Setiap bulan isteri ak tanggung bayar honda kakak ipar, padahal isteri aku hanya guna kancil, selepas ak selidik rupanya isteri ak dah terkena

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Hari ini masuk 8 tahun aku berkahwin dgn isteri aku, kami ada seorang anak yg berumur 3 tahun. Kami berkenalan melalui kawan dan aku mula sukakan dia krn dia sangat baik hati. Aku masih ingat lagi sewaktu kami tengah makan beramai-ramai di KFC, dia beli dua set.

Satu set dia makan bersama kami dan satu set dia bungkus. Mulanya aku ingatkan dia beli untuk orang di rumah dia, tapi lepas je dia dapat order bungkus tu, dia terus keluar dan bagi pada sorang gelandangan yg tengah minta sedekah.

Waktu tu aku mula jatuh hati pada dia. Baiknya perempuan ni. Selepas kejadian tu, aku mula rapat dgn dia. Pada mulanya dia macam acuh tak acuh. Balas whatsapp lambat, kadang tak balas terus.

Bila ada peluang keluar bersama dia dan rakan yg lain, aku pastikan aku datang dan makin lama, kami makin rapat. Bila rapat dgn dia, rupanya dia banyak join aktiviti kemasyaratan dan bagi bantuan.

Aku mengikut segala aktiviti dia. Niat aku salah waktu ni, aku join ikut aktiviti tu sebab nak rapat dgn dia. Makin aku kenal dia, makin aku jatuh cinta. Aku masih tak boleh lupa yg dia suap makan guna tangan sendiri pada orang tua di rumah kebajikan dgn penuh teliti dan hati-hati. Mulanya aku ikut aktiviti kebajikan sebab dia, tetapi lama tu aku pergi sebab aku nak pergi sendiri.

Menyukainya membuatkan aku lebih baik. Lepas dah biasa, aku banyak kali pergi tanpa dia. Cumanya aku tak sekerap dia. Aku pergi bila aku free sahaja. Dia pun bukanlah selalu, tetapi keraplah juga berbanding dgn aku. Setelah dalam setahun kami berkenalan, aku beranikan diri untuk menyunting dia.

Pada mulanya dia diam dan tak bagi jawapan. Tapi aku insist untuk dia fikirkan dulu, seminggu, sebulan, setahun, aku tak kisah. Lega apabila dia masih bagi layanan yg sama walaupun masih tak bagi kata putus untuk terima aku atau tidak.

Mungkin sebab aku cakap yg dia tolak aku, kita masih boleh berkawan seperti biasa. Dalam menunggu jawapan, dia masih setuju keluar bersama dgn aku. Aku minta no telefon ayah dia, dia kata nak buat apa? Aku katalah nak berkenalan dgn bakal ayah mentua.

Dia tergelak kecil dan tersengih. Malam tu aku dapat whatsapp no ayah dia. Aku faham yg dia dah bersetuju terima aku. Aku telefon ayah dia dan menyatakan hajat aku untuk menyunting anak dia. Ayah dia jemput aku ke rumah dgn parent aku sekali.

Setelah beberapa kali datang ke rumah dia, aku mula datang membawa rombongan. Di pendekkan cerita, kami berkahwin dan dia tinggal bersama dgn aku. Setelah setahun berkahwin dgn dia, aku perasan yg dia selalu tak ada duit walau bergaji besar.

Ikutkan gaji dia lebih besar dari aku dalam setengah ribu, tetapi simpanan dia tiada. Belanja rumah aku banyak keluarkan dan aku tak pernah miss bayar nafkah. Kadang kala aku bagi duit belanja bila dia cakap duit dah habis. Aku jadi hairan dgn management duit dia. Dia bukanlah seorang yg berbelanja besar atau suka shopping.

Sepatutnya apabila belanja hampir 100% aku keluarkan, dia patut ada banyak duit. Waktu tu aku mula masuk campur urusan kewangan dia. Aku mula minta dia senaraikan apa yg dia bayar tiap-tiap bulan. Waktu tu aku terkejut krn banyak bayaran bulanan yg tak sepatutnya ada. Rupanya dia pernah ambil personal loan dua kali kemudian refinance.

Lepas tu dia ada banyak langanan yg pelik-pelik. Separuh gaji dia, untuk bayar personal loan sahaja. Lepas tu 35% lagi bayar bulanan yg mengarut-ngarut. Rupanya apabila ada telemarketer call dia, dia terpaksa cakap ya krn tak tahu sanggup nak cakap tidak.

Walaupun cuma 30-70, tapi kalau dah sampai 4-6, dah jadi berapa ratus satu bulan? Dia macam ada banyak insurans yg bertindih dan banyak lagi ansuran bulanan yg mengarut. Aku sendiri pun tak faham.

Ada yg dia bayar untuk cd bahasa inggerislah, ada bayar untuk MLM, ada yg untuk scam seperti bayar saham, dalam masa 5 tahun akan dapat 100 kali ganda pualngan. Ada yg dia beli produk kesihatan scamlah, corset lah, dan berbagai lagi yg sebelum kami kahwin yg dia masih kena bayar bulanannya.

Aku pun tak faham. Pendek kata, banyak bayaran scam dan telemarketer dia bayar tiap-tiap bulan. Ada yg dia kata ni bayaran yuran koperasi entah apa entah, bila aku cek dokumen rupanya dia bayar insurans kemalangan. Aku telefon ejen insurans tu dan marahkan dia krn menipu.

Aku ugut nak laporkan ke bank negara. Aku banyak unsubscribe bayaran bulanan yg mengarut dan tak perlu. Cukup dia ada satu insurans kesihatan dan satu hibah sahaja. Yg scam apa semua tu, aku suruh dia stop bayar dan aku fight sehabis mungkin untuk dia dapatkan balik duit dia tu.

Turun naik persatuan penggunan, tapi tak jadi. Kena ugut balik untuk senarai hitamlah apa lah. Rupanya aku silap, nak cepat setel kena report ke tribunal pengguna. Tetapi hanya beberapa sahaja yg dapat. Aku tak kisah, asalkan banyak bayaran bulanan dia dah stop.

Tapi ada banyak lagi yg tak dapat nak lawan sebab dah sign perjanjian. Bila rujuk rakan peguam pun memang dia kalah. Licik betul, ada yg kes dia kena daftar syarikat dan urusan tu antara syarikat dan syarikat, bukan pengguna atau pelanggan.

Jadi tribunal pengguna tak boleh masuk campur. Keji betul scammer tu. Tu waktu dia belum kerja kerajaan, tapi sampai sekarang kesan dia tanggung hutang. Dia ada dalam tiga kad kredit dan semuanya dia bayar minimum tiap-tiap bulan.

Aku terkejut bila tengok jumlah hutang kad kredit dia tu. Kad kredit dia ada pun, sebab kena push-push dgn consultant untuk apply. Bukan tu sahaja, rupanya bila kawan dia datang jual barang ke apa, terus dia beli sebab nak jaga hati kawan.

Bila kawan tu jual barang scam pun, dia beli jugak. Baygkan pad yg kononnya boleh ubat cancer dan jimat minyak pun isteri aku beli sebab nak jaga hati kawan. Banyak benda produk mengarut yg aku tengok dia ada.

Tu belum lagi dgn supplement yg tak masuk akal harganya. Aku tanya dia, personal loan tu untuk apa? Dia kata yg pertama kali tu waktu mula-mula dapat kerja kerajaan. Adik beradik dia insist untuk dia buat loan peribadi untuk renovate rumah. Aku tanya la, adik beradik lain ada sumbang apa-apa tak?

Dia kata dia tanggung seorang. Waktu tu aku macam tak apalah, bila lagi nak berbakti pada keluarga. Yg kedua tu, dia pinjam untuk abang dia yg nak berniaga dan selebihnya dia buat pelaburan yg rupanya scam.

Aku terus geleng kepala. Abang dia berniaga tak sampai 6 bulan dah lingkup. Scam yg dia labur tu, semua dah bungkus. Bukan itu sahaja. Rupanya dia ada beli kereta honda dan kakak dia guna. Tetapi dia cuma pakai kancil.

Pada mulanya kakak dia kata cuma guna nama, tetapi setelah beberapa bulan, dia yg kena bayar. Dia takut nak mintak kakak dia bayaran bulanan tu dan dia diamkan sahaja. Aku juga dapat tahu yg dia juga bayarkan yuran anak-anak abang dia.

Padahal kakak dia tiap-tiap bulan upload story IG makan restoran besar, dua tiga bulan sekali pergi bercuti. Kadang-kadang bercuti di grand lexis port Dickson tu. Jadi, mampu je lah nak bayar yuran bulanan anak dia tu. Tak cukup dgn tu, dia juga bagi belanja bulanan pada kakak dan abang dia.

Kakak dan abang dia masih duduk bersama rumah mentua kami yg isteri belanja untuk renovate sehingga dua tingkat. Aku jadi serba salah bila libatkan keluarga dia. Tetapi aku tak sanggup bila biarkan dia dibuli sebegitu rupa sekali.

Isteri aku tak berani nak buat keputusan untuk minta bayaran kereta honda tu, stop bagi duit poket kat kakak dan abang dia sebab dia pun hutang banyak. Yuran sekolah tu aku kata tak apa bayarkan. Dia juga akhirnya buka cerita yg bekas dia dulu banyak pinjam duit dia.

Tapi satu sen pun tak dibayar balik. Bekas dia abusive dan selalu kikis duit dia. Patutlah dia macam takut nak mulakan semua apabila aku serius dgn dia.

Aku cuba confront dgn ex dia dan akhirnya cuma dapat dalam lima ribu sahaja hutang tu. Isteri aku cakap sebenarnya lebih, tetapi dia tak nak panjangkan lagi dan aku pun, dapat 5k tu cukuplah nak bayarkan hutang-hutang dia yg ada. Dia pun ada pinjam dgn kawan-kawan.

Pinjam dgn kawan tu, bukan dia guna sangat pun, banyak untuk bayar itu ini bula orang insist. Senang cerita, isteri aku ni, bila kena paksa sikit, dia akan kalah. Tu pasallah dia ada beli lesen MLM yg harga puluhan ribu. Konon kena daftarkan *** orang, lepas tu bila orang belanja dapat komisen.

Tapi sah benda tu MLM. Lebih kepada penjualan lesen b*d*h tu. Bukannya pada komisen orang belanja. Aku mula bayarkan hutang isteri aku tiap-tiap bulan. Duit simpanan yg sepatutnya jadi duit muka bayar rumah aku korb4nkan ke hutang dia dan untuk legal fee suapaya boleh selesaikan hutang-hutang dan bayaran bulanan yg pelik-pelik (aku rasa sah scam).

Selain tu, aku habiskan duit tu untuk bayar lump sum hutang tertentu. Dia rasa serba salah dgn aku sebab banyak habiskan duit untuk dia. Aku cakap yg bila kita berkahwin, aku tak sahaja berkahwin dgn keluarga dia, tetapi dgn hutang-hutang dia juga. Waktu tu, aku mula rasakan yg isteri aku ni bukan sahaja terlalu baik, tetapi terlalu naif.

Baygkan kalau aku tak kahwin dgn dia, aku rasa mungkin dia dah bangkrap. Dalam beberapa tahun lepas, aku meletup bila kakak dia minta dia belikan emas untuk dia. Kononnya isteri aku dan aku bergaji besar, apa salahnya belikan sikit untuk adik beradik. Kalau main-main tak apa juga, ni insist ajak keluar ke kedai emas.

Lagi menyirap bila kakak dia dan isteri aku pergi naik honda yg isteri aku bayar tiap-tiap bulan. Aku mengamuk dgn group whatsapp family mentua. Semua adik beradik terkejut bila aku marah macam tu.

Terus beberapa adik beradik mentua aku leave group krn aku. Rupanya mereka dah beli seutas rantai dan beli isteri aku beli dgn kad kredit. Tapi rantai tu tak jadi ke kakak aku.

Aku dapat tahu yg dia baling rantai tu ke isteri aku. Abang dia mula masuk campur dan marahkan aku. Bila dia start memaki, aku backfire balik dgn hutang ratusan ribu yg dia tak pernah bayar satu sen pun. Aku cakap balik depan semua orang dalam group tu, yg hutang-hutang isteri aku tu, aku yg bayarkan juga.

Isteri aku tu dah banyak hutang. Duit gaji aku tiap-tiap bulan salurkan ke hutang isteri aku. Rupanya isteri aku tak pernah cerita masalah kewangan yg dia hadapi dekat sesiapa pun. Tahun tu raya yg paling malang dan suram bagi kami.

Aku terus nak balik, tetapi ayah mentua aku halang aku dan sebenarnya dia sokong apa yg aku lakukan. Kakak dan abang dia banyak minta isteri aku belikan itu belikan ini dan minta duit tambahan pada mereka lagi.

Aku dapat tahu dari adik dia yg sokong aku, duit KWSP mentua aku pun dah habiskan pada mereka. Tetapi aku tetap balik jugak kesokan harinya sebab kakak dan abang dia memang tinggal kat situ dan kami bermasam muka.

Balik tu, aku whatsapp kakak dia untuk sama ada bayar sendiri honda tu atau aku ambil balik kereta tu. Sebab kereta tu bukan isteri aku yg bayar, kini aku yg bayar.

Sebab dia ada banyak hutang lain. Terus kakak dia block aku. Isteri aku diamkan sahaja. Tapi mereka tetap tak bayar duit bulanan kereta tu. Dua bulan lepas tu, aku pergi ke rumah mentua dan berdepan dgn mereka.

Aku cakap, kalau tak bayar atau pulang, aku buat report polis kereta tu kena curi. Mereka tinggalkan kunci kereta tu dekat atas meja. Langsung tak nak jumpa aku. Dalam group whatsapp, aku dituduh perosak keluarga.

Dulu tanpa aku, semua orang baik-baik sahaja. Bila aku kahwin dgn isteri aku, semua jadi porak poranda. Tapi aku aku rasa semua ahli keluarga tahu kisah sebenar. Jadi aku diamkan sahaja.

Padahal duit poket ke kakak dan abang aku tu dan yuran anak mereka tu, aku tak pernah stop dan ada sebenarnya datang dari duit aku juga. Kakak ipar aku tu pernah suruh adik aku tu minta cer4i dgn aku. Bila aku dapat tahu, aku jadi menyirap.

Tapi kakak ipar aku tu minta maaf. Mungkin sebab aku suruh dia reflek balik diri sendiri, macam mana rasanya bila ada ahli keluarga suami dia minta suruh cer4ikan dia. Jadi hal tu aku anggap dah selesai.

Dan dia pun tak pernah cakap dah pasal halt u lagi. Aku dan isteri aku buka akaun bersama dan kami banyak bayar komitmen kami bersama-sama dgn akaun tu. Aku mula susun kewangan dia dan buat belanjawan tiap-tiap bulan. Baygkan kami kena berjimat cermat, tetapi kakak aku tu rilek je pergi bercuti ke Langkawi, pangkor, perhentian, Thailand, join TT sana sini, tukar rim baru, modified kereta honda tu dan macam-macam lagi yg membazir.

Baygkan aku pula korb4nkan duit simpanan aku untuk langsaikan hutang isteri aku, mereka pula upload IG tengah bercuti. Siapa tak merah dan panas. Abang ipar pula asyik upload gambar jumpa orang ni jumpa orang tu, jumpa sifu ni, jumpa sifu tu.

Tapi satu apa pun tak jadi. Balik-balik telefon mintak pinjam duit dekat isteri aku. Lepas dapat je kunci kereta honda tu, terus aku ke bengkel dan trade in barang-barang dia modified kereta tu dan jadi standard balik.

Dapatlah duit sikit, kepas tu aku jual kereta tu dgn baki barang-barang modified kereta tu. Lega satu komitmen kereta dan insurans tahunan. Jual kereta tu pun, tak balik modal sangat pun, cuma cukuplah dapat bayar balik baki pinjaman dgn campurkan sikit duit kami.

Waktu PKP tempoh hari, gaji aku terpaksa berkurang sampai separuh sebab elaun-elaun dan berbagai bayaran lain aku tak dapat. Kerja aku kerja site, jadi tak dapat work from home sangat. Tapi aku tetap buat part time dgn kerja sebagai penghantar makanan dgn motor aku. Punya kami berjimat, aku dah hampir 5 tahun tak pakai kereta.

Isteri aku pakai kereta aku dan kereta isteri aku tu aku suruh dia jual sebab nak kurangkan komitmen. Baygkan, sehingga hari ini, aku tak dapat kumpul duit beli rumah walaupun gaji kami berdua sebenarnya besar. Dalam tempoh 5 tahun, barulah dapat langsaikan separuh komitmen bulanan dia dan waktu tu barulah kami mula berani untuk menimang cahaya mata.

Bimbang kami tak ada duit untuk pastikan segala makan dan bayaran lain-lain seperti insurans, sekolah, dan lain-lain. Jadi, aku mula cakap pada kakak dan abang ipar aku, yg kami terpaksa stop bayar duit poket pada mereka krn kami pun tak ada duit.

Kakak ipar aku mengamvk, aku buat tak peduli. Abang ipar dia diam tak balas. Walaupun darah daging, tetapi mereka patutnya berdikari sendiri. Jika tak mampu, buat cara tak mampu. Stop bercuti dan pakai benda yg tak mampu. Ni telefon iphone latest.

Aku pun dah masuk 4 tahun tak tukar telefon bimbit. Abang dia tu, aku doakan supaya berjaya dalam perniagaan dia tu. Untuk pengetahuan semua, kakak ipar aku tak kerja, Dialah yg banyak masak dan uruskan rumah mentua aku.

Suami kakak ipar aku tu kerap tukar kerja. Kejap kerja tesco, kejap kerja econsave, kejap kerja hantar barang, kejap buka kedai burger, kejap kerja dgn kawan, kadang buat bisnes, kadang kerja freelance, dan susah betul nak kekal satu kerja.

Abang ipar aku pula, berniaga sana sini, tetapi asyik rugi sahaja. Kejap bela ikan, pastu terbengkalai, kejap projek dgn ahli politik, tapi apa pun tak jadi. Ada sekali dah labur macam-macam, tetapi business partner lari dgn duit.

Lepas tu berniaga air kangen yg kononnya boleh ubat seribu satu penyakit. Habis isteri aku kena paksa beli berbotol-botol. Lepas tu berniaga ceragem. Lepas tu berniaga jual ubat kesihatan. Tup-tup dapat gelaran Dr, siap ada sijil. Kemudian terbongkar rupanya sijil Dr tu sijil palsu.

Tak guna gelaran Dr dah, tapi still nak ubatkan orang guna produk pelik yg lain. Nak jadikan cerita, bila PKP mula longgar dah boleh rentas negeri, aku balik rumah mentua. Abang dan kakak dia langsung tak keluar bilik bila kami pulang.

Isteri abang ipar aku tu pun muka macam bermasam dgn kami. Cuma anak-anak mereka keluar bermain dgn anak kami. Adik beradik yg lain, mereka pernah cakap yg dah lama isteri aku patut buat macam tu. Sebab seolah adik aku tu tanggung dua keluarga besar.

Siap bayarkan kereta honda tu dan buat personal loan beratus ribu untuk mereka. Aku pernah minta maaf secara personal pada mereka, tetapi mereka tetap tak layankan aku dan isteri aku.

Isteri aku menangis bila abang dan kakak dia tak pedulikan dia. Ayah mentua aku ni pula bagi aku tak tegas. Banyak keputusan keluarga, abang ipar aku yg decide.

Sampai duit KWSP ayah mentua aku pun dia yg uruskan dan buat macam duit dia sendiri. Sekarang ni, aku memang rasa aku perosak hubungan mereka adik beradik, tapi siapa yg tahan bila kami bertahun berjimat cermat untuk bayar hutang yg mereka buat tapi kami kena tanggung.

Aku habiskan simpanan aku, tapi mereka pula seronok sakan berjalan dan berlagak macam orang kaya. Yg abang ipar pula, walaupun dah bank in tiap bulan, tapi masih lagi whatsapp senyap2 ke isteri aku minta duit lagi. Isteri aku korb4nkan duit makan dia untuk bagi ke abang dia.

Aku dapat tahu, aku cuma senyap dan protes dalam diam. Sekali sekala tak apa, tapi hampir tiap-tiap bulan benda yg sama. Sekarang ni, kami masih tak henti bayar yuran untuk anak-anak mereka. Sebab aku anggap mereka macam anak sendiri juga. Yg lain aku mula stop.

Gaji aku berkurang sebab company aku terkesan teruk sebab pandemic ni. Walau gaji isteri aku tak terkesan langsung, tapi komitmen bulanan dia masih tinggi. Aku kira-kira, lagi dua tahun baru kami boleh bernafas dan mula mengumpul duit untuk beli rumah.

Waktu tu barulah boleh nak beli kereta baru ke apa. Aku tulis di sini sebab nak jadikan pengjaran pada semua. Memanglah adik beradik kadang gaji besar dan patut bantu adik beradik. Tapi bukanlah dgn cara yg membuatkan adik beradik yg lain tanggung sehinga berpuluh tahun lamanya, tetapi kau lepas tangan.

Kalau sama-sama tanggung tak apa, tapi biarkan adik beradik tu terkontang kanting tanggung berseorangan. Also, please lah stop terlalu naif. Beranikan diri cakap “Tidak” atau “No”. Benda yg kadang-kadang keputusan cuma beberapa minit dan sign itu ini, tetapi kesannya bertahun-tahun.

Tiap-tiap bulan kena bayar sehingga berpuluh tahun lamanya. Dapat yg kena bayar sampai 35 tahun, tak ke naya dgn keputusan pendek beberapa minit ata jam tu? Aku sekarang ni insyaAllah.

Lagi dua tahun, barulah kami boleh lega sikit bila separuh jumlah nilai hutang dia akan langsai. Banyak nasihat kawan-kawan yg pakar kewangan aku rujuk untuk selesaikan masalah isteri aku ni. Jadi, mohon fikir banyak2 sebelum sign dan mohon beranikan diri untuk cakap tidak atau no kepada penjual-penjual yg selalu push-push ni.

Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply