Rumah ak paling dekat dgn ibu bapa, tapi ak dn anak2 selalu kena buli bila adik beradik jauh balik, tapi tak sangka pula ayah pun sanggup buat kami smpai macam ni sekali

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Hi dan assalamualaikum semua. Saya harap semua sihat di samping menjalani ibadah puasa. Saya nak bercakap pasal life yg t0ksik. Sebenarnya, kebahagiaan diri sendiri tu, kita sendiri yg pegang. Kita tentukan kita nak kehidupan yg macamana. Jangan salahkan orang lain kalau hidup kita masih tak bahagia.

Tak bahagia sebab berada dgn suami yg cvrang, suami tak bertanggungjawab, ibu bapa yg pilih kasih, ibubapa yg tak saygkan kita, adik beradik yg suka buli dan mengambil kesempatan. Dan list ni akan bersambung sambung tanpa henti. Memang bila kita nak tinggalkan kehidupan dan perhubungan yg t0ksik ni, susah sangat. Ye lah. Nak tinggalkan satu kebiasaan. Memang susah.

Okay. Saya baru nak start cerita. Tahun lepas, saya buat satu tindakan drastik utk tinggalkan keluarga t0ksik saya. After a year, saya hidup dgn lebih aman, tenang dan lebih gembira. Afterall, saya sendiri dah ada keluarga kecil sendiri. Anak anak saya pun dah semakin besar. Saya ok je hidup dgn suami dan anak anak saya.

Dulu, saya memilih utk tinggal berdekatan ibubapa sendiri. (Sekarang pun masih dekat) supaya saya boleh jaga ibubapa saya. Alangkan suami saya beli rumah, awal awal saya dah cakap pada suami yg bilik bawah tu saya nak reserve utk parents saya. Saya memang berniat nak jaga ibubapa saya.

Kan saya tinggal berdekatan rumah parents. Jadi anak anak saya selalu jumpa atok n tok mama mereka. Waktu takde cucu cucu lain, memang atok dan tokmama akan manjakan anak anak saya. Berbeza keadaannya kalau cucu cucu dan anak anak lain balik. Kadang kadang anak saya akan dimarah marah. Rumah bersepah pun anak saya akan disalahkan. Padahal anak saya bukan jenis menyepah rumah. Bukan atok dan tok mama tak tahu.

Tapi, parents saya memang macamtu. Tanak marah marah anak anak lain. Apatah lagi nak marah cucu cucu lain. Sebabnya mereka jarang balik. Nanti merajuk pula kalau dimarah. Kalau lain kali tanak balik rumah parents langsung macamana. Akhirnya, anak anak saya yg terpinga pinga dimarahi. Sekali dgn saya lah kena tempias.

Setiap kali adik beradik balik ke rumah parents, mereka akan mengkulikan ibubapa. Abah lah yg kena masak. Kemudian, mereka akan ajak abah dan mak shopping barang dapur utk rumah mereka. Tapi abah dan mak lah yg kena bayarkan.

Mereka menygka saya dapat kelebihan disponsor barang dapur setiap bulan. Padahal takde pun. Bila mereka timbulkan isu ni, ibubapa saya mengiakan je dgn kata kata “biasalah, parents” konon macam kehidupan saya sekeluarga dibiayai oleh mereka.

Bukan nak mengungkit, tapi kalau makan di luar bersama ibubapa, memang suami saya yg akan bayar. Kalau ibubapa saya makan di luar dgn anak anak lain, abah saya akan bayarkan. Seterusnya, adik beradik saya akan cakap selama ni kalau makan luar, mesti abah akan bayarkan utk saya sekeluarga.

Sewaktu majlis persaraan mak saya, bersusah payah saya arrange dgn rakan mak saya utk membantu mereka buat majlis. Waktu mak saya buat ucapan, dia cuma berterima kasih kepada anak anak lain sebab susah payah balik utk sama sama meraikan majlis persaraannya.

Kemudian, waktu nak ambil gambar keluarga di atas pentas, mak saya tiba tiba nak suruh saya cek sesuatu. Tak bagi langsung saya bergambar bersama padahal ambil gambar tu cuma seminit dua je. Mak saya beria ia nak saya selesaikan arahannya. Akhirnya saya tak ada dalam gambar keluarga.

Kemuncaknya pada tahun lepas, disebabkan adik beradik yg lain, bapa saya halau saya dari rumahnya dan berulang kali kata saya ni anak derhaka. Sampailah saya keluar dari rumah mereka. Siap dgn adgn baling kusyen kepada saya yg dah di luar rumah (marah sangat la tu).

Dari situ, saya berazam utk tinggalkan semuanya. Tinggalkan ibubapa saya. Tinggalkan adik beradik saya. Saya anggap saya tinggal di tempat yg jauh dari ibubapa dan susah nak balik. Sekali sekala saya akan call mak bertanya khabar. Mak memang selalu suruh saya ke rumahnya sebab sebelum ni, setiap kali lepas kerja saya akan ke rumah mak utk lipat kain , picit picit mak, atau sekadar layan mak bersembang.

Mak saya tu needy. Kadang kadang waktu tengah kerja, mak call semata mata dia teringin nak minum air kelapa dan saya kena keluar dari ofis dan belikan air kelapa dan hantar kepada mak. Kadang kadang, baru nak tarik selimut, mak saya call nangis nangis sebab badan lenguh dan nak saya datang utk urut. Pun saya akan start kereta dan ke rumah mak.

Sejak sejak saya dah tinggalkan semua, ibubapa saya yg akan selalu ke rumah anak anak lain. Nak harapkan anak anak balik rumah ibubapa, memang tak lah. Ibubapa yg kena terhegeh hegeh pergi rumah anak anak. Waktu PKP ni, saya tak ada adik beradik frontliners, tapi takde seorang pun yg nak temankan ibubapa.

Saya kesiankan ibubapa saya. Tapi pada masa yg sama, saya rasa, cukup dah saya dibuli. Sampaikan anak anak saya pun terkena tempiasnya. Unfair sangat. Apa sahaja achievement anak anak saya, dipandang sepi. Kalau cucu cucu yg lain, hari sukan tadika pun beria ia mereka attend. Anak saya jadi olahragawati sekolah, jadi pelakon utama teater, jadi tokoh murid harapan, tak dipandang langsung oleh ibubapa saya.

Anak anak saya pun tak bertanya pasal atok dan tok mama. Mereka pun faham apa yg berlaku. Saya menjalani kehidupan dgn lebih gembira. Tak perlu rasa s4kit hati dgn cemvhan dan p3rli dari adik beradik. Tak perlu lagi dibuli jadi bibik di rumah parents.

Saya tak pernah rasa menyesal tinggalkan mereka sebab saya tahu, dalam hidup saya ni, ada 3 orang yg betul betul ikhlas saygkan saya. Suami, dan anak anak saya. Cukup dah kasih sayg dari mereka utk saya. Jangan takut tinggalkan kehidupan yg t0ksik. Setiap orang berhak mendapat kebahagiaan.

Ini sedikit perkongsian dr admin kepada pembaca. Sebagai seorang anak, pastinya kita perlu sentiasa menjaga adab semasa berada di hadapan kedua ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila berkata-kata dan berkomunikasi dengan mereka.

Sebelum berkata kita perlu memastikan apa yang keluar dari mulut kita adalah perkara yang baik dan tidak akan mengguris hati kedua ibu bapa.bDalam kehidupan seharian, setiap manusia akan melakukan kesilapan.

Jika kita nampak ada perkara yang kurang betul dilakukan oleh ibu bapa, tak salah kalau kita tegur dengan niat yang baik. Namun harus diketahui bahawa ada cara yang berhemah untuk mengur kedua ibu bapa. Tak bolehlak kita menegur mereka dengan cara yang sama kita menegur kawan-kawan.

Nah ini tips cara menegur ibu bapa. Pertama, Menegur dengan niat yang ikhlas dengan tujuan yang baik. Adab pertama dalam menegur ibu bapa ialah teguran yang dilakukan adalah dengan niat yang ikhlas dan tujuan yang baik.

Pastikan anda bukan menegur ibu bapa dengan sengaja untuk menjatuhkan air muka mereka atau sengaja mahu mencari kesalahan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan pastikan ianya dilakukan dengan niat yang baik.

Malah adalah sangat baik kalau sebelum anda memulakan bicara, sampaikan kepada ibu bapa bahawa anda menegur dengan niat yang baik dan menegur kerana sayang. Bukannya kerana benci. Insya Allah ibu bapa anda akan mendengar teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka.

Kedua, Elakkan daripada bertikam lidah atau bertelagah. Semasa memberikan teguran kepada ibu bapa, elakkan daripada bertikam lidah atau bergaduh dengan ibu bapa kita. Berkemungkinan, semasa kita melakukan teguran ibu atau bapa kita berasa tidak puas hati atau marah lalu menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara kita dan mereka.

Oleh itu, elakkan daripada bertengkar. Jika ibu bapa mula marah atau tidak berpuas hati, tamatkan perbincangan dengan segera agar suasana tidak menjadi semakin tegang dan boleh merosakkan hubungan baik dalam keluarga. Sentiasa ingat bahawa niat anda membuat teguran ialah untuk mendapatkan hasil yang baik.

Ketiga, Meminta maaf kepada ibu bapa selepas selesai memberikan teguran. Akhir sekali, minta maaf kepada kedua ibu bapa selepas melakukan teguran. Mohon maaf jika mereka ada berkecil hati atau terasa dengan teguran yang kita berikan.

Mohon keberkatan hidup dari mereka. Dan ingatkan sekali lagi bahawa anda menegur dengan niat yang baik. Anda mengegur kerana sayang, bukannya kerana benci. Sumber ekisah & bidadari. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply