Menantu minah kilang, biras dan mertua mengutuk smpai menantu dapat tahu terus nekad cepat2 bawa lari kereta family, akhirnya mertua terkedu bila dapat tahu perangai sebenar menantu selama ini

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum. saya Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang saya nak cerita ni bukan kisah saya, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kakak ipar saya. Kami dari keluarga biasa2, 5 beradik. Kakak yang sulung dah lama kawin dan tinggal berdekatan.

Abang saya, Ali kira kira sudah 4 tahun kawin tapi masih belum mendapat cahaya mata. Abang yang ketiga dan saya masing masing sudah mendapat cahaya mata. Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin. Ali merupakan seorang yang biasa biasa sahaja, semua ahli keluarga saya bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keliling kampung.

Selepas kawin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebelahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain lain. Kiranya adalah privasi untuk dia dan isterinya, Mawar. Rezeki Ali, selepas kawin rezeki semakin murah. Isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala Ali mula berjinak jinak menjual nasi bungkus tengahari.

Dari van buruk kepada Axia, kemudian beli MPV, dan sekarang sudah ada sebuah pacuan 4 roda untuk kegunaan bisnes dia. Kadang kadang isteri saya sendiri pun cemburu, dan membandingkn rezeki kami. saya cumalah mekanik kampung dengan pendapatan tak seberapa.

saya cuma pekakkan telinga bila isteri saya meminta saya usaha lebih, kerana bagi saya, tak pernah tak cukup keperluan kami. Sentiasa berasap je dapur kami. Ibuku sangat bangga dengan Ali, dan selalu memuji dia. Cuma satu yang ibu selalu mengomel, Mawar tidak pandai ambil hati ibu. Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.

saya memang lihat Mawar kurang bergaul, mungkin kerana dia berasal negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami. Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan. Dia rajin melayan anak anak saudara dan tidak berkira pun jika berkenaan dengan duit.

Suatu hari, ibu meminta Ali serahkan kereta Axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar. Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan MPV untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya MPV itu untuk kegunaan keluarga jika mahu pergi ke mana mana.

Baru-baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang. Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja. Kebetulan ketika itu Mawar tiada di rumah kerana kursus beberapa hari.

Sedang kami berkira kira untuk membuat laporan polis, Ali masuk ke rumah ibu dan marah marah. Saya yang ketika itu baru hendak turun kerja, masuk balik ke dalam rumah. Rupa rupanya, ada cerita di sebalik kehilangan kereta itu. Beberapa hari sebelum itu, Mawar masuk rumah ibu dan terdengar perbualan ibu, menantu ke 3 dan adik.

Mawar cuma tahu habiskan duit suami, Mawar mandul, Mawar tak pernah bagi jasa apa apa kepada keluarga, itu kata mereka. Mawar berkecil hati dan menipu Ali katanya ke kursus. Pada malam hari dia balik rumah bersama kawan dan ambil kereta adik.

Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta kereta semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan, tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.

Ibu ketika itu kaku, terdiam tidak berkata apa apa. Adik pula menyalahkan Ali, kerana berlagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam macam. Ali cuma membalas, Pandai pandailah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur.

Saya cuma menjeling isteriku, yang ternyata terkejut juga. Sebelum keluar kerja saya sempat bisikkan pada isteriku, Nah nampaknya semua harta Ali dari isteri, kenapa isteri abang tak boleh bagi macam tu juga. Saya cuma tergelak ketika menghabiskn ayat itu.

Kata Ali, semasa merajuk, Mawar tinggal di rumah baru, yang dibelinya. Masih dirahsiakan lokasi dari Ali. Mawar akan pulang lewat petang untuk mengelak dari bertembung dengan kami sekeluarga sehingga ke hari ni. Hujung minggu juga dia tidak lagi membawa ibu ke mana mana.

Kereta Axia pula sudah diberikan kepada stafnya untuk sambung bayar. Meskipun dipujuk Ali, Mawar tetap tidak mahu berikan kereta itu semula kepada adik. Semua yang mengutvk dirinya, sehingga ke hari ni tidak ditegurnya.

Ibu juga mengatakan wang bulanannya makin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu. Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh.

Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor. saya berharap, mereka boleh berbaik semula. Puasa dah dekat, lepas tu raya. saya pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi. Cuma saya juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang tersakiti.

Reaksi warganet , Snahwah Aafifi Jadi saya senang, suami saya nak bagi duit dekat mak ayah dia, saya yang ambil bagi. Pastu saya cakap saya yang bagi walaupun saya tak keje pun. Pastu saya menjadi menantu yang disayangi sebab anak dia sendiri pun tak bagi duit HAHAHAHAHAHAHA #selfmarket

Nur Sabrina Bangga sangat dengan Mawar. Ini yang kita mahukan, orang yang ambil tindakan bila dipijak. Bukannya bila dipijak, lembik leher lepastu menangis sambil tulis confession. Moga moga lebih ramai lepas ni jadi segagah Mawar.

Julie Anme Nampak sangat famili Ali ni orang susah yang tak sedar diuntung. Kaduk bila tak ada junjung memang bersepai ke tanah lar. Sekian lama baca kisah isteri tersakiti menyerah pasrah, kali ni Mawar macam mengangkat darjat semua wanita teraniaya yang pernah meluahkan rasanya di sini. Semoga semua mereka mencontohi Mawar. for your life. Jangan anggap esok sudah tiada.

Wan Lily Padan la dengan muka korang sekeluarga. Orang dah menolong bawak berjalan hujung minggu pon bersyukur la. Daripada dia buat keras tido jek dalam bilik bile cuti tak keje. Itu pon dah check ke sape yang mandul tu. Buatnye Ali tu yang bermasalah benih tak subur, family Mawar nak kena cakap Ali laki tak gune sebab mndul ke camne. Sorry. Sis emo.

Atika Ariana Bersyukur dan hargai lah. Once orang da tawar hati jangan harap yang tinggi tinggi dah. Sedarlah diri memasing. Keluarga macam jenis ni memang wujud ya. Yang tak paham takyah sibuk ikut campur, memandai.

Satu lagi please respect cara orang. Orang tu tak dilahirkan untuk ikut cara kamu. Tolong tolong sangat hormat orang. Tak kiralah siapa pun. Dan jangan paksa orang ikut cara kita. Macam Mawar di kata tidak pandai bergaul.

Mungkin memang itu cara dia. Terimalah kekurangan memasing. Setiap orang punye cara yang berbeza. Lain negeri lain pulak adat caranya. Jangan pakse orang ikut cara kita. Itulah nama nya saling hormat menghormati. Am (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Ini pula kisah atau pengajaran ke dua utk para pembaca. Tajuk ‘Keluarga Mertua Yang Menakutkan’. Kenapa baru-baru ini banyak sangat kes gadvh diantara keluarga mertua dengan anak menantu? Kakak atau abang ipar dengan adik beradik? Biras sesame biras? Bagi aku tinggal dengan ibu bapa mertua ini kena penuh dengan kesabaran, kasih sayang dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak.

Percayalah walaupun rumah yang bakal korang duduki dengan keluarga mertua itu kurang selesa dari banyak faktor, kalau korang tahu menghargai satu sama lain serta saling bantu membantu benda itu akan jadi mudah dan autom4tik akan jadi selesa tinggal sebumbung.

Aku ada sepupu yang tinggal dengan mak mertua dia. Mak mertua dia sangat baik dan positif. Jauh sekali dengan perspektif orang lain yang aku pernah baca dalam confession yang lain. Aku ada tanya dia kenapa boleh rapat sangat dengan mak ayah mertua. Jadi, dekat bawah ini serba sedikit kata-kata yang diberi.

“Korang kena ada hormat, selalu anggap keluarga mertua macam keluarga kita juga. Bukan sebagai mertua tetapi sebagai mak dan ayah kita sendiri. Memanglah bukan dia yang melahirkan kau, tapi dia melahirkan suami kau.

Mungkin kau akan rasa janggal pada mulanya, tetapi percayalah kau akan terbiasa. Sama jugalah kalau kau nak jadi baik, mesti kau akan amalkan kebaikan tersebut sampai jadi tabiat.”

Okay, cakap pasal tabiat ini. Ada satu tabiat yang biasa kita anak menantu buat iaitu mengadu. Contoh, kalau macam kau dah menyampah mak mentua kau membebel suruh buat itu ini.

“Qila, tolong ibu masak nasi, tolong kemas dapur, cuci pinggan, basuh baju” dan sebagainya. Kau jangan cepat melatah pergi bagitahu dekat suami kau. Mungkin hari itu mak kau penat, kau bolehlah bertolak ansur dengan buat kerja rumah lebih sikit walaupun kau seorang wanita berkerjaya.

Percayalah kalau kau tolong mak kau mesti dia gembira sangat dan akan sayang kau macam anak dia sendiri atau mungkin lebih sayang kau dari anak dia sendiri (suami).

Samalah kalau kau penat pun mesti kau nak orang tolong kau buat kerja. Aku percaya yang keluarga mertua kau pun tak akan merungut dan jadi segan bila kau yang minta tolong. Sekiranya perkara macam ini dah tak terkawal sampai boleh tekanan dan suami tidak ambil endah, jangan terus ‘meletup’.

Sila bawa berbincang dengan adik beradik atau kenalan yang kau rapat dan dipercayai dengan syarat penting seseorang itu mestilah boleh simpan rahsia dan boleh memberi impak positif dalam diri kau.

Faktor paling utama dengan cara dan niat kau untuk bukan nak merendahkan atau membuka aib suami dan aib keluarga mertua kau.Insyaallah aku yakin yang cara ini amat berkesan kerana faktor sekeliling juga yang mempengaruhi diri kita samada baik atau buruk.

Selain itu, sekiranya mengalami tekanan melampau, korang boleh mendapatkan rawatan dengan berjumpa pegawai perubatan yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengendalian stress. Atau boleh juga menghubungi talian NurKasih 15999 untuk mendapatkan khidmat kaunseling serta maklumat lebih lanjut dengan permasalahan yang berlaku kepada korang.

Lagi satu, penggunaan ayat yang wajar dan berhemah juga amat penting, jangan menengking, guna ayat kasar dan suka memerli keluarga mertua kerana hal ini boleh menimbulkan kebencian untuk korang.

Walaupun ada rasa kurang menyenangkan dengan cara atau tabiat keluarga mertua yang korang kurang gemar kurangkan mengadu dengan suami. Maksudnya di sini, korang bukan tak boleh mengadu tetapi mengadu pun ada caranya.

Contoh negative, “Abang, orang tak sukalah adik abang tu, pemalas sangat basuh pinggan pun tak mahu, saya jugalah yang kena basuh, baju pun diletakkan bersepah sepah bilalah mahu keluar dari rumah ini”.

Contoh positif, “Abang, saya perasan yang adik awak tak suka basuh pinggan, saya bukan nak marah tapi kalau boleh nanti kalau abang ada perasan yang dia hanya tinggalkan pinggannya di sinki, boleh abang tegurkan.

Saya bukan berkira tetapi apa salahnya kalau dia basuh pinggannya sendiri kan tak elok tinggalkan lama-lama di sinki dan dia pun boleh belajar dan jadikan tabiat perkara itu bila dia tinggal sendiri nanti.”

Kalau korang pula tinggal sekali dengan adik-beradik suami, tips untuk korang menawan hati mereka, korang kena pandai baca pergerakan dan fikiran mereka. Jangan menaruh harapan tinggi untuk terus di sukai oleh adik beradik suami.

Bak kata orang tua-tua, kalau hendak disukai, kita kena menyukai dulu. Boleh bertanya khabar dengan adik beradik suami, cepat memberikan bantuan sekiranya diperlukan dan meluangkan masa lapang bersama mereka. Percayalah benda macam ini sedikit sebanyak dapat buat dia rasa dihargai dan akan sayang kau macam kakak dia sendiri serta menghorm4ti korang.

Lagi satu kalau korang dalam mood tak stabil masa kerja atau tengah marah, cuba jangan bawa sampai ke rumah. Cuba pergi tenangkan diri dulu, mana-mana ambik angin bagi tenang pergi solat kat masjid ke kan seronok. Pastu balik rumah makan sama-sama dengan keluarga seronok rasanya.

Akhir kata, keluarga yang harmoni itu terjadi bila diri kita sendiri yang usaha nak benda itu terjadi. Bermulanya juga mungkin dari kita sendiri barulah orang lain akan ikut dan ambil iktibar. Dari bercakap yang tidak baik, kita cuba jadi baik.

Tips terpenting dalam isu ini adalah hati, serius banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dan berzikir kepada Allah SAT. InsyaAllah hati kita akan sangat tenang dan lapang. InsyaAllah kalau marah pun tiba-tiba kita akan mendengar berita berita yang baik. InsyaAllah.

Salam sayang dari kakak untuk awak semua. Assalamalaikum. Ada Mudin (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply