Menghitung Hari Bergelar Ibu,Izara Aishah K0ngsi F0t0 Terkini Kehamilannya

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Tiada apa yang lebih membahagiakan pelakon jelita Izara Aishah selain daripada bakal menimang cahaya mata sulung pada tahun ini.

Difahamkan ketika ini, usia kandungan isteri kepada usahawan Adib Khalid itu sudah pun mencecah lebih tujuh bulan dan kini sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu.

Bagi Izara, hasrat untuk dia dan Adib bergelar ibu dan ayah pada 2020 dimakbulkan oleh Allah sekali gus melengkapkan rancangan mereka.

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menvduh saya m4ndul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” kata Izara seperti dilaporkan portal Berita Harian.

Sebelum ini Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan adalah bayi perempuan pada majlis ‘baby shower’ Februari lalu. Majlis yang bertemakan hijau itu dicukup lihat meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.

Kami semua mendoakan semoga segala urusan Izara untuk bersalin dipermudahkan. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber 1nstagram Izara Aishah

Leave a Reply