Perkahwinan kami mulanya bhagia lepastu dia mula pkul aku hinggala satu hari suami tiba2 nak baling lesung batu kat aku namun tindakan aku lepas tu buat suami takut terus minta maaf

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap.

Assalamualaikum semua. Saya Amy. 32 tahun. Narc1ssistic Personality Dis0rder (NPD) ni belum ada awareness lagi dalam masyarakat kita. NPD ni sebenarnya satu spectrum dalam personality dis0rder.

Character typical seorang narcissist ialah excessive self entitlement, self importance, self admiration dan lack of empathy. Mereka yang menghidapi penyakit ini merasakan mereka tidak perlu meminta maaf untuk benda benda normal yang kita rasa salah dari segi moral.

Secara tipikal, mereka menghadapi kesukaran untuk memahami jika kita tersinggung dengan perbuatan mereka. Di dalam fikiran mereka, apa yang mereka buat dekat kita tu, dia akan spin untuk “justify” perbuatan dia dekat kita.

Kisah saya hidup dengan pesakit NPD ni, bermula sejak saya berusia 17 tahun. Kahwin muda, 19 tahun. Dia first love lah, kiranya. Mungkin saya juga menghadapi abandonment issues, menyebabkan saya sendiri sangat codependent dengan dia.

Pada mulanya, saya bahagia. Ketika itu, saya amat naif, saya anggap cara dia mengawal tindak tanduk saya adalah sebab dia terlalu sayangkan saya. Saya juga memang sejenis introvert, jadi bagi saya arrangement kami tak terlalu mengganggu saya ketika awal perhubungan kami.

Sepanjang saya berkahwin dengan dia, saya telah terbiasa apabila berlaku sesuatu masalah, walaupun masalah itu berpunca dari dia, dia akan salahkan saya dalam semua hal.

Dari hal sekecil saya tersilap cara membancuh air, sehingga lah sebesar besar saya bukak handphone dia, terbaca mesej dia dan kawan kawan dia yang merancang nak melanggan ‘ayam’, reaksi dia memang “over the top”.

Dia akan menengking saya, ambik atau rosakkan handphone saya, ataupun kalau teruk sangat kena belasah la. Entah la, ego saya agaknya, saya masih bertahan. Walaupun ketika lepas bersalin anak ketiga dia tinggalkan saya macam tu sahaja dekat rumah mak ayah saya.

Padahal kami berjanji nak pergi daftar sijil lahir anak saya ketika itu hanya kerana kami bert3ngkar pasal perkara yang kecil. Lepas 2 minggu, saya balik jumpa dia dekat daerah lain tu (masa tu kami bekerja dekat daerah yang jauh dari kampung halaman), bawak anak saya yang baru berusia 2 minggu.

Katanya saya siksa dia sebab nak bersalin dekat kampung, dan biarkan dia keseorangan. Kalau nak diingatkan, banyak sangat perkara buruk berlaku dalam perkahwinan kami. Kena pvkul sampai perlu berjahit di bahagian muka pun saya pernah kena. Alasan nya, saya cabar dia.

Time tu dia peluk kaki saya mintak maaf menangis nangis. Padahal time tu dia dah lafazkan taklik atas saya. Yang saya langgar atas takutkan keselamatan diri sebab sebelum saya larikan diri, dia ugvt nak baling saya dengan batu lesung.

For 14 years, I have been living in fear, walking on eggshells because I was afraid that I will offend him. Kemarahan dia sangat menakutkan. Pernah juga saya bertindak balas tvmbuk kepala dia balik. Tapi lepas saya melawan, dia akan meminta maaf. Cakap dia sayangkan saya.

Sepanjang hidup saya dengan dia, saya akan mengalami panic attack kalau saya rasa saya dah lakukan kesalahan. Ketakutan tu, Allah saja tau, dengan hyperventilating lagi.

Februari lepas, saya dilepaskan secara taklik sekali lagi sebab dia nak saya berhenti kerja. Sebenarnya, saya jumpa bukti yang dia cvrang di belakang saya. Saya terjumpa kad akses bilik hotel dalam wallet dia.

Saya ambik dan simpan masa tu, sebab saya tau dia takkan berani nak tanya saya kerana dia baru saja kant0i Disember lepas cvrang dengan wanita lain semasa kami PJJ sebentar ketika saya dapat offer kerja dekat bandar lain.

For info, kami PJJ tak sampai setahun pun. Lepas tu kami dapat bersama balik sebab dapat kerja dekat bandar yang sama. Lafaz taklik kali ke 2 ni adalah balasan di atas saya buat penyiasatan sendiri, sampai saya jumpa budak perempuan yang jadi skand4l dia tu.

Muda lagi, baru habis praktikal dekat tempat kerja Ex husband saya. Bila saya confront dia pasal perkara ni, dia terus lafazkan taklik. Saya terkilan sebab saya dah book appointment dengan pejabat agama dengan niat nak baiki hubungan kami yang turun naik selama dua bulan setelah kant0i kes cvrang kali pertama.

Tak sempat nak jumpa di pejabat agama, kami terus proceed ke mahkamah syariah saja la. Tu pun saya yang tunggang langgang uruskan sendiri.

Di sini saya nak tekankan, dia ada pattern untuk perangai pesakit NPD ni (i.e. red flags): Pertama, Control and Isolation – Dia akan kawal pergerakan fizikal atau secara kawal kewangan, agar kita kekal dependent dengan dia.

Isolation tu, melalui putuskan hubungan kita dengan ahli keluarga terdekat, walaupun mak ayah sendiri sekalipun. Dia akan lebihkan event sebelah family dia, dan elakkan kita berjumpa dengan mak ayah atau ahli keluarga sebelah kita.

Kedua, Manipulation – Ni melalui dia spin cerita, kalau nyata dia salah, dia akan spin sampai kita pulak rasa bersalah. Saya dah tertipu bertahun tahun. Setiap kali dia buat kesalahan, dia akan spin sampai saya rasa tu jadi salah saya.

Contoh la, macam kecvrangan pertama. Dia salahkan saya sebab bertukar kerja dan biarkan dia di daerah yang berbeza. Yang menyebabkan dia cvrang.

Sampai la baru baru ni, dia spin dekat hakim dalam mahkamah, yang saya pilih kerja over keluarga, bukan kerana dia yang bermasalah.
Ketiga, Projection – Setiap kata kata dia yang menyalahkan saya, sebenarnya dia tengah buat projection atas apa yang dia sendiri buat. Pendek kata, play viictim padahal kesalahan dia memang jelas.

Seperti dia cakap saya yang buang keluarga, dia yang sebenarnya tengah buat smear campaign, memburukkan saya, untuk elakkan orang lain tahu yang dia telah menyebabkan keluarga dia berpecah belah atas lafaz taklik tu.

Keempat, Demoralize – Dia akan merendah rendahkan saya. Contohnya, saya berpelajaran lebih tinggi dari dia, tapi dia akan cakap benda seperti, belajar tinggi tinggi tapi buat benda simple pun tak reti.

Mengata saya gemuk lepas melahirkan anak, sebut yang muka saya buruk kalau pakai sesuatu yang saya rasa cantik, tapi bagi dia tak. Mempersoalkan setiap keputusan yang saya buat. Purpose dia, nak musnahkan self esteem saya jadi saya tak ada keyakinan diri.

Mereka juga mempunyai step lain bila penipuan mereka dah kant0i, dan anda dah tak nak terlibat dengan permainan mereka: Pertama, Hoovering-Pujuk anda dengan gifts, makan luar, imbas balik masa bersama.

Kedua, Love b0mbing – Ni kira dia tengah ayat balik anda dengan kata kata manis dia. Purpose love b0mbing ni, memang nak perangkap anda agar anda cair dengan kata kata dia.

Macam saya selalu tertipu bila dia pujuk rayu sampai peluk kaki minta maaf. Ketiga, Guilt trip – Ni berkait dengan projection and manipulation tu, agar anda rasa bersalah bila anda dah balik dalam perangkap dia.

Keempat, Smear Campaign – Ni bila dah kant0i, dan hoovering dah tak berfungsi dekat anda. Caranya, dia akan canang keburukan anda dengan mereka yang percaya dengan kata kata dia.

Jangan lupa, mereka akan sentiasa appear perfect, charming dan suci depan orang. Tetapi dengan mngsa dia, dia memang layan dengan buruk sekali.

Nampak jahat sangat manusia NPD ni, tapi effect dia memang pada manusia yang ada high empathy, because they have none. Sebab selama ni, saya memang tak dapat coin, kenapa sejak kant0i kali pertama, tak ada proper apology, tak ada janji nak berubah ke apa.

Sejak saya join awareness group, saya realize, ex husband sebenarnya memang ada NPD characteristics. Setiap step yang mereka detail out yang berkaitan dengan perangai NPD, setiap satu dia buat.

Pada awalnya, saya bersedih sangat dengan apa yang terjadi setelah jatuhnya taklik. Saya asyik berharap yang dia menyesal dan kesunyian.

Lepas tu, saya educate diri saya, saya realize apa yang saya ada dengan dia bukanlah kasih sayang suami isteri. Tetapi cuma travma b0nding di atas issues saya sendiri yang bersifat codependent terhadap dia.

Alhamdulillah, sejak kami berpisah, Allah beri rezeki lebih untuk saya dan anak anak, saya berjaya naik pangkat. Nasib baik saya tak dengar cakap dia untuk berhenti kerja. Saya educate diri saya atas apa yang berlaku, selain redha dengan ujian Allah beri dekat saya.

Harapan untuk dia berubah tu dah saya buang jauh jauh. Sebab saya baca, narc1ssist tak boleh hadap loneliness. Tak ada orang untuk supply ego boost dia. Jadi, saya assume, dalam tempoh kami tak contact ni, memang dia tengah love-b0mbing mngsa baru.

Sekarang, saya boleh fokus dengan diri sendiri untuk bina kejayaan sendiri dan dapatkan balik self-control yang dah lama hilang sebab dia dah lakukan character a$$ass1nation (pembnuhan karakter sendiri agar lebih mudah dibentuk oleh NPD tersebut).

Walaupun dia telah musnahkan apa yang kami bina, saya tak doakan perkara buruk buruk dekat dia. Sebab jiwa dia juga “sakit”, cuma tiada clinical diagn0sis.

Walaubagaimanapun, hati manusia Allah yang pegang. Saya harap dia berubah menjadi manusia yang lebih baik untuk kebaikan dia sendiri. Semoga apa yang saya share, dapat membantu sesiapa yang pernah mengalami peristiwa seperti saya. Percayalah, anda mampu lepaskan diri dari hubungan dengan narc1sisst.

Rancang cara untuk lepas secara terperinci. Jika berlaku pend3raan fizikal, buat report polis untuk rujukan mahkamah syariah. Jika berlaku pend3raan mental dan emosi, rujuk ke pakar psikiatri di klinik kesihatan terdekat. Semua rekod ini boleh membantu jika anda nak lepas dari cengkaman si narc1ssist ni nanti.

Simpan dokumen penting bukan dalam rumah anda, agar dia tak dapat kawal anda jika anda nak lepaskan diri nanti. Percayalah, banyak lagi cara nak bahagia. Jangan korbankan diri demi anak anak. Sebab anak anak juga nak ibu/bapa mereka sihat secara mental dan emosi agar mereka membesar dengan emosi yang stabil.

Semoga bermanfaat. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih kerana sudi membca! Sayg korg semua!

Leave a Reply