Masa tu aku tunggu ayah dtg sekolah, tapi tiba2 pak guard tu angkat aku dan letak atas riba dia, aku sendiri terkejut dengan tindakan pak guard

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua, nama aku Zaza. Aku nak cerita satu kisah silam masa aku sekolah rendah yang tak dapat aku lupakan.

Dan aku tak pernah cerita dekat siapa siapa kecuali sorang kawan baik aku dekat kolej tu pun bila aku rasa dah ready nak cerita. Aku cerita ni bukan nak buka a1b sendiri tapi aku nak semua parents di luar sana ambil pengajaran dari kisah ni.

Dulu, time sekolah maybe darjah 2 aku tak ingat sebab dah lama, aku bersekolah di satu sekolah kebangsaan ni. Hari hari ayah aku hantar dan ambil balik sekolah. Tapi kadang kadang ada hari ayah aku lambat ambil sebab ayah aku kerja bomba.

So dia selalu pesan, “jangan pergi mana mana. Tunggu ayah dekat pondok pakcik guard tau”. So aku pun tunggula. Mula mula aku tunggu dekat luar pondok saja. Pondok tu kecik saja muat muat dua orang. Ada tv, sofa kecik.

Pakcik Guard tu nampak baik la pada aku masa tu yang baru berumur 8 tahun. Ada hari aku tunggu ayah aku dekat luar pondok. Tiba tiba hujan lebat so pakcik guard ni pelawa duduk dalam pondok, pastu bagi aku jajan.

Start dari sini aku mula rapat dengan pakcik guard tu. Eh lupa nak bagitau pakcik guard tu berumur 60-70 camtu sebab memang nampak dah tua betul. Since dari haritu, kalau ayah aku ambik lambat aku tunggu dalam pondok tu.

Tapi ada satu hari ni macam biasa tunggu ayah aku ambik aku dudukla berdua dengan pakcik guard tu dalam pondok dan dia angkat aku duduk atas riba dia ala macam atok angkat cucunya. Tapi tak sangka pakcik guard ni perangai binatang.

Dia selvk tangan dalam kain sekolah aku dan mer4ba r4ba bawah aku. Korang tau tak aku buat apa lepastu? AKU TAK BUAT APA APA Wehh. Aku duduk diam saja. Sampai sekarang aku menyesal dan persoalkan diri aku. Kenapa tak lari, kenapa tak jerit, tak boleh fikir ke.

Tapi apakan daya, aku hanyalah seorang budak yang naif, tidak tahu yang mana betul atau salah. Aku tak tahu. Aku betul betul tak tahu. Beberapa kali jugak perkara ni berlaku. Tapi start aku darjah 3 aku dah balik jalan kaki sendiri memandangkan rumah aku dekat jadi tak perlu tunggu ayah aku ambil.

Makin lama makin aku membesar, banyak yang aku belajar terdetik dekat hati aku yang bende tu salah tak betul. Bukan pakcik guard jaga dan lindungi keselamatan murid murid tapi makan murid tu sendiri.

Okay, aku ni anak sulung so, aku dah naik tingkatan 1 menengah, dan aku ada sorang adik perempuan yang sekolah di sekolah yang sama, dan pakcik guard yang sama.

Aku tak kasi adik aku tunggu dekat pondok guard kalau nak jugak tapi dekat luar tak boleh masuk dalam and aku memang benci giler kat pakcik tu dengan apa yang dia dah buat.

Kadang kadang aku sendiri ambik adik aku balik and aku memang benci tengok muka pakcik tu. Sampai sekarang umur aku 20 an aku masih tak boleh lupa. Sampai aku tak boleh beza tu mimpi atau betul. Bila dah besar aku mempersoalkan aku ke yang salah dalam hal ni?

Aku jadi marah dekat diri sendiri, sedih sebab aku dah tak suci lagi dari kecik aku jadi geli dengan diri sendiri tapi time tu aku masih budak tak tahu apa apa. Aku tra4uma dengan semua ni.

Untuk parents dekat luar sana, tolonglah please. Aku merayu dekat korang tolong tahu dan cakna dengan anak anak korang. Lagi lagi yang kecik masih sekolah rendah. Sebab mereka naif, tak tau apa apa.

Cubalah tanya, “hari ni buat apa kat sekola?”, “makan dengan sape?”, “balik tunggu ayah dengan sapa?” dan sebagainya. Dan jangan terlalu percaya pada sesiapa pun. Even yang diamanahkan jaga murid pun berhati binatang.

Aku harap korang semua dapat ambik pengajaran dari kisah aku ni. Aku taknak budak budak kecik yang lain senasib dengan aku. Sumber ekisah.

Ini pula cerita kedua yang lebih mendebarkan untuk para pembaca ikuti. Tajuk Hero yang tak didendang, aksi murid salam pak guard bikin ramai tersentuh – “Sekolah anak saya pun buat perkara sama”

SETIAP kali melangkah ke sekolah, kita pastinya akan bersalaman dengan kedua ibu bapa. Namun, lain pula kisahnya di Sabah apabila pelajar kelihatan bersalaman dengan pengawal keselamatan sejurus tiba di pekarangan sekolah mereka.

Lihatlah keperibadian anak-anak kita di SK Luagan, Sabah ini. Mereka bersalaman dengan pengawal keselamatan. ‘Budaya menghormati perlu diterapkan kepada anak-anak kita.

“Sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati,” tulisnya di Tw1tter. Selain Twi1tter, video berdurasi 42 saat itu turut menerima ratusan ribu tontonan di Facebo0k dan Insta4gram.

Malah, ramai n3tizen turut meningg4lkan k0men, yang mana rata-ratanya memuji perilaku yang dipamerkan. Dalam pada itu, beberapa individu turut tampil berkongsi perkara serupa.

Ujar Nurmalis di Instagram, budaya itu bukanlah sesuatu yang asing, malah turut menjadi amalan di sekolah lain. Sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati.

sekolah anak saya pun buat perkara yang sama. Tak kira cikgu ke security ke. Kena sama-sama hormat. “Hero yang tidak didendang.Hujung minggu hatta cuti umum sekalipun mereka tetap bertugas demi menjaga keselamatan sekolah.

“Ya Allah bagusnya terbaik pihak sekolah terapkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Syabas,” tulis beberapa individu. Sumber myteamnetwork. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply