Mak Pak Dah meninggl, dr kecil menumpang rumah atok nenek, tapi ak dilayan spt org suruhan, satu hari mcik buat drama sbb ak lawan ckp dia, atok nenek percaya, xsangka sanggup diorg buat ak mcm tu

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum semua… Aku harap admin post la cerita aku ni. Sebelum aku start, aku mintak korang semua untuk ambil iktibar dan tauladan disebalik cerita aku ni.

Aku dulu masa kecik kecik duduk dengan nenek aku. Senang cakap nenek aku jaga la. So, aku duduk dengan nenek, atok, makcik aku. Makcik aku ni dah sekolah menengah dah masa aku masih darjah 1. Kira kami ni membesar sama sama. Burvk baik aku dan burvk baik dia masing masing tahu.

Aku nak cerita pasal makcik aku yang jah4t ni. Aku ni anak buah dia (Mak aku kakak makcik) tapi aku tak tahu kenapa dia dera aku sampai macam tu sekali masa kecik kecik dulu.

Masa aku sekolah rendah, aku memang dah diasuh kena buat semua kerja rumah. Bangun awal pagi dalam pvkul 7, kena pergi kedai beli sarapan, buat air atok nenek ngan makcik aku yang jah4t tu nak minum (tapi makcik aku bangun pvkul 10/11 pagi… biasala rumah mak pak dia kan)

Setelah breakfast, basuh dan sidai baju. Siap yang tu, kena sapu dalam dan luar rumah pulak. Setel yang tu, makcik aku akan suruh aku siapkan rencah untuk dia masak. Aku pun siapkan semua based on order dia tu.

Ingatkan dah siapkan rencah, boleh relaks rupanya tidak. Aku kena duduk sekali dengan dia kat dapur, hulur sudip, periuk, sudu yang dia mintak. Dia ni memang pemalas ya rabbi. Periuk tu sebelah dia pun, dia akan panggil aku untuk ambil.

Dah siap masak, aku kena basuh sumer perkakas masak dan lap dapur. Dah tu makan kena berangkat berhidang semua. Tu semua aku la yang kena buat. Dieorang anak beranak, lepas makan tinggal jer. Lepas makan kena basuh siap siap, tak nak singki nampak penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

Minum petang pun kena buat benda yang sama. Tengah syok syok tidur tengah hari, kena kejut masak air buat minum petang. Kalau nenek aku request nak mee goreng, aku kena siapkan rencah nanti senang makcik aku nak masak.

Makcik aku ni tak suka aku bangkang arahan dia. Kalau aku bangkang, dia takkan marah aku time tu. Dia akan pvkul aku dengan tali pinggang masa atok nenek aku pergi masjid. Pernah sekali tu, aku tak nak belikan dia maggi je pun, dia tolak aku kat dalam bilik air dan siram aku dengan air dalam keadaan dah terlent4ng macam tu.

Bila aku dok asrama, aku harap benda ni dah takdela. Rupanya lagi dasyat aku kena. Dari pagi ke malam aku kena buat semua kerja dengan alasan aku dah banyak rileks kat asrama, takyah buat kerja rumah.

Jangan harap la nak pegang buku ni weii… kadang kadang, baju kerja laki dia pun aku yang iron. Pernah sekali tu sebelum balik asrama, dia dah longgokkan baju kerja laki dia untuk dipakai seminggu suruh aku iron. Kalau tak buat kena m4ki, so nak tak nak buat jela. Fyi, dieorang ni laki bini pemalas!

Kalau aku ada beli baju baru ke, tudung baru ker, dia akan ambil takpun koyak dan kotorkan. Takpun dia tanya aku depan depan nenek, mana aku ambil duit beli barang barang ni… Lepas tu tudvh aku mencvri semua.

1 hari tu aku bergadvh besar dengan dia. Aku tengah study waktu 2,3 pagi masa balik weekend. Tetiba aku dengar anak dia melalak. Nampak je aku, dia suruh aku buatkan susu anak dia. Aku cakapla aku tak nak, dia terus start naik angin. Meng4muk m4ki m4ki aku semua depan depan nenek aku.

Dia ni memang jenis drama queen tau. Benda sikit jer, tapi dia punya melalak buat drama air mata, macam kena rgol jer. Pastu tambah tambah cerita.

Nenek atok aku memang percaya jer cakap anak dia tu. Langsung tak back up aku. Masa tu aku menengah lagi, apelah kederat aku nak melawan dia. Lepas dah bergadvh tu, dia memang hasut nenek aku kaw kaw punya. Dan aku nampak, atok nenek aku percaya cakap dia.

Aku dah tak boleh makan dengan dieorang lagi. Lepas dieorang habis makan baru aku boleh makan. Pernah waktu bulan puasa time nak berbuka, dieorang tak bagi aku makan sekali. Aku makan kat dapur. Lauk pun dieorang tak tinggalkan aku. Bila ambil yang dah hidang kat depan, mak cik aku akan m4ki aku. Nenek aku pun bising nanti dieorang nak makan tak cukupla apela.

So, aku ambil jela kuah dalam periuk tu makan ngan telur goreng. Kalau takde telur, aku goreng ikan bilis. Aku memang tak reti masak masa tu.

Dari form 1 sampaila umur aku 18 tahun, aku takde baju raya. Nenek atok aku memang tak kisahkan aku. Bagi dieorang, dieorang dah bagi makan pun da cukup. Baju dal4m seluar dal4m pun pakai yang makcik aku punya lelama tu.

Baju sekolah semua jangan cakapla, Semua aku mintak kat orang. Aku akan tanya kawan kawan aku kalau ada baju, tudung dan kasut sekolah yang elok lagi, bagi kat aku.

Dan Alhamdulillah, kawan kawan aku memang baik. Banyak jugakla keperluan sekolah yang masih elok dieorang bagi kat aku. Bab buku dan yuran sekolah, of coursela atok aku bagi kan. Tapi dia punyer mengungkit, Allah jer yang tahu.

Pernah makcik aku halau aku dari rumah dalam keadaan hujan lebat. Kain baju aku semua dia dah campak kat tanah time tu. Alasan dia halau? Dia tak suka aku duduk situ sebab menyusahkan makpak dia kena bagi aku makan.

Dieorang selalu remind aku yang aku ni menumpang, anak pungut, takde mak pak (mak pak aku dah men1nggal dan aku anak tunggal), menyusahkan sebab kena bagi makan semua tapi tak kenang budi. Aku sabar jer sebab aku takde tempat nak pergi.

Aku belajar rajin rajin dan result PMR, SPM aku straight A. Dieorang tak bangga pun dengan aku, mengata lagi adalah. Siap cakap lagi, dah berjaya nanti, jangan tak kenang budi pulak.

Time nak sambung belajar, lagilah tervk aku kena. “Kau nak sambung belajar, cari duit sendiri. Jangan nak susahkan mak pak aku. Takpun,kau pergi mintak sedekah atau rayuan sebab mak pak kau tak tinggalkan 1 sen pun”.

sed1h??? Time tu jela. Hehehe.. Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya. Mak cik aku pulak, sampai sekarang tak boleh nak angkat muka bila selisih dengan aku. Atok nenek aku dah men1nggal sebelum dapat rasa hasil titik peluh aku tapi nampakla hari tua dieorang macam menyesal dengan apa yang dia buat pada aku.

Pada makcik aku kalau kau baca confession aku ni, sampai m4ti pun aku takkan lupa apa kau laki bini buat pada aku. Buat laki kau yang pernah cuba rgol aku dulu, semoga Allah bagi kau pertunjuk.

Harini kau buat orang, 1 day Allah akan balas balik setiap perbuatan kau. Jangan buat kat anak orang kalau kau taknak orang buat kat anak kau sendiri.

Buat yang pernah did3ra dan dianaya, ingat 1 benda jer. Allah tak pernah tidur. Dan tak selamanya hidup kita akan derita. Sebab Allah dah janji, setiap kesusahan, ada kesenangan. Sumber iiumc

Ini pula kisah kedua yg lebih mendebarkan. “Hak Anak Yatim Yang Dirampas”. Assalamualaikum. Saya hendak confess, ini kisah benar dan saya sangat2 memerlukan bantuan dan pendapat dari netiz3n sangat2 dan saya ingin tau jika mereka boleh menuntut hak yang sepatutnya.

Saya harap identiti saya disembunyikan dan confession saya ni akan saya tapis sikit yaa, tapi apapun kisah ni memang kisah nyata. Okay, begini. Kawan saya ni seorang anak yatim piatu, aku namakan dia di sini An.

Mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah. An ni suda bekerja, tapi hanya kerja biasa yang sekadar cukup makan sahaja. Gaji begitu sikit lah. yang penting gaji tu memang tak cukup untuk tanggung pembelanjaan adik2 dia.

Mereka sebenarnya mempunyai duit bantuan kerajaan. Akan tetapi, lepas kem4tian ayah mereka, bapa saudara mereka yang take over untuk mengendalikan duit bantuan kerajaan yang diberikan.

Tapi yang bangs4tnya, duit bantuan tersebut bukan digunakan untuk An n adik2nya sebaliknya bapa saudara mereka mengambil kesempatan menggunakan kesemua duit tu untuk kepentingannya. Satu sen lesap dan langsung tak diberikan kepada mereka adik beradik.

Setelah ibu mereka meninggl dunia, ayah dia pun start berubah. Langsung tak mengambil tahu akan hal ehwal anak2. Memberi duit satu sen apatah lagi. Pukvl teraj4ng menjadi sajian bila mereka meminta duit dari ayah mereka. Pada usia yang begitu muda, yang menanggung segala perbelanjaan adik2nya ialah An, yang merupakan abang sulung

Ayah mereka pada semasa hayatnya pun tidak begitu peduli dengan mereka adik beradik, dan dia yang pada waktu masih setahun jagung berhumpas pulas mencari rezeki untuk makan, malahan sanggup mengemis. Makan minum mereka tidak terjaga. Keadaan mereka sangatlah daif. Ibarat kais pagi, makan pagi.

Dengan pakcik saudara mereka mengambil kesempatan memanfaatkan mereka untuk mendapatkan duit bantuan kerajaan yang sepatutnya menjadi milik mereka adik beradik. Kiranya, bapa saudara nya tu menggunakan mereka adik beradik untuk ambil duit tu semata bagi kepentingan diri sendiri.

Apabila ditanya, sama ada duit tersebut, dah masuk atau belum, bapa saudaranya tu mengelat kata kononnya bantuan belum masuk. Sudahnya dia kata belum masuk juga, tak kunjung tiba.

An ni yang terpaksa bers4kit-s4kit kerja awal usia untuk tanggung adik2. Senangkan pada umur yang begitu muda, dia sepatutnya berada di sekolah. Tapi in his case, no. Dia tak ada childhood memory. Dari kecil hidup menderita. Yelah, dengan ayah macam tu. Dengan bapa saudara yang jadi per0mpak kebas duit bantuan anak yatim. Makan duit h4ram anak yatim.

So, aku nak tanya pendapat, if ada siapa2 yang bekerja sebagai lawyer ke yang boleh bagi pandangan. Dalam kes mereka ni, boleh atau tak dibawa ke mahkamah untuk tuntut balik hak yang diorang tak dapat. An sekarang berumur 20 tahun. Adik2 dia masih bersekolah. Dan benda ni dah lama jadi.

Sejak duit bantuan dah habis, bapa saudara diorang tu pun dah tak ambil kisah lagi dengan diorang adik beradik. So dah terabai lah. Please please sangat aku memerlukan pendapat murni n jasa baik netiz3n untuk bantu mereka beradik yang kurang bernasib baik ni. Ataupun tak perlu heret ke mahkahmah, ada tak cara lain untuk bantu mereka ni? Please aku harap sangat bantuan dari warga malaysia.

Aku serius masa dengar cerita dia sangat2 touching. Dengan kesusahan hidup dia, dengan apa yang dia telah hadapi dari kecil. Sampai dia menangis, waktu tengah cerita. Imagine, lelaki menangis. Aku rasa dia dah capai limit tak boleh nak pendam dah kot.

Aku confess kat sini pun dia langsung tak tahu ni. Dan dia kata dia taknak buat apa2 pun pasal hak diorang yang dah diambil tu. Tapi aku kalau boleh nak buat something untuk dia juga. Sikit2 aku pun ada juga tolong2. Harap warga malaysia sudi tolong lah yer. InsyaaAllah. Terima kasih in advance.– DB (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply