Pintu rahim sudah terbuka 2cm tapi Bella Astillah tetap teruskan demi Ayden

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

BIARPUN sudah sarat mengandung dan alami tanda-tanda bersalin, penyanyi dan pelak0n Bella Astillah tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean pada Rabu lalu.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah memberitahu, sebelum majlis berlangsung, kakaknya sudah membuat pemeriksaan dan d0kt0r memberitahu pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter.

“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan d0kt0r sebab dia dah rasa perut keras dan tanda-tanda nak bersalin. D0kt0r beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat birthday Ayden.

“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdulillah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan Bella tidak berjaya disebabkan isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu menutup telef0n bimbitnya.

Dalam pada itu, Didi memberitahu Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah kini berada di h0spital untuk pemeriksaan d0kt0r namun tidak dapat memastikan bila kakaknya itu akan bersalin.

“Sekarang Bella ada di h0spital untuk buat pemeriksaan biasa. Tapi saya sendiri tak pasti bila dia akan melahirkan anak. Masa Ayden lahir senang sahaja tapi kali ini macam tak ada banyak tanda-tanda sangat.

“Bella pun sentiasa aktif bergerak ke sana ke sini. Walaupun Aliff jauh di Singapura tapi mereka sentiasa berhubung. Saya nampak macam setiap masa juga mereka 0n the ph0ne,” ujarnya.

Sebelum ini, Bella memberitahu dia dijangka melahirkan cahaya mata perempuannya pada Julai. Penyanyi lagu Tenang itu mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam idah kira-kira Julai tahun lalu.

Bella dan Aliff pernah bercer4i pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kant0i cur4ng. Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan se0rang cahaya mata bernama M0hd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Kredit Mstar

Leave a Reply