Lepas je graduate, adik husband tumpang rumah, mula2 okay, lama2 aku perasan sesuatu pelik ttg dia, bila aku terjah bilik dia terkejut aku nampak benda yang tak sepatutnya aku nampak

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum. Lpas grad, adik ipar dduk skali walaupun berat hati aku nak bagi. Dah lama dduk sini, aku pelik dah sebulan dia tak basuh baju. Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia. Astaghfirullahalazim. Tak percaya apa yg aku nmpak. Aku Hana. Awal 30-an. Dan dah berkahwin.

Aku tahu akan ramai yang triggered apa yang aku akan tulis ni. Aku tak tujukan dekat semua anak d4ra perempuan. Kalau kau terasa. Maknanya kau buat lah tu. Yang rajin takpa. Kau duduk diam-diam. Kot yang pemalas kerja nak cantik 24 jam tu.

Meh sini baca. Akak nak sekolahkan kau sikit. Buat suami aku, aku minta maaf bukan niat nak burukkan adik ipar sendiri. Tapi aku dah lama tahan. Kalau adik ipar aku baca atau terasa. Dik akak Cuma nak nasihatkan kau. Berubahlah. Sebab nanti kau yg menyesal di kemudian hari.

Macam ni aku lepas kahwin duduk rumah sendiri lah dengan suami aku. Then, elok kami hidup berdua. Start tahun lepas betul- betul lepas adik ipar aku graduated. Dia dapat kerja. Dia kerja, kerja punya kerja. Dia berhenti. Alasan gaji 2500 kerja smpai jam 11 malam.

Aku pun kesian jugak dekat adik ipar aku masa ni. Yelah dengan keselamtan lagi kan seorang perempuan balik tengah malam. Untuk pengetahuan korang, laki aku ni dua beradik je dengan adik dia ni. Jadi kau fahamlah kasih sayang tu macam mana.

And family mertua aku pulak stay dekat area pinggir bandar. Adik ipar aku ni ulang alik pergi kerja naik kereta. By the way, aku pun kerja. Macam kebanyakan orang lain 8-5 petang. Okay aku faham setiap kerja ada susah dan senang masing-masing.

Its up to yourself untuk kau handle macam mana nak kerja dengan baik. Lagilah zaman sekarang ni nak cari kerja bukan senang. Nak jadi cerita bulan 12 tahun lepas, suami aku bagitahu. Adik dia nak tumpang duduk rumah sementara nak cari kerja.

Aku mula-mula berat hati nak setuju. Sebab aku rasa tak ada kekangan pun untuk adik dia cari kerja walaupun dia duduk rumah mertua. Seminggu jugak lah aku fikir banyak kali nak bagi ke tidak. End up aku setuju. Jadi bermula lah kehidupan aku bersama adik ipar yang cantik tapi ‘rajin’ ni.

Bulan pertama so far so good. Dia tolong basuh pinggan. Kalau aku dengan suami aku pergi kerja dia kemaskan rumah. Aku bahagia betul. Jadi aku balik just terus masak makan malam je untuk kitorang. Tapi aku ada satu benda yg pelik. Adik ipar aku ni tak pernah nampak dia basuh baju dia. Aku pun tak dan nak check bilik yang dia tidur (dia tumpeng salah satu bilik rumah kami).

Dan rezeki aku pulak pregnant 3 bulan. Aku adalah mc 2 hari sebab tak larat sangat masa tu. Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia. Astaghfirullahalazim. Aku trus l0ya. Nak termvntah.

Bilik dia kain baju bertimbun (aku syak dah sebulan dia duduk itulah agaknya baju dia). Aku tak tahu dah mana satu baju bersih, mana satu baju k0tor. Plastik mc donald penuh bersepah sampai dah terkeluar dari plastik. Bau bilik ? Kau faham sendiri.

Aku pun angkutlah satu-satu baju masuk bakul dan basuh. Dia balik rumah. Kau tahu dia cakap apa ? Thank you kak tolong basuhkan baju. Sejak dari itu, kemenjadian menjadi anak raja tu terserap dalam diri dia. Dia akan letak je baju kotor dia dalam bakul baju kotor. Then blah.

Dia sekarang pandai dah, pinggan tak basuh lepas makan. Nak harapkan hidang makanan? Kirim salam. Dia hanya terperap dekat bilik. Lepas aku dah siap masak. Laki aku macam butler ketuk pintu bilik panggil dia turun makan. Sekarang kalau aku balik rumah pun.

Tak macam dulu dah. Kalau aku pagi tak sempat kemas rumah. Petang aku balik macam tu jugak lah keadaan rumah aku tu. Kadang- kadang baju dalam bakul aku tak sempat sidai. Sampai ke waktu petang lah baju tu berkepam dalam bakul smpai hilang dah bau wangi.

Ada satu masa, mak mertua aku datang rumah. Mak mertua aku yang sidaikan baju adik ipar aku. Jadi kau faham tak maksud dia apa? Aku stress. Aku marah. Aku geram. Dengan aku yg mengandung ni lah gilir- gilir dengan laki aku buat kerja rumah sekarang ni.

Adik ipar aku? Layan Instagram, kononnya cari kerja. Layan youtube. Tidur, keluar makan dgn boyfriend. Begitulah rutin dia tiap hari. Aku suarakan benda ni dekat suami aku. Dia kata nanti dia tegur. Nanti? Smpai bila? Smpai aku dah beranak ke? Kenapa aku tulis ni hari ni?

Sebab aku dapat tahu suami aku kata adik ipar aku suarakan hasrat untuk berkahwin. Oh tidak. No no no. Kau nak cakap aku jealous? Tidak sama sekali. Aku cuma nak pesan terutamanya adik ipar aku dan juga anak-anak perempuan lain kat luar sana.

Kau nak cantik ? Boleh. Asalkan jangan pemalas dan jangan jadi peng0tor. Bersiap bukan main lawa kalau keluar dengan kawan. Depan orang bolehlah fakke konon pembersih. Kau tak perlukan pun sampai jadi OCD untuk jadi pembersih. Kau ingat dengan muka cantik suami kau kenyang.

Jangan sampai suami kau pegang title ‘makan luar’tiap hari. Rajinkanlah bangun pagi. Belajar masak. Belajar uruskan rumah. Aku seriau tengok golongan yg konon jadi pujaan org ramai ni cantic kat luar padahal silap- silap seluar dalam dgn bra pun kau tak basuh.

Belajar- belajarlah kemas bilik sendiri. Macam mana kau nak kahwin kalau hal diri sendiri pun tak endah? Belajar tinggi- tinggi, muka cntik tapi pemalas. Kalau kau cakap lepas kahwin nanti belajar lah semua tu. Kau yakin? Belajarlah jadi rajin anak perempuan zaman sekarang. Ya. Aku pun cakap dekat diri sendiri juga ni. Sebagaimana aku tak suka orang pemalas dan peng0tor. Aku pun kena buat benda yang aku cakapkan. Tolonglah. Cakap pandai. Buat nya tak. Sekian…

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Tajuk, Kakak Iparku Seorang Bidadari. Assalamualaikum warga iium confession. Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini, dipermudahkan segala urusan kita semua.

First sekali, terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku. Oh ya, nama aku Ani. Berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Aku bukan nak cerita pasal diri aku, tapi pasal kakak ipar sulung aku. Harap korang boleh ambil iktibar daripada cerita ni.

Untuk pengetahuan korang, abang sulung aku aku bertunang dengan Si A, tapi mungkin jodoh tak ada, Si A minta putus tanpa pengetahuan ibu bapa Si A. Bila ibu bapa Si A ni dapat tahu, ibu bapa Si A ni tak setuju dengan keputusan anak diorang sebab diorang sayangkan abang aku.

Aku bukan nak puji ke apa, tapi abang aku ni memang baik, hormat orang tua, dengan adik-adik tak pernah kedekut. Berbalik pada kisah tadi, Si A tetap nak putus jugak, jadi mak ayah Si A ni punya sayang dekat abang aku, minta abang aku berkahwin dengan adik Si A ni, aku namakan Kak Ain yang dah jadi kakak ipar aku.

Abang aku cuma menurut sahaja, lagi pun mak ayah aku pun cakap benda sama. Tak salah nak tukar tikar bak kata orang tua-tua. Jadinya abang aku dengan kakak ipar aku ni berkahwin tanpa rasa cinta kecuali rasa hormat kepada mak ayah masing-masing.

Setahun lepas kawin, dapatlah anak pertama. Tiga tahun kemudian, dapat anak kedua. Lelaki dan perempuan. Kira sepasang la anak abang aku. Semua comel-comel je. Lepas bersalin, kakak ipar aku berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak.

Kakak ipar aku tak nak mak ayah yg jaga sebab kak ipar aku pernah cakap, bukan dia tak percaya, tapi tak nak susahkan mak ayah, cukuplah mak ayah besarkan anak-anak, takkan cucu pun nak kena jaga juga… Tabik spring betul dengan kakak ipar aku punya pemikiran.

Oh ye, abang aku kerja bukan bergaji bulanan. Hanya kerja sebagai pekebun. Ada hasil, ada la rezekinya. Tapi, setakat yang aku tengok, rezeki abang aku sentiasa murah, tak pernah putus rezeki. Abang aku selalu cakap, ni rezeki anak-anaknya.

Bila anak-anak abang aku dah bersekolah, kakak ipar aku mula nak cari duit sendiri. Nak bantu abang aku katanya. Jadi, kakak ipar aku pun berniaga sayur-sayuran kampung di pasar pagi. Hasil jualan tu semua adalah daripada hasil kebun abang aku sendiri.

Pagi-pagi lepas subuh, kakak ipar aku dah keluar berniaga, naik motosikal, dengan tong sayurnya di belakang. Tengah hari, kakak ipar aku balik daripada berniaga, uruskan hal di rumah macam masak, kemas rumah. Bila petang, keluar cari baranh untuk jualan esok. Pokoknya, setiasa sibuk la kakak ipar aku ni.

Ada satu hari tu, abang aku kem4langan, kaki patah, tak dapat nak cari rezeki dalam sebulan jugak la. So, kakak ipar aku yang ambil alih tugas abang aku, jual sayur-sayurannya. Beruntung abang aku dapat kakak ipar yang baik macam kak Ain.

Dah la Kak Ain ni tak suka bermake up. Rimas katanya. Unik betul kak ipar aku ni. Sedangkan aku, nak pergi kedai depan rumah pun kena make up juga sikit, sebab kalau keluar dari rumah dengan muka yang tak bermake up hatta secalit bedak, mesti tak selesa.

Sampai mak ayah aku pun pernah puji kakak aku, cakap kakak ipar aku ni susah nak dapat, mana nak cari perempuan yang sanggup jual sayur-sayuran kampung ni, bawa dengan moto, kalau perempuan lain, mesti malu. Itu yang mak ayah aku cakap.

Lagi satu, kakak ipar aku ni pandai bawa diri. Bayangkan dia baru 3 tahun berkahwin dan menetap di kampung, dia dah kenal semua orang kampung sedangkan mak ayah aku pun tak berapa nak kenal sangat. Sekarang dah lebih 10 tahun menetap, memang dah kenal sangat la.

Lepastu, pantang ada jemputan kenduri, mesti kakak ipar aku pergi, sebab katanya nak kenal dengan orang kampung. Subhanallah, kadang-kadang segan juga dengan kakak ipar aku ni. Kalau pergi mana-mana, mesti orang kampung kenal kakak ipar aku. Ramai yang puji. Mak ayah aku pun apa lagi, bangga la.

Kadang-kadang tu aku rasa, betul la. Jodoh kita ni cerminan diri kita. Abang aku ni baik, murah dengan senyuman, susah nak tengok dia marah. Alhamdulillah, dapat pula bidadari yang baik dan boleh dijadikan kebanggaan.

Walaupun hidup dalam kekurangan, tapi Kak Ain tak pernah mengungkit. Beruntung abang aku dapat Kak Ain. Beruntung juga mak ayah aku dapat menantu macam Kak Ain dan tak lupa juga, beruntung mak ayah Kak Ain ada anak perempuan yang boleh dikatakan berjaya dididik dengan sempurna.

Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Kepada pembaca iium confession semua, doakan kebahagiaan rumah tangga abang long aku ye. Terima kasih semua. –Ani. Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua.

Leave a Reply