Sebelum nikah,aku memang tahu latar belakangnya dr keluarga miskin.Orang kata perigi cari timba,tapi aku nekad.aku ikhlas.Dan sekarang lihatlah apa yang aku dapat.Aku bersyukur dengan apa yang terjadi

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca di bawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi membaca dan berkongsi kisah saya ni.

Nama aku Salwa (nama pena) berumur 24 tahun dan berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air. Aku berasal dari keluarga yg sederhana dan membesar dalam keadaan ibu bapa yg bercerr4i. Aku tinggal bersama ibu ku.

Kisah aku bermula bila aku mula kenal dgn suami aku sekarang ketika aku berumur 19 tahun dan dia berumur 20 tahun. Dia berasal dari keluarga yg miskin dan naif. Dia selalu berasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dgn orang. Aku mengenali dia ketika kami sama sama bekerja di sebuah hotel yg terletak di Terengganu. Aku jatuh hati pada dia apabila melihat perwatakannya yg lain dari lelaki lain.

Apabila dia nampak perempuan melintas dihadapannya dia akan segera menunduk kan wajah, dan dgn orang tua dia sangat ramah dan berbudi bahasa. Aku tahu dia dari keluarga yg miskin setelah supervisor aku membuka cerita. Untuk pengetahuan korang semua, supervisor aku ni merupakan sepupu suamiku…

Nak dijadikan cerita, pada penghujung tahun 2014 kisah kedaifan kehidupan mereka sekeluarga pernah disiarkan di dalam rancangan kekeluargaan di sebuah stesen tv. Aku buka y0utub3 dan cari, ya benar. Rumahnya kecil, ayahnya s4kit, ibunya menoreh getah untuk menyara keluarga. Dia merupakan anak nombor tiga, kakaknya yg pertama menghidap peny4kit 4utism. Kakak yg kedua ketika itu bekerja di sebuah kedai baju. Air mata aku menitis ketika adiknya yg berumur 12 tahun berkata teringin memakan KFC ketika ditanya oleh wartawan.

Setelah aku tahu semua itu, aku cuba rapatkan diri dgnnya, walaupun senyum ku tidak berbalas, sapaan ku dipandang sepi, aku tetap berusaha, kerana aku tahu dia istimewa. Pada penghujung tahun 2016, kami mula menjadi rapat setelah dia lali dgn perangaiku, dia melayan aku seperti kawan kawan, cakap antara mahu atau tidak. Tapi aku tetap berusaha semampu aku. Sehinggalah satu malam dia menghubungi aku dan meminta tolong untuk menghantarkan dia pulang ke kampung, kerana ayahnya sedang s4kit tenat. Dia berasal dari Pekan, Pahang.

Ketika sampai di kampung, ibunya melayanku dgn baik setelah dia menjelaskan segalanya tentang aku kepada keluarganya. Ibunya menjamu aku makan nasi putih bersama telur goreng, dan mereka sekeluarga hanya nasi berlaukkan ikan masin. Adiknya yg paling kecil memandang sepi telur yg dihidangkan kepadaku, aku memberikan kepada dia. Aku tahu dia inginkan telur itu. Aku menyekat air mata yg mula menakung. Takut disedari mereka.

Aku pulang ke Terengganu tanpa dia, dan aku berasa sepi tanpa dia. Akhirnya aku menceritakan niatku yg sebenar, dan dia menolak mentah lamaranku. Mungkin aku seperti perigi yg mencari timba, tapi niat aku ikhlas, aku ingin mempersuamikan dia, dan aku ikhlas untuk membantu dia.

Setiap kali hujung minggu aku sanggup memandu jauh ke kampung dia, untuk menghantar beras dan lauk, aku belikan mereka ayam, daging. Jamu mereka makan sepuas puasnya. Akhirnya dia menerima lamaranku, dgn satu syarat, aku perlu mula berhijab, perlu menutup aurat dan aku perlu belajar baca al quran. Aku setuju dgn syarat dia yg mengajarku. Dia setuju. Aku mula dekatkan diri aku pada ALLAH. Aku mula menukar fesyen aku, longgarkan pakaian ku, dan aku mula buang semua perangai burukku. Dan aku rela melakukan itu semua bukan kerana cinta tetapi lebih kepada Allah.

Aku sebenarnya sudah lama ingin berubah, tetapi tiada siapa yg boleh membawaku untuk berubah. Dan Allah hadirkan dia membantu aku meraba di dalam kegelapan dan mencari sinar ketaqwaan. Awal tahun 2018,kami selamt diijab kabulkan dalam suasana majlis yg sederhana. Seperti yg kami impikan, dan Alhamdulillah Allah itu maha besar, aku tinggal bersama keluarga mentuaku, dan rezeki tidak pernah berhenti bertamu di dalam keluarga kami dan aku sedang hamil anak pertama, dan berkemungkinan kembar dua, alhamdulilah rezeki dari Allah. Ramai gadis di luar sana, takut untuk mengahwini seorang lelaki miskin kerana takut masa depan mereka susah, ya aku faham perasaan itu, tapi percayalah janji Allah itu benar.

Apabila kita mendirikan rumah tangga, rezeki dgn sendirinya akan mengalir dan kita perlu berusaha sebaik dan semampu kita. Kami tak pernah kebuluran, Allah ada dgn kami. Rumah kami bukan lagi papan sekarang, sudah upgrade ke batu atas titik peluh kami sekeluarga bekerja.

Adik-beradik suamiku sekarang semua sudah bekerja, malah adik yg paling bongsu juga bekerja atas kemahuan sendiri. Ibu mertuaku masih di rumah menjaga abah yg sedang s4kit str0k. Aku bersyukur kepada Allah, Allah hadirkan aku seorang lelaki yg miskin harta tetapi kaya jiwa. Assalamualaikum dan semoga semua yg membaca pengakuan ku ini akan berjaya di dunia dan akhirat. Dan semoga dianugerahkan pasangan yg kaya jiwa dan boleh memimpin kita ke jalan Allah. Amin. – Salwa

Seperti yang dikongsikan laman baitulmuslim, janganlah takut jika menikah dengan lelaki yang miskin harta, ini kerana, harta itu boleh dicari. Janganlah disebabkan harta, kita menjadi runsing dalam memikirkan soal jodoh. Jangan disebabkan harta, kita menjadi seorang yang terlalu memilih.

Jangan disebabkan harta,kita melewatkan perkahwinan kita. Jangan disebabkan harta, kita menjadi terlalu taksub. Jangan disebabkan harta, kita dibayangi dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan. Jangan disebabkan harta, kita hilang kehormatan terhadap diri sendiri. Jangan disebabkan harta, kita hilang segala-galanya dan merugikan diri sendiri

Tetapi, t4kutlah akan lelaki yang miskin IMAN DAN TANGGUNGJAWAB. Kerana perkara itulah yang dapat membuat hubungan rumah tangga anda menjadi tidak harmoni dan tidak tenteram kelak. Wahai perempuan di luar sana, Percayalah kamu, sesungguhnya, pada saat kita bernikah, maka Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki dengan mudah, ianya sama ada datang dari si suami mahupun isteri.

Percayalah, selagi kita masih beriman dan bertaqwa dijalan Allah, maka sangat mudah bagi-Nya untuk mengabulkan segala doa anak-anak Adam yang sedang meminta hidup mereka diberkati kerana mereka telah menyempurnakan separuh daripada Agamanya. Sentiasa bersyukur, dan teruskan berdoa untuk mendapat kesejahteraan rumah tangga. Apabila kita tidak putus dalam berdoa, nescaya Allah SWT akan melimpahkan rezeki kepada mereka dan pasangan.

Tidak ada apa-apa yang sulit pun bagi Allah SWT dalam mengubah rezeki umat-Nya. Yakinlah bahawa harta kekayaan, gelaran mahupun pangkat dan kejayaan, ini hanyalah di dunia semata-mata. Semua itu akan berakhir di saat kita terbaring di atas papan dan ditutupi dengan tanah-tanah. Kebahagiaan yang sebenar adalah ketika saat kita sebagai umat manusia sentiasa bersabar dan bersyukur terhadap nikmat Allah SWT. InshaAllah. Semoga bermanfaat. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih kerana sudi membca! Sayg korg semua!

Leave a Reply