttp aku sudah keberatan utk meneruskan apa-apa ikatan dgn mereka. Selepas pertemuan itu, aku cuba untuk elakkan diri dari bertemu dgn mereka kerana rasa tidak mampu untuk memperisterikan daripada golongan berada spt itu.

Pada suatu hari, ketika baru pulang drpd kebun dgn pakaian yg berpeluh dan kotor, aku amat terkejut apabila mendapati wakil keluarga mereka berkunjung ke rumah aku. Aku berasa agak serba salah memandangkan keadaan rumah aku yg sebenarnya agak daif juga.

Akhirnya, aku berterus terang menyatakan kpd mereka supaya mencari lelaki yg lebih sesuai dgn mereka. Namun, rupanya mereka sudah tertarik hati dgn pengorbanan dan tanggungjawab aku terhadap keluarga serta sangat berharap untuk memperjodohkan aku dgn wanita yg baru bekerja sebagai doktor itu.

Dgnberat hati, aku mohon tempoh utk membuat keputusan kerana memikirkan kos perbelanjaan perkahwinan yg agak tinggi, dan adik-adikku di universiti masih lagi memerlukan perbelanjaan drpd aku, walaupun naluri aku amat teringin untuk beristeri.

Setelah aku beristikharah, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkahwin. Aku amat aku terkejut apabila pihak bakal isteriku tidak menetapkan sebarang nilai wang hantaran, manakala mas kahwin hanyalah beberapa puluh ringgit shj. Akhirnya, perkahwinan kami dibuat secara kecil sahaja di pihak aku ibarat kenduri tahlil sahaja.

Selepas berkahwin, aku tidak pernah ingin mengambil kesempatan drpd isteriku atau keluarganya. Aku masih lagi meneruskan kerja-kerja harianku spt biasa, malah isteriku juga, aku latih & biasakan dgn cara hidup yg teramat sederhana. Walaupun, isteriku cuba untuk memberikan perbelanjaan kpd adik-adikku, ttp aku melarang dan menolak kerana tidak mahu terlalu bergantung kpd sesiapa selagi dikurniakan kudrat oleh Allah utk mencari sendiri rezeki.

Apa yg aku minta, hanyalah modal sebuah lori kecil terpakai utk kerja-kerja mengangkat sawit drpd kebun-kebun org kampung. Dgnlori itu juga, aku mula mengambil upah mengangkut bahan binaan. Kenalan aku semakin bertambah dan aku mula menceburi bidang pembinaan. Sedikit demi sedikit, perniagaan aku mula berkembang.

Alhamdulillah, skrg, aku sudah memiliki beberapa buah syarikat yg mengusahakan kebun sawit, sewa lori & traktor, kontraktor pembinaan dan sebuah kedai hardware yg kesemuanya aku bermula dari bawah. Aku tak anggap bahawa aku skrg sudah berjaya dgn semua ini, kerana perjalanan hidup ni masih lagi byk cabarannya. Bagiku, sebenarnya rezeki puluhan pekerja dibawah sykt aku itu hakikatnya drpd Allah, cuma disalurkan melalui aku sebagai pemilik perniagaan.

Dan, apa yg aku miliki skrg ni, tidak mungkin dpt dicapai dgn sokongan tak berbelah bahagi drpd isteriku. Dialah yg sanggup menerima aku ketika aku hampir tiada apa2 dlm dunia ini, sanggup mengangkat aku yg jatuh, memimpin memapah dan memberikan aku semangat utk terus kejar impian semula.

Drpd pengalaman hidup aku ini, aku ingin ringkaskan beberapa pesanan; 1. sekiranya ada peluang utk menjaga ibu, ambillah peluang itu, kerana doa dan restu mereka yg akan menentukan kejayaan kita.

2. sekiranya apa2 yg kita impikan itu tak tercapai, itu bukan bermakna kita telah gagal, ttp Allah telah tetapkan dan akan gantikan dgn perkara yg lebih baik drpd impian kita. Sentiasalah bersangka baik dgn Tuhan.

3. banyakkanlah bergaul dgn orang susah. Byk erti kehidupan yg dpt kita belajar dari mereka. dan bagi para pemuda, dlm mencari pasangan, tak perlulah menunjuk-nunjuk harta atau berpura-pura menjadi org yg kaya raya kerana belum tentu mereka akan mampu bersama kita ketika kita jatuh tiada apa2..

4. utk para wanita pula, jika lelaki itu seorang yg susah ttp gigih bekerja, bimbinglah dan gilaplah potensi yg ada pd dirinya..boleh jd, dgn sokongan kamu, dia akan menjadi lelaki yg paling berjaya dlm hidup kamu..

Sekian, Dari En Pungsukh Wangdu via iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply