Kisah Benar Seorang Isteri-“Bila isteri tidak cantik”

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian ini.

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah kompl3n tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan s3ks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

K0MEN

Setelah saya membaca k3s ini, saya dapati situasi ini berlaku kerna suami dan isteri tidak memainkan peranan masing-masing mengikut apa yang ditetapkan oleh Islam.

Peranan isteri:
Isteri telah memainkan peranannya sebagai isteri untuk melakukan semua kerja rumah bagi keperluan suami dan anak-anak. ini adalah bagus dan terbaik telah dilakukan oleh isteri. Malah isteri telah membantu suaminya dalam menyediakan belanja untuk keperluan keluarga (kerana pendapatanya lebih lumayan dari suami). Ini pun satu tindakan yang amat baik. Memerplihatkan dalam kes ini isteri lebih dominan memain pernan dalam semua hal rumah tangga mereka.

Mungkin secara tidak sedar isteri telah mengambil alih peranan yang sepatutnya dimainkan oleh suami. Oleh yang demikian si suami mungkin terasa hati kerana isteri telah mengambil alih peranannya, perkara ini mungkin tidak dinyatakan secara terus terang oleh suami, tetapi mungkin suasana yang berlaku ianya membenan rasa kerana suami tahu status isterinya lebih baik (sebagai eksekutif) sedangkan dirinya sebagai pekerja biasa dengan gaji yang tak seberapa.

Satu kesilapan besar si isteri ialah tidak mengambil kisah tentang penampilannya di rumah oleh kerana sibuk dengan tugasan rumah dan mengurus anak-anak. sehingaakan kecantikan untuk suami tidak disempurnankan apabila di rumah. Amalan sebegini membuatkan tarikan suami terhadap kecantikan dan penampilan isteri mula pudar, oleh itu dia tidak memperlihatkan suasana romantis kepada isteri hanya mendekati isteri apabila keperluan s3ks sahaja.. Sepatutnya isteri mestilah menjaga penampilan di rumah supaya sentiasa kelihatan cantik dan menawan kepada suami seperti pada mula-mula kahwin dahulu. Ini adalah perkara yang wajib dilakukan oleh seorang isteri terhadap suaminya seperti ditetapkan oleh Islam.

Kecuaian isteri untuk sentiasa berhias untuk memantapkan penampilan di mata suami pada setiap masa, akan membuka ruang kepada hasutan iblis kepada suami untuk mendapati wanita lain diluar sana yang dapat menarik perhatiannya.

Si suami juga mempunyai kesilapan besar kerana mengambil sikap lepas tangan apabila isteri yang pendapatannya lebih besar, seuami sebegini adalah dayus dari segi tanggung jawab yang ditetapkan oleh Islam. sepatunya ianya perlu meningkatkan ilmu dirinya dan berusaha untuk meningkatkan status kerjaya ketahap yang lebih tinggi.supaya dia dapat menandingi isterinya. atau dia perlu melibatkan akativiti bisnes bagi mendapatkan side income untuk menanpung keperluan keluarga. dengan itu ia akan medominan pernannya dalam keluarga. Bila ini berlaku isterinya ada masa lebih untuk mensiapkan diri dari segi penampilan di rumah semasa bersama suami.

Berlaku kecur4ngan suami dengan menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja (umur lebih tua dari isteri) adalah disebabkan kerana kefahaman agama mungkin cetek dan tingkat keimanan dan taqwa suami juga masih kurang. Oleh itu dia sanggup melakukan perkara yang melanggar hvkum agama. Ini juga mungkin kesilapan isteri semasa berkahwin dahulu lebih tumpu kepada suami yang handsome berbanding dengan kefahaman agama sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih!Kredit raihanpahiminr bl0gsp0t

Leave a Reply