“Sara. Jom pergi rumah aku, Kau kan dah lama cari aku” macam mana Maya masuk rumah ni, Tolonglah jangan jadi lagi kejadian lama. Aku tak sanggup dah.

Gmbar diatas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Lepas Pakcik Said tolong pulihkan keadaan aku dan rumah, dan mak datang KL teman anak dia yg ‘s4kit’ ni, aku cari balik Maya. Pergi rumah lama, dia dah tiada.

Cari facebook account dia, tiada juga. Memang runsing betul masa tu cari jalan mana nak jumpa dia. Sebab memang tak banyak info pasal Maya. Cuba cari dgn buat public post di Facebook, masih tak jumpa.

Tanya jiran-jiran lama, mereka semua cakap dah lama tak Nampak Maya sejak aku keluar dari rumah tu. Aduh, makin pelik ni. Macam makin susah dah perjalanan nak jejak Maya. Serabut betul masa tu.

4 bulan lepas Pakcik Said datang rumah (oh ya, aku masih duduk rumah yg sama sampai sekarang), dan masa ni mak balik kampung dah sebab aku yakin aku dah betul-betul sihat.

sampailah aku sampai rumah betul-betul waktu senja. Satu tabiat aku dari dulu sampai sekarang, aku akan guna tangga utk turun naik rumah, tingkat 11 sebab nak keep fit. Tapi lain betul rasa haritu. Tangga tingkat 7, aku jumpa Maya wehh semuaaaaa! Memang dasyat betul keadaan kaget aku masatu.

Maya berdiri dekat pintu kecemasan yg selalu jadi exit door dekat tangga tu. Cara dia pandang aku, cara dia senyum, sampai sekarang aku masih ingat. Macam dia dah tahu aku akan naik tangga, jam 720pm. Maya sengih dan…

“Hi Sara. Jom pergi rumah aku?” “Kau tinggal sini ke Maya?” aku tanya. “Ya. Tu rumah aku” – sambil tunjuk ke arah lorong rumah. Gelap. Pelik betul. Apesal floor 7 sepanjang floor gelap gelita. Takkan semua lampu rosak kot!

“Sara! Jom pergi rumah aku?” “Taknak. Aku nak balik” jawab aku. Dan. Maya menjerit sekuat hati dia sampai aku rasa nak terk3ncing sebab takut sangat. Masa tu aku rasa macam dia nak b***h aku. Serius tr4uma sangat masa tu. Aku terus lari naik tangga sampai rumah, tak toleh belakang dah.

BAMMM! Pintu rumah kena tend4ng. Kalau ingat balik, aku tak rasa perempuan ada kekuatan utk hasilkan tend4ngan kuat macam tu. Tapi sekali je tend4ng, lepas tu dia senyap. Aku terus solat, mengaji dan teruskan sampai Isyak lepas tu aku tido. Penat lain macam.

Bangun pagi, memang rasa takut. Lepas Subuh, sungguh-sungguh aku nangis. Aku fikir apa jadi kalau aku keluar rumah harini, macam mana aku nak survive another days dekat sini sebab aku rasa Maya macam follow aku salama ni, dan mungkin sampai bila-bila.. Jadi aku decide utk guna lif pulak.

Lepas kejadian jumpa Maya dekat tangga floor 7 tu, 4-5 minggu jugak aku tak jumpa dia jadi konklusi yg aku dapat adalah, Maya cuma follow aku selama ni, dia taklah sampai nak pindah rumah tingkat 7 tu kan?

Sara, kau silapppppp besar! Hari Sabtu beberapa minggu lepas tu, seawal pukul 2.30pagi camtu, aku dengar ada bunyi dekat luar bilik. Macam bunyi plastik. Cuak betul masatu. Aku decide utk bukak pintu, manalah tahu ada orang jahat masuk rumah ke kan.. tapi kosong. Aku keluar bilik beberapa langkah utk ke ruang tengah. Dan..

“Sara. Jom pergi rumah aku?” Astagfirullah. Maya dalam rumah? “Sara. Jom pergi rumah aku? Kau kan dah lama cari aku?”. “Maya. Aku tak tahu engkau ni apa. Aku nak kau keluar dari rumah aku. Apa kau nak ni?” aku tanya.

“Kenapa kau tinggalkan aku dulu? Kenapa kau keluar tinggalkan rumah kita dulu? Kenapa kau tak bawa aku sekali pindah sini? Kenapa kau—“ Lepas tu terus aku tak ingat apa jadi. Gelap. Aku sedar lepas terdengar bunyi azan. Alhamdulillah. Hidup lagi aku. Maya mana? Dan kalau betul yg tadi tu Maya, macam mana dia masuk rumah ni? Tolonglah jangan jadi lagi kejadian lama. Aku tak sanggup dah.

Terus bangun, siap pergi kerja. Hari yg sama, balik kerja, entah macam mana, aku dapat call dari number yg aku tak kenal minta aku pergi Melaka sebab Azri (masatu boifren aku) accid3nt. Aik, bila masa pulak Azri pergi Melaka. Tak beritahu pulak tu. Cuba call Azri, tak dapat. Lepas cakap dgn mak, ayah, aku terus pecut ke Melaka, tak fikir apa dah.

Di area Simpang Ampat, aku nampak Maya berdiri tengah-tengah jalan. Allahu. Maya, apa kau buat tengah jalan tu?! Oleh sebab aku cuba mengelak Maya, aku yg terbabas. Lepas kejadi4n aku ternampak Maya tengah jalan di area Simpang Ampat dan kereta aku terbabas, aku k0ma lebih kurang dalam 2-3 hari.

Rumah aku kosong, takde siapa yg masuk utk cek keadaan rumah semasa aku k0ma. Hari ke 36 aku tinggalkan rumah (masa ni aku dah sedar), mak datang rumah dgn Azri. Dan, cerita dibawah adalah diolah berdasarkan pencerita (mak, Azri, Ayah, nurse), kepada aku.

Mak & Azri – “Masa mak nak pergi rumah kamu, mak ada terjumpa jiran selang 3 rumah. Dia tanya kamu mana sebab dah 3 HARI dia tak nampak kamu”. “Mak cakap dgn dia ke Sara dekat sini?” aku tanya.

“Haah. Mak cakap kamu kemalang4n. Dan dekat sebulan dah ni” Mak jawab. “Tapi lepas mak cakap dah sebulan kamu dekat sini, auntie Elly terus cepat cepat pergi” sambung mak. “Rumah ok tak mak?” Mak nampak resah nak jawab. Azri pon sama. Terus dia nak ajak mak keluar. Mana boleh jadi, ada apa-apa ke mak dan Azri sorokkan dari aku.

“Azri. Mak. Rumah ok tak?” aku ulang soalan. Dan mak duduk semula, terus mak pegang tangan aku sambil tanya; “Kenapa kamu tak cakap dgn mak Maya datang cari kamu lagi? Kamu tahu apa jadi dekat rumah kamu masa kami ke sana?”

“YaAllah rumah kamu k0t0r sangat Sara. Bersawang, macam dah bertahun kene tinggal, bau busvk jangan ceritalah. Tak tahan mak. Lepas tu, dekat bilik kamu (bilik utama), kenapa ada banyak gambar kamu sendiri? Kamu selfie tu tak apa lah. Yg peliknya, gambar kamu tu, gambar dari jauh.

Macam bukan dari kamu sendiri. Ada juga gambar kamu dgn Azri. Tapi semua gambar tu, kamu berdua tak tengok kamera pon.” Aku pandang Azri. “Saya pon terkejut tengok gambar tu. Tak tahu dari mana?” Azri sambung.

“Mak jumpa kertas atas meja kerja kamu, tertulis ‘Maya rindu Sara’” Aku diam.

Azri – “Sara, kenapa awak ke Melaka masa malam awak kemalang4n tu? Saya call awak tak berjawab. Nasib baik mak beritahu saya awak kemalang4n, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu awak kemalang4n” Azri mengomel.

“Azri. Saya nak tanya awak. Masa saya kemalang4n dulu, awak ada ke Melaka tak?” Aku tanya. “Lah.. Saya baru je tanya awak kenapa awak ke Melaka. Bukan saya yg ke Melaka”

“Sebab saya dapat panggilan dari nombor yg saya tak kenal beritahu awak kemalang4n dekat Melaka. Saya ada cuba call awak tapi tak berjawab. Awak pergi mana masatu?” Aku tanya lagi. Geram.

“Masatu saya turun dari office ke lobby nak siap-siap solat maghrib sebab surau floor pejabat saya tutup. Masa nak turun tu, saya nampak awak tengah duduk atas bangku surau perempuan.

Saya peliklah sebab, yg pertama kenapa awak ada dekat sini dan yg kedua, kenapa awak duduk dekat laluan surau yg tengah renovate tu. Dah lah kawasan tu suram je” Azri Tarik nafas.

“Tapi saya dah syak ada benda tak kena sebab tu saya terus call awak. Tapi tu lah, tak berangkat pulak. Saya terus decide utk turun bawah, tak nak tegur awak”. Dan, aku rasa Maya menang. Aku tewas utk yg keberapa kali dgn Maya.. YaAllah tolong aku..

Ayah – Ayah dapat panggilan dari tuan rumah, Kak Zai sebab kata Kak Zai, dia tak dapat hubungi aku. Ada benda yg Kak Zai perlu beritahu ayah. Cerita Kak Zai;

“Assalamualaikum pakcik, saya Zai, owner rumah yg Sara sedang menyewa sekarang. Saya cari Sara dah seminggu lebih, tapi tak berangkat. Ada benda sikit saya nak beritahu pakcik ni, tentang Sara”

Menurut Kak Zai, pihak Accomodation Office apartment dapat 2 aduan dari jiran sebelah dan depan rumah aku, masing-masing mengadu hal yg sama—tiap malam dengar ‘AKU’ menjerit dan menangis dalam rumah, dari pukul 2 pagi hingga 3 pagi, setiap hari sejak 5 hari sebelum aduan dibuat.

Jiran tak tahan, ketuk rumah tak berjawab, rumah bergelap (memanglah, sebab bukan ada Sara yg sebenar pon dalam tu), dan tiap kali ‘AKU’ menangis dan menjerit, anak mereka turut menangis, takut.

Pihak Accomodation Office terus ke rumah utk cek. Masih juga tak berjawab bila mereka panggil. Oleh sebab pihak office ada simpan nombor pemilik rumah, mereka terus contact Kak Zai.

Dan usaha kak Zai utk cuba contact aku juga masih gagal, jadi Kak Zai terus call ayah. Nak suka-suka pecah rumah penyewa, langg4r kontrak katanya. Ayah terus pergi rumah utk mengemas sikit-sikit apa yg patut. Takut kalau dibiarkan kosong terlalu lama, ada benda lain pulak yg tinggal, kata ayah.

Cerita ayah kali ni, ada sedikit debar dalam hati aku, entah kenapa aku rasa tidak enak. Ayah cerita, masa ayah masuk rumah, ayah mulakan dgn sedikit bacaan ayat lazim. Selangkah ayah masuk ke rumah, ayah cerita ada sesuatu macam langg4r ayah sampai terduduk ayah di depan pintu. Tapi ayah buat cekal je.

Ayah masuk dan teruskan mengemas, tiba tiba grill rumah di ketuk (kebetulan ayah cuma tutup grill saja) ayah nampak ada satu budak perempuan, rambut terikat kemas, muka cerah pucat, tersenyum depan pintu rumah. Comel ayah kata, linkungan 5-6 tahun.

“Adik cari siapa ya?”. “Pakcik, saya nak masuk boleh?” adik tu tanya. Ayah serba salah terus. Kalau tak masuk, takut dikata ayah sombong, terus menangis susah pulak. Kalau bagi masuk, entah anak siapa lah ni. Jadi kes culik lain pulak jadinya. Ahh sudah.

“Adik tak boleh masuk. Pakcik dah nak siap ni. Kejap lagi nak keluar” Ayah sambung. “Tapi kakak tu panggil. Dia ajak main panjat-panjat dekat balcony.” Sambil tunjuk ke arah luar rumah. Ayah terus sudahkan kemas dan keluar dari rumah. Ayah rasa ayah kene buat sesuatu dekat rumah ni!

Diluar rumah, ayah tanya semula dekat adik perempuan tadi, sebab dari tadi dia tak beralih dari grill rumah. Ketawa-ketawa, macam tengah bermain dgn seseorang. “Adik. Ada berapa kakak adik nampak tadi dalam rumah pakcik?” Adik perempuan tunjuk 4 jari kepada ayah..

Nurse – Aku dapat berbual panjang dgn nurse yg jaga aku, masa aku discharged. Itupon sebab aku saja tanya, aku ada merapu meraban ke masa aku terlantar (selepas k0ma). Kot lah kan aku mengigau ke apa tersebut nama Azri hahaha. Tapi selamba je nurse yg incharge aku beritahu;

“Selalu akak nampak ada kaki extra dekat katil Sara. Bila kamu tarik tirai, akak cuma boleh nampak bahagian bawah. Jadi boleh lah nampak kalau ada orang duduk dekat kerusi menunggu, ada kaki dekat lantai. Tapi bila akak datang ke katil Sara utk cek, takde siapa pulak.”

“Tapi pelik jugak, selalu kalau mak Sara yg stay jaga Sara, mesti akak nampak ada barang extra mak Sara, kadang-kadang nampak lah makcik ke tandas, atau biasanya kalau akak datang cek, mesti ada mak Sara.”

“Tapi kadang-kadang kaki extra ada dekat kerusi, bila selak tirai ehh hilang pulak dia. Tapi akak dah biasa jaga pes4kit yg datang sekali dgn benda lain. Akak anggap benda biasa lah tu Sara” Nurse senyum, tepuk belakang badan aku. “Tapi Sara pernah meracau satu malam tu, Sara cakap ‘Nak ikut’ ulang-ulang” Nurse sambung.

Siapa pulak yg aku nak ikut ni? Aku mulakan rawatan baru lepas aku balik rumah mak. Banyak lagi benda yg perlu dibersihkan. Dan dalam proses rawatan ni lah, aku tahu tentang Maya dan punca semua masalah ni jadi.

Tapi aku tak dapat ingat semua sebab aku dibawah paras sedar masani. Aku cerita dari apa yg mak ayah dan Azri cerita semula dekat aku. Melalui perantara, ‘benda’ tu beritahu semua orang yg dia adalah dibawah kuasaan Maya. Maya adalah tuan dia dan dia tak boleh langg4r arahan Maya.

‘Benda’ tu beritahu Maya marahkan aku sebab aku keluar dari rumah lama kami tanpa pengetahuan Maya. Maya marahkan aku sebab aku bersihkan rumah tanpa persetujuan dia.

Maya tak suka keadaan yg bersih, benda tu buat semua ‘kawan-kawan’ Maya marah. Maya tak suka aku solat dan mengaji, tapi dalam masa yg sama, Maya saygkan aku, Maya attached dgn aku.

Maya taknak aku tinggalkan dia. Maya marah dan berdend4m sebab aku tegur dia dgn cara yg salah. Maya fikir aku tak respect dia sebagai seorang rakan. Dan, Maya terlalu saygkan aku sebab aku housemate yg paling lama bertahan duduk satu rumah dgn dia. Maya nak aku sentiasa ada dgn dia.

Keadaan jadi terkawal, ‘benda’ tu berjaya ditundukkan oleh Ustaz Zul (aku dapat number Ustaz Zul dari salah satu k0men di posting aku yg awal dulu.

Macam berjodoh pulak, antara banyak-banyak number perawat alternative Islam, aku tertarik utk terus berhubung dgn Ustaz Zul) Alhamdulillah, berjaya lepas beberapa kali rawatan. Sampai ke harini aku rasa lebih tenang, tak macam dulu. Maya? Hilang, semua gangguan dari dia pon lenyap.

Sampai sekarang aku masih berharap utk jumpa dgn dia sebenarnya. Aku nak peluk dia. Aku nak minta maaf dgn dia. Maya, aku dah lama maafkan kau, aku dah redha dgn apa yg jadi pada aku selama 2 tahun ni. Aku hilang kerja aku, sebab ada anggota badan aku yg dah hilang upaya sejak dari kemalang4n tu,

dan masih dalam proses utk dapatkan kad OKU. Tapi Alhamdulillah Maya, aku masih dikelilingi orang yg saygkan aku sama macam dulu. Aku lebih kenal erti kehidupan. Terima kasih Maya.

Dan terima kasih korang sebab aku banyak dapat semangat bila baca komen korang. Ada yg positif dan ada yg negatif. Aku okay. Terima kasih sebab banyak sangat yg cadangkan nama dan contact number perawat Alternatid Islam ni.

Aku harap kita tak berjumpa lagi di sini dan doakan aku tabah teruskan hidup sebagai ahli baru pemegang kad OKU. Semoga hidup kalian sentiasa dirahm4ti Allah. Ohh ya. Beberapa minggu yg lepas, aku dapat satu pesanan ringkas dari Ustaz Zul;

“Sara. Maya dah pulang. Pulang kepada yg lebih berhak ke atasnya. Dan dia pulang for good”. Sampai sekarang aku tak faham- Sara. Tamat. Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply