Mak sruh aku minta maaf pd Maya,katanya dend4m manusia jgn dibuat main.Tapi aku takut dgn apa yg terjadi setelah aku kluar dr rumah tu.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yg banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah. Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, “Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je.

Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yg kat luar tu” dan bawa tupperware tu masuk bilik dia. Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia b***h kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan “Padan muka kau.

Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan”. Lebih kurang gitu lah Maya cakap. Aku yakin dia baca post tersebut (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yg buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku krn a1bkan dia.

To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai,

bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psik0logi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..

16 Nov 2016. Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air, tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yg berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat.

Dan di hari petang Rabu yg suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yg terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.

26 Nov 2016. Hari Sabtu. Hari yg bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dgn kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh.

Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak.

Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle. Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yg ada dekat pintu, dan… aku nampak Maya tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..

6 Jan 2017. Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site). Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta.

Kereta kesaygan dah takda cermin bahagian driver dan yg pelik, dalam kereta penuh dgn ulat sampah yg warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.

Aku : Kenapa dgn kereta sy ni.. (sambil menangis). Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat? Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.

Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan. Beberapa hari lepas tu, aku diarahkan untuk stay back dekat office sebab ada beberapa kerja yg dah dekat deadline, sampai rumah lebih kurang dalam 10.40 malam.

Masuk rumah, terus rasa seram sejuk dan macam ternampak kelibat satu makhluk depan pintu bilik. Tapi masa tu aku fikir mungkin aku penat jadi aku abaikan. Sejak dari kejadian aku balik lewat tu, setiap pagi aku mesti akan rasa lesu bila bangun tidur.

Officemate semua tanya kenapa aku nampak pucat tapi aku bagi alasan yg aku penat sebab project tengah banyak. Bila malam je, aku jadi panas walaupun aircond dah on 18c. Aku jadi murvng dan jadi tersangatlah suka pada benda k0t0r. Paling aku ingat dan tersangatlah jij1k, aku jadi suka sangat waktu aku h**d.

Apa aku buat pada d***h h**d aku, rasanya tak perlulah aku cerita kat sini, muntah berdarr4h pulak korang. Aku sedar benda tu, hati aku sebolehnya taknak buat, tapi entah kenapa aku tak boleh tahan diri aku.

Dan sepanjang aku ‘tak sihat’ tu, aku akan ketuk satu paku pada satu dinding di bahagian bilik nombor 3 (aku jadikan bilik tu sebagai stor). Aku mula duduk dalam dunia aku sendiri, prestasi kerja makin merosot, life makin tiada, aku jadi lupa untuk solat dan mengaji.

Makhluk yg sebelum ni cuma terasa seperti bayg-bayg, lama-lama aku rasa dia macam wujud dan.. aku mula terima dia masuk dalam kehidupan aku sikit-sikit. Aku jadi khayal dalam dunia aku sendiri.

Korang baygkanlah, aku tinggal sorang, tiada kenalan rapat langsung yg tinggal di kawasan rumah, jiran-jiran semua non-muslim, apa yg boleh sedarkan aku? 26 Jan 2017. Hari Ahad. Tahap kesihatan aku makin teruk. Selalu MC, tapi masih aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga yg jauh di selatan tanah air.

Rumah aku yg dahulunya kemas dan bersih, kini k0t0r dan suram. Aku sudah mula bencikan cahaya. Duduk bergelap dalam bilik. Dalam pukul 9.30 malam, ada orang bagi salam dan loceng rumah bunyi bertalu-talu. Aku decide nak diam je mula-mula sebab takut Maya yg datang tapi dengar suara lelaki panggil dari luar.

Oh, pakcik Ali (refer kes tarikh 6 Jan 2017), wife pakcik Ali (Cik Mah) dan seorang lelaki yg aku tak kenal. Macam mana pakcik Ali tahu yg aku tak sihat, dia sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yg pelik jadi masa dia jumpa kereta aku penuh dgn ulat sampah hari tu.

Dan alamat aku, secara senyap, dia perhati pergerakan aku keluar masuk kawasan apartment (jangan buruk sangka, pakcik Ali takde niat burvk, dia cuma nak membantu setelah usaha dia dapatkan alamat aku dari Accommodation office tak berjaya) and yes, dia beritahu aku yg ada sesuatu dalam rumah aku.

Dia tiada ilmu untuk mengusir benda tak elok yg menumpang dalam rumah aku (dan mungkin dalam badan aku), tapi dia bawa seseorang yg pandai dalam hal ni, pakcik Said. Benda pertama yg Cik Mah cakap lepas aku jemput diaorang masuk rumah;

Cik Mah : Ya Allah.. kenapa busuk sangat rumah kamu ni? Busuk ni bukan busuk sampah, ini busuk benda lain. Aku : Saya tak bau apa-apa cik mah… Pakcik Said masuk setiap bilik, termasuklah bilik aku. Sampai di bilik nombor 3, pintu macam tersekat, tak boleh bukak. Situasinya macam,

ada someone yg tahan pintu tu daripada terbuka. Aku tengok Pakcik Said baca sesuatu dan minta aku sendiri yg buka. Aku berjaya buka dan serentak itu, Cik Mah terus berlari ke sinki dapur, muntah-muntah. Tapi yg pelik, aku langsung tak bau apa-apa. Di dinding penuh paku, di satu sudut,

tuala wanita aku yg tak berbasuh (minta maaf, aku betul-betul tak sedar apa yg jadi pada aku dan tuala wanita aku ni) dan ada b4ngkai-b4ngkai tikus di sekitar bilik (apa yg jadi antara aku dan tikus-tikus ni tak usahlah aku ceritakan, sangat-sangat jij1k)

Mereka mulakan aktiviti pembersihan kawasan rumah, dan aku. Aku macam tak sedar dgn apa yg jadi, tapi aku masih boleh ingat flow kejadian tu. Pelik. Sampai di saat pakcik Said mulakan aktiviti mencabut paku-paku di dinding, aku mula rasa tak selesa dan secara tak sedar aku mula menjerit sebab aku rasa s4kit yg teramat sangat.

Aktiviti membuang dan merawat selesai dalam 2 pagi. Tapi ikut kata pakcik Said, dia tak mampu buang dan rawat semua. Dia cuma boleh tolong apa yg mampu. Si pelaku nak jadikan aku sama jenis dgn diri dia, suka pada benda k0t0r (kalau ada yg blur, maybe korang boleh cari balik cerita part 1 (Link dekat komen), baru korang boleh faham kaitan antara aku yg tengah ‘s4kit’ dan Maya)

Aku masih amalkan surah-surah dan ayat pedinding yg dibekalkan pakcik Said. Cuma, kadang-kadang aku masih rasa ada yg memerhati aku dalam rumah tu. Dan, tanpa pertolongan pakcik Ali, aku rasa mungkin aku dah tak wujud dalam dunia ni. Masa aku ‘tak sihat’ selalu sangat aku rasa nak terjvn dari balkoni rumah aku, tingkat 11.

Apa yg aku kongsikan ini, ambil jadi pengajaran. Silap aku krn cerita part 1 aku dekat page tu makan diri aku sendiri. Dan sampai sekarang aku masih lagi berubat dgn pakcik Said. Aku pindah rumah dan Mak ambil keputusan untuk temankan aku di KL sampai aku betul-betul sihat.

Mak cadangkan aku minta maaf pada Maya, dendam manusia jangan di buat main kata Mak, tapi aku masih belum ada kekuatan dan tak tahu macam mana untuk jumpa dan bersemuka dgn dia.

Takut dia sembur-sembur benda lain pulak dekat aku nanti. Yg tulus dan mohon maaf kpd maya -Sara. Nantikan Part 3 Kisah Ini, Sumber asal ekisah Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply