Mak tinggalkan ak dgn Mak Long, lepastu mak nikah baru, ak xnaik pun masjid sebab x setuju, lepas je setahun, bapak baru meninggl, akhirnya niat sebenar mak stuju nikah buat ak terkejut

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum semua. Confession ni tak terlalu panjang. Kisah macam mana aku tawar hati nak berkasih sayang dengan mak sendiri.

Aku perempuan, anak tunggal manakala mak aku ibu tunggal dan mak aku merupakan anak bongsu. Aruwah ayah dengan mak bercerr4i masa aku masih kecil lagi. Gigi pun aku tak tumbuh lagi masa mak dengan ayah bercerr4i. Technically, aku memang tak pernah rasa selayaknya kasih sayang seorang manusia bergelar ayah. Wajah aruwah ayah sikit pun tak ada dalam memori aku.

Mak aku lah yang besarkan aku dari tadika sampailah aku darjah 2. Masa aku nak naik darjah 3, mak tinggalkan aku rumah nenek sebab nak try cari peluang kerja luar negeri. Alasannya, mungkin boleh dapat gaji lebih sikit daripada gaji kerja di kampung.

Lama-kelamaan, mak aku macam lupa nak hantar duit belanja sekolah aku dan kebanyakkannya paklong aku yang tanggung. Setahun mungkin 2 kali je mak aku sempat balik jenguk aku lat kampung. PIBG sekolah selalunya maklong aku je yang pergi.

Masa aku form 3, mak aku bagitahu dia nak kahwin. Dengan pak sedara kawan sekerja dia yang umur lagi tua dari paklong aku. Mak aku kata dia dah penat kerja bawah orang, kalau dia kahwin bapak baru aku mampu tanggung sekolah aku. Masa tu aku marah dengan diri sendiri. Aku asyik fikir aku ni beban ke untuk mak aku? Nasib baik masa tu dah lepas PMR, so benda tu tak ada sampai menggangu pelajaran aku.

Masa mak aku nak akad nikah, aku tak naik pun masjid sebab aku rasa tak boleh nak terima. Kalau mak aku kata dia sayangkan bapak baru aku, aku boleh terima. Tapi penyebab sebenar cuma nak pastikan aku masih mampu terus belajar.

Bapak baru aku tu banyak duit tapi dia jugak ramai anak dengan bekas isteri dia. Rupanya mak aku kahwin pun sebab nak jaga bapak baru aku yang s4kit jantung. Tak sampai setahun pun kahwin, bapak baru aku mennggal.

Lepas bapak baru aku mennggal, mak aku balik ke negeri tempat dia pernah kerja. Walaupun paklong aku, maklang aku ramai tak setuju. Aku makan hati lagi sebab yang mendengar segala umpat k3ji adik beradik mak aku di kampung hanyalah aku.

Bermula dari situ, aku m4kin tawar hati nak bercakap dengan mak aku sendiri. Masa ni nampak sangat makcik dengan mak anjang aku tak sukakan mak aku dan aku sekali terkena tempias.

Kalau dulu aku bahasakan nama setiap kali bercakap dengan mak, bermula hari tu sampai sekarang aku cuma bahasakan aku sebagai “orang”. Masa aku asasi lah baru aku tahu berapa gaji bersih mak aku selama dia bekerja di negeri orang.

Kalau mak aku kerja di kampung, sekurang rumah tak perlu bayar sewa. Mungkin gaji bersih yang mak aku dapt di kampung sama sahaja nilainya. Jujur aku katakan, aku tak reti dah nak bermanja dengan mak aku sendiri.

Aku lebih percaya dan mesra dengan maklong aku untuk cerita apa-apa rahsia. Aku lebih suka masakan cara maklong aku. Aku lebih senang meluah rasa dan memeluk maklong aku berbanding mak aku. Maklong aku cukup tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka.

Selepas aku grad degree dan dapat kerja tetap, mak aku dah tak bekerja dan balik tinggal dengan nenek aku. Aku rasakan aku hanya sekadar jalankan tanggungjawab seorang anak bagi duit bulanan untuk mak aku.

Kalau mak aku datang ke rumah sewa aku pun, aku jarang nak layan mak aku bercakap. Tapi aku cuba tunaikan segala apa permintaan atau hajat mak aku selagi aku termampu.

Aku tak reti nak bergurau senda bermesra dengan mak aku sendiri. Aku dah kaku nak ada sesi pujuk memujuk antara mak dengan anak. Aku cuma janji, selagi aku hidup dan aku mampu, aku takkan biarkan mak aku rasa hidup susah.

Hubungan adik beradik mak aku sekarang dah sem4kin baik. Aku nampak perubahan yang positif dalam cara paklong, mak anjang dan makcik aku melayan mak aku sekarang. Tapi, diri aku sendiri seolah ada tembok yang perlu dipecahkan kalau aku nak kembali ke zaman sebelum mak aku pilih untuk kerja di luar negeri.

Saya ada terbaca pasal isteri tak dicintai suami tapi suami masih jalankan tanggungjawab dan masih jaga keluarga dengan baik. Mungkin situasi kita tak sama, tapi apa yang saya rasa dan alami dengan mak saya lebih kurang. Percayalah, itu tandanya suami anda semua sayangkan anda dan cintakan anda selayaknya.

Saya sayangkan mak saya, saya cintakan mak saya. Tapi atas sebab tertentu saya dah tak reti nak zahirkan sayang tu dengan kata-kata atau lenggok badan.

Saya cuma mampu zahirkan dengan sediakan kelengkapan dan jalan tanggungjawab seorang anak yang sekadar termampu. Aku tahu kami hanya ada satu sama lain sebagai sandaran selain daripa Allah SWT.

Kalau ada yang boleh nasihat atau bagi tips untuk saya bagaimana nak atasi kemarahan atau emosi terpendam dengan mak sendiri, silakan. Aku pun rindu nak jadi anak manja mak aku macam dulu yang boleh tidur berpeluk bawah ketiak mak aku malam-malam.

Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian Nura. Hanizah Hassan –Selalulah jengah ibu kamu walaupun hati tidak rela. Cinta dan kasih sayang itu milik Allah, berdoalah agar kasih sayang itu jadi milik kamu dan kamu sempat berkasih sayang dgn ibu sebelum terlambat

Kouru Kanagawa –Sebenarnya diantara adik & mak, ada satu tembok yang adik bina sendiri yang dipanggil tembok ‘kemarahan yang terpendam’. Tembok ini lah yang menghalang adik untuk menerima mak 100%.

Skrg ni apa yang adik perlu buat, beri kemaafan sedikit demi sedikit kepada mak. Pandanglah wajah tua mak. Lihat lah dgn penuh belas. Kenang lah segala kesusahan dan kesengsaraan yang mak sudah lalui sepanjang hidupnya.

Nasib seseorg berbeza mengikut aturan yang Allah dah beri kepada setiap hambaNya. Kehidupan ini dinilai oleh Allah melalui sejauh mana hambaNya kuat, cekal dan sabar dgn ujian2 Nya. Nasib adik sendiri pun dimasa depan belum ada jaminan samada dpt hidup aman tanpa diuji…
– Nura (Bukan nama sebenar) via iiumc

Ini pula kisah ke 2 yang lebih mendebarkan. Salam min, Saya cuma nak minta pendapat, Saya mempunyai seorang ibu angkat yang membela Saya dari kecil tapi memisahkan saya dari ibu kandung dari Hari kedua dilahirkan sehingga harini, selama 32 tahun saya hidup di muka dunia ni

hanya Dua tiga Kali saya dapat melihat wajah orang tua saya sehinggalah pada tahun 2012 ayah Saya meningg4l dunia tapi saya Tak dapat balik melihat jenaz4h ayah sendiri kerana tidak tahu khabar berita.

Adik beradik kandung saya cukup marah waktu itu pada ibu angkat saya kerana bagi mereka ibu angkat tidak memberitahu saya tentang berita itu.

Ibu kandung saya memendam rasa sehinggalah pada tahun ini beliau dijemput illahi dalam keadaan hati yang masih kecewa, saya rasa berd0sa sangat kerana lebih kan ibu angkat saya dalam segala Hal sehingga harini bila Allah uji saya sekali lagi, ibu angkat Tak dapat berjalan kerana s4kit tua.

Untuk pengetahuan semua semasa hayatnya ibu angkat saya lifestyle ala ala datin ,very bossaya. aura negative dia terlampau banyak tak pernah menolong saya membuat kerja rumah

sampaikan suami saya Naik berang Dan menyampah dengan perangai ibu angkat saya, dengan mertua saya pun ibu angkat Tak berapa berbaik. walaupun hampir tujuh tahun kami menikah,ast berjumpa diantara besan Masa Hari perkahwinan saya sahaja itupun lagak nya sebagai tetamu

Hampir saban Hari kami bertengkar admin. kini suami memberi kata putus keluar kan ibu angkat saya dari umah ni kerana beliau tidak sanggup lg memberi ehsan kepada wanita tua berumur 64 tahun itu lagi.

jawapan nya kemana saya hendak letak kan wanita ini, dirumah orang tua tua dia tidak mahu, adik beradik ibu angkat saya langsung tidak ambil peduli tentang dia. Dan mengatakan ibu angkat saya Ada saya

tapi mereka lupa, saya sudah pun berkahwin saya mempunyai tanggung jawab jadinya sekarang saya inggin minta pendapat Sapa saya perlu dulukan. Dan berd0sakah saya, Saya buntu, Saya letih, Saya penat admin. Sumber krt. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply