Sebulan sebelum aku bernikah, bekas kekasih pm aku untuk merisik khabar, ada bisikan utk ak pm dia balik, sembang2, akhirnya niat ak nak rahsia dari suami gagal kerana mama

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Aku berumur lewat 20-an, dah berkahwin, ada anak seorang. Suami aku baik sangat. Rajin tolong aku, selalu mengalah bila aku emosi, layankan semua yg aku nak, dgn keluarga aku pun dia tak berkira. Suami aku kerja biasa-biasa, gaji tak sampai 3K. Tapi alhamdulillah setiap bulan boleh menabung.

Tengok dari luaran, boleh kata aku dan suami tak ada masalah. Kalau ada konflik pun, masuk waktu solat mesti dah baik balik. Sebab kami akan solat sama-sama. Boleh kata hidup kami semua baik. Mertua baik, ipar duai baik, kewangan baik, dsb. Tapi masalah sekarang pada konflik jiwa aku. Ini cerita aku.

Aku waktu SPM pernah bercinta dgn seorang lelaki. Cinta pertama aku. Kami memang serius untuk bernikah. Memandangkan perjalanan kami ketika itu masih jauh, aku buat keputusan untuk gantung perhubungan kami.

Aku cakap pada dia, kita kejar dulu cita-cita kita dan perbaiki diri. Andai ada jodoh, kita teruskan. Pada awalnya dia tak boleh terima, lama-lama dia dah boleh terima. Ini dari sumber risikan aku, teman wanita kawan baik dia.

Aku dan dia jarang berhubung, apatah lagi berjumpa. Kalau ada pun sekadar tanya pasal belajar. Ada la sekali dia ajak aku keluar makan pizza waktu cuti semester. Oh ya, kami sambung pengajian di IPTA yg berbeza. Aku di utara semenanjung, dia di Lembah Klang.

Sambung cerita, aku pegang pada apa yg aku cakap pada dia. Aku baiki diri aku. Aku ikut usrah, aku pergi majlis-majlis ilmu sebab aku nak buat persediaan menjadi yg terbaik untuk dia. Aku memang tak pandang lelaki lain. Kebetulan bidang pengajian aku pun tak ramai lelaki. Maka, ia bukan satu masalah bagi aku. Aku selalu doakan yg terbaik untuk kami.

Satu hari, aku sangat rindu dia. Aku nak pm dia di facebook, aku pergi ke profile dia. Waktu tu aku terkejut sebab kami dah tak berkawan di facebook. Aku sedikit kecewa, aku nak tanya dia. Tapi memandangkan ketika itu minggu peperiksaan, aku simpan dulu. Fokus! Lagipun, cuti semester nanti kami ada reunion budak batch. Tambahan lagi, aku tak ada nombor telefon dia. Dia dah tukar nombor baru.

Hari kami reunion, dia datang menyapa aku. Dia duduk sebelah aku. Kami pun mula bersembang, bertanya khabar dsb. Aku tanya dia, “Kenapa kita dah tak berkawan di facebook?”. Aku ada buat silap ke. Ke dia dah ada orang lain.

Dia cakap, posting aku yg lalu di news feed dia akan buat dia teringat pada aku. Dan, dia tak suka keadaan bila dia teringat aku. Aku tak faham apa yg dia cakap. Tapi aku dpt rasakan yg dia dah tak nak aku. Aku tak dpt nak tanya dia apa maksud dia sebab kawan-kawan lain dah ajak bergambar.

Balik dari reunion, aku buka fb group kami untuk tengok gambar-gambar yg kawan-kawan upload. Ada satu gambar yg membuatkan hati aku berkecai. Gambar dia dgn kawan sekelas aku. Orang yg sama yg pernah nak sondol dia waktu aku awal-awal bercinta dgn dia dulu. Aku tinggal komen di gambar tu dan aku tunggu dia pm aku untuk jelaskan semuanya. Tapi, dia diam seribu bahasa.

Beberapa bulan berlalu, dan dia masih berdiam. Aku anggap sahaja hubungan kami dah berakhir. Bermulalah zaman gelap dalam hidup aku. Aku diuji dgn patah hati dan pada masa yg sama aku diuji dgn keputusan peperiksaan yg sangat mengecewakan. Hingga aku hampir dibuang universiti. Aku salahkan diri aku atas semua yg berlaku. Aku yg mulakan dulu dgn idea untuk gantung perhubungan kami.

Natijahnya, aku kemvrungan. Aku hilang berat badan, aku hilang minat pada pelajaran, aku hilang semangat untuk hidup. Lama aku ambil masa untuk hidup balik. Kembalikan semula semangat aku yg dulu. Setiap hari aku menangis, setiap masa jiwa aku mer4ung. Aku bawa diri, aku bergelut untuk terus hadir usrah dan membaiki diri. Alhamdulillah aku jumpa kawan yg setia bantu aku. Perlahan-lahan aku betulkan niat aku untuk baiki diri, bukan lagi sebab si dia, tapi semata-mata sebab Ilahi.

Lebih setahun selepas aku kecewa, aku berjaya padam semua ingatan aku pada dia, si bekas kekasih. Aku buka pintu hati aku untuk terima seorang lelaki. Sama universiti tetapi lain bidang pengajian. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Dari aku mula berkenalan dgn dia sehingga kami bernikah.

Sebulan sebelum aku bernikah, bekas kekasih pm aku untuk merisik khabar. Mama nasihatkan aku untuk abaikan tanpa sebarang balasan. Beberapa hari sebelum aku bernikah, aku pm juga dia untuk bagitahu dia aku bakal bernikah. Dan aku minta maaf atas segala salah silap sepanjang aku menjadi kekasih dia. Dia bagitahu dia sudah lama memaafkan aku. 0-0!

Sekarang dah masuk tahun ke-5 aku sebagai seorang isteri dan tahun ke-3 aku sebagai seorang ibu. Beberapa hari lepas, aku mimpi bekas kekasih datang balik. Ajak aku kembali pada dia. Bermula hari itu, memori aku bersama dia dah kembali dalam ingatan aku. Aku terbaygkan dia, aku teringatkan kenangan kami waktu dulu, yg kebanyakannya manis-manis sahaja. Seolah-olah aku masih hidup sebagai kekasih dia. Sedangkan aku sekarang isteri orang! Arghhhhhh!

Ada juga bisikan-bisikan untuk pm dia, sembang-sembang. Info tambahan, dia sekarang masih bujang. Perempuan yg pernah sondol dia dulu pun dah ada keluarga sendiri. Aku tak tahu maksud mimpi itu. Aku anggap sahaja mainan tidur yg akan hilang dgn sendiri seperti mimpi-mimpi lain.Tapi, sampai sekarang aku masih terbayg.

Mula-mula aku nak rahsiakan dari suami. Tapi, selagi aku simpan selagi itu hati aku tak tenang. Dia memang tahu aku ada kisah lama, ada bekas kekasih. Sebab kami suami isteri memang tak simpan rahsia. Semua kami kongsi. Chat aku dia baca, chat dia pun aku baca. Akhirnya, aku berjaya juga cerita pada suami aku tentang mimpi itu. Dan keadaan aku yg dibvru kenangan bekas kekasih.

Aku menangis depan dia sebab aku rasa s4kit sangat. S4kit sebab teringat cerita lama, dan s4kit sebab aku s4kiti dia. Berkali-kali aku minta maaf pada dia. Dia cakap dia maafkan aku, tapi aku tahu, jauh di lubuk hati, dia pasti terlvka. Dia pujuk aku, dia bagi aku semangat untuk aku lupakan balik segalanya.

Aku ada juga cerita pada Mama. Mama nasihatkan untuk tenung wajah suami aku ketika dia tidur. Cuba letak diri aku pada tempat dia. Apa perasaan aku kalau suami aku cakap dia teringat pada bekas kekasih?

Kemudian, Mama pesan lagi, setiap kali teringat, cepat-cepat istighfar dan lawan perasaan tu. Sy4itan sedang memasang perangkap. Dan sekarang, aku menaip cerita ini dalam keadaan jiwa dan minda aku masih bergelut untuk padam semua baygan dan kenangan itu. Kawan aku pesan, “It is okay to remember. But, don’t go too deep”. Aku pegang pesan Mama dan kawan aku.

Zaman sekarang, banyak kes cvrang. Aku sangat takut bila fikirkannya. Aku takut aku terjebak. Aku sibukkan diri aku supaya aku tak termakan dgn bisikan. Aku dah luahkan pada Allah, pada suami, pada Mama, pada kawan aku. Aku tahu, ini konflik kecil sahaja. Namun, ia tetap ujian bagi aku sebab aku pernah separuh m4ti sayg dia.

Aku menaip dan bercerita di sini bukan untuk menambah ingatan aku pada bekas kekasih. Aku cuma nak lepaskan sisa bebanan yg jiwa aku sedang tanggung. Kerana bagi aku, menulis itu satu terapi. Aku sentiasa doakan kebahagiaan bekas kekasih aku sepertimana aku doakan kebahagiaan aku dan suami.

Ini sekadar cerita dari sudut aku. Aku tak cerita dari sudut dia. “There is always two sides of a coin”. Terima kasih kepada yg sudi membaca. Dialukan untuk tinggalkan nasihat dan kata-kata semangat. Jangan membawang, tapi doakan aku dpt lupakan bekas kekasih aku dan fokus pada cinta dunia akhirat aku.

– Fighter (Bukan nama sebenar). Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply