Pelawak lagenda Hamid Gurkha tersenyum gembira terima bantuan YKAT

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Jika sebelum ini hebat diperkatakan mengenai 1su persatuan seniman mahu mendapatkan bantuan khas buat para selebriti, namun mendapat tentangan hebat oleh netzen.

Walaupun ketika ini ramai yang memandang serong terhadap para artis selepas itu. Namun, masih ada lagi beberapa pihak yang mengambil serius 1su kebajikan golongan artis veteran.

Seronok wajah Pak Hamid

Baru-baru ini, Yayasan Kebajikan Aris Tanah Air telah mula menjalankan misi bantuan, antara penerimanya adalah pelawak lagenda Hamid Gurkha yang kini sudah berusia 87 tahun.

Melihat gambar yang dikongsikan, jelas terpacar kegembiraan di wajah artis veteran ini menerima bantuan berupakan bekalan keperluan dapur.

Selain Pak Hamid, antara artis yang menerima sumbangan ialah Papa Rawi, Mak Jah, Kogilarani, Balakrishnan, Alfred Ho, Lim Kong Tuck, Goh Cheng Hock dan beberapa lagi.

Bantu artis yang benar-benar memerlukan

Pengurusan YKAT dianggotai tujuh pemegang Amanah antaranya Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Nancie Foo.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam tempoh PKP ini, YKAT bersetuju membantu artis yang benar-benar memerlukan dan sumbangan dihantar secara terus kepada artis yang memerlukan dengan kerjasama sebuah pasar raya.

Untuk makluman Yayasan Artis 1Malaysia telah ditukar nama kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) selaras dengan misi, visi dan agendanya untuk membela dan menjaga kebajikan artis.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban para penggiat seni yang kini sudah uzur dan tidak dapat lagi mencari sumber rezeki dalam industri hiburan.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber Sinar Harian kredit ohmymedia

Leave a Reply