Kereta Mustang Dipandu Isteri Terbabas,Suami Hanya Mampu Tersenyum Lihat Kereta Hancur

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Ramai yang berpendapat bahawa sekiranya orang perempuan bawa kereta, memang ‘hebat’ lain macam bila mereka berada di atas jalan raya.

Mungkin itu bermain di fikiran seorang lelaki, Syukor Majid apabila si isteri yang memandu kereta Mustang 5.0 miliknya terbabit dalam kemalangan kecil berdekatan lampu isyarat Bertam Perdana 2, Kepala Batas.

Dia yang sedang mencari rezeki di tempat kerja terus bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat tahu perkara tersebut. Namun mujur isterinya tidak mengalami sebarang kec3deraan selepas terbabas melanggar pagar jalanan.

“Isteri abang yang bawak kereta ni. Abang dekat office tengah mencari sesuap nasik. Apapun syukur Alhamdulillah isteri abang selamat tak c3dera apa-apa.

“Itu yang penting. Kereta boleh beli, isteri boleh kahwin lagi, tapi susah nak cari spec macam ni. Spec bawak kereta macam Letty fast furious,” katanya.

Menerusi posting sebelumnya di laman Facebook, Syukor dilihat hanya mampu tersenyum atas dugaan itu malah sudah tentu perlu memikirkan kos untuk membaiki kenderaan tersebut.

Mantap tak isteri abang bawa kereta?

Dah tarik naik loader

Menurut perkongsian yang terbaru, beliau ada memetik dialog dari filem Fast and Furious. Steady la..

“Its doesnt matter whats under the hood, the only thing that matters is who’s behind the wheel.
-Dominic Toretto.

Hat ni lawak..

Siapa saja boleh memiliki Mustang, tapi tak semua orang boleh cross parit depan rumah dengan sempurna.
-Letty Malaysia.

Haihh memang kecew4 tapi nak buat macam mana kan? Asalkan orang tersayang selamat, dah cukup rasa lega. Buat pemandu lain, moga lebih berhati-hati di jalan raya!

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber Syukor Majid

Leave a Reply