Kerani pejabat dengki ak selalu cerita pasal bini, tapi dia tetap panggil ak ‘sayang’, bini ak cvriga malah telah disih1r namun tindakan yg bini aku buat pd kerani itu buat ak respect sgt

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Dengan kemunculan pelbagai medium media s0sial sekarang ini memudahkan kita untuk berhubung dengan rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Namun, harus ingat jangan terlalu teruja untuk mempamerkan kebahagiaan anda di laman s0sial kerana ada kemungkinan ada individu yang tidak suka dan dengki dengan kebahagiaan yang kita kecapi.

Lagi menakutkan, pada zaman serba canggih ini masih ada individu yang menggunakan s1hir untuk memporakperandakan rumah tangga orang lain apabila cinta tidak dibalas.

Pada suatu pagi menerima sms dari kerani di tempat kerja bertanyakan khabar. Saya sudah mendirikan rumahtangga selama hampir 15 tahun dan dikurniakan 4 orang cahayamata.

Isteri saya seorang yang bekerjaya dan kami memang saling menyayangi di antara satu sama lain sehinggalah pada suatu pagi seorang kerani di tempat kerja saya telah menanyakan khabar saya yang tidak sihat.

Saya memang tidak pernah menyimpan mana-mana no telefon perempuan lain kecuali seorang lagi kerani lain untuk memudahkan urusan kerja. Isteri saya ni memang kuat 6th sense dia. Dia boleh hidu dan syak tu bukan kawan2 perempuan yang dia kenal.

Saya pun bagitahu yang saya tak kenal (sbb mmg saya tak kenal)….isteri saya pun diam. Sehinggalah bila saya kembali semula bekerja si kerani ni tanya kenapa tak balas sms dia. Saya kata saya tak tahu sebab no dia not listed dalam fon contact sy.

Saya selalu menceritakan kebaikan isteri pada rakan-rakan, dalam diam dia tak berpuas hati. Hubungan saya dan isteri memang baik, mesra dan isteri saya memang seorang yang periang. Tanggungjawab dia pada saya dan anak2 memang tak dilupakan.

Dan saya selalu bagitahu pada kawan2 saya bahawa isteri saya memang tiada galang gantinya. Jika ditakdirkan saya beristeri lagi…itu cuma akan terjadi jika isteri saya sudah meningg4l dunia. Itupun pada saya mustahil ada wanita yang dapat menggantikan tempatnya. Rupanya kenyataan saya telah menimbulkan rasa tak puas hati kerani tersebut.

Selalu berhubung, dia mula memanggil saya ‘sayang’. Pada suatu hari si kerani tersebut dapat kerja di KL maka dia berhijrahlah. Saya mmg jenis peramah suka bertanyakan khabar kawan2 lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda.

Saya pun saja sms untuk bertanyakan khabar. Demi Allah tiada sekelumit pun rasa saya suka atau cintakan kerani tersebut. Sejak itu, kerani itu selalu menghubung saya dan akhirnya tanpa saya sedari si kerani tersebut memanggil saya dgn panggilan ‘sayang’.

Saya pun terkedu pada mulanya. Yelah dah org panggil kita sayangkan…maknanya saham saya laku lagi. Hubungan dengan isteri masih baik sehingga tiba hari raya kerani tersebut menghubungi saya dan bertanyakan bila saya mahu berkunjung ke rumahnya untuk beraya.

Saya tak tahu seperti ada sesuatu yang mendesak saya untuk pegi.. Saya pergi ditemani dengan anak saya. Isteri buat solat hajat & bacaan yassin, akhirnya rahsia terbongkar. Lama kelamaan isteri dapat mencivm perbuatan saya. Isteri suruh saya tukar no.

Saya tukar. Saya ikut segala permintaan isteri sebab saya sayangkan dia. Dan yang peliknya saya tak tahu kuasa dari mana saya beli no lain dan hpon lain. Tapi tak lama. Betullah orang kata naluri seorang isteri tu jangan dibuat main2.

Saya tau isteri saya selalu berdoa… dan saya selalu mendengar dalam doanya ada tangisan. Hati saya pilu dengar esakan isteri saya tapi ada sesuatu yg berbisik supaya membiarkan saja isteri sy. Solat hajat, bacaan yasin dan akhir sekali bila tiba awal muharam isteri dan anak2 buat solat hajat. Dan di tak lama selepas itu rahsia terbongkar.

Bila isteri dapat tahu dia ajak saya pegi jumpa kerani tersebut. Saya ikut. Dalam kereta ke KL dia suruh saya lepaskan dia. Tp DEMI ALLAH saya SAYANGKAN ISTERI SAYA. Saya takkan lepaskan dia kecuali ajal yg memisahkan kami. Isteri saya mmg cerdik. Segala doa dia Allah makbulkan.

Kami dapat jumpa kerani tersebut tapi dia lari bila saya hampiri isteri saya. Seperti ada sesuatu yg disorokkannya. Kami pulang ke penang semula. Sejak itu kepercayaan isteri pada saya mmg takdelah. Walau berkali2 saya ucapkan saya tiada apa2 hubungan dengan kerani tersebut..

Isteri saya diserang sambil menjerit “Kenapa ko tinggalkan aku? Kenapa ko sayang sangat kat bini ko tu”. Pada suatu hari ketika saya sedang solat dhuha isteri tiba2 tak sedarkan diri. Marah2 tak tentu hala. Saya bawak dia berjumpa dgn seorang ustaz berhampiran…

Sekali lagi isteri saya diserr4ng sambil menjerit2 “Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa ko sayang sangat kat bini ko tu” berulang2 perkataan tersebut keluar. Ustaz tersebut bagitahu bahawa isteri saya telah dis1hir. Dan seperti yang dijangka saya juga telah ‘diguna2′ oleh kerani tersebut.

Hampir 12 org ustaz kami pergi tapi sehingga sekarang keadaan isteri saya masih diganggu. Bermacam2 s1hir dihantar kepada kami sehingga kini. Saya mmg menyesal. Menyesal teramat sangat. Sehingga kini kami masih di’ganggu’.

Kami berdoa supaya berikan kami kekuatan menghadapi ujian ini. Isteri saya sorg yg redha dan pasrah. Walaupun tubuh seperti disiat dan diikat2 tp tanggungjawab tetap dilaksanakan.

Isteri tak mahu memulangkan s1hir walau itu menjadi penyebab ajalnya. Dan saya tak sangka isteri masih boleh mewakafkan al quran atas nama kerani tersebut semasa kami bercuti di langkawi baru2 ni. Terkedu saya. Saya tanya kenapa? Dia kata perempuan tu dh jauh terpesong.

Kitalah yg kena betulkan aqidahnya. Dia tak balas setiap perbuatan kerani tersebut sehingga saya plak yang kurang sabar. Bila saya kata saya nk pulangkn semua s1hir2 ni isteri saya kata tak payah. Tu semua saham akhirat dia. Biar pun s1hir itulah penyebab sampainya ajal dia. Subhanallah…walaupn dh lama menderita.

Nasihat saya pada lelaki di luar sana jadikanlah kisah saya ni sebagai pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan wanita lain. Hati -hatilah ketika berkawan. Jangan ada yg ambik kesempatan atas keprihatinan kita.

Pada perempuan2 di luar sana… Janganlah terdesak merosakkan umahtangga orang lain sebab kifarah Allah tu pasti ada. Pada kerani tersebut. Sedarlah tak bahagia mana pun kehidupan kamu dengan menzalimi isteri aku. sumber : KRT

Ini pula kisah kedua yg lebih mendebarkan, tajuk “S1hir & Cara Memulihkannya”.

Assalamualaikum semua, aku teruskan saja ya. Okey tujuan aku tulis confessions ni adalah untuk bagi pendapat aku tentang kes ibu yang anaknya dis1hir yang viral baru-baru ni.

Aku Neyl sekarang usia 26 tahun, aku nak mula dari macam mana family aku ni dapat detect terkena buatan s1hir ni sampai macam mana cara yang rata-rata ustaz bagi untuk kita sembuh. S1hir pasti ada ubatnya.

Oh ya sebelum aku tulis confessions ni aku dh tengok video ibu tersebut & aku tengok dekat fb dia. S1hir ni biasa berpvnca dari ketidakpuasan orang kepada kita. Rata-rata yang dis1hir memang macam ni.

Mula tahun 1998 sampai 2018. Pvncanya, bapak aku ni bersuara lantang. Dia akan tegur kalau benda tu tak betul dia akan cakap lah direct. Sebab ayah bukan jenis berselindung.

Jadi, akibat salah faham ni lah mulanya family aku seorang demi seorang kena. Jadi nasihat saya ibu, ibu cuba selidik ada tak masalah ni berlaku sebelum anak-anak disih1r. Benda ni jadi makin pelik bila akak aku mula nampak benda-benda aneh.

Tangan berjalan kat beranda rumah. H4ntu cina nak cucuk perut dia. Perempuan kat tepi tingkap waktu maghrib. Macam-macam lagi lah sebab hijab akak terbuka. Bapak aku mulanya tak percaya. Sebab bapak aku ni asal bandar jadi ada sesetengah orang ni dia tak nak percaya. Dia bawak akak pergi rawat kat hospital.

Masa ni lah akak asik mengadu kat ibu dia nampak benda pelik. Masa ni akak umur dalam 9 tahun. Bila ibu aku mula pujuk berubat. Baru ayah nak. Masa ni lah terkant0i siapa yang buat.

Sampai ada seorang ustaz cakap sebab parents nak tahu. Kalau kau nak tahu siapa yang buat kau laki bini kau berdua buat solat hajat minta petunjuk Allah. Masa ni parents aku belum tahu siapa buat. Ayah pun tak terfikir pasal hal yang jadi tu.

Lepas je mak dan ayah buat solat hajat diaorang tak cakap sesama sendiri. Kalau tak silap mereka buat 3 hari berturut2. Masing-masing dapat mimpi. Orang yang sama, ibu ayah mimpi orang yang sama. Baru lah ayah cerita kat ibu pvnca ni semua jadi.

Lepas akak s4kit abang-abang aku semua s4kit abang-abang sampai tak pergi sekolah ni sekitar tahun 1999 kalau aku tak silap sebab masa ni aku kecik lagi n aku cuma tengok je bila akak n abang s4kit,

Lepastu adik s4kit 2009, akhir sekali aku tahun 2012. Benda ni berlarut sampai ayah akhirnya meningg4l. Okey so habis part family aku direct cara memulihkan, setiap kali berubat, ustaz akan remind supaya jaga solat dan jaga wuduk.

Kita tak boleh leka sebab orang terkena s1hir ni bila dia leka dia mudah terkena. Siapa pernah dis1hir dia akan tahu. Jadi tiap kali anak-anak s4kit ayah akan bagi tasbih untuk zikir.

Antara ayat2 khusus yang diamalkan pun banyak antaranya bismillah 7, Al-Fatihah 41 kali tiap lepas maghrib, yassin 7 mubin (maaf aku tak pandai eja dalam rumi perkataan ni) banyak lagi ayat2 khusus Al Quran yang boleh dijadikan pendinding.

Minta ibu yang anaknya dis1hir ni google cari ayat2 yang ada dan perlu diamal. Pastikan sumbernya betul ya ibu. Kemudian, jika anak boleh solat, pastikan dia solat bila masuk waktu, saya bagi contoh masa saya terkena s1hir.

Ayah akan pastikan 10 minit sebelum azan saya akan tukar pakaian bersih, bersuci dan perbaharui wuduk kemudian zikir tanpa henti. Sekiranya saya ada gangguan sebelum solat seperti dir4suk ibu perlu perbaharui lagi wuduk anak selepas dia sedar dan minta dia teruskan solat.

Ini memang agak sukar sebab masa saya pun saya cuba tolak apa ayah cuba nak suruh. Bukan sebab kita degil tapi sebab gangguan. Tapi ayah akan paksa juga saya.

Hati ibu ayah memang kena cekal. Alhamdulillah rata-rata adik beradik saya yang ikut cara ayah semua pulih dalam masa 1 tahun tapi kami juga usaha dengan cari ustaz yang boleh bantu. Dan Alquran jangan tinggal.

Yang s4kit perlu baca quran sebab rata-rata ustaz yang saya jumpa dia akan cakap dia cuma ikhtiar 30% lagi 70% datangnya dari saya. Buka sentiasa orang mengaji didalam rumah. Kalau boleh minta ayah azan didalam rumah setiap kali nak solat.

Oh sebelum saya terlupa, family saya terkena s1hir dari siam n orang asli. Siapa yang tahu dua s1hir ni sangat susah untuk di buang, kalau dibuang pasti sisa-sisa masih ada cuma kita kena sentiasa persiapkan diri kita untuk menghadap musuh yang tidak nampak.

Lagi satu ibu, pastikan aurat anak terutama perempuan perlu dijaga, tak kira ibu nak upload di socmed atau semasa perubatan. Aurat anak perlu dijaga sebaik mungkin ya. Sebab kita tak tahu target penyihir itu apa. Bersabarlah ibu, Allah bersama orang yang sabar dan ikhtiar serta tawakal kepadaNya. Sebaik baik tempat pertolongan adalah Allah SWT.

Sekian sahaja coretan saya, semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah. Kalau anda ada niat nak teruskan niat menyihir orang kita kena ingat semula rukun iman, rukun islam dan apa tujuan kita hidup diatas muka bumi. Cepat2 istighfar.

Sesungguhnya perasaan dengki hanya akan merosakkan hati kita. Kita akan mati dan apa yang kita hasilkan itu lah yang kita akan bawa ke mahsyar. Nauzubillahiminzalik.

Pohon moga2 anak cucu kita keturunan kita tidak mensyirikkan Allah dan tidak terkena s1hir. Aamiin.– Neyl (Bukan nama sebenar) Sumber : iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply