Malam pertama, ak nekad lari pergi rumah kawan, tak sangka suami ak berperangai seperti itu, ak minta dilepaskan, namun apa yg ak offer ni akhirnya dpt buat suami aku sanggup jatuhkan talak kepada aku

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Nama aku Nelisa. Ini bukan nama sebenar. Catatan aku kali ini hanya ingin berkongsi kehidupan aku sebagai seorang wanita.
Kalau sesiapa triggered, aku mohon maaf dahulu kepada kalian. Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak dahulu memang aku tidak rapat dgn keluarga aku. Aku pelajari kesilapan dari pengalaman aku sendiri. Tiada siapa mengendah apatah lagi menasihati.

Sifat aku yg polos dan lurus menyebabkan ramai yg mengambil kesempatan. Setelah aku peroleh Ijazah, aku terus ditawarkan pekerjaan di salah sebuah Bank terkemuka di Kuala Lumpur. Menjadi seorang eksekutif muda, aku banyak pelajari sendiri kehidupan. Aku pindah keluar dari rumah keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dgn talam dua muka keluarga sendiri.

Sehingga aku bertemu dgn seorang lelaki, dari perwatakan memang cukup solat dan baik. Aku yg memang tiada rasa kasih sayg dari keluarga, terus menerimanya dgn hati yg terbuka. Tapi malangnya selepas berkahwin, selepas sahaja akad nikah, perangai tembel4ngnya pecah. Rupanya sikapnya selama ini adalah penipvan semata-mata, dia mar4h kepada aku kerana tidak menyediakan hantaran telefon bimbit seperti yg dia mahukan.

Dia juga membandingkan aku dgn kakak iparnya, waktu abangnya berkahwin, kakak iparku menyediakan hantaran yg mewah. Aku mengatakan, aku memang bukan seorang yg kaya. Dan dia juga bukan dari keluarga yg senang, sebab itulah aku tidak meletakkan sebarang hantaran kerana ingin memulakan hidup bersamanya.

Tapi aku tidak menygka kerana tiada hantaran mewah, aku diperli dimar4h oleh keluarga mertua aku. Aku hairan dgn manusia ni. Mereka pun hidup di PPRT sahaja. Tetapi demand melebihi orang kaya. Setelah kecewa dgn tingkah lakunya, aku tidak menuruti dia pulang ke rumahnya. Ya! hari pertama perkahwinan dan masih tidak sempat disentuh olehnya, aku melarikan diri ke rumah kawanku.

Keluarga aku hanya bertepuk tangan dan menghalau aku keluar kerana memalukan keluarga. Tapi bagi aku tidak mengapa. Dari aku hidup dgn lelaki sebegitu. Aku terus failkan perpisahan. Sehingga staff disitu hairan apabila melihat tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu.

Suami tidak mahu datang ke mahkamah walaupun sudah dihantar surat saman sebanyak tiga kali. Dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku ingat perkataan hinaan dia kepada aku, aku kuatkan semangat. Aku offerkan RM5000 sebagai ganjaran untuknya untuk melepaskan aku. Dah nama gold digger, pasti akan menerima walaupun hanya RM5000.

Tertalaklah satu sebagai janda berhias. Aku terus meminta ditukarkan ke cawangan Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru. Rupanya, masih tidak cukup dugaan aku alami. Kerana berstatus Janda, aku kerap diganggu. Boss aku sendiri kerap menghantar mesej tak senonoh, dan aku adukan kepada HR, tetapi tiada tindakan.

Isterinya datang ke cawangan dan memarahi aku. Subhanallah, patutlah ramai wanita sanggup jadi punching bag dari jadi Janda, sebab dugaan sebagai golongan J ini amatlah besar. Aku terus berhenti kerja dan membawa diri ke negeri lain.

Sehingga sekarang aku menyendiri. Trauma dgn lelaki cukup tinggi. sehingga sekiranya kawan aku ingin berkahwin, aku akan jadi sinis. Aku terlalu berasa negatif kearah perkahwinan dan selalu menasihatkan wanita lain supaya tidak berkahwin.

Aku selalu mengikut confession di IIUMC. Rupanya ramai yg senasib dgn aku. Dan ada yg begitu kuat untuk tidak berkahwin kerana takut dgn lelaki zaman sekarang. Ya, Aku faham perasaan mereka.

Hidup aku sekarang, masih tiada hala tuju. Umur sudah masuk 30 an, ibarat yatim piatu tiada keluarga. Aku nasihatkan yg mana ingin berkahwin, kenallah dulu pasangan dan keluarganya sebaik mungkin. Jangan percaya kononnya cinta lepas kawin baru nak kenal.

Tak! zaman sekarang kita kena lebih berhati-hati. Aku taktahu apa jadi dgn masa depan aku, tetapi aku berharap para pembaca dapat doakan aku semoga aku menjadi terus kuat tanpa menoleh kebelakang lagi. Sekian coretan dari aku. Sumber – Nelisa (Bukan nama sebenar) via iiumc

Terkejut jugak kami membaca luahan Nelisa ni. Hanya kerana hantaran perkahwinan, segalanya terbongkar. Sungguh berani, awal2 lagi sudah buat keputusan yg besar dalam hidupnya. Kami doakan semoga urusan Nelisa dipermudahkan dan moga berjumpa jodoh yg terbaik di kemudian hari. Yg buruk kita jadikan sempadan. Yg baik itu jadikan teladan. Apa pula kata anda?. Kongsikan, moga bermanfaat.

Ini pula kisah ke dua yg lebih mendebarkan. Tajuk Gadis Ni Nekad Untuk Letak Hantaran Rm700 Gara Gara Bakal Suami Gaji Rendah. Masa Nak Akad Nikah Dengar Mas Kahwin Yg Suami Lafazkan Buat Wanita Ini Terkedu.

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yg bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yg masih bujang. Masa kalian, dgn orang yg tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yg sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yg senang. Sebelum aku bertunang dgn K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dgn K, aku risau sgt jika ayahku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu. Namun hati aku lega sgt, ketika bertunang dgn K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Baygkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Begitulah K yg tidak pernah berkira dgn keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dgn perangai yg itu. Tapi tetap aku risau dgn persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yg terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yg lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sgt. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yg aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.

Tapi aku tetap dgn keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yg banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.

Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sgt terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yg terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yg entah berapa ribu nilainya.

Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.

Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yg dia mulakan sejak bertunang dulu. Yg aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yg boleh kita ikut. Pertama, Jangan berkira dgn keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yg lebih banyak.

Kedua, K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yg ada dalam poket, tetap dihulur. Ketiga, Membantu kawan yg susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yg ini, sampai kami brbalah juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

Keempat, Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sgt. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dgn dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sgt cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply