Mak kenalkan lelaki ni kpd kami adik beradik, ak tak berapa bkenan, satu hari mak dtg melawat ak di asrama dgn lelaki itu, mak kata ada nk bgtau sesuatu, namun apa yg mak bongkarkan buat ak rasa jijik

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum buat semua pembaca. Sebelum kalian baca confession ni, ingin aku katakan di sini bahawa tujuan penulisan ini bukanlah bermaksud untuk aku menga1bkan sesiapa, lebih-lebih lagi mak aku sendiri.

Cuma aku nak kalian buka mata dan berwaspada dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku dalam hidup kalian. Mungkin ada antara pembaca confession ni sebenarnya dah pun menjadi adik-beradik tiri aku tanpa kalian ketahui.

First of all, aku nak bagitau yang aku ni boleh dikatakan ‘living and growing in a broken family’ dan aku tau, zaman sekarang ni, bukan aku sorang yang dibesarkan dalam family macam ni. Ramai lagi di luar sana yang hidup dalam keadaan lebih susah. Pendek cerita, ayah aku dah meninggl lebih kurang 5 tahun lepas.

Lepas aruwah ayah aku meninggl, kami sekeluarga berpindah untuk stay dengan nenek aku di kampung. Sepanjang mak aku bergelar janda ni, ada satu perkara yang aku susah nak terima. Mak aku ni jenis peramah orangnya. Sampai satu tahap, aku rasa mcm melebih-lebih pula ramahnya, especially dengan lelaki.

Sepanjang tempoh ni juga aku dah ‘diperkenalkan’ dengan ramai prospek ‘ayah baru’. Dan semuanya ‘suami orang’. Sebagai anak sulung, memang autom4tik kita akan rasa ‘overprotective’ terhadap family, maka aku rasa bertanggungjawab untuk menegur mak aku kalau aku rasa benda tu salah.

Awal2 aku cakap yang aku ni sebenarnya jenis yang malas nak ambil ‘port’ dalam urusan orang. Lagi2 dgn siapa mak aku berkawan sbb aku rasa dia pun dah besar, dah jauh lagi matang daripada aku. Tapi bila soal ‘ayah baru’ ni dibangkitkan, aku memang pantang kalau mak aku sebut yang lelaki tu ‘suami orang’ sebab aku takkan pernah lupa mcm mana mak aku dulu pernah terluka bila dapat tau yang aruwah ayah aku kawin lagi satu senyap2.

Oleh itu, aku boleh cakap yang aku cukup faham dgn perasaan isteri no.1 yang rasa teraniaya, tertipu, bila suami dia berpoligami secara senyap2. Pernah suatu masa aku bertengkar dgn mak aku sampai aku keluarkan ayat ni; “kalau mak kawin dgn laki orang, mak pun sebenarnya sama mcm bini ke-2 ayah dulu. Perampas!”.

Aku tau, agak keterlaluan utk aku berkata begitu dgn mak sendiri. Tapi aku tak nak keluarga orang lain pula porak-peranda sbb tak boleh terima kehadiran mak aku sbg isteri ke-2 orang lain, ibu tiri kpd anak2 suami orang lain. Aku tak sanggup. Cukuplah keluarga aku sendiri yang terpaksa berhadapan dgn akibat sebuah percer4ian.

Nak dipendekkan cerita, dalam tahun lepas, mak aku perkenalkan kami adik-beradik dgn sorang pakcik ni yang berstatus ‘suami dan ayah orang’. Mula2 aku jumpa pakcik tu, aku cuba utk bermanis muka (mungkin sbb dah makin matang). Aku cuba utk buang segala persepsi negatif.

Aku cuba utk letak diri aku di tempat mak aku yg mungkin kesunyian tanpa teman hidup. Aku cuba letak kebahagiaan mak aku sbg priority walaupun mungkin akan ada pihak yang terluka. And as time went by, memang aku nampak ‘persahabatan’ mereka ni makin lama makin rapat. Pernah aku tanyakan pada pakcik tu dulu.

“Isteri pakcik tau tak yg pakcik berkawan dgn mak saya ni?”.Korang mesti boleh agak apa jawapan dia kan. Mestilah tak. Hmmm. Since then, aku tak komen banyak. Aku perhati je sejauh mana hubungan diorang ni boleh pergi.

Setiap kali diorang ‘on the phone’, setiap kali tu aku rasa menyamp4h, melu4t bila mak aku sengaja lembutkan suara dia bila dia bersembang dgn pakcik tu. Bila bercakap dgn anak2 sendiri, bukan main kasar lagi. Makin aku diamkan je bila tgk diorang still berhubung, makin menjadi-jadi pula aku rasa permainan diorang ni.

Pakcik tu tinggal di selatan tanah air. Mak aku pula tinggal di bahagian utara. Aku, sebagai penuntut IPTA sekarang study di Selangor. Kadang2, bila mak aku datang jenguk aku di U, dia bawa pakcik tu sekali. Jadi, jelaslah yg diorang ni berdating. Mak aku selalu juga guna alasan utk ke KL atas urusan kerja, tapi sebenarnya ‘berdating’ dgn pakcik tu.

Dalam 3-4 bulan lepas, mak aku datang jenguk aku lagi di U, bawa aku dan adik laki aku sorang ni keluar makan. Pakcik tu pun ada sekali. Lepas makan, mak aku ckp ada benda yg dia nak bagitau aku. Aku tanya dia, “Kenapa? Nak kawin?”.

Mak aku dan pakcik tu saling berpandangan. Lepas tu mak aku tanya aku balik, “Boleh ke?”. Aku jawab, “Kakak tak pernah halang pun sebelum ni kalau mak nak kawin. Cuma jgn kawin senyap2. Buat ikut cara yg betul. Kalau bini pakcik tak tau lagi, bagitau dulu.”

Tiba2 mak aku cakap, “Mak dah kawin”. Allah. Sumpah aku cakap, masa tu, luluh jantung aku bila dapat berita tu. Entah masa bila, entah mcm mana mak aku kawin pun aku tak tau. Entah berapa lama diorang simpan rahsia ni pun aku tak tau. Masa tu, aku memng x boleh nak fikir apa2 dah. Memang aku tak percaya mak aku sendiri sanggup buat mcm tu.

Lagi menyedihkan bila dia membelakangkan keluarga dia sendiri yang selama ni mempertahankan dia masa dia susah. Semua adik-beradik dia, nenek aku, semua xtau pasal pernikahan senyap2 mak aku ni. Dan aku rasa, sampai sekarang, cuma aku dgn adik bawah aku je yg tau pasal ni. Adik2 aku yang lain semua xtau lagi sebab diorang pun still kecil2 lagi. Aku pun xsampai hati nak bagitau diorang.

Aku bertanya la, bila, dekat mana diorang kawin semua. Bini pakcik tu tau ke tak yg dia dh kawin dgn mak aku. Jawapan dia, mestilah tak. Lepas je mak aku cakap yg dia dah kawin tu, aku mcm still ‘in shock’ lagi dan berada dlm ‘denial state’ sampai hari ni. Aku langsung dh xtanya pasal details perkahwinan dia sbb aku rasa jijik dgn benda ni.

Even lepas diorang berkahwin pun, aku tengok mak aku tu sama je mcm x kawin. Hidup pun asing2 juga. Sorang kat utara, sorang kat selatan. Nafkah pula lagi la. Tang mana nak bg nafkah dh kalau tinggal pun x sebumbung. Nafkah zahir pun aku tgk, mak aku tiap2 bulan still sama je mcm sebelum kawin, kadang2 ada la waktu ‘sempit’. Silap2, mak aku yg bagi pakcik tu duit lagi ada sbb pernah sekali hari tu aku terbaca mesej mak aku minta hutang dia balik dgn pakcik tu.

Pokok pangkalnya, aku tak faham apa tujuan diorang berkahwin sebenarnya. Aku xnampak apa2 benefit pun kat keluarga aku. Lagi teruk, aku rasa ada. Sbb perkara ni masih menjadi rahsia dalam keluarga, kalau ada benda yg buat aku terasa pun, aku kena pendam, makan hati sorang2. Mak aku dalam dunia dia, anak2 dlm dunia masing2.

Memang aku x nafikan, mak aku x abaikan tanggungjawab dia sbg mak. Bagi kami adik beradik duit buat belanja, beli apa2 yg perlu. Tapi aku dpt rasa yg adik2 aku sgt kurang dapat kasih sayang. Lagi2 drpd seorang ayah. Walaupun adik2 aku kecil lagi, tapi diorang dah mula mengerti yg mak aku bersusah2 utk keluarga kitorang, tanpa pertolongan seorang ‘ayah’. Walhal sbenarnya kitorang dah ada ayah tapi langsung x tunaikan tanggungjawab sebenar dia.

And sampai sekarang, semua adik beradik mak aku xtau psl benda ni. Aku xtau la sampai bila aku boleh bertahan dgn rahsia ni sbb makin hari aku rasa hubungan aku dgn mak aku makin renggang. Tinggal sebumbung tapi xbertegur. Masuk dapur tapi buat hal masing2.

Sebagai anak, lagi2 anak sulung, aku tau yg aku kena selalu beralah. Aku la yg kena satukan balik keluarga kitorang mcm dulu. Tapi susah bila mak aku sendiri terlalu ego utk mengaku kesilapan diri dia sendiri. Duit x boleh gantikan kasih sayang dalam sebuah keluarga. Sekarang aku betul2 faham bila orang kata kebahagiaan tak boleh dibeli dgn wang ringgit.

Dulu, aku pernah ditegur kawan mak aku. “Hatta ibu kamu tu seorang pelacur sekali pun, kamu tetap kena hormatkan dia”. Aku still hormatkan mak aku. Sekarang, aku cuba utk elakkan perbalahan dgn mak aku. Jadi aku ambil jalan utk berdiam je dalam rumah ni. Tapi, sampai bila aku harus berdiam dgn keadaan mcm ni? Sampai bila aku terpaksa berdepan dgn rasa bersalah terhadap makcik pakcik aku psl rahsia perkahwinan mak aku ni? Diorang yg banyak tolong family kitorang selama ni.

Semua tu aku serahkan pada Dia. Sekarang, apa yg aku boleh buat, selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Walau perit mcm mana sekalipun, aku tetap kena sokong mak aku. Aku tetap kena ada utk dia.

Akhir kalam, aku mohon kalian boleh doakan kebahagiaan family aku dan semoga pintu hati mak aku akan terbuka utk berubah. Aku rindu family aku yg dulu. Happy, walaupun hidup susah. Walaupun aruwah ayah aku mungkin silap dlm keputusan dia untuk berpoligami secara senyap2, tapi dia selalu ada utk kami. Susah mcm mana sekali pun, dia tetap akan utamakan family dulu.

Utk aku sendiri, aku selalu cuba utk muhasabah diri utk selalu menjadi anak yg baik, yg boleh ganti sinar kebahagiaan yg hilang dlm family aku ni. InsyaAllah, setiap perkara Allah dh atur cantik dah dlm hidup kita. Mungkin ini pelajaran hidup yg Allah berikan kpd aku supaya aku bersedia sebelum aku ada family aku sendiri. Semua ada hikmahnya, insyaAllah.

Jadi, aku hentikan confession aku sampai di sini. Sebak pula malam2 ni. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ini. Aku doakan semoga kalian sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. Amin. Zhaf. Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih

Leave a Reply