Penting Untuk Semua Wanita Diluar Sana yang sudah bersuami, Sesungguhnya Kenali Suami Anda Sebenar benarnya

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Saya bercerita disini untuk semua wanita yang sudah bersuami sesungguhnya anda perlu kenali suami anda sebenar benarnya. Saya ingin menceritakan kisah saya bersama lelaki orang. Ye lelaki orang. Saya seorang yang masih belum berkahwin, lewat 20-an. Saya sudah melakukan d0sa besar iaitu berzin4 dgn lebih 30 orang lelaki. Bujang dan lelaki orang. saya cuma mahu berkongsi cerita. Sekarang saya sudah bertaub4t dan masih belum berkahwin kerana merasakan diri ini terlalu h1na untuk didampingi mana2 lelaki kerana masa silam saya. Mungkin juga ini balasan Allah terhadap d0sa yang saya lakukan.

Saya bercerita disini untuk semua wanita yang sudah bersuami sesungguhnya anda perlu kenali suami anda sebenar benarnya. 80% lelaki akan boh0ng dan berkata burvk tentang isteri mereka samasa keluar bersama saya. Antara alasan popular lelaki :Isteri tidak melayan makan minum, isteri kuat membebel, isteri suka marah2, isteri tidak hormat sebagai suami, isteri suka tidur awal, isteri tidak ikhlas ketika bersama dll. Kebanyakkan lelaki yang saya dampingi menerima panggilan isteri mereka dihadapn saya, ada betulnya. Jelas jeritan dari handphone “Abg kat mana! Kenapa tak balik lagi!”.

Padahal waktu itu pukul 6 ptg, dan lelaki itu baru habis kerja & start jawab panggilan dengan “Assalamualaikum”. mana2 lelaki akn terkejut dan terus bergadvh dalam handphone. saya dengar banyak perbualan mereka. Terlalu banyak utk diberi contoh. lelaki yang berjumpa dengan saya kadang hanya teman berborak. Kata mereka, saya manja. Seronok berborak. Mereka jemput saya dan kami habiskan masa untuk bercerita. Tidak ada pegang tangan atau apa2 yang lain. Ada juga suami org yang mcm ni & tak semua yang saya berkawan untuk melepas n4fsu semata.

Mereka cuma mahu berborak dan lepaskan tekanan kerja. Bila saya tanya kenapa tak berborak dan bercerita dgn wife. Alasan yang selalu saya dapat : “tidur awal, balik kerja pun tidak disambut apatah lagi nak berborak” “balik rumah wife marah2, senyum pun tidak lepas tu terus tido” “wife tak faham i”. Pengajaran: berkata dengan nada lemah lembut dgn suami anda, dan jadilah seorang yang manja. Lelaki akan suka. Ada juga lelaki yang saya jumpa mengatakan kebanyakan isteri tidak mahu dan Lepastu tak reti layan kehendak s€ks suami dan Ini Menyebabkan lelaki mencari sesuatu yang lain diluar. Lebih thrilling dan mengujakan kata salah seorang yang lain.

Mereka rela OUTSTATION bawak saya dan ada yang saya dengar sampai bercer4i dgn isterinya disebabkan sk4ndel diluar. Maafkan saya kerana saya perlu jujur dengan semua wanita Jangan cakap sebab perempuan selepas melahirkan anak tidak cantik sampai lelaki cari & makan diluar. Kerana saya bukanlah seorang yang cantik. Benar ! Sebab itu saya katakan komunikasi itu penting. Realisasikan fantasi s£ks pasangan itu penting.

Tanya tentang fantasi s€ks suami anda, Dan cuba tunaikan. One thing akan lead to another. Ceg4h sebelum par4h. Tunaikan walaupon a bit ridiculous selagi tidak melanggar hukum Allah. Ada yang mengatakan lepas ada anak, isteri hanya pentingkan anak. Makan minum suami terabai dll. Makan kena cari sendiri.

Walaupon saya faham, lelaki kalau dilayan jadi pemalas dll. Tapi mereka perlukan perhatian. Sebab lelaki n4fsunya 1, n4fsu itu termasuk n4fsu untuk disayangi dan diberi perhatian. S€ks apatah lagi menyebabkan sekali lagi suami mencari diluar. Terlalu ramai lelaki yang berstatus suami orang mencari diluar. Ini cerita benar. Ini pengalaman saya, bukan untuk dibangga & dipertontonkan tapi dijadikan pengajaran.

kepada puan2 semua, Perhatikan suami anda. Jika dia bercenderung ke luar, slow talk dan tanya apa yang perlu dilakukan untuk membuat dia kembali kepada anda semula. Macam saya katakan. Komunikasi dua hala sangat penting. KOMUNIKASI. Misalnya anda penat uruskan rumah, bagitahu suami. Jangan melenting, bercakap dalam nada merayu dan tunjukkan anda betul2 penat. Percayalah lelaki naturally bersikap Pelindung, bila anda nampak lemah, mereka akan mula memahami. Tak ada husb yang tak sayangkan wife mereka. tapi, kalau anda marah2 semasa bercakap, mereka juga akan semakin agresi1f dan ini akan menjadi satu komunikasi yang lemah dan akhirnya dia akan lebih rasa tercabar.

Saya tidak pernah ada niat untuk menjadi isteri kepada lelaki2 orang yang pernah saya jumpa & tidur. Tiada perasaan cinta. Hanya untuk berhibur dan suka antara 1 sama lain memenuhi n4fsu.Ya saya memang Pend0sa. Saya tahu. D0sa saya dgn Allah dan saya sudah bertaubat dan semoga Allah menerima taubat saya. Semoga perkongsian ini membuka mata para isteri & juga para suami. Bersyukurlah dengan kehidupan indah berumahtangga yang sudah Allah aturkan. Berkomunikasilah dalam keadaan yang tenang. Duduk berbincang apa yang perlu diperbaiki bagi setiap pihak. Terima kekurangan dan cuba baiki at least improve.

Para Isteri, kalau semua ini sudah dilaksanakan. berbagai cara sudah dilakukan tetapi masih juga lelaki2 ini mencari luar. Sedarlah bahawa anda semua adalah bidadari syurga yang Allah berikan dugaan didunia untuk merasa manisnya disyurga. Doakan saya terus istiqomah dalam perubah diri & menjadi seorang wanita baik. Saya mengharapkan doa dari kalian semua. Terima kasih. Antara tips untuk menambat hati suami .Mengambil berat tentang penampilan suami.Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura. Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu. Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu.
Selain itu, Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil.

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.

Layan suami seperti raja. Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran. Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.

Jangan berleter! Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter. Sumber KRT& akuislam. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply