Pelik tapi benar.Aku ini bukan seorang yg terlampau obsessed dgn tahyul mahyul ini tapi 2hari lepas ada orang datang,nmpk makcik tua bawa sesuatu.Aku bagi salam tapi dia tunduk.Dan lepas tu apa yg berlaku, aku buat tak tahu saja.

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.Assalamualaikum admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu.

Mungkin aku tidak keseorangan dalam hal ni. Barangkali ada sesiapa antara korang pernah alami keadaan macam aku sekarang. Bolehlah kita berkongsi serba sikit nasihat. Permulaan bicara,nama aku Im. Aku ada satu confession. Agak pelik tapi benar.Pada awal tahun 2020 (pre c0vid), aku telah membeli sebuah rumah.

Rumah ini bukan la rumah biasa. Ia terletak di tepi tasik. Ada beberapa rumah di sekeliling, boleh dikatakan kawasan elit disebabkan tanah “resort”.Mengikut logik akal, aku tak mampu untuk membeli, hanya mampu tengok.Pada mulanya, aku bercadang ingin membeli sebuah apartment dan settle down disitu. Oleh disebabkan aku seorang lelaki bujang, jadi aku tidak perlukan rumah yg besar untuk didiami.

Sedang aku mencari rumah, aku ada teringat yg aku ada kawan yg sama sama bersekolah dahulu yg kini bekerja sebagai agen hartanah.Jadi aku mengambil keputusan untuk berhubung dgn nya. Dia la yg memberitahu aku ada sebuah rumah cantik, nak dijual pada harga below market. Sangat below market ya.Aku tanya dia, “what’s the catch?” Dia kata rumah ini pernah menjadi saksi pembvnuhan sekeluarga. Dia tidak la beritahu ada sebab pembvnuhan, cuma dia beritahu aku berapa orang yg m4ti.

Rumah ini sangat cantik ya, design yg modern. Ada swimming pool, mini garden, ada office room dalam rumah, ada walkin wardrobe dan ada garaj yg boleh memuatkan 2 biji kereta. Memang cantik.Rumah ini mempunyai 6 bilik tidur dan 6 bilik air, juga mempunyai dry and wet kitchen dan pantry dan laundry room.Pada asalnya ini tanah kosong, tetapi keluarga tersebut membina rumah atas tanah ini dgn design mereka sendiri. Oleh sebab itu, memang cantik.Mengikut logik akal, rumah ini tak kurang dari 2 juta ringgit. Tetapi aku dapat below market, kurang dari 2 juta, dan kurang dari 1 juta.

Oleh disebabkan seluruh keluarga itu m4ti di rumah itu, yg menguruskan nya adalah abang kepada ketua keluarga tersebut.Abang tu cakap pada aku, rumah ini dibina 2016. Pembvnuhan berlaku 2018. Dari 2018 sehingga 2020, tiada orang duduk. Ada la perabot dan sebagainya, tetapi tiada penghuni.

Jadi ya, aku mengambil keputusan untuk beli. Bincang punya bincang, nego punya nego, aku dapat harga cantik. Dan aku beli.Mungkin kalian bertanya, dimana semua m4ngsa m4ti? Baik. Mereka sekeluarga ada 5 orang. Ibu dan ayah dibvnuh di master bedroom, atas katil.Anak perempuan dibvnuh di bahagian wet kitchen. Lagi 2 anak lelaki, seorang bvnuh diri dgn menggantungkan diri di biliknya dan seorang lagi ditemui di ruang tamu dgn kesan kelar di tangan.Ya, it’s too much kan? Mungkin korang anggap aku gil4.

Aku ini bukan seorang yg terlampau obsessed dgn tahyul mahyul ini. Aku seorang yg sangat realistik.Ya, aku tahu dan percaya syaitan dan jin itu wujud. Dan ya, apa yg berlaku pada keluarga itu sangat tragik. Tapi that’s life. People live and people di3 everyday.

Aku tak fikirkan sangat pasal rumah ini ada sejarah pembvnuhan ke apa ke, aku nampak opportunity dalam membeli rumah yg besar dan mewah sebegitu pada harga yg cantik.Kawan aku (agen hartanah) ada berkata, banyak saja rumah second yg orang beli pernah ada kes dalam rumah itu,

Baik dari segi bvnuh diri, dipecah masuk dan bvnuh, r0gol dan bvnuh dan macam macam lagi la, tapi pembeli jarang tahu, sebab agen takkan cakap. Dan owner rumah juga takkan cakap.Demi mengekalkan harga rumah. Dan sebab itu juga kalau korang pergi ke hotel yg pernah ada k3s orang m4ti di bilik hotel, pihak hotel takkan kongsi info tu pada korang.Kadang korang baring atas katil bekas orang m4ti dibunuh pun korang tak tahu. Itu adalah normal.

Sekarang sudah genap 2 tahun aku mendiami rumah ini. Oleh sebab aku pindah masuk pada May 2018.Ketika c0vid, dan ada restr1ctions untuk berjalan, ahli keluarga aku tak pernah ke rumah aku ini. Dan ketika selepas PKP 1.0 pun aku tak ada buat open house atau doa selamat.

Keluarga aku tak tahu pasal ni. Pasal sejarah rumah ini. Aku hanya memberitahu mereka aku ada membeli rumah. Itu saja.Mungkin bila keadaan reda dan boleh merentas negeri, aku akan jemput mereka ke sini.Untuk makluman, aku tidak mengeluarkan sebarang kos untuk renovate, rumah ini dah complete semua.

Rumah ini dijual sekali bersama perabot dan appliances. Bagi aku sangat berbaloi. Ya, aku ada keluar duit sikit, itu pun hanya upah cat rumah luar dan dalam sahaja. Selain itu, tiada.Katil tempat berlaku nya pembvnuhan itu tetap aku gunakan. Aku panggil orang datang basuh katil dan aku letak cadar aku yg baharu sahaja.

Mungkin korang tertanya tanya, tak rasa takut ke? Tidak. Aku tak rasa takut. Ada gangguan ke? Ya, ada. Tapi aku buat tak tahu.Rasa sentiasa diperhatikan ke? Ya, aku rasa. Oleh disebabkan aku tinggal di master bedroom, dan aku tinggal seorang. Ada balance lagi 5 bilik tak digunakan.

Tapi aku selalu saja kadang kadang bertukar tukar bilik setiap malam untuk tidur.Aku bercadang nak convert salah satu bilik untuk jadikan gaming room, gym room, home theater room. Tapi itu akan datang la.Di sini setiap 2 minggu sekali akan ada pengemas rumah datang untuk kemas rumah. Aku upah. Jadi rumah sentiasa bersih.

Untuk makluman juga, di sini memang ada rumah rumah lain yg berdekatan kompaun rumah aku, tetapi hanya ada sedikit sahaja yg betul2 ada orang tinggal. Selebihnya, jadi rumah getaway atau weekend house.Jadi malam memang sunyi disini, tiada kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Kalau aku di rumah, aku buka movie di ruang tamu dgn volume yg kuat pun, takda jiran yg akan c0mplain. Ya ibarat sunyi macam itulah.

Setiap malam aku tidur, akan ada bunyi ketukan pintu bilik. Aku tahu memang ada yg nak mengacau. Tapi aku buat tak endah, lama lama ann0ying jugak la rasa.Tapi one thing aku nak cakap, you control you mind, never let your mind control you.Stand your ground, you are the owner of the house, yg datang mengganggu tu hanya penumpang sahaja. Kenapa owner nak takut pada penumpang pula.

Aku juga lihat masyarakat kini terlalu obses dan terlampau takut. Mungkin sebab influence dari cerita cerita hantu dan sebagainya.But don’t be afraid. Stand your ground, and show your dominance. Itu mentaliti yg aku pegang sehingga sekarang.Dan ya, sekarang tiada lagi gangguan dan apa pun, mungkin benda yg menganggu tu pun bosan aku tak layan mereka, haha entahlah.

Mungkin pembaca yg membaca ini anggap aku bongkak dan cakap besar, tak ada apa yg perlu aku bongkak. Aku tak takutkan mereka, aku takutkan manusia.Kerana manusia la, rumah ini pernah jadi k3s bvnuh. Yg membvnuh, mer0gol dan sebagainya, manusia. Bukan hantu hantu ini. Jadi ya, aku lebih takutkan manusia dari hantu.

Sebelum aku akhiri confession ini, aku nak berkongsi.. baru 2 hari lepas.. waktu malam.. ada orang tekan loceng rumah. Oleh disebabkan rumah rumah disini berkonsepkan open gate dan tiada gate, jadi sesiapa yg tekan loceng tu, memang betul2 ada depan pintu masuk rumah la.

Nak jadikan cerita, ada bunyi loceng seingat aku jam 1.15 pagi macam tu, aku sedang membuat kerja di laptop.Aku bergegas ke pintu depan, ada seorang makcik tua membawa bungkusan plastik menjual kuih. Menjual kuih pada jam 1 pagi.Ya, makcik tu hanya menundukkan diri dan tak pandang aku pun. Aku tahu apa maksudnya, aku beri salam. Dia tak jawab, aku tutup pintu terus. Dan lepas tu dia tekan loceng lagi, aku buat tak tahu saja. Aku pasang earphone, buka lagu.

Pesan aku pada mereka yg lemah semangat, tak ada siapa boleh bantu awak melainkan diri awak. Kalau awak let the fear control diri awak, sampai ke sudah la awak jadi lemah semangat. Nasihat aku.. beranikan diri. Pada mulanya.. susah. Tapi sekali awak dah biasakan diri, awak boleh duduk kat hutan sorang sorang tanpa rasa takut.

Kita manusia kat bumi ni khalifah, kita superior dari makhluk lain. Kenapa nak takut kan benda yg dibawah kita? Cuba fikirkan.Betul, kalau ada pontianak depan mata kita, gigil kita. Tapi sekali awak approach dan unlock inner strength awak, trust me. No ghost can do harm to you.Jangan risaukan hantu sangat,korang patut risaukan manusia. Awak duduk rumah kunci grill pagar sebab taknak hantu masuk atau taknak perompak masuk? Ha..so fikir – fikirkan lah. Thanks. God bless.– Im (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Dulu masa sekolah aku penakut, rumah pulak mmg ade bende tu. Then masuk u, paham-paham jelah gangguan tu common bg student, org sebelah lah (sebelah badan je), kak ponti dok atas gerobok lah, main ketuk-ketuk pintu bagai, mimpi-mimpi pelik. Roommate aku pulak mcm biskut kejap ade kejap takde, habis exam terus balik. Aku pulak jenis balik lambat sbb tggu member habis exam ride dri utara ke selatan. 4 tahun dok inasis lama-lama biase dah. Lantaklah nak buat apa-apa. Rumah pulak bende tu mmg suke selak-selak langsir, mengendap bagai.. Dont let them smell your fear, dont let fear control your mind. Mula-mula susah nak adapt, lama-lama benda jd mcm biasa.

Sama mcm bpk aku. Hantu pn takut dgn dia..jin yg ajk berkawan punyalah ramai..Yg menumpang kt Rmh pun ada. Bpk aku sentiasa pesan..Kita ni Khalifah..Kita adalah tuan rumah..kenan betol dgn bpk aku yek..Bpk aku dri muda mkn Tak bersendawa, kentut x prnh dgr, mkn jrg bertambah skdr alas perut. Tiap mlm tahajud, qiamulail. Puasa berbulan2..x suka ngeteh @ borak2 kosong..Tu psl hantu takut..jin yg ajk kawan semua janji dunia milik dia..( Diceritakan oleh abg2 aku.. generasi 50an) sbb aku ni generasi bwh.. dia x buka cerita ni.

Hantu makcik jual karipap tu mmg betul2 wujud ek? Dulu selalu dengar die meniaga kat asrama2 sekolah kat tingkap2. Tapi x pernah fikir betul2 makcik tu wujud sbb cerita dari kawan2 je. Bukan dari org yg jumpa. Skrg dah upgrade rupenye die pegi rumah2 mewah tekan loceng. Serius dari dulu terfikir mmg ade ke makcik karipap tu. Bila awak cerita, ok baru leh relate dgn cerita kat sekolah asrama dulu2.

Memg hantu akan takut pada orang berani. Lebih2 lagi beriman… tapi satu je.. baca surah albaqarah atau baca surah alfatihah,ayat kursi dan 3 qul.. utk pagar rumah.. kita memg berani.. tapi kita xtau bakal bini kita mcm mana.. bila ada gangguan di rumah, menyebabkan suasana rumah jadi panas.. dan kmgkinan akan berlaku per4aduhan..Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih.Sumber asal IIUM

Leave a Reply