Lepas Cer4i ak berstatus ‘dr. janda cantik’. berduyun lelaki cuba tackle tapi dgn lelaki songs4ng juga yg ak berkenan, ajak kahwin tapi lain pula yang jadi

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Saya AA, seorang janda anak 3. Masuk tahun ni, dah genap 5 tahun saya pegang title ni. Bekas suami scandalous. Setelah 12 tahun kami berumahtangga, dia cvrang dengan isteri orang anak 2 waktu tu.

Long story short, perempuan tu bercerrai dengan suaminya dan saya sempat berp0ligami sebelum akhirnya saya memutuskan untuk keluar daripada perkahwinan neraka tersebut.

Di sini saya tidak berminat untuk menceritakan kisah saya dengan bekas suami. Cliche. Zaman sekarang bersepah suami atau isteri orang sc4ndal. Saya ingin menceritakan kisah saya setelah saya bergelar j4nda…

Jujur saya katakan saya bolehlah dikatakan ada rupa dan comel. Di tempat kerja, staff dan pesakit saya memanggil saya dengan gelaran ‘doktor cantik’. Tidak kurus, tidak gemuk.

Walaupun umur saya sudah mencecah lewat 30an, ramai yang menyatakan saya kelihatan sepeti 20an. Mungkin genetik, sebab mak dan ayah saya pun nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Saya juga berpewatakan ceria dan peramah (bubbly)..

Sejak bercerrai, berduyun duyun lelaki yang cuba mendekati. Ada yang bujang, ada yang duda, ada juga yang suami orang. Ada yang ikhlas, ada yang mempunyai niat jahat terselubung (sc4mmer) dan ada yang sekadar main main.

Kebanyakan mereka saya tolak dengan pelbagai alasan. Ada yang terlalu muda, ada yang tiada chemistry, ada yang berperwatakan n4rcissistic dll. Kesimpulannya ada redflag di mana mana atau saya tidak berminat dengan character mereka.

Suami orang memang la saya tak layan langsung sebab pernah rasa sendiri bagaimana sakitnya menjadi seorang isteri yang suaminya curang..

Ada kawan saya cakap, saya terlalu memilih. Sebenarnya saya bukan jual mahal. Bagi saya, perkahwinan kedua ni biarlah betul betul dengan my true love. Dan kalau pun tidak ada, i am ok being single. Best jugak kehidupan single ni, ada freedom.

Malah ada kawan kawan yang bersuami cembvru tengok saya bebas kesana kesini. Besides, i already have a good career (financially independent) and i am blessed with 3 wonderful kids, alhamdulillah.

Saya selalu terfikir, dunia ni mana ada yang sempurna, jadi ini adalah takdir saya di dunia. Lagipun saya ada trust issues.. susah untuk saya nak percaya ada lelaki yang setia atau yang sanggup terima saya berserta my ‘luggage’.

Kebanyakannya hanya suka saya sebab saya cantik… Sehingg4lah saya dipertemukan dengan seorang lelaki bernama AF. Beliau sungguh sempurna di mata saya.

AF 2 tahun lebih tua daripada saya, bujang *bukan suami orang, very loving type; bukan dengan manusia saja malah dengan haiwan (he is cat lover just like me!),

Sangat menghorm4ti saya, handsome, wangi, pembersih, tersangat rajin, pandai memasak, tidak s3xist, tidak controlling, sabar, menjaga solat dsb.

Kesimpulannya, beliau ada semua ciri ciri lelaki yang saya suka (greenflag) dan tidak ada semua ciri ciri lelaki yang saya tidak suka (redflag).

Terasa seperti beliau lah lelaki kiriman Tuhan untuk saya setelah saya diuji dengan lelaki lelaki hampeh yang lain sebelumnya. Bagai ada pelangi yang datang setelah ribut taufan yang melanda. Githeww.

Kami berkawan beberapa lama sehingg4lah kami saling jatuh cinta. Akhirnya saya memperkenalkan AF kepada keluarga saya dan mereka semua bersetuju.

Namun, peliknya walaupun kami sudah berbincang tentang perkahwinan, si AF tidak pernah cuba memperkenalkan saya kepada keluarganya. Bila saya tanya, dia akan jawab, “They think I don’t even want to get married before i know you.. so they will like you, that’s for sure…”

Long story short, akhirnya AF memberitahu saya dia sebenarnya adalah seorang lelaki songs4ng. But that was his past. Sekarang dia cuba berubah dan telah bermujahadah since long time ago.

Cumanya dia risau saya tidak akan bahagia setelah berumahtangga. Dan dia mengaku, the inclination untuk dia menyukai sesama lelaki is still there and it’s a life long struggle. Bila saya tanya kenapa dia memilih untuk memberitahu saya?

Dia jawab, “Because i don’t want to lie to you for the rest of my life.. because i love you.. and I want you to love me being me.. The way u love me makes me feel like a real man…” Sedih g1la kan.

Jujurnya pada mulanya saya agak terkejut. Sempat saya meraung raung macam orang g1la sampai nak bnvh diri. AF cuba memujuk.. but he said, “I sendiri tak tau nak cakap apa.. i am so sorry”. Namun setelah beberapa lama, saya mula menerima kerana saya sangat mencintai AF. Saya rasa saya boleh menolong beliau untuk berubah.

Saya cuba join support group dan consult beberapa experts yang membantu mereka yang ingin kembali ke fitrah untuk mencari kekuatan. Saya yakin AF is my true love and we are meant to be together.

Saya solat istikharah, hati saya tetap pada AF. It shows that our love is pure.. bukan sebab n4fsu semata mata but we fall in love with other things; character and personality..

Setelah beberapa lama, AF mula menjauh. AF cakap dia takut dia tak dapat menjadi suami seperti yang saya idamkan. Beliau takut saya akan paran0id bila dia outstation, jauh dari saya atau sewaktu saya meningg4lkan anak anak saya dengan dia di rumah. (Saya ada 2 orang anak lelaki).

Puas saya cuba meyakinkan AF, tetapi beliau tetap menjauh. AF cakap dia tetap akan ingat saya sampai bila bila cuma dia rasa dia termasuk dalam kategori tidak mampu untuk berkahwin.

Now, no textes, no calls. Paling paling dia akan tengok IG stories saya. Kadang kadang when i miss him so much, i will text and simply say, “AF, i miss you, I don’t know how to heal..”

Dia biasanya akan reply dengan emoji senyum dan change the topic. Dia cakap bila tua nanti dia nak tingg4l dekat old folks home. Saya cakap, nanti saya pergi ziarah bawah biskut Oreo.

Begitulah kisah saya yang tak best. Saya masih tak boleh move on daripada AF sebab saya susah nak buka hati untuk suka orang. Kalau dah buka hati, hmm memang setia dan cinta m4ti.

Sekarang yang ada hanyalah kucing yang saya beli daripada AF di awal perkenalan kami. Bila saya rindu AF, saya akan peluk kucing saya tu.. Doakan saya boleh move on secepatnya.

Saya doakan AF bahagia dengan caranya.. kalau dia berjodoh dengan orang lain pun saya akan happy as long as he is happy. Sekian. AA Sumber iiumc.

Sedikit pesanan dan pengajaran dr admin utk cerita kali ini, Pertama, Mendekatkan Diri Dengan Allah. Perlahan-lahan berubah. Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan beristighfar dan lakukan solat taub4t. Mohonlah keampunan dengan sepenuh hati. Insyaallah, Allah akan ampunkan.

Kedua, Jauhi Rakan Yang Membawa Ke Arah Songs4ng. Jika kita masih belum mampu untuk berdakwah kepada rakan kita yang terjebak dengan budaya songs4ng, eloklah kita menjauhi mereka.

Berdampinglah dengan para ulama dan orang-orang yang baik. Moga hati kukuh untuk istiqamah dalam fitrah. Dan jangan lupa berdoa kepada rakan kita yang masih terjeb4k untuk kembali ke pangkal jalan.

Jika terjeb4k, ya agar sukar untuk kembali semula. Tetapi kuatkan hati dan teruskan langkah. Jadikan ia sebagai satu medan perjuangan kita melawan n4fsu songs4ng. Insyaallah, ada ganjaran setiap usaha baik kita.

Nasihat untuk masyarakat awam yang normal. Jika ada golongan yang songs4ng yang ingin berubah, sambutlah dengan hati gembira dan terbuka. Janganlah mem4ki dan ada yang meny1ndir pula. Itu bukan akhlak kita.

Kita sebagai umat Islam seharusnya terima mereka yang telah berhijrah dan ada niat mahu berubah. Jika kita mampu, berikan didikan agama, sokongan dan semangat kepada mereka agar mereka tidak kembali ke d0sa silam.

Jika tidak mampu memberikan didikan agama, bawalah kepada orang yang berkelayakan. Bantu mereka dengan sebaiknya. Bukan masanya lagi untuk terus mengec4m, dan mem4ki. Takut nanti mereka terus dalam budaya songs4ng disebabkan sikap kita sendiri. Nauzubillah minzalik.

Mari kembali kepada fitrah, hidup pasti lebih terasa indah. Waallahua’alam. Sumber tzkrh. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply