“Solat Tahajud Sebelum Ke Rumah Iqbal Pukul 3 Pagi” DSV Ded4h Cerita Sebenar

Rupanya panjang lagi episode cerita cinta DSV dan Iqbal. Jutawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV) mended4hkan dirinya melakukan solat sunat Tahajud sebelum mengagahkan diri ke kediaman bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli seawal pukul 3 pagi. Seperti ada sesuatu disebalik kej4dian pertemuan DSV dan Iqbal

Datuk Vida Beritahu Cerita Sebenar.Jelas DSV atau turut dikenali sebagai Vida, 49, kehadirannya secara mengejut di kediaman pemuda berusia 27 tahun itu bagi menyedarkan dirinya bahawa telah disih1r!“Saya bukan nak menunggang agama pergi jumpa j4ntan pukul 3 pagi. Tapi apa saya nak cakap saya kena buat solat tahajud dulu, saya kena minta doa dari Tuhan adakah aku patut pergi.

“Kalau aku tak patut pergi, Kau putarkan aku pergi tempat lain atau tak jadikan aku pergi ke sana, atau mengantuk.“Maka lepas buat tu, saya pergi atas sebab si Iqbal dah kena s1hir, kau takkan rasa sakit. Orang takkan percaya. Saya mengenali Iqbal selama tujuh tahun dia bukan orang macam ni.“Tengok mata hitam, kulit dah tak putih lagi, dah jadi kelabu asap. Saya kenal kulit Iqbal putih macam mana,” tegasnya menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Ahad.

Kata Vida lagi, dia tidak terus menyerbu masuk ke kediaman Iqbal sebaliknya, pembantu peribadinya, Dila masuk ke rumah terbabit 30 minit lebih awal kerana perlu menggunakan tandas.“Ketika di sana Dila (pembantu peribadi) masuk 30 minit barulah saya masuk. Nasib baik Dila nak buang air besar, dia gegar rumah orang tu sampai nak runtuh.

“Saya jumpa dua pengawal keselamatan, seandainya tidak diizinkan Tuhan mereka dah hal4u saya balik. “Walau aku DSV, aku rendahkan martabat, runtuhk4n m4ruah aku, menjatuhkan nama aku mencari j4ntan muda waktu 3 pagi. Adakah kau DSV yang namanya di atas sana, melutut mencari j4ntan umur 27 tahun bekas PA aku!” tambahnya.
Selain itu, Vida yakin bahawa Iqbal kini telah dis1hir tanpa sedar dengan niat sebagai perantara untuk menjatuhkan perniagaannya.

“Dia sayang saya, anak-anak saya tiba-tiba jadi benci. Okey tak apa fine, close the story. Saya banyak berdiam diri tapi saya tahu you dah kena sihir oleh mereka yang nak menjahan4mkan bisnes aku, mereka dengk1kan aku, guna Iqbal untuk menj4tuhkan aku dan m4ruah aku.“Si Iqbal ini adalah orang perantaraan yang dihantar sih1r untuk mengh4ncurkan kebahagiaan aku. Kita ada bukti tapi saya tak mahu cakap namanya, biar Tuhan balas!

“Yang sembahyang, pergi Makkah, tunjuk alim, buat orang disebabkan hasad d3ngki melihat kekayaan aku.“Kalau tak nak kat saya, tak kisah. Saya pun ada harga diri, tapi saya nak selamatkan dia daripada dipergunakan orang lain yang d3ngki dan sak1t hati saya. Aku hanya nak kejar kaya akhirat.,” dedah Vida lagi sambil memaafkan perbuatan khur4fat individu berkenaan.

Kata Vida lagi, seorang ustaz telah menjalankan raw4tan perubatan secara Islam dan menemui pelbagai bahan kotor dalam telur ayam kampung selepas selesai proses tersebut baru-baru ini.Sabtu lalu, kehadiran Vida ke kediaman Iqbal mendapat perhatian ramai hingga mencetuskan kata-kata neg4tif terhadap pelantun lagu I Am Me itu.

Dalam pertemuan itu, Vida difahamkan telah menghadiahkan sebentuk cincin bertatahkan permata tanzanite yang dipercayai bernilai lebih mahal daripada permata.
Batu permata berwarna biru itu hanya boleh ditemui berhampiran Gunung Kilimanjaro, Tanzania, Afrika.Ia dipercayai boleh menyembuhkan tubuh secara dalaman dan menyeimbangkan tenaga dalam badan.

Sumber:Gempak Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih

Leave a Reply