Pkl 3 snap gmbar pkl 3.01 dah remind suruh send semua gmbar kat telegram tang tu juga.“Angle pun salah habislah aku nampak gemok”.Sepanjang holiday tu aku rasa mcm terpinggir.

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Hai semua. Korang ada tak kawan yg kaki selfie? Pergi mana-mana semua mesti ambil gmbar dari makanan, OOTD sampailah ke pemandangan? WAJIB. Aku rasa korang pun ada kawan atau sedara yg macam tu. Tapi diaorang jenis h4rdcore tau tidak?

Macam kisah aku sendiri, apa jadi sangat-sangat menyedihkan. Aku ada 1 geng BFF dlm 5 orang. Bila kerajaan umumkan rentas negeri saja, terus grup wasap berkumandang bising dgn plan nak jumpa. Aku siap minta cuti sebulan awal untuk plan bercuti ke Pulau Pinang. Kat sana memang kami pulun pergi kat banyak warung and kedai makan viral yg suggested dlm list travel katanya.

Antara 5 orang ni, aku paling kurang suka selfie. Setakat suruh aku join masuk selfie okeylah. Tapi sampai tahap nak snap beribu gmbar takdelah. Takat snap gmbar view & makanan bolehlah. Tapi aku memang tak pandai selfie apalagi nak snapkan gmbar orang.

Aku bukan taknak tolong. Tapi aku sedar aku ni tak reti wey nak snap ala-ala angle lawa or estetik bagai. Tapi kawan-kawan aku yg lain ni pula jenis ala-ala instafamous. Setiap inci lorong nak snap gmbar. 1 tempat 30 minit habis untuk selfie sahaja. Penat? Sangat penat.

Dek kerana aku tak minat bergmbar sendiri, diaorang banyak minta aku snapkan. Memang aku bukan sengaja tau nak tangkap gmbar buruk. Tapi aku memang kekok apalagi diaorang nak angle itu ini. Kena sharp HD nak nampak kaki panjanglah. Muka kecik pinggan ramping bagai. Diaorang dah ajar aku and siap lock position, still gmbar tu tak memuaskan hati mereka.

Siap tunjuk sample ig instafamous mana entah. Mana la aku mahir ermm aku tangan kayu. Ada pula sampai tarik muka sebab gmbar yg aku tangkap tu kureeeeng di mata dia orang.

Serba salah aku dibuatnya. Nak hasil macam hire jurugmbar profesional memang takla. Nak ambil gmbar sendiri pun jarang sangat. Kadang dia orang paksa-paksa nak tolong ambil gmbar aku. Main rampas phone suruh aku posinh. Ya aku akui, gmbar yg dia orang snap memang lawa.

Tapi bila aku snap kan mereka punya and benda tu buruk, diaorang anggap macam aku ni acuh tak acuh. “Aku ambil gmbar kau beria, kau snap macam tak ikhlas saja. Angle pun salah habislah aku nampak gemok”

Itulah ayat yg boleh dikatakan hampir 70% percutian tu sering dia orang lemparkan pada aku. Aku tak suruh snap gmbar aku pun. Dia yg offer and snap.Tiba-tiba bila kita snap tak lawa, kena perli gitu balik. Ni memang benda yg paling buat aku spoil nak berjalan.

Aku boleh saja nak marah balik. Tapi takmau la holiday rosak dgnbenda kecik. Kita holiday nak fun fun nikm4ti masa sama-sama. Kata lama tak jumpa? Tapi most of the time semua sibuk selfieeeee macam kemaruk sangat.

Simpan buat kenangan katanya tapi over sangat pula. Jalan 500 meter selfie. Jalan 2 langkah selfie, Lepas tu singgah makan semua sibuk tunjuk hadap phone upload story and upload OOTD kat IG. Malam holiday tu selalunya kita akan macam pillow talk cakap pasal life ke kan? Main game fun ke. Borak sampai 3-4 pagi ke.

Tapi dia orang tak wey. Sorang sibuk edit tiktok. Sorang sibuk edit video compile gmbar OOTD estetik. Untuk apa? Untuk upload kat media sosi4l malam tu juga. So what is the point kita holiday konon gathering. Tapi semua sibuk dgnphone masing-masing???

Edit tu tunggu dah habis holiday pun boleh sepatutnya. Sikit-sikit upload story atau status tu aku faham saja. Tapi sampai tidur lambat belek gmbar edit video bagai. Rasa macam tengah kerja graphic pulak. Macam ada pertandingan cipta video. Sepanjang holiday tu aku rasa macam terpinggir. Kami gerak berlima tapi aku rasa macam keseorangan tau.

Semua nak selfie yg estetik macam berlawan-lawan sapa paling lawa. Bila gmbar tu dia tak suka, komen macam kita ni photographer upahan yg gagal pula. Antara semua phone pula, diaorang pujilah kata kamera phone aku paling lawa and okey. Makanya sepanjang 3 hari kami holiday tu, baygkan dekat 2000 gmbar saja diaorang punya.

Aku punya 100 pun tak sampai. Aku taki kisah TAPIIII! Paling merimaskan desak-desak send gmbar masa tu juga. Misal kata pukul 3 kita masuk taman bunga and snap gmbar kan. Nanti pukul 3.01 dah remind suruh send semua gmbar kat telegram tang tu juga.

Jujur cakap, aku jenis tak install Telegram. Tapi sebab holiday tu aku install juga. Katanya send guna wasap gmbar jadi blur. Nak dimarah kawan sendiri. Ada pula yg gaduh masam muka balik holiday apaaaaaalah.

Jadi nasihat aku lagi-lagi geng bff perempuan ni. Janganlah anggap orang yg ambil gmbar tak lawa tu as ‘tak ikhlas’. Kami ikhlas saja and cuba yg terbaik. Tapi please laaaaaa faham tak semua orang pandai snap gmbar yg sempurna seperti yg korang nak.

Memang sejenis kekok nak ambil gmbar sendiri. Tap tap tap siap. Mana la tahu kau nak shadow macam mana. Contrast nak 56% la bagai. Hadoiii macam dlm studio! Bila gmbar tu buruk, kat situ juga kau sembur. Alahai. Kau holiday tapi 24 jam menghadap phone. Kenapalah tak nikm4ti persekitaran tu dgnmata kita sendiri.

Holiday jauh, tempat lawa, makan sedap. Tapi semua tu kita sibuk nak lihat melalui ‘lensa’ kamera. Walhal lagi bagusnya kalau kita berpada-pada ambil gmbar dan selebihnya nikm4ti saja moment tu guna mata sendiri.

Janganlah sebab tak rasa gmbar tu tak ESTETIK, tak jadi macam yg kau demnad. Kau anggap kawan tu macam-macam. Kesian dia. Kalau rasa nak perfect sangat gmbar tu, kau bawalah cameramen peribadi ikut kehulu kehilir. Hah puaslah. Lepas tu kau nak menyelam ke, nak tonggeng tergelak nak terkangkang macam model orang putih tu pun takde sapa marah. Nak demand itu ini agak-agak la ye.

Sorry kalau ada singgung sesiapa. Tapi benda ni ramai rasa macam biasa. Padahal kawan kita tu mungkin diam-diam rasa bersalah kena perli tangkap gmbar buruk. Padahal bukan ada mandatori pun. Kau gagal tangkap gmbar on-point, nescaya kau akan digantung sampai m4ti. Haaa boleh ke macam tu?

Jalan dgnmakcik-makcik lagi best. Orang tua ni lagi pandai hargai percutian dgnjiwa dan mata mereka. Bukan 24 jam telefon. Sedih wey kena perli sebab amikkan gmbar tak okey. Ingat aku skill 20 tahun ke dlm photografy.– Miss Zana (Bukan nama sebenar) via iiumc

MEDIA sosi4l dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekl berhubungan. Dgn hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosi4l maya membolehkan anda kekal terhubung dgn orang lain tanpa mengira waktu. Penggunaan teknologi moden juga mengubah persekitaran perkembangan anak anda.

Berbeza dgn generasi terdahulu yg hanya mengenal gajet dan teknologi di usia dewasa, anak anda mungkin terdedah kepada penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer daripada usia bayi lagi. Oleh itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa mengetahui kesan penggunaan gajet kepada perkembangan mental anak anda.

Kaitan langsung antara penggunaan gajet dan kemerosotan kesihatan mental remaja masih diperdebatkan antara saintis. Masalah seperti kemurvngan dan keresahan adalah masalah kesihatan yg rumit. Genetik, persekitaran, trauma masa lalu dan masalah buli boleh memainkan peranan.

Namun, satu perkara yg pasti, statistik menunjukkan terdapat peningkatan dlm kemerosotan psikologi remaja selari dgn peningkatan penggunaan telefon pintar. Telefon pintar mungkin bukan satu-satunya faktor penyumbang kepada masalah ini, tetapi boleh meningkatkan risikonya. Berikut antara dilema boleh dihadapi golongan ini:

1) Masalah kekurangan tidur. Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dgn telefon pintar mereka di sisi dan menggunakannya sebagai jam loceng. Secara purata, mereka menghantar 34 mesej selepas berbaring di atas katil untuk tidur. Sesetengah pakar tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu dgn lampu daripada skrin telefon yg menghalang mereka mencapai tidur nyenyak.

Memandangkan rima sirkadian atau kitaran tidur/ jaga tidak dapat membezakan cahaya matahari dan skrin gajet, cahaya tersebut boleh mengelirukan otak menyebabkan masalah tidur. Penggunaan gajet menyebabkan 45 peratus remaja mendapat tidur kurang daripada lapan jam yg mereka perlukan.

Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosi4l terjejas dan memori lemah yg boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurvngan juga dilaporkan meningkat dgn kekurangan tidur.

2) Kemurvngan F4cebook. Kemurvngan F4cebook merujuk kepada fenomena akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada laman media sosi4l. Dlm remaja yg sihat bersosi4l, penggunaan media sosi4l dikaitkan dgn peningkatan hubungan sosi4l tetapi sebaliknya dlm remaja yg berisiko mengalami kemurvngan.

Namun, remaja dan orang dewasa yg normal pun berisiko mengalami masalah mood dan kepuasan hidup jika menghabiskan terlalu banyak masa di media sosi4l. Lebih-lebih lagi dlm kalangan remaja yg mempunyai masalah keyakinan diri. Ini disebabkan ilusi kesempurnaan hidup yg dipamerkan menyebabkan masing-masing berasa tidak memenuhi jangkaan hidup mereka.

Peranan ibu bapa: kawalan dan didikan. Sesetengah pakar melihat cabaran utama dlm dunia keibubapaan masa kini bukanlah teknologi itu sendiri, sebaliknya lebih tentang bagaimana remaja menggunakan teknologi. Menetapkan had penggunaan teknologi adalah penting untuk keseluruhan keluarga-bukan hanya untuk anak-anak.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara bersederhana adalah penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet mereka sendiri sebagai contoh ikutan yg sihat kepada anak-anak.

Berikan galakkan kepada anak anda untuk terlibat dgn aktiviti luar dan aktiviti keluarga. Tetapkan had kepada anak anda seperti penetapan menutup telefon pada waktu tidur, atau mengecas telefon semalaman di bilik lain.

Ibu bapa juga wajar mendidik anak mereka bahawa tentang penggunaan telefon pintar secara sihat. Semoga perkongsian ini dapat memberi kita sedikit sebanyak persiapan utk menghadapi impak gadget dlm kehidupan kita. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih! Sumber sinarharian

Leave a Reply