Orangnya baik hati, ada rupa dan menjaga batasnya dgn baik.Tak pernah nak menyund4l dgn aku.Satu hari aku terjumpa sesuatu dlm kereta.Lepas tu satu persatu pengakuan dia buat.Betapa luka dan parahnya hati aku.

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu. Kisah aku ni panjang sikit so siapa yg pemalas nak baca boleh scroll laju laju. Dan makcik bawang yg tahu mengkr1tik je pun bolehlah scroll laju laju ek.

Mungkin aku tidak keseorangan dalam hal ni. Barangkali ada sesiapa antara korang pernah alami keadaan macam aku sekarang. Bolehlah kita berkongsi serba sikit nasihat. Aku nak kongsi sikit mengenai pengalaman aku ni. Bukan apa, sebab aku tahu ramai lagi wanita di luar sana yg masih buta ; Buta mata, buta hati dan buta segala-galanya. Yela..Cinta kan? Benda buruk pun nampak baik je. Ceh.

Permulaan bicara, nama aku Nani. Aku nak confess tentang bercinta dgn suami orang. Aku ada pengalaman bercinta dgn suami orang. Masa zaman study dulu. 3 tahun kami bercinta. Tahun ketiga baru aku tahu dia suami orang. Aku tahu sebab tak sengaja buka dashboard kereta dia dan ada buku pink. Aku baca. Buku klinik isteri dia. Hahahaha.

Aku tak m4rah atau meng4muk apa bagai. Aku hanya senyum dan cakap, ‘Kenapa tak bagitau dah kawen”… Dia diam.Cool sahaja. Sepanjang 3 tahun aku dilayan dgn manis sekali. Birthday aku dia belikan patung teddy bear besar dan bawak teddy bear tu keluar dari mall. Wow. Terpesona aku sebagai gadis baru nak up. Wahahaa. Pernah jugak dia suruh aku bukak bonet kereta dan surprise! Ada bunga. Alahai laki orang beb..

Dia belikan baju kurung raya sama color dgn baju Melayu dia. Belikan rantai ada huruf nama dia. Adoi gigih rupanya suami orang menyamar bujang. Susah ye nak blah dari hidup dia. Pening kepala aku dibuatnya. Sebab dia baik. Cumanya dia ada bini. Aku rasa dia memang serius nak buat aku jadi bini kedua.

Sebab dia siap kenalkan aku dgn bapak dan family dia. Mak dia dah takda. Mereka semua ni diam. Sorang pun takda bagitau aku bahawasanya lelaki ini suami orang dan anak dah dua! Hebat tak hebat. Hahahha.Dia share semua pasal kerja, emosi hal hal seronok dan tak seronok dalam hidup dia dgn aku.

Kami pergi buat aktiviti flying fox sama sama. Ada sepupu dia ikut sekali ye. Telefon aku dari semasa ke semasa. Tegur dan nasihat aku belajar baik baik. Dia pernah menangis sebab rindu arw4h mak dia. Teresak esak depan aku. Sebab tu aku pening kepala masa nak blah. Tiga tahun menyulam kasih. Tidak semudah melepas pergi.

Dia pernah jumpa family aku dan adik beradik aku masa abang aku bertunang. Semua dia bantu. Orangnya baik hati, ada rupa dan menjaga batasnya dgn baik. Tak pernah nak menyund4l dgn aku. Tak pernah cuba nak unboxing dan ambil kesempatan terhadap diriku.

Familyku pun suka dgn dia. Namun dia suami orang. Hahahaa. Satu masalah dia, aku tak boleh ada kawan lelaki. Habis diugut pergi kawan kawan lelaki aku. Siap nak berg4duh. Adoi laki orang. Dalam proses utk meninggalkan dia, aku tanyalah serba sedikit tentang isterinya. Jururawat kerja bershift. Muallaf. Aku tanya bini dia tak cek ke hp?

Dia ada dua hp. Satu letak dalam kereta utk aku. Satu tu utk bini dia. Dia siap bagi aku tengok dua dua hp tu pada kejadian aku tangkap buku pink bini dia. Satu persatu pengakuan dia buat. Dia bagi tengok jugak gambar anak lelaki dia, dua orang. Siap bahasakan bini dia sebagai ‘kakak’ time borak dgn aku.

Kebetulan aku ni tenang tenang sahaja orangnya. Tak cepat m4rah. Suka ketawa. Malu tunjukkan emosi sebenar. Padahal luk4 p4rah dah hati aku masa tu. Dia cerita tentang isterinya lagi. Jarang ada masa utk dia. Dah jadi nurse, besar pengorbanannya utk family. Aduhai kesian isteri dia.

Rasa bersalah mula menyelubungi diriku. Memang aku kuatkan hati dan semangat utk pergi dari hidupnya. Lagipun aku masih muda. Masih banyak masa utk kenal dunia. Aku nak capai cita cita. Aku buang jauh jauh perasan yg ada. Aku sempat pesan kepada dia, jagalah family baik baik sebab awak lelaki baik.

Tak dapat rasanya nak teruskan hubungan memikirkan ada wanita lain sedang berjuang utk rumahtangga yg bahagia. Walaupun sedih yg teramat. Hari hari aku menangis. Bukan senang nak move on dari orang baik. Aku mulakan dgn tak layan semua panggilan, mesej dari dia.

Akhirnya aku tukar nombor telefon. Sampai sekarang ingat mesej terakhir dia.

‘Ney, B rindu….’

Sekarang aku dah berumahtangga. Alhamdulillah suamiku duda takda anak. Aku pun tak faham kenapa aku selalu terkena suami orang. Hahaha. Tapi kali ni takda bini. Baik alhamdulillah, family man dan manis sikapnya.

Suka aku pesan di sini. Berusahalah menjaga hati sesama wanita terutamanya. Sakit dicur4ngi tidak akan sama s4kitnya dgn putus cinta. Aku yakin s4kit di cur4ngi dan dikhi4nati lebih pedih dan menik4m. Apatah lagi merosakkan rumahtangga yg dah ada zuriat.

Ya Allah tak sanggup rasanya. Membaygkan sahaja buat hatiku ngilu. Permudahkanlah urusan orang lain. Semoga berkahnya mengiringi kehidupan kita. Salam sayg…

Reaksi warganet

Ratnaz Kastro – Inilah antara confession yg tak meminta utk difahami tat kala terkait berhubungan dgn suami orang. Semua perkara baik buruk, Kita yg pilih. Alhamdulillah buat confessor, yg ambil jalan terbaik. Manusia, laki atau perempuan, andai tersilap langkah, inilah jalan terbaik. Pulang kepangkal jalan.

Jangan salahkan siapa siapa, melainkan ambil pengalaman sebagai peringatan. Semoga confessor sentiasa dilindungi Allah, rumahtangga dijauhi dr segala perkara buruk, moga dipermudahkan segala urusan.

Fazliana Fakhri – Kej4mnyaa tolong bersubahat sepupu dan family. Sampaii hati ani4ya wanita muallaf.. Sedangkan nak tukar agama tu, betapa banyakk cabaran dia kena hadap. Demi lelaki yg dia nak buat syurga dia. Buat tuan tanah, tahniahh sebab kuat undur diri dari hubungan yg manis, dan tak pentingkan diri.. Beribu tahniah..

Dalila Hanim Rasyid – Kalau lah sweet camtu dia layan bini dia.. haishh. Untung tau isteri kerja, tak mintak duit kat suami pun dah bersyukur. Janganlah dibalas dgn kecur4ngan. Walaupun awak jaga batas. Tapi itulah nama lelaki takkan pernah puas dgn apa yg ada. Moga dijauhkan dari perkara tak baik dalam rumahtangga. Nauzubillah min Zalik…

For the first place. Kalau betul dia baik, dia dah jujur awal awal yg dia dah ada isteri. So takut takut kemungkinan dgn awak pun dia boleh buat benda sama bila dah jadi isteri kedua. Mujur ambil langkah lari dari hidup dia.

Nabilatasha Zakaria – Kaum hawa, kalau terkena macam ni, jadikan sister ni sebagai idola. Sebab dia tahu kita sama sama perempuan, sakit putus cinta lain s4kit dicur4ngi lagi s4kit. Sister ni sebagai bukti yg berbuat baik akan dapat yg baik at the end. Kepada sister, semoga awk dan keluarga dirahmati Allah.

Norhuda Kamal – “Hari hari aku menangis. Bukan senang nak move on dari orang baik…. ” Baik ke lelaki macam tu dik? Cur4ng dgn isteri, burukkan isteri sendiri, menipu pulak tu…. Hmmm…. itu bukan orang atau suami yg baik ya dik…. Suami yg baik ni sentiasa di samping isteri dan anak anak. Banyak masanya dileburkan utk membantu isteri dan mendidik anak anak dan lain lain.

Tapi banyak benar masa terluangnya laki orang ni sehingga boleh layan perempuan lain macam orang bujang. Tapi alhamdulillah krn awak buat tindakan bijak. Mengundur diri utk kebahagiaan isteri dan anak anak lelaki tak guna seperti itu.

Wan Mazaziman – Obviously bukan lelaki baik. Kalau isteri profession dia nurse, sebagai suami kena la faham. Sebab apa isteri kerja? Sebab nak tampung belanja mana suami tak cukup. Kalau dia rasa isteri takde masa utk suami, bincang. Bukan cari perempuan lain. Kalau suaminya tu gaji besar, suruh je isteri berhenti kerja jadi full time housewife. Boleh concentrate jaga keluarga dan suami. Sumber asal IIUMC.

Sebenarnya ramai lagi di luar sana yg terjebak dalam cinta begini menyatakan ia adalah jodoh mereka dan rasa kasih dan sayg pada lelaki yg berstatus suami orang mungkin sudah sukar utk dipadamkan. Namun ramai juga wanita yg tidak mengetahui kekasih mereka bukannya orang bujang. Aduhai kisah bercinta dgn suami orang.

Tidak dapat dinafikan lelaki yg sudah punyai keluarga sering bersilat dgn masa. Mereka perlu membahagikan waktu utk berkhidmat pada keluarga dan juga melayan kekasih dalam masa yg sama. Secara tidak langsung, kurang ketenangan dalam melayari saat manis bercinta apabila asyik bersembang dalam telefon dgn berbisik dan nama anda dalam telefon pun terpaksa jadi nama lelaki bagi mengelak si isteri ketahui.

Namun Asam garam bercinta dgn suami orang juga banyak dugaannya dan memerlukan si gadis bujang lebih sabar dan hanya menanti ruang kosong si dia boleh berikan utk sesi mesra bersama sama ada keluar dating atau bersembang di telefon lebih lama.

Jika si dia berkemampuan, memang tiada salahnya nak pasang ‘cawangan’ baru namun sebagai seorang wanita, anda juga harus pertimbangkan sejauh mana anda telah memasuki territory keluarga orang dan bakal merobohkannya jika niat si dia utk tinggalkan isteri pertama demi anda.
Tepuk dada tanya selera. Jika anda punyai hati emas sanggup berdepan dgn semua dugaan ini dan si dia memang berkemampuan menurut tuntutan agama, dialah lelaki yg ingin anda kahwini. Jika terlalu banyak alasan serta hubungan kalian sering beralas dgn penipuan terhadap keluarganya, baiklah angkat kaki saja.

Jangan buat perempuan lain menangis utk buat diri kita ketawa. Apa perasaan korang kalau benda ni terjadi kat diri korang, tup2 suami ada sk4ndal lain…Hidup kita ni bukan sentiasa ada di atas. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih

Leave a Reply