Kerana Sayang Noorkhiriah Wakafkan MPV Miliknya Sebagai Kenderaan Jen4zah

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Pelakon wanita berbakat, Noorkhiriah Ahmad antara salah seorang artis di Malaysia yang berjaya menjadi inspirasi peminat dengan imej dan penampilannya yang bertudung labuh.

Perubahan baik dari diri Norkhiriah ini sudah pastinya disambut baik oleh para pengikutnya dan sekaligus dirinya juga telah ikutan oleh orang ramai untuk berubah ke arah kebaikan yang disarankan oleh agama islam.

“Alhamdulilah, lepaskan kerana Allah…”

Melalui laman Instagram, pelakon drama populur Nur ini berkongsikan bahawa kenderaan MPV miliknya akan diubah kepada van jen4zah. Malah, Norkhiriah turut menyatakan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan jen4zah secara percuma kepada umum.

“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan belakang ini van jen4zah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan.

“Perkhidmatan percuma van jen4zah @nurbykhiriah. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu. Terima kasih pada yang menyumbang,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

“Semoga kita Istiqomah dalam perjuangan diri sendiri…”

Menurut Noorkhiriah lagi, tindakan yang dibuat itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak.

“Akak tak kaya tetapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua. Setakat cerita kat tv tu jangan cerita, jangan kira dosa pahala orang lain..semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan diri sendiri,” katanya.

Di ruangan komen, ramai pengikutnya dilihat terharu dengan khidmat yang dilakukan oleh Noorkhiriah ini sehinggakan ia menjadi satu ikutan kepada insan yang lain.

Semoga amal jariah yang dilakukan oleh Noorkhiriah bakal menerima kebaikan yang setimpal daripada Allah SWT. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Kredit Ohmymedia

Leave a Reply