Mak suka sangat dgn Nani katanya Nani baik, hormat orang tua & pandai masak. Setelah ak setuju nak nikah dgn Nani, Tetiba pegawai agama yg interview Nani panggil aku masuk bilik dan terbongkarlah segala kisah.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Nama aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. Aruwah isteri aku biarlah aku namakan sebagai Nani. Aku dan Nani punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dgn Nani. Mak kata Nani baik, Nani hormat orang tua, Nani pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nani ni kecil molek orangnya, tak nampak yg umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya.

Bila mak kata nak jodohkan aku dgn Nani, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior aku. Aku panggil dia Ifa. Mak tak tahu pasal Ifa sebab aku plan nak bagitahu pasal kami bila Ifa dah habis belajar.

Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nani, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal dan kawan dgn Nani. Sebab mak dah berkenan sangat. Pendekkan cerifa, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nani, mak aku meningg4l. Mak memang dah lama s4kit. Akulah yg jaga mak selama di hospifal.

Mak kenal Nani sebab berjiran katil kat hospital. Bila Nani melawat mak dia, berbual-buallah dgn mak aku. Tu yg suka sangat dgn Nani. Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lag1lah mak aku nak sangat kami kahwin.

Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nani, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak. Sebak g1la rasa sebab aku memang ikhlas dan saygkan Ifa. Tapi istikharah tu?

So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Nani. Ifa menangis teruk. Ifa kata aku kena sihir Nani sebab aku sanggup tinggal Ifa yg dah bertahun bercinta demi Nani, seorang anak dara tua. Entah. Aku pun tak tahu nak explain apa kat Ifa.

Ifa minta aku pergi berubat dan dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dgn Nani. Aku pesan kat Ifa, jangan tunggu aku. Ifa berhak dapat lelaki lebih baik. Klise sangat kan jawapan aku. Macam drama pukul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku.

Persiapan pun dibuat. Meriah g1la. Sebab Nani anak sulung yg telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat dan nak buat majlis grand kiranya. Aku ikutkan jek. Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin.

Biasanya, sampul keputusan ujian drah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin. Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yg interview Nani panggil aku masuk bilik dia dan terbongkarlah segala kisah. Nani H1V+.

Nani menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan. Bila masuk kereta, aku tengok Nani. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Nani minta maaf sesungguhnya. Nani kata dia bod0h sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini.

Nani lupa yg ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yg sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun. Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu.

Nani cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Aku tanya, parents Nani tahu tak pasal ni. Nani kata, tak ada siapa yg tahu.

Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir-fikir balik, macam g1la juga keputusan aku ni. Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya. Aku ajar Nani solat, mengaji.

Nani cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hospital. Sebab tu Nani cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Nani menantu. Nani cakap, dia tak nak m4ti mend3erita sorang-sorang tapi at the same time, Nani tak nak family dia tahu yg dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayg yg lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berlandas nfsu semata. Semakin hari, aku nampak perubahan Nani. Kulit Nani mengering macam berkeruping dan berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nani pakai lengan panjang dan tudung. Sebab Nani kata dia malu kulit dia buruk.

Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh. Sehinggalah dia s4kit terlantar, aku yg jaga Nani sepenuhnya. Kawan-kawan pejabat Nani semua buat andaian yg Nani kena sihir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nani boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nani pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas aku mandikan Nani, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Nani macam dah boleh bergerak sikit. Aku papah dia ke bilik air. Lepas siap, Nani kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Nani dan masa tu lah Nani naz4k depan mata aku. Tiba-tiba.

Nani sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup aku dan ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nani pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa. Nani pergi bersama a1bnya yg tertutup rapat.

Maha Suci Allah yg Maha Pengampun dan Penerima Taubat hambaNya. Oleh sebab Nani masih muda dan tak ada history s4kit tervk, so kena buat post mortem untuk claim insurans.

Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang pvnca s4kit Nani yg sebenar. Tapi keputusan post mortem menunjukkan yg Nani kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nani yg selalu keluar negara.

Even parents Nani pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda. Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nani, Allah hantar aku untuk tutup a1b dan jaga Nani ke hujung nyawa. Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga a1b aku dan berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. Satu dalam seribu kot. Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa. Cuma mungkin ini ujian untuk aku dan alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerifa.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yg lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir. Sekian.

Nota dari admin : SUDAH menjadi satu kelaziman, kita akan memandang seseorang itu seolah-oleh begitu sempurna, tanpa ada kekurangan pun pada dirinya. Begitu juga halnya apabila orang lain melihat diri kita.

Hakikatnya, sebagai seorang insan, kita pasti memiliki kelemahan. Lagipun, kita bukanlah tergolong dalam kumpulan para anbia dan rasul yg bersifat maksum. Justeru, setiap daripada kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan d0sa.

Ketahuilah, sebenarnya ALLAH SWT telah menutup a1b hamba-hamba-NYA agar tidak dapat dilihat oleh orang lain. Oleh itu, bersyukurlah andai ALLAH SWT telah memelihara cela pada diri kita dengan kuasa-NYA.

Malangnya, entah mengapa masih ada segelintir orang yg tanpa segan-silu menjaja a1b sendiri. Demikian juga ada yg tergamak membuka a1b orang lain tanpa memikirkan impaknya kepada individu tersebut termasuk ahli keluarganya.

Ketahuilah, umat Islam diajar supaya tidak sewenang-wenangnya membuka a1b sendiri. Apatah lagi, kelemahan yg terdapat pada orang lain. Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply