Nama aku Kak Limah tiada rupa paras cantik, umur pun da lewat 20an, mempunyai fizikal yang rendah.

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Kak Limah tiada rupa, berumur lewat 20an, mempunyai fizikal yg rendah, bertubuh badan gempal dan kulit sawo matang. Bentuk wajahku bulat, mataku kecil, kening berterabur, hidung penyek dan gigi tak tersusun.

Sepanjang hidupku, ke mana saja aku pergi. Pasti orang akan memberi pandangan jij1k dan jel1k. Terutama sekali lelaki. Dari kecil hingga kini, aku tidak pernah didekati oleh mana-mana lelaki atas dasar ingin berkenalan.

Jika aku berjalan dgn kawan-kawanku. Pasti lelaki akan lebih tertarik untuk berborak dgn kawan-kawanku berbanding aku. Selalu juga teman2 lelaki mereka memandang jel1k padaku. Dan setiap apa yg aku buat pasti akan dikr1tik oleh mereka. Bukan itu sahaja, diskriminasi terhadap rupa yg hod0h juga sering aku terima bila membeli barang.

Pernah sekali aku menunggu hampir setengah jam untuk makanan. Tapi, perempuan cantik yg datang setengah jam kemudian yg dapat dulu. Selain itu, aku juga selalu dibuli oleh orang sekeliling yg akan point out my insecurity. Gemuk, pendek, hod0h macam fiona dalam filem shrek.

Macam perempuan normal yg lain. Aku juga punya perasaan untuk jatuh cinta. Semasa belajar dulu, aku ada minat seorang lelaki ini. Punya rupa paras yg kacak, berbadan sasa, kulit putih gebu dan berpenampilan kemas. Aku tak pernah memberitahu isi hatiku kerana aku sedar diri.

Tapi, kawanku tahu bahawa aku sukakan lelaki itu. Kami cuba berkawan dgnnya. Dan ternyata dia sukakan kawanku. Yg menyedihkan, kawanku perli aku waktu itu. Dgn sinis dia berkata nak aku kirimkan salam kat dia tak.

Lelaki itu juga sering memanggil ku monyet. Katanya, rupaku ini seperti monyet. Dan, rasa suka itu bertukar jel1k. Rupa dan hatinya tidak seiringan. Maka aku pun menjarakkan diri dgn lelaki itu dan kawanku itu.

Memang aku tak dapat terima fizikal aku yg hod0h. Aku sangat benci diriku ini. Aku selalu berfikir ingin bunuh diri. Tapi, iman masih ada di dada. Jadi, aku fikir aku wajib menerima anugerah tuhan ini.

Aku cuba untuk sayg diri sendiri dan bina keyakinan diri. Antaranya, aku lebih mendekati tuhan. Bila tiba je perasaan benci pada diri sendiri. Aku istighfar. Dan, aku ingatkan diri aku yg dalam dunia ini lebih ramai orang lebih mal4ng dariku. Aku masih sempurna akal dan fizikal.

Selain itu, aku juga banyakkan kemahiran diri. Aku belajar macam-macam untuk buatkan aku rasa aku ini manusia yg berbakat. Seterusnya, aku layan keluarga dan kawan-kawanku dgn baik. Aku bina semula akhlak2 mulia dan personaliti positif.

Untuk membuatkan hatiku tak terluka. Aku pura2 tak suka berkawan dgn lelaki. Dan tidak bercakap dgn lelaki tanpa urusan penting. Padahal, aku taknak lagi dihin4 oleh kaum lelaki.

Cara lain aku buat untuk tidak rasa cemburu dgn kawan yg dapat perhatian lelaki ialah. Aku doakan kawan2 aku bahagia dgn pasangannya. Dan sentiasa hadirkan rasa bahagia untuk diorang. Alhamdulillah, sekarang aku sayg diri aku. Dan aku terima ujian Allah atas rupaku ini.

Setiap kali aku pandang cermin aku akan kata “aku cantik dan aku kuat”. Aku sekarang mampu redha dgn ujian fizikal ku yg hod0h ini.

Tapi, bila malam menjelma aku tak dapat nafikan perasaan sunyi. Perasaan ingin dikasihi. Tapi, aku fikir aku ni tak layak dicintai. Tak pernah pun ada lelaki yg cintakan aku.

Bukan aku tak pernah confess. Aku pernah mulakan perkenalan dgn seorang lelaki bernama S. Kami pernah bertemu sekali.

Sejak dari pertemuan itu, dia sudah jarang hubungi aku dan berbalas mesej. Saja aku ajak buat kali kedua. Katanya sekali sudah cukup untuk bertemu. Dia juga mengaku yg dia hanya inginkan wanita cantik. Luluh hatiku sekali lagi.

Hin4 sangatkah wanita hod0h? Kisah perkenalan seperti dgn S juga berulang2 dalam pencarianku mencari jodoh. Kebanyakannya, hanya inginkan wanita cantik. Ya, aku tak percaya cinta akan hadir dalam hidupku. Aku sangat takut dgn perkahwinan. Mampu ke lelaki selain ayahku mencintaiku dgn tulus?

Aku rasa tiada. Aku belum jumpa lelaki yg mampu mencintai perempuan kerana akhlak dan budi. Bukan rupa. (Disclaimer : aku percaya lelaki tak pandang rupa wujud. Kawan2 ku yg kurang rupa juga punya suami yg sayg mereka. Tapi, aku je belum jumpa)

Aku rasa lelah dalam pencarian ini. Jadi, aku kuburkan saja perasaan ingin bersuami itu dalam2. Cukuplah aku mencintai diriku sahaja. Buat teman2 di luar sana yg mencari jodoh. Aku doakan korang berjumpa lelaki yg ikhlas mencintai korang tanpa pandang rupa.

Buatku, biarlah aku bahagia sendiri dan aku akan terus berbakti pada keluarga dan masyarakat. Agar aku mampu mengisi kekosongan dalam hati. Ku cari cinta di ruang yg lain.

Ini sekadar luahan di malam hari. Tiada niat untuk mencari jodoh di sini. Tolong jangan cuba kenenkan ye. Akhir sekali, saya sangat perlukan kata2 semangat dan dorongan dari semua. Positive words, please. Sekian…. – Kak Limah tiada rupa (Bukan nama sebenar) dr confession iium

Antara Perkongsian lain daripada pembaca lain. “Aku Ni Umur Dah Lebih 30 Tapi Jodoh Tak Ada” – Wanita Jelas Kahwin Bukan Penentu Bahagia

Saya terima mesej dari seorang kawan, “Yan, aku ni dah 30 lebih umur. Tapi tak tau kenapa jodoh tu tak sampai lagi. Taktau lah apa kurangnya aku ni.” Saya terdiam. Saya mengiyakan di dalam hati. Betul, kawan saya ni baik orangnya, suka travel dan mempunyai kerjaya yg bagus.

Teringat pula dekat seorang kawan yg lain, yg sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil. Saya dengar luahan dia dulu, “Duit tak cukup bila dah kahwin ni. Nak travel apetah lagi. Best la kau dapat travel merata, aku tak sempat travel dah kahwin, bila dah ada anak ni komitmen pun bertambah, duit banyak nak guna untuk benda yg lagi penting dari travel. Bertuah jadi kau ni.” Saya diam.

Kenapa dgn kita ni ya? Selalu bersedih dgn takdir sendiri. Sedih dgn jalan hidup yg Allah dah tentukan. Saya pun terkadang ada mempersoalkan, “Kenapa bla bla.. Kenapa bla bla,” Burvknya sikap kita yg tidak bersangka baik dgn Allah SWT. Bukan ke Allah SWT dah susun kisah hidup kita cantik-cantik?

Tapi yelah, manusia sifatnya tidak reti bersyukur, kan? Kita inginkan kehidupan orang lain, tapi orang lain inginkan kehidupan kita. Kita rasa kita akan bahagia bila berkahwin dan mempunyai anak, dapat menghilangkan sunyi.. Tapi orang lain mengimpikan kehidupan seperti kita yg bebas kesana kemari.

Bahagia itu bukan terletak pada perkahwinan. Bukan diukur pada banyaknya harta. Tapi dari dalam hati. Anda boleh bahagia jika belum berkahwin, dan anda juga boleh bahagia jika sudah berkahwin. Kita yg mencorakkan kehidupan kita sama ada mahu bahagia dan bersyukur atau sebaliknya. Jika kita selalu membandingkan kehidupan kita dgn orang lain, selamanya kita takkan pernah bahagia.

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan. Yg sudah berkahwin, carilah bahagia bersama suami/isteri, anak-anak dan keluarga. Yg belum ada rezeki jodoh, bahagiakan diri bersama ibu bapa, siblings & kawan-kawan.

Saya selalu ingatkan diri saya, mempunyai keluarga & kawan-kawan yg baik juga adalah satu nikmat dan rezeki. Bahkan mempunyai hati yg tenang dan lapang juga adalah rezeki yg tak ternilai harganya.

Kalau ada jodoh dgn manusia, ada lah. Kalau jodoh dgn ajal yg sampai dulu, bersedia kah kita untuk bertemu dgn Tuhan? Syukur selalu. Sekian

Baiklah. Ini pula sedikit info-Lelaki Tak Pandang Wanita Itu Cantik Atau Tak, Tapi Kena Ada 8 Sifat Ini Untuk Jadi Isteri Idaman. Tidak dinafikan kaum lelaki dikatakan agak cerewet untuk memilih pasangan hidup mereka.

Bukan kecantikan ang dilihat semata-mata, tetapi ada beberapa perkara lain yg dilihat oleh kaum lelaki sebelum bersedia menjadikan wanita itu sebagai isterinya.

Berikut dikongsikan beberapa sifat wanita yg menjadi buruan oleh lelaki. Semoga menjadi panduan kepada wanita-wanita di sana untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan anda sebagai persiapan menjadi isteri yg berbudi dan menjadi kebanggaan para suami.

1. Sangat Memahami. Kaum lelaki semestinya mengidamkan wanita yg sentiasa memahami diri, hobi dan kehendak mereka malah mereka akan berasa amat senang untuk mendampingi wanita yg mempunyai sifat seperti ini.

Pada masa yg sama, kaum lelaki juga harus memahami tentang wanita yg di sayanginya dgn memberi tahu si dia terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sesuatu aktiviti yg mengambil masa lama supaya tidak menimbulkan curiga dihatinya.

2. Bersifat Kebudak-budakkan /Manja.Kebanyakan lelaki tertarik dgn wanita yg mempunyai sifat manja dan kebudak-budakan kerana mereka berasa terhibur dgn telatah anda. Tapi jangan manja yangmelampau sangat sampai buat mereka menyampah dgn anda.

3. Menjadi Diri Sendiri. Lelaki tidak gemar wanita yg bersifat kepura-puraan. Tidak perlu memakai mekap yg tebal dan pakaian yg cantik, berlakon sopan didepannya semata-mata untuk memikat dia. Wanita lebih tertarik , jika wanita itu menjadi dirinya sendiri.

4. Tidak Banyak Karenah. Lelaki suka mendekati wanita yg tidak banyak songeh. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.

5. Suka Kanak-kanak. Wanita yg mempunyai sifat ini, amat disenangi oleh lelaki. Ini kerana merekaber pendapat, wanita yg mempunyai naluri keibuan yg tinggi, penyabar, ceriadan kreatif mampu untuk menjadi ibu yg terbaik buat anak-anaknya kelak.

6. Pandai Jaga Diri. Lelaki suka dgn wanita yg mampu menjaga dirinya sendiri. Dia mampu menjaga maruah dirinya sendiri. Tahu mana yg perkara yg baik dan perkara burvk dan tidakakan sekali-kali membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

7. Bijak Bergaul & Menyesuaikan Diri. Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki lebih – lebih lagi dgn orang yg lebih tua darinya. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikandiri.

Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau dikampung. Kadang kala, wanita yg mempunyai sifat sebegini lebih disayg olehkeluarga sebelah lelaki lebih dari lelaki itu sendiri.

8. Pendengar Yg Baik & Pandai Berkata. Lelaki tertarik dgn wanita yg bijak berkomunikasi. Dia boleh diajak bersembang, walaupun pun topik yg dibualkan lebih kepada topik kegemaran kaum lelaki contohnya seperti sukan.

Selain itu juga, dia mampumenjadi pendengar yg baik jika pasangannya mempunyai masalah dan mampumemberikan pendapat dan respon yg baik. Wanita seperti ini juga bijak mengalihkan perbualan yg serius kepada yg lebih menarik. Pasti membuat lelaki rasa selasa dan sentiasa ingin berada di sampingnya.

Sumber dari says & kashoorga. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Sayg korang semua!

Leave a Reply