Lepas kejadian jijik tu aku nekad kluar dr rumah tu.Tapi bila Maya tahu aku nak kluar,makin menjadi2 pulak perangai dia.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Hai semua. Kepada housemate aku. Aku harap dia bacalah sbb aku selalu nampak dia share page ni. Umur aku 24 masa aku menulis ni dan aku ada housemate umur 27. Aku namakan dia sebagai Maya (bukan nama sebenar).

Maya ni memang nampak normal, tapi yg tak normalnya tentang dia adalah, pekerjaan dan waktu bekerja dia, dan juga perangai dia yg maha buruk dan tak boleh diterima akal tu. Semua sedia maklum yg waktu bekerja normal adalah dari pagi sampai petang. Ataupun, yg shift maybe ada shift rotation, mungkin minggu ni pagi, minggu depan petang, minggu depan lagi malam pulak.

Ataupun, yg kerja follow overseas shift. Logiklah kalau kerja sentiasa masuk 11 malam, balik subuh. Tapi Maya punya kerja ni pelik sikit. Dia keluar pukul 2 pagi dan balik dalam pukul 4-5 pagi camtu. Macam mana aku tahu, sbb bilik aku paling depan, once dia bukak pintu,

aku wajib terjaga sbb bunyi yg keluar bila dia buka pintu tu macam ada 10 orang yg keluar. Gedegang! Hari-hari okay, termasuk Sabtu Ahad! Waktu aku pergi kerja, aku tak tahulah apa yg dia buat. Yg pasti lepas aku balik, mesti aku akan rasa s4kit hati, nak marah dan mengamuk sbb dia akan tinggalkan selonggok pinggan mangkuk dan kuali yg k0tor atas sinki dan atas dapur masak.

Nak suruh aku basuh lah tu! Sbb aku ni jenis tak boleh tengok dapur macam tongkang pecah, aku pon dgn paksa-rela basuh dan lap tempat masak yg berminyak tu. Pernah lah jugak aku cuba untuk tak basuh pinggan mangkuk tu semua,

saja nak tengok sampai bila dia nak biar dalam sinki dan atas dapur, at the end sampai 2 hari aku tengok benda tu terbiar camtu, siap ada pertambahan kuantiti pinggan mangkuk lagi kau! Kalau sampah dekat dapur, jangan cuba baygkanlah. Kalau aku tak buang, memang berulat gendon lah dekat tong sampah dapur tu. Geli aku!

Pernah satu masa aku cuti seminggu. Holiday dgn kawan-kawan. Sebelum pergi tu, aku kemas rumah siap-siap. Sapu, mop, lap tempat masak, kemas peti ais, susun pinggan mangkuk dekat sinki, senang cerita memang aku pastikan rumah bersih dan kemas sebelum balik seminggu (still fikir tak mahu susahkan Maya kena kemas pfft).

Setelah bercuti dgn tenang selama seminggu, aku masuk rumah dgn rasa berduka. YaAllah, rumah bersepah g1la macam baru lepas parti. Kau baygkan, kusyen bersepah, plastik snacks tak buang, barang frozen aku yg dalam peti ais tu habis dia belasahnya! Tak cerita lagi part sinki, dapur masak dan meja makan.

Makanan basi pon ada! Pinggan yg kat atas meja tu sampai dah berkulat kau tahu tak? Tong sampah tu dah serupa tempat ternak ulat sampah yg warna putih tu. Rasa nak pakai sarung tangan 10 lapis masa kemas dapur. So, lepas letak barang dalam bilik dan kemas bilik aku sikit, aku pon mulakan aktiviti pembersihan rumah aku yg dah macam kapal karam tu.

Part yg paling pelik dan menakvtkan jadi bila tiba-tiba Maya keluar bilik. Kau baygkan, selama aku duduk serumah dgn Maya dah 4 bulan ni, ini first time aku nampak dia keluar bilik waktu siang. Maybe sbb aku kerja siang dan tak tahu aktiviti dia masa aku kerja dan Maya ni duduk master bedroom,

so bilik dia attached dgn toilet. Toilet luar ni memang aku sorang je lah yg guna. Okay, balik semua pada point asal aku. Tengah aku terbongkok nak ikat plastik sampah tu, boleh pulak si Maya bukak pintu bilik dia and jerkah aku dari belakang;

“Kau buat ape ni?!”,“Kemas sikit. Ni baru nak buang sampah” aku jawab. “Nanti jap. Lain kali tanyalah dulu sebelum nak buang sampah ni” Pelik. Apesal pula aku nak kena tanya kau bila aku nak buang sampah? Takkan itu pon nak kena mintak izin kot. Bukan kau nak tolong aku !

Maya ambil tupperware plastik tu dan sudu. Dia pergi dekat dekat tong sampah dan dia kaut ulat sampah yg warna putih tu keliling tong sampah dan letak dalam tupperware (Yes, dia kaut ulat sampah tu guna SUDU makan sampai PENUH tupperware tu). Aduh, macam nak pengsan dekat situ jugak. Lepas tu dia cakap;

“G1la ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yg kat luar tu?” DAH TU. TAKKAN KAU NAK TERNAK ULAT SAMPAH TU PULAK KOT MACAM AKU BELA KUCING. ADOIII. Dia terus masuk bilik lepas cakap mekasih dekat aku. Siot je. Aku ni dah macam nak pengsan kat situ dgn perangai pengotor dia tu.

Lepas kejadian tu, aku terus berusaha cari rumah sewa lain. Tak sanggup. Tapi bila dia tahu aku plan nak move out dari rumah tu, makin menjadi-jadi pulak perangai pengotor dia. Baju dia berlonggok dalam mesin basuh, seminggu tak basuh. Sebelum ni, baju k0tor dia hantar dobi, tapi sejak dia tahu plan aku, dia longgokkan semua baju k0tor dia dalam mesin basuh, dah tu macam mana aku nak mesin baju-baju aku?

Terpaksalah cuci tangan atau dobi. Ada satu masa tu, menjerit sakan aku bila ternampak underwe4r dia dalam sinki. Pengotor gila woi! Apesal kau letak pakaian dalam and benda ‘k0tor’ yg kau dah pakai dalam sinki dapur weh? Dapur dgn mesin basuh baju punyalah dekat, dekat sinki jugak kau longgok benda k0tor kau.

Lepas tu, aku geram, aku whatsapp dia cakap pasal hal rumah. Dia tak reply. Aku dah istighfar dah. Lepas tu aku tinggalkan nota lekat kat pintu bilik dia. Esoknya balik kerja aku tengok nota yg sama dia lekat dekat pintu bilik aku. Dia reply “Kau jangan pembersih sangat boleh tak? Aku tak suka”

WHATTTT? Kau expect aku kene jadi pengotor macam kau? Lepas Maghrib, aku duduk ruang tamu tengok tv, tapi pelik sbb tak dengar langsung bunyi kucing aku dalam sangkar. Selalu dia akan berbunyi, paling tak pon mintak makan, tapi hari ni senyap je. Start tak sedap hati dah… Aku pon keluar rumah nak tengok keadaan Kifo (Kifo nama kucing aku).

YaAllah, sedihnya hati bila tengok Kifo kene bungkus dalam plastik sampah dalam sangkar tu. Tahu dah kerja sapa. Aku terus masuk cari Maya dalam bilik. Dia keluar and terus cakap “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan?!” . Okay Maya. Okay.

Aku tak cakap apa dah, pack barang, ambil Kifo yg dah tak bernyawa tu (aku tak tahu macam mana dia bunuuh Kifo sebelum dia masukkan dalam plastik. Aku taknak tahu) ,terus keluar dari rumah tu, menumpang rumah kawan sampai lah aku dapat rumah sewa baru. Last aku masuk rumah yg aku menyewa dgn Maya tu,

masa aku kemas barang-barang yg aku tak sempat bawa masa keluar malam hari Kifo maati tu. Seperti biasa, rumah k0tor dan bersepah, pinggan mangkuk dalam sinki, makanan atas meja bawah tudung saji berulat, siap aku terjumpa b4ngkai tikus maati okay dekat dapur. Tikus pon boleh ma4ti duduk rumah tu. Kawan aku sampai termuntah tapi sbb aku dah terbiasa so, aku relax je. Aku tinggalkan note dekat pintu bilik dia dan kunci rumah dalam letter box.

Itu kali terakhir aku jejak kaki dekat rumah tu. Tobat dah nak duduk menyewa dgn orang lain. Aku lagi prefer sewa sorang sekarang. Trauma. Banyak lagi aku nak cerita pasal Maya, pasal kerja dia, pasal perangai dia yg lain-lain, tapi letih dah. Tengah kerja ni woi. Mana boleh cvri tulang.

So, kepada Maya (bukan nama sebenar, tapi nama seakan-akan), aku harap kau berubah lah kak hoi. Harap je muka lawa tapi perangai pengotor maha hebat. Kesian kau kene duduk dalam rumah yg tak selesa persekitarannya. Tak elok untuk kau kak. Byebye kak. Mekasihlah kak bunuuh Kifo saya.

Yg tulus ikhlas bencikan kau kak,-Sara. Nantikan Part 2 Kisah Ini, Sumber asal ekisah Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply