Malam tu aku terdengar call dr mak mertua aku dgn isteri aku. Yang pelik sebab mereka sembang pasal aku bayar makan malam tadi

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Salam admin dan warga krt.. Aku ni dalam dilema antara bini dan mak aku ni. Serabut kepala aku sorang2 fikir jalan penyelesaian. Macam ni, bini aku dari keluarga yg senang banyak dari keluarga aku. Masa kawan dia tak pernah cerita pun pasai ni. Kenal pun masa sama2 kerja operator kilang. Aku kawan 3 bulan, terus masuk minang. Masa tu baru tahu , mak ai rumah dia, akak abang2 dia semua keja hebat.

Bini aku pun ada degree. Kerja kilang sebab tak dapat kerja tetap lagi. Dalam tunang dia dapat kerja tetap padan dgn degree dia. Aku plak tetap operator kilang. Lepas kahwin, kami sewa rumah sendiri.

1 jam saja dari rumah mak ayah aku. Setiap minggu mak aku akan call suruh aku balik. Sebulan 1 kali ja kami balik rumah mak mertua aku. Aku memang suka blik rumah mak aku tapi aku malu la bila guna kereta bini aku, minyak tol pun bini aku bayar. Kalau bawa mak ayah aku keluar jalan2 makan pun bini aku yg bayar. Gaji aku ni bayar rumah dan beli barang dapur sikit ja. Duit makan sendiri pun bini aku tolong topap..

Tahun ke-3 kami pindah duduk 1 flat dgn mak aku. Senang nak bawa pergi jalan2. masa tu ekonomi aku pun dah stabil. Aku buat bisnes. Baru aku rasa jadi suami sejak guna duit aku semua ni. Gaji bini aku hanya utk diri dia sendiri ja.

Tapi mula bisnes pun modal dari dia la Bila dah duduk dekat2 ni. Setiap hari mak aku datang rumah atau kami pergi rumah mak aku. Jalan kaki 3 minit tak sampai .. seminggu dua tiga kali aku bawa mak ayah aku makan. Aku ada dua abg dan seorang adik.

Semua boleh bawa kereta tapi susah sangat bawa mak ayah aku keluar jalan2. Lepas 6tahun kawen, bini aku berhenti kerja, tolong aku bisnes. 2 bulan lepas, bisnes aku drop teruk. Kebetulan ayah aku baru dapat duit pencen.

Aku minta pinjam duit sikit, tp tak dapat. Aku sampai gadai semua barang emas bini aku. Pastu bini aku terpaksa minta pinjam famili dia. Laju ja mak dia bankin duit utk kami. Lepas dapat duit, kami balik rumah mak mertua aku dua hari.

Masa kami balik kampuang isteri mak mertua aku sedih tengok segala barang emas bini dah tak ada. Balik sini mak aku ajak keluar makan. Aku bawa la pergi makan ikan bakar, kena 70ringgit ja. Aku bayar.

Malam tu aku dengar mak mertua call bini aku sembang dan aku dengar mereka cerita pasal aku bayar makan tadi. Aku pun tegur bini aku sebab mengadu pada mak dia. Tapi dia ungkit jasa dia dari awal kahwin.

Dia kata aku berat sebelah. Dan dia kata aku boleh belanja famili aku lepas aku tebus suma barang emas dia dan bayar hvtang mak dia. Kalau tak dia tak akan keluar bersama mak ayah aku lagi. Aku memang sayg bini aku. Tapi mak aku, syurga aku.

Aku tak sanggup dengar mak aku buat ayat sedih anak anak tak mahu bawa dia jalan-jalan lagipun mak aku ni bila jalan2 bukan minta makan mahal, bihun sup tepi jalan pun dia telan asal dapat ronda2 keluar dari rumah. apa patut aku buat sekarang..

Ikut target, kalau bisnes dah ok, dalam 3bulan aku dapat ambil semua barang emas dan bayar hvtang mak mertua aku. Tapi confirm masa tu dah cukup buat mak aku sedih. Aku tak fikir adik beradik lain boleh buat mak aku faham dngan aku. Bini aku tegas.

Bila dia kata sesuatu, memang dia akan buat mcm tu. tambah pula ayat mak mertua aku..”bila senang belanja famili dia, bila susah famili dia tak tolong pun. Min, jangan fikir aku tak kecil hati dgn famili aku. Aku tak dapat nak luah pada sesiapa pun perasaan aku ni. Aku cuba tak nak burukkan famili sendiri. Aku buang semua negatif thinking.

Niat aku cuma nak buat mak ayah aku gembira selagi mereka masih ada. Tp sekarang aku ada halangan. Bini aku, bini yg sayg aku sangat, bini yg banyak tolong aku.. pening aku terus fikir masalah ni. Sumber KRT

Antara k0men dr pembaca lain :

Nurul Huda Musa :Buatlah apa pun ,yg penting jangan sesekali sampai hati mak terluka, nanti target 3bln tu pn entah ke mana. Kalau saya jadi isteri , saya akan bg sokongan utk terus buat baik pada orang tua kamu , duniawi mmg nampak x logik mcm komen² kat atas ni la,
tp andai isteri bersabar dalam melakukan kebaikan tanpa mengira , maka dengar lah berita gembira dari janji² Allah kepada mereka yg bersabar.

Heryta Hery : Bertolak ansur lah masing2 pon,nk bwt sesuatu jng bagi dua belah pihak terasa hati,mmg lah mak awak syurga awak tapi isteri yg byk tolong awak pon kena ingat jugak, cerita dng mak awak tu awak byk berhvtang dng isteri awak dan klrganya dan awak perlu bertanggung jawap jng nk jadi anak mak tapi duit dari isteri,xredho isteri awak nanti.

Muizatul Wahida : Bagi la tau mak ayah encik yg isteri dan keluarganya telah sehabis daya tolong encik masa encik susah. Itu je dia nak. Acknowledgement. Lagi bagus kalau mak encik ambil masa berterima kasih pada isteri. Minta la family tunjuk penghargaan sikit. Baru la sejuk hati dia.

Sedikit informasi ingin dikongsi disini, “Antara nafkah terhadap isteri dan ibu bapa, mana yg perlu diutamakan?” Sebelum menjawab persoalan berkenaan, fahamilah bahawa Islam ada menyediakan panduan turutan nafkah mengikut keutamaan.

Sabda Rasulullah SAW: “Mulakan nafkah dgn dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yg terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Syaukani dalam Nail al-Autar menyebut: “Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibu bapa.”

Ia jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab ketua keluarga utk mendahulukan isteri dan anak-anaknya dalam pemberian nafkah berkenaan. Bagaimanapun, dalam keadaan darurat iaitu keadaan yg mana ibu bapa memerlukan bantuan

seperti penyediaan ubat-ubatan, rawatan dan makan minum yg menjadi asas kepada kehidupan, maka ketika itu, si anak tadi perlulah mendahulukan orang tuanya demi kesinambungan kehidupan mereka. Menjaga, membantu dan berkhidmat perlu buat dua insan yg melahirkan serta membesarkan mereka. Dgn cara itu, ia tidaklah terbeban kepada seorang anak sahaja, sedangkan yg lain pula terlepas tangan.

Apapun, jangan sesekali kita menganggap bantuan kepada ibu bapa sebagai beban. Sebaliknya, ia ihsan yg wajib kita tunaikan kerana itu merupakan hak orang tua kita. Firman ALLAH SWT: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yg mulia (yg bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali culas tentang bab nafkah dan taatlah kepada kedua ibu bapa. Berdoalah semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kita dalam memberikan nafkah kepada isteri, anak-anak dan orang tua yg banyak berjasa kepada kita.

Sumber: Al-Kafi #1428: Antara Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana perlu diutamakan? Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan via sinarharian. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korang semua!

Leave a Reply