Memasuki alam remaja,asam garam usia 20an yang penuh dengan cabaran-cabaran kehidupan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Pening juga bila memikirkan keletah dan ragam anak remaja hari ini. Walaupun bukan semua ibu berdepan masalah sama, tidak bermakna mereka terlepas daripada dugaan mendidik anak pada usia persekolahan dan remaja.

Ketika ini ramai remaja yang memasuki usia 20 an dan tidak kurang ada juga belia yang hampir mengakhiri usia itu. Memasuki mahupun melewati, usia 20 an itu adalah antara waktu yang banyak memberi pengajaran kehidupan kepada setiap individu.

Pada usia inilah kebanyakan kita mula menapak di atas usaha sendiri dan mengenali kehidupan sebenar secara berdikari. Beberapa aspek atau perkara ini perlu kita sedari dalam tempoh usia 20-an kita.

Tidak salah berseronok kerana itu adalah asam garam kehidupan anak muda. Namun, kita akan sedar itu bukan segala-galanya dalam hidup ini dan terlalu banyak berseronok hanya akan mengehadkan kemajuan diri dan rohani kita.

Jika dalam usia remaja kita melihat rakan adalah segala-galanya, namun ketika memasuki usia 20 an kita akan sedar rakan sebenarnya datang dan pergi. Hanya sahabat sejati saja terus bersama kita ketika waktu susah dan senang.

Cinta kedengaran senang pada usia lebih muda, namun apabila melayari usia 20 an kita sedar cinta bukan sekadar luahan perasaan malah hadir bersama tanggungjawab dan komitmen.

Sebelum mempunyai komitmen besar, usia 20 an paling sesuai untuk mengembara melihat dunia ataupun persekitaran yang agak asing bagi kita. Tidak kiralah dalam atau luar negara, sekurang-kurangnya ia salah satu cara membuka mata dan minda.

Pada usia lebih muda kita seperti terikut-ikutkan rakan atau idola. Ketika usia 20-an kita sedar bahawa kita tidak perlu menjadi orang lain untuk memuaskan hati sendiri apatah lagi individu lain. Menjadi diri sendiri adalah cara terbaik dalam menghadapi kehidupan.

Pada usia ini kita sedar ibu bapa kita bukanlah teruk mana pun atau tanggapan kita bahawa mereka tidak ‘cool’ adalah tidak benar. Mereka sebenarnya mempunyai niat terbaik untuk kita. Dalam kesibukan hal peribadi dan kerja, hati kecil kita akan sedar kita semakin merindui mereka.
Ramai ibubapa yang tersepit antara kewajipan untuk mendidik anak, melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaku penjaga atau pekerja, memenuhi pelbagai tuntutan keluarga serta pelbagai komitmen lain.

Cara paling mudah adalah dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anak untuk meneruskan rutin harian mereka. Apa Kata Anda.. Mohon maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih! Kredit harianmetro

Leave a Reply