Mawar Rashid Selamat Bersalin Normal, Nama Baby Jadi Perh4tian Ramai

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Suami kepada pelakon jelita Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi khabar gembira bersama pengikutnya di 1nst4gram dengan memaklumkan Mawar Rashid telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, hari ini.

Raf juga turut mend3dahkan nama bayi perempuannya yang baru dilahirkan iaitu Raden Seri Rossabella Cinta.

“2/1/21. Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah pun selamat dilahirkan.Mommy ok, Baby pun ok. It was a natural birth all the way. I’m so proud of you my Lady @mawarashid.Raden Seri Rossabella Cinta @rossabellacinta,” tulisnya.

Adik kepada chef selebriti terkenal, Datuk Fadzley Yaakob itu juga sempat mengucapkan rasa bangganya kepada isteri tersayang apabila selamat menjalani proses bersalin

Melihat di ruangan k0men, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Mawar.

Mawar dan suaminya, Raf Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.

Sebelum ini, Mawar Rashid yang ketika itu sarat hamil anak kedua, kelihatan teruja berkongsi jantina bayi perempuan bakal ditimangnya tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat Mawar dalam satu majlis serba ringkas dan dihadiri oleh keluarga serta sahabat rapatnya.

“Saya doakan kepada yang masih menunggu, untuk dapat zuriat juga. Kepada yang belum kahwin, saya doakan supaya dapat berkahwin juga,” katanya.

Selain melakukan persediaan untuk menyambut kelahiran bayinya, Mawar juga sudah membuka akaun 1nstagram khas untuk bayinya sebagai ruang untuk berkongsi memori.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber foto: 1nstagram Raf Yaakob

Leave a Reply