“Mak Cik Pisang G0reng Boleh Kerja Dari Rumah, Kami Art1s Macam Mana”

Ya, Masih lagi dibahaskan bantuan terhadap artis. Ini Hangat diperkatakan apabila segelintir artis meluahkan pendapat apabila ada di antara penggiat seni terjejas susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada beberapa artis lain tampil mempertahankan kenyataan mereka itu.

Nampaknya, Sharnaaz Ahmad juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu tersebut. Menerusi IG Live, ada n3tizen mengatakan artis dikategorikan sebagai T20 iaitu kumpulan tertinggi dalam pendapatan isi rumah dan tidak layak mendapat bantuan daripada kerajaan.

Tidak bersetuju dengan kenyataan n3tizen itu, Sharnaaz mempersoalkan adakah artis juga bukan manusia sehingga tidak boleh dapat apa-apa bantuan sedangkan mereka yang berniaga nasi lemak pun dapat. Kata Sharnaaz lagi, jangan sangkakan mereka yang berniaga tepi jalan tiada duit kerana mereka masih bekerja dari rumah sedangkan bagaimana pula artis nak bekerja dari rumah.

“Makcik jual nasi lemak hang ingat depa tak ada duit? Depa boleh kerja dari rumah, macam kami nak bekerja dari rumah macam mana,” katanya. Kenyataan Sharnaaz itu ternyata mengundang kecaman n3tizen yang mengatakan jauh sekali pendapatan antara mereka yang menjual nasi lemak dengan artis.

Malah, rata-rata n3tizen mengatakan adakah artis tidak boleh kerja dirumah dengan pengikut yang hampir berjuta. Sumber dari rotikaya. Jom lihat antara respon dari artis lain. Disini artikel mengenai respon dari aweera.

Bertajuk “Makcik Jual Goreng Pisang Lagi Kaya Dari Segelintir Artis Malaysia”. Ini artikel berkaitan. Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis dimana ada ‘penggiat seni’ terjejas kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, luahan mereka itu dikecam teruk oleh n3tizen yang mengatakan bahawa artis banyak duit dan tidak perlukan bantuan. Malah ada yang mengatakan ramai artis luar memberikan bantuan kepada rakyat mereka yang hidup susah. Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Aweera yang berpendapat tidak wajar jika artis tempatan dibandingkan dengan selebriti antarabangsa kerana ramai artis negara kita berdepan pelbagai isu dan masih berjuang untuk meneruskan hidup.

“Jangan anggap artis Malaysia semua kaya, yang kaya mungkin beberapa peratus sahaja, lagi banyak survival struggle. “Ramai n3tizen tak tahu dan tak pernah ambil tahu permasalahna dalam industri, sukar untuk sokong karya tempatan berbanding artis antarbangsa dengan alasan mereka lagi baik.

“Negara dia orang ekonomi cantik, kita hanya jual produk dalam Malaysia jadi mereka satu dunia jual tak sama artis kita, sebab itu mereka boleh bagi bantuan pada kerajaan, bukan sikit-sikit tapi juta-juta,” katanya.

Kata Aweera lagi, ramai anak seni bergantung sumber pendapatan hasil undangan persembahan semata-mata. Malah, Aweera turut berpendapat ramai peniaga diluar sana ada yang lebih kaya daripada golongan artis. “Makcik jual goreng pisang pun lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia yang kurang bernasib baik sebab kami sebagai artis hanya berpandukan job semata-mata.

“Ada show atau shooting adalah duit, tak ada kena cari! Artis pun perlu membayar cukai, bil dan sebagainya dengan ekonomi negara sekarang naik dan turun. Bajet untuk artis kadang-kadang tak masuk akal langsung,” katanya.

Bagaimanapun, Aweera telah pun memadam posting berkenaan dan sudah meminta maaf mengenai kenyatannya itu. Ujarnya, Perdana Menteri sudah pun membuat perutusan tentang bantuan petang semalam dan diharap isu mengenai kenyataanya itu sudah pun selesai. SUMBER MSTAR ONLINE. Harap semua bertenang dan berfikir secara rasional ya, Ini antara isu sensitif untuk masa2 yang getir ini. Sekian

Leave a Reply