Sebab x puas hati, Aku buka dompet isteri senyap2 dan tggl RM1 je kerana isteri suka sedekah RM50 kdg2 RM100, namun apa yg isteri ak buat lepas tu amat menginsafkan diriku

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Suatu hari kami pergi ke pasar, isteri aku memang selalulah saya nampak dia sedekah. Cuma pada hari itu, baru saya ternampak nilai yg dia sedekah itu. Dia beri RM50. Jadi, bila berada di dalam kereta, saya pun bertanyalah kenapa dia beri banyak sangat? Entah-entah pakcik itu menipu.

“Menipu atau tidak, itu urusan pakcik itu dgn Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja. Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yg kelaparan di rumah, macam mana?” soalnya kembali.

“Tapi kenapa sampai RM50?” saya masih tak puas hati dgn jawapan pertamanya. “Abang, saya pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yg paling besar dalam purse,” jawabnya.

Saya masih tidak berpuas hati tetapi mendiamkan diri sebab tidak mahu bergadvh dgnnya. sejak dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia senyap-senyap, memang tinggal seringgit saja pun.

Isteri saya ini cikgu, sekolah asrama. Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam biasalah, bising.

“Kalau budak tak pulangkan macam mana?”, “Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya. Yg saya sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah besar mana tetapi sentiasa cukup. Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak payah.

Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup-tup dia dapat bonus banyak. Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja utk orang. Diri sendiri tak. Urusan dia juga Allah permudahkan.

Dia pun sedar tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah saygkan dia tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yg Allah beri. Solat kadang-kadang lambat, mengaji sehari sekali saja. Tetapi Allah tetap permudahkan.

Saya fail sikit bila perempuan menangis. Cuma saya cakap, “Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,”

Kesimpulannya: Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah. Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yg kita tidak tahu

Saygi isteri anda, insan yg sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek, terk4ngkang. Hargai pengorbanan mereka. Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda. Itu saja. Sekian – Amin

Ini pula kisah ke dua yg lebih mdebarkan. Tajuk “Kisah Magik: Impossible Jadi Possible. Apa Rahsianya?”

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak ‘peristiwa’ yg takkan mampu saya lupakan. Yg mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan. Percaya tak, kisah yg ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya.

Sebab anda tidak akan percaya pada ‘magik’ yg berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu ‘rahsia’ kejayaan yg ramai orang tak tahu. Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya.

Ya Allah, Tuhan je yg tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dgn eksperimen yg belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu ‘q’ panjang (sebab nak guna mesin yg orang lain dah ‘q’ panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil utk siap. Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut ‘cara biasa’ memang peratus utk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang. ‘Awak kena pakai magik, Zack’ Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dgn kata-kata saya. ‘Magik macamana tu Dr?’ Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

Pertama Dalam masa singkat yg ada ni, give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yg perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

Kedua, Jangan ‘rely’ kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yg Maha Hebat, yg sangat baik, yg kalau Dia nak tolong kita anytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dgn 100% best effort, buat benda-benda lain yg Allah suka.

Saya berikan beberapa contoh, nampak makcik cleaner, derma la kat dia. ngaji lebih sikit. solat malam. kalau beli goreng pisang, bayar lebih. gembirakan mak ayah, anak isteri. buat kerja amal. tolong orang lain.

Sebab saya percaya pesan Tuhan: Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yg melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiam4t.

Barang siapa yg menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yg menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Sedekah. Inilah magik kehidupan yg ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yg utk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yg ‘impossible’ boleh jadi possible.

Saya kata lagi, yg ramai orang sedekah tapi padanya sedekah utk dapat pahala, utk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yg dia dapat. Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada ‘usaha bersungguh-sungguh’. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yg terbaik. Tapi tak ramai orang faham yg bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yg Allah suka, tolong orang lain on top of usahanya yg sungguh2, kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat.

Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yg diambil itulah nanti yg akan buat perkara yg mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yg Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yg sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yg sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yg uruskan.

Bukankah kita bertuhankan Allah yg sama? Saya ingat lagi, saya kata pada student saya tu. “Kalau awak percaya dan buat ‘formula’ ni nanti awak akan terperanjat. Projek yg nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik” sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau “Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.” Saya tahu, dari riak wajahnya dia antara percaya dgn tidak apa yg saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yg saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap! Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa. Katanya technician yg pada awalnya tak nak bagi dia guna mesin disebabkan ‘q’ yg panjang tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yg sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang.

Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya. Dia sibuk bercerita apa yg ‘tiba-tiba’ berlaku tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-“wow” dgn magik ini.

Saya hanyut dalam pujian yg tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yg sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yg buat semua yg tiba-tiba ini berlaku. Saya tanya pelajar saya tu “apa yg awak dah buat?” Jawabnya, “saya buat macam yg Dr cakaplah”. Serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yg saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan. Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu. Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yg lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri.

Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej “Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)”

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah. Kata student saya apabila eksperimennya siap: “Apa yg saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri”

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macam mana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yg agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yg diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yg bermanfaat utk perjalanan kehidupan beliau yg seterusnya. Juga utk anda yg membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan.

Facebook Page Dr Siti Ujila Official via thevocket. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply