Satu hari ayah beli coklat dan aku pegang coklat itu kemudian ayah aku ramp4s dari tangan aku sedangkan aku hanya mahu membaca label coklat itu

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap dan terima kasih kerana membaca perkongsian ini.

Tujuan aku tulis ini bukan nak menga1bkan ibu bapa aku tapi aku terlalu sedih dan tak tahu mahu meluahk4n dekat siapa lagi. Dari aku kecik aku adalah seorang anak yang memang tak menyusahkan mak ayah aku sebab aku jenis suka menyimpan duit sejak zaman aku sekolah.

Zaman aku sekolah semua exam aku dapat keputusan cemerlang tapi parents aku tak pernah hargai dan ini amat jadikan diri aku sedih. Mak aku pernah datang ambil result spm aku dan masa tu juga aku dapat result cemerlang.

Mak aku tak nak naik atas pentas untuk bergambar dan suruh aku bagi alasan dekat pengetua yang mak aku s4kit kaki. Time itu aku sedih sebab rakan aku semua mak ayah bergambar sama dan aku terkilan ayah aku tak hadir sedangkan masa kakak aku sekolah di port dickson ayah ibu pergi jauh-jauh itu.

Selepas aku habis SPM aku decide sambung belajar tapi 1 minggu sahaja aku pergi sebab aku tak tahan duduk hostel dan nak dekat dengan mak aku. Pendek cerita selepas itu baru aku kerja dan beberapa tahun selepas itu aku sambung semula belajar sambil aku kerja dan semua result exam aku bagus tapi mak ayah aku tak pernah hargai.

Dan aku selalu update result exam dekat mak aku dan aku dapat dekan tapi mak aku cuma cakap, “Alaahh kau belajar benda senang, exam semua bulat bulat, lain lah macam adik kau dia belajar benda susah”, waktu itu dunia aku sedih yang aku tak mampu ungkap.

Sejak dari hari itu aku dah tak update result aku walaupun setiap sem aku cemerlang. Mak ayah aku cuma peduli adik beradik aku yang lain sahaja. Mak ayah aku jenis suka banggakan adik beradik aku dekat orang lain tetapi mak ayah aku langsung tak ada nak kongsi pasal aku dekat orang lain.

Aku terima semua aku simpan semua sebab aku yakin Tuhan melihat semua. Pernah mak aku masak makanan untuk adik aku yang duduk hostel aku minta sotong seekor sahaja mak aku maki aku dan tak bagi sebab nak bawa dekat adik aku.

Mak aku terlalu sayang adik beradik aku yang lain dan dia tak sedar dia sisihkan aku. Mak aku selalu jadikan aku ini tempat dia melepaskan marah makian walaupun aku tak buat apa apa. Mak aku jenis jika ada silap adik beradik aku yang lain, mak aku aim maki dekat aku sedangkan aku blurr tanpa tahu apa aku dah buat.

Pernah aku ikut family aku beli baju raya, aku pilih baju aku dan memang aku bayar guna duit aku tetapi aku minta pandangan mak aku tapi mak aku hanya layan adik aku tanya pandangan tentang baju dan penat aku panggil dan tanya soalan dekat mak aku tapi mak aku tak peduli. Sejujurnya waktu ini aku kecewa dan aku tak beli langsung baju itu.

Tentang ayah aku pula ayah aku memang sayangkan adik beradik aku yang lain juga. Pernah satu hari ayah aku beli coklat dan aku pegang coklat itu kemudian ayah aku ramp4s dari tangan aku sedangkan aku hanya mahu membaca label coklat itu dan bertanya kepada umi aku siapakah punya coklat dan tidak terniat aku nak ambil.

Dan aku lihat adik beradik aku selamba makan coklat dan abah aku tidak buat sebagaimana dia buat pada aku. Ayah aku sanggup bagi duit banyak dekat adik beradik aku yang lain berbeza dengan aku kerana ayah aku tidak pernah memberi duit pada aku dan jika aku minta pinjam, aku perlu membayar semula dan aku akur sedih.

Pada mata mak ayah aku, mereka hanya mengagungkan adik beradik aku yang lain dan menganggap aku ini hanya insan tidak berguna. Aku bukan mahu mengungkit tetapi hanya aku yang ada common sense dan tanggungjawab dalam menjaga mak ayah aku semasa tidak sihat dan adik beradik aku semua tidak peduli.

Pernah suatu hari aku tanya pada mak aku kenapa perangai aku sahaja lain dari adik beradik aku?Adakah aku ini mak aku ambil dari mana mana?

Kemudian mak aku kata aku ini anak luar nikah dan kemudian dia kata aku ini anak daripada orang lain yang melahirkan anak luar nikah.. Sungguh aku tersentap jiwa dan airmata bergenang. Kemudian mak aku kata, “pandai kau sentap?”, kau yang tanya soalan b0doh bukan? Aku hanya mendiamkan diri dan simpan apa ayat ibu aku luah itu.

Sehingga saat ini, aku sudah tidak mengharapkan parents aku berubah kerana aku sudah banyak membuat luahan pada mereka tetapi mereka tetap eg0 dan hanya menyalahkan aku. Aku terima dan aku yakin segalanya akan dipaparkan dipadang akhirat.

Aku bertekad tidak mahu lagi mempedulikan orang yang tidak menghargai aku walaupun ibu ayah juga terg0long seperti itu. Aku cuma doakan ibu ayah aku diberikan kesihatan yang terbaik walaupun mereka sering melayan aku seperti maid.

Harap semua dapat jadikan pengajaran dari cerita aku ini. Doakan aku dipermudahkan segala urusan ya. Pengajarannya, Ingat! Sikap pilih kasih sememangnya tidak harus diamalkan oleh mana-mana ibu bapa. Kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan hubungan kekeluargaan, malah memberikan kesan yang negatif terhadap anak-anak untuk jangka masa yang panjang.

Namun yang demikian, kadangkala ianya dilakukan tanpa sedar. Jadi, bagi anak-anak yang sering mengalami masalah yang sama, diharap tips-tips di bawah dapat membantu anda menghadapi dan menangani situasi ini dengan lebih baik.

Pertama, Sentiasa hormati ibu bapa anda dan orang disekeliling anda. Ucapkan “Tolong” jika anda perlukan bantuan dan “Terima kasih” selepas mereka telah membantu anda. Berikan senyuman setiap kali anda melihat mereka dan tawarkan bantuan jika anda melihat mereka sedang melakukan sesuatu.

Dan keduanya, Jika anda tidak selesa untuk bercakap dengan rakan-rakan anda mengenai sikap pilih kasih ibu bapa anda, luahkannya melalui bentuk penulisan. Tuliskannya dalam diari peribadi kerana sesetengah perkara yang telah terjadi mungkin membuatkan anda marah atau tertekan jadi anda perlu melepaskannya.

Luahkan segala apa yang telah anda rasa disebabkan sikap ibu bapa yang pilih kasih dan bagaimana ia telah memberikan kesan dalam kehidupan anda. Tetapi, berhati-hati dengan apa yang anda tulis kerana keluarga anda mungkin akan menemuinya.

Apa Kata Anda mengenai artikel kali ini. Semoga bermanfaat. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah..Terima Kasih! Kredit:IIUMC & Sumberilmiah

Leave a Reply