Mertuaku mendesak isteri aku menuntut cer4i kerana tidak mahu menantu biawak hidup tetapi mereka tidak sedar sebnarnya aku dah gamekn dorg.Sekarang aku bahagia bersama isteriku

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu.

Ini adalah luahan jujur dan ikhlas dari aku. Terpulang untuk menerimanya. Semua adalah kisah benar belaka.Sebab aku keluarkan coretan luahan ini adalah kerana aku banyak terbaca mengenai luahan anak kene tanggung ibu bapa, ibu bapa mertua sehingga ke tahap melampau dan menjerat diri sendiri dgn pelbagai hvtang piutang.

Memang benar keluarga no 1. Utamakan keluarga dulu. Mak ayah yg besarkan korang. Layan mertua seperti ibu bapa sendiri. Tapi kalau keluarga sendiri mula ambik kesempatan atas kebaikan kita, tiada gunanya juga.Terpulang kepada pembaca untuk menilai perilaku aku bagaimana tetapi apa yg aku telah buat ini sememangnya banyak menyelamatkan diri aku sendiri.

Nama aku Zack(Bukan nama sebenar).Aku dilahirkan dalam keluarga yg sederhana. Ayah aku bekerja sebagai p0lis di cawangan khas pdrm. Manakala emak aku surirumah.Semenjak kecil lagi aku dah diajar oleh ayah aku inisiatif berdikari. Kehidupan masa kecil aku tak ada yg menarik. Sebab masa tu berapa sangat gaji p0lis kan.Aku cuma bersyukur Allah kurniakan ayah aku sebagai pembimbing aku. Dia banyak mengajar aku erti duit, keringat, dan berdikari.

Sejak umur aku 10 tahun, aku mula mengikut katering mak cik saudara aku setiap sabtu ahad untuk dapatkan duit. Dapat lah sehari RM40. Bekerja dari pkul 7 pagi sehingga 8 malam.Duit tu aku menabung untuk beli barang keperluan sekolah aku. Baygkan umur aku 10 tahun, ayah aku sudah menyuruh aku beli baju sekolah aku sendiri, kasut, beg sekolah. Setiap minggu aku mengikut tanpa culas.

Setiap Hujung tahun aku gunakan duit simpanan aku untuk membeli baju sekolah, beg, kasut dan pelbagai barang keperluan sekolah. Aku tidak menggunakan sesen pun duit ayah aku untuk itu.Yuran sekolah pun aku bayar guna duit hasil titik peluh aku.Semua ini berlanjutan sehingga aku tamat SPM. Alhamdulillah aku lulus dgn cemerlang. Aku dapat tawaran ke Universiti tempatan tapi aku terpaksa tolak untuk memberi laluan kepada adik adik aku. Aku 6 beradik. Aku yg sulung sekali.

Ayah aku mengatakan bahawa dia tidak berkemampuan untuk hantar aku ke universiti. Lantas aku mengambil keputusan untuk sambung STPM.Para pembaca jangan salah paham dgn keadaan ayah aku. Ayah aku terpaksa hidup susah kerana menanggung emak dan ayah mertuanya yakni nenek belah emak aku.

Ayah aku terpaksa buat loan rumah, kereta untuk mereka kerana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk buat loan.Akan tetapi bayaran loan pun mereka tidak mampu jelaskan. Pada awalnya semua manis dan nampak bulan bintang. Tetapi akhirnya ayah aku terpaksa tanggung kerana tidak mahu namanya di senarai hitam.

Sampai aku sekolah untuk STPM, aku tetap mencari duit aku sendiri. Selepas balik sekolah, aku bergegas ke Kiosk telefon bimbit di giant berhampiran dgn rumah aku. Aku bekerja part time di situ sebagai jurujual telefon bimbit dan pelan prabayar.

Aku tidak ditawarkan gaji asas tetapi hanya dibayar komisen atas setiap telefon bimbit yg dijual dalam bentuk ansuran Aeon atau cash.Alhamdulillah rezeki aku sentiasa ada dan aku mampu meraih RM1k sebulan hanya part time seperti itu. Itu adalah jumlah yg cukup besar bagi student seperti aku ketika itu.

Akan tetapi tanggungjawab aku sebagai pelajar aku tetap tidak lupakan. Alhamdulillah peperiksaan STPM aku juga cemerlang dgn pointer 3.78 ketika itu.Aku dapat juga tawaran beserta biasiswa untuk belajar di UM ketika itu dalam bidang undang undang yg sememangnya aku minati.

Di universiti juga aku masih teruskan kerja part time seperti itu tetapi aku cuma iklankan melalui F4ceb00k sahaja. Alhamdulillah sepanjang tempoh aku belajar rezeki sentiasa ada dan aku langsung tidak menyusahkan ayah aku.Habis grad sahaja, sementara aku mencari kerja, aku bekerja sepenuh masa dgn company yg aku bekerja part time itu.

Sebulan aku bekerja aku mampu meraih pendapatan bersih sehingga RM7k sebulan untuk sales aku. Bos chinese aku amat berpuas hati dgn prestasi kerja aku dan meminta aku bekerja sahaja dgn dia.Tapi tak kan sampai ketua aku nak bekerja seperti itu kerana terpaksa bekerja 12 jam sehari, 6 hari seminggu. Sape yg nak kan?

Waktu aku gagah lagi memanglah semua sayg, tapi nanti bila aku da kurang taringnya, tetap akan dilayan seperti sampah.Dalam waktu aku bekerja, aku terjumpa dgn isteri aku sekarang ni. Dia datang untuk membeli handphone ansuran dan bermula dari itu kami berkenalan sehingga ke jinjang perkahwinan.

Alhamdulillah hasil dari gaji aku aku mampu membayar penuh duit hantaran yg diminta ayah mertua aku walaupun ayah aku menentang kerana terlalu tinggi.Tak lama selepas berkahwin, aku dapat tawaran panggilan ke pdrm. Aku lulus semua ujian fizikal dan masuk ke pulapol.

Semasa ujian fizikal dulu, aku didatangi oleh kawan baik ayah aku yg meminta aku merahsiakan pemergian aku ke pulapol dari keluarga aku.Puas aku bertanya kenapa tetapi tiada jawapan. Pak cik rosman tu hanya memberitahu cuma dia dan ayah aku sahaja tahu perkara itu.

Apa yg jadi dalam latihan aku tidak boleh ceritakan kerana terikat dgn larangan pekerjaan aku. Aku terpaksa menipu isteri aku yg aku melakukan urusan lain dgn ayah aku.Ketika awal berkahwin aku tidak mempunyai rumah lagi dan aku duduk menumpang di rumah mertua. Sepanjang pemergian aku isteri aku dduk di rumah mertua.

Selepas aku tamat latihan, aku mula berkhidmat seperti biasa. Aku tidak boleh ceritakan unit apa aku berkhidmat sekarang ini. Akan tetapi sehingga sekarang isteri aku masih tidak pasti apa pekerjaan sebenar aku.

Perkara yg sebenarnya aku nak kongsikan bermula sebaik sahaja aku mula bekerja dan selalu pulang ke rumah mertua.Mertua aku mula meminta aku dan isteri untuk membayar sepenuhnya bil bil utiliti rumah mereka atas alasan mereka kekurangan wang.

Isteri aku juga mempunyai 6 beradik. 5 daripadanya sudah berkahwin dan duduk bersama dgn mertua aku.Aku sudah banyak kali menyatakan hasrat untuk duduk sendiri dan aku mampu untuk membeli rumah. Tetapi isteri dan keluarga mertua tidak membenarkan dan meminta isteri aku dduk sekali dgn mereka.

Rumah mereka adalah banglow 10 bilik di kampung. Ayahnya dapat pampasan insuran akibat c4cat kekal kemalangan ketika kerja. Lantas mereka membina rumah di tanah pusaka. Apabila isteri aku tidak mahu berpindah keluar, aku hanya menurut sahaja.

Akan tetapi kesemua bil2 utiliti aku dan isteri tanggung. Bil api sahaja sebulan hampir RM1k. Ini kerana semua bilik ada aircond hasil sumbangan isteri aku apabila banyak kali diminta oleh emaknya. Jadi ipar ku hanya mengambil kesempatan dan langsung tidak membantu.Makan seharian pun 100% ditanggung oleh mertua aku. Baygkan 9 cucu, 10 org punya perut untuk ditanggung seharian.

Jadi duit pencen mertuaku kebanyakkan habis digunakan kearah itu.Tidak cukup itu, emaknya masih mengharapkan RM1k duit bulanan yg isteriku perlu berikan kepadanya.Isteriku pada masa itu sudah tidak bekerja kerana terpaksa menguruskan ayah mertuaku punya rawatan kencing manis. Lantas isteriku mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Aku ketika itu langsung tidak terbeban dan aku ikhlas membantu meringankan beban mereka. Nafkah isteri aku juga aku mampu tunaikan sama seperi gaji yg diterimanya ketika bekerja. Hal ini diketahui oleh mertua aku.Sedikit demi sedikit simpanan isteri aku digunakan untuk perkara2 tak masuk akal seperti melangsaikan hvtang belajar ipar aku, keperluan susu pampers ipar aku. Pada mulanya isteri aku tidak memberitahu aku apa2 berkaitan itu.

Isteri aku mula bercerita apabila simpanan nya telah tiada setelah emak mertua aku meminta untuk membelikan motorsikal untuk adik ipar aku keluar bekerja.Aku mula tidak berpuashati dan meminta semua penyata bank isteri aku. Memang semuanya telah dihabiskan dgn jayanya.

Termasuk duit simpanan tabung haji yg aku berikan kepadanya setelah berkahwin dahulu. Sememangnya semua orang mahu menunaikan umrah dan haji. Jadi aku mula menabung untuk aku pergi dgn isteri aku.

Aku ketika itu tidak mampu untuk berkata apa2 lagi. Cuma mampu bersabar sahaja. Esoknya aku meminta pendapat dari ayah aku.Lantas ayah aku memberikan idea yg merubah hidup aku sehingga sekarang dan mengheret aku keluar dari jalan yg sama seperti pernah dihadapi olehnya.

Aku kurang bercerita mengenai kerja aku, operasi dan sebagainya kepada pembaca kerana semuanya adalah rahsia sulit. Jadi jangan pembaca ingat kerja aku ni rilek pulak.Setelah aku menerima nasihat dari orang yg aku hormati, aku mula mempraktikkan langkah pertama.

Oleh kerana isteri aku langsung tidak tahu pekerjaan sebenar aku, kerana aku masih mengatakan bahawa aku bekerja dgn syarikat Yes support services sdn bhd seperti sebelum berkahwin, maka ia amat memudahkan aku.

Aku memberitahu isteri aku aku telah diberhentikan kerja. Reaksinya agak sedih dan mulai risau tentang bil2 yg hendak ditanggung.Aku cuma diam dan dengar sahaja bebelan disulami tangisan sebab dia tidak tahu apa untuk dikatakan kepada keluarganya.

Betul kata orang, duit boleh beli segalanya. Setelah mertua aku tahu aku tidak bekerja, layanan mereka terhadap aku mulai berubah. Bil2 utiliti bulan seterusnya aku sengaja bayar lambat hampir due date atas pelbagai alasan.

Aku memberitahu isteriku sementara aku mencari kerja baru aku membuat grab food, runner untuk membayar bil2.Aku memberi wang setiap hari RM150 kepada isteri aku atas bukti gaji harian aku dan meminta untuk menyimpan bagi bayar bil.

Duit nafkah bulanan isteri aku langsung tidak kuberi kepadanya tetapi aku tetap simpan dalam akaun tabung haji aku.Pesan ayah aku tetap aku ingat. Nafkah jangan diabaikan. Meskipun aku tk beri kepadanya, aku tetap kene asingkan setiap bulan sehingga sampai masa aku perlu beri kepadanya nanti.

Bulan berganti bulan, bil utiliti aku sengaja biarkan bertunggak kerana aku mula memberi wang lebih sedikit atas alasan order kurang.Kadang2 jika aku ada operasi jauh2 dari kuala lumpur aku langsung tidak balik ke rumah mertuaku atas alasan mencari order di kawasan baharu.

Maka isteriku mula mengadu kepadaku bahawa mertuaku mula mengeluarkan kata2 kurang enak kepada aku.Apabila aku berada dirumah, aku diperli oleh ipar2 aku, mertua aku. Kenapa duduk berehat dirumah, nanti bil2 siapa nak bayar. Tak kan nak dduk percuma sahaja. Aku cuma tahankan telinga ketika itu.

Sampai lah ke kemuncak tepat2 9 bulan semenjak aku ‘kehilangan kerja’, isteri aku mengadu kepadaku bahawa mertuaku mendesak isteri aku menuntut cer4i kerana tidak mahu menantu biawak hidup seperti aku.

Aku akui, sepanjang aku menjalankan rancangan aku, isteri aku sangat sabar dgn dugaan menimpa. Dia tetap memberi kata2 semangat pada aku, tidak pernah berputus asa dgn aku meskipun setiap hari dia diasak oleh mertuaku di rumah berkaitan aku.

Setiap hari mesti dia terpaksa mendengar kata2 mengvtuk aku, mengh1na aku kerana aku tiada kerja tetap dan tidak mampu menjelaskan bil2 rumah.Sampai lah tahap bill elektrik tertunggak 2 bulan memang sengaja aku lambatkan bayar sebab aku dah bosan dgn permainan aku sendiri dan ditambah luahan hati isteri aku.

Satu malam apabila aku pulang, ayah dan emak mertua aku meminta aku keluar dari situ. Mereka mengatakan bahawa bil semua telah dijelaskan dgn menggadai rantai kahwin isteri aku.Jadi mereka menyuruh aku untuk keluar dari situ. Dalam hati aku memang aku tak sangka percaturan ayah aku memang tepat.

Paling aku terharu isteri aku sanggup mengikut aku bersama untuk keluar dari situ. Kereta isteri aku telah isteri aku serahkan kepada emaknya kerana isteri aku mahu mengikuti aku bersama.Semasa kami mengemas barang2 kami, memang aku dengar kata kata kurang enak dari mulut mertua aku mem4ki h4mun aku pelbagai.

Setelah kami keluar, aku terus membawa isteri aku ke rumah yg telah aku beli dalam diam semenjak kali pertama aku mengajaknya berpindah.Telah aku siapkan semua kelengkapan rumah sepanjang tempoh 9 bulan permainan aku untuk aku keluar dari situ membawa isteri aku.

Jadi aku telah berterus terang dgn isteri aku itu cuma hanya permainan aku untuk membawanya keluar dari rumah emaknya dari terus diambil kesempatan. Alhamdulillah isteri aku menerimanya.Jadi sehingga sekarang mertua aku masih ingat aku terumbang ambing dalam kehidupan aku dan masih tidak menerima kembali isteri aku.

Isteri aku mula sedikit demi sedikit melupakan keluarganya dan mula menerima keluarga aku yg pada mulanya dia tidak begitu rapat. Hal kehidupan kami semuanya dirahsiakan dari pengetahuan keluarganya.Alhamdulillah kehidupan kami bertambah baik dan isteri aku telah bekerja di firma audit yg sejak dari dulu dia mahu bekerja tetapi dilupakan kerana jauh dari keluarganya.

Untuk ayah aku, aku amat berterima kasih kepadanya atas nasihat yg diberikan. Jika tidak aku rasa rumah tangga aku mungkin tidak dapat diselamatkan.Untuk pembaca2 yg mengalami masalah yg sama seperti aku, aku yakin ramai, masih belum terlambat untuk anda mengubahnya sebelum ianya merosakkan rumah tangga anda. Tidak salah untuk baik, tetapi hendaklah kena pada caranya.

Ramai mertua yg suka ambil kesempatan atas menantunya jika mengetahui menantu bergaji besar.Aku tidak mengajar untuk mengikut cara aku, tetapi tolong fikirkan. Takde orang yg ikhlas apabila diambil kesempatan. Tambah2 pulak terkena seperti aku, memelihara biawak hidup.

Manusia ni jika berduit disanjung, tetapi bila tiada apa2 akan dibuang seperti sampah.Aku dah buat cara aku. Jadi aku dah keluar dari masalah itu. Keluarga mertua aku langsung tidak mengharapkan apa2 dari aku dan isteriku lagi yg mana amat menyenangkan hati aku. Kami adalah orang terakhir untuk meminta bantuan jika mereka susah.

Buat isteri aku jika terbaca kisah ini, terima kasih abang ucapkan kat Ina. Sebab sanggup terima abang saat abang ‘susah’ dulu. Tetap yakin dgn abang dan ikut abang. Kalau tak Ina tak kan berada kat tempat Ina berada sekarang ni.

Terima kasih admin siarkan.Semoga ada manfaat kepada insan yg terkena seperti aku.Sekian coretan aku…– Zack (Bukan nama sebenar).Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih.Sumber asal IIUM

Leave a Reply