Suami ak kerja offshore,xhensem pun gelap je tapi ak da sangat fall in love. Cuma bila cerita bab bilik tidur ak menangis, hampir 2 tahun ak bertahan akhirnya firasat ak makin menajdi kenyataan

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu. Jika artikal ni disiarkan banyak terima kasih aku ucapkan. Saat aku tulis benda ni dah 12 hari aku tak dapat contact laki aku. Kali ni bukan sbb line takde kat platform tapi sebab dia memang hilang.

Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal macam mana semua boleh jadi mcm tu izinkan aku bukan pekung di dada aku untuk pengajaran semua yg sedang berhubungan dgn offshore. Tapi aku ingatkan hanya segelintir offshore sahaja beperangai malaun macam laki aku bukan semua.

Kami kenal tak lama dia kawan lama aku, lepas 9 tahun baru aku jumpa dia balik melalui facebook time tu aku tengah frust juga la. Dia aku malas nak siasat , tapi kami kamceng betul dalam 7 bulan. Walaupun jarak kiteorang jauh tapi hati tetap bersatu.

Aku sabar je mesej dgn dia melalui watsup memang rasa sehati sejiwa betul. Aku tak suka lelaki sweet , aku suka lelaki biasa yg boleh buat aku gelak dan cool je. Alhamdulilah time tu aku jumpa orangnya suami aku.

Lepas kenal 3 bulan aku ajak datang rumah jumpa family, Alhamdulilah lagi smgt dia datang aku ingat lagi masa tu hari raya korban. Bawa lah daging korban dia datang. At first time tu la aku tengok dia lepas 9 tahun dia x hemsem pun gelap je, tapi entah kenapa aku fall in love kat dia.

Lepas tu kami tunang hujung tahun tu dan kahwin bulan 3. Memang ok mula2, dia janji nak jaga aku baik-baik..memang aku rasa bahagia sangat macam di syurga . Alhamdulilah..dia kal aku bila dia duk kat platform, cakap rindu bagai..faham perasaan aku macam mana rindu semua.

First and last dia kal ak time kat platform. Lepas tu bulan 5 plak kami jumpa , aku celebrate bday dkt satu resort ni, happy sgt ni honeymoon pertama kiteorg dan aku rasa last kegembiraan aku dgn dia sebelum macam-macam hal jadi.

Korang mesti nak tahu apa jadikan, pertama dia x penah kal aku walau sepatah pun kalau aku kat sarawak dan dia di sana. Dia cakap dia x suka cakap fon. Kedua, dia x pernah bawak aku pergi pasar malam atau mall sbb takde benda nk beli.

Ketiga, aku pernah naik teksi dari airport ke rumah dia sbb dia x jemput p kenduri kawan dia. Keempat,aku kena minta izin untuk peluk dia ,sebab dia x suka dipeluk panas katanya.

Kelima, dia dah x panggil aku syg dan bahasakan dia abang dalam msj. Keenam,dia x pernah tidur rumah family aku. Ketujuh,dia x pernah datang melawat aku di sarawak walau dah hampir 2 tahun aku kahwin.

Kelapan,kami x pernah kuar makan sama-sama kat kedai makan sbb dia x minat makan kat luar. Kesembilan, dia kalau kat darat sibuk menjual sana sini balik pkul 4-5 pagi

Dan macam-macam lagi, aku malas nak cerita bab bilik tidur aku… nanti kang ada yg nangis. Ni hasil aku dapat lepas hampir 2 tahun kahwin, perkahwinan yg aku harap sampai syurga akhirnya menjadi ner4ka dunia untuk aku.

Korang tahu tak skrg dia hilang, aku x pernah terfikir yg Allah atur sglanya untuk tunjuk kat aku. Aku cuma dapat tahu,dia tiada di platform dan balik darat tapi sepatah pun aku x dpt msj dan panggilan dari dia.

Aku kal ofis dia,tanya maybe dia masuk ofis sbb last aku jumpa dia bulan 8, so bulan 9 dan 10 dia kata dia masuk ofis..ofis kata for sure dia tak ada pun masuk ofis. So aku diperbod0hkan oleh laki offshore yg ingat aku yg tak tahu apa2 pasal dunia laut tu.. macam-macam lah hal nyer..

Sekarang ni, aku just redha dah. Aku dah p pejabat agama aku fikir hidup aku tak boleh dimusnahkan oleh tsunami offshore. Aku mengaku aku akung dia sangat. Tapi tu dulu, skrg aku tak boleh hidup dgn dialagi. Aku syak dia bersama perempuan lain wallahualam aku pun tak pasti.

Aku tak tahu nak gambarkan betapa kecewanya aku dgn laki offshore tu..memang aku betul-betul tak tahu mana dia skrg sbb tgk schedule dalam hjg minggu ni dia naik platform balik …so aku just tunggu lagi macam perempuan lindungan kaabah ,tunggu dia contact aku macam selalu.

Aku tulis benda ni bukan nak suruh korang tolong cari laki aku, tak payah. Tiba masa dia akan muncul tu. Tapi aku cuma nak ingatkan hati-hati dgn offshore man ni serius aku pun x faham apa lagi yg dorang nak .aku tak kata aku baik tapi aku berani bagi jaminan aku setia je kat sini walau aku ada kerjaya dan rupa berbanding dia.

Tolong la ea, pikir dulu before nk hidup dgn offshore ni,dorang banyak duit nak perempuan macam 7e je, masuk lepas tu chow. Fikir betul-betul , buat istikarah dan musyawarah pikir lebih 100 kali biar Allah tunjuk jalan lurus.

Aku sekarang ni dah fikir abes dah, memang aku x leh go on dah dgn mamat offshore ni aku kena move on sblm aku diperbod0hkan lagi sekali. Orang kalau dah tipu sekali, for sure akan tipu lagi..

Jadi perempuan nI, kena kuat mental , emosi dan segalanya. Aku sedih sangat tapi aku terpaksa pergi aku yakin dia tak akung aku,tiada orang syg someone tapi buat macam dia buat kat aku. Kepala otak aku pun nak pecah dah pkir pasal kiteorang. Aku nak stop dah. Semuanya.

Doakan eh korang. Allah mudahkan semua yg sulit dalam hidup aku. Aku buntu tapi aku yakin Allah Maha Penyayg, dia akung giler aku. So aku skrg nI kena kuat banding smlm. Doakan ea

Ini pula kisah ke 2 mengenai suami kerja offshore juga. Aku seorang surirumah dan suami pekerja offshore. Kami sudah berkahwin 4 tahun dan ada seorang anak berusia 3 tahun. Tuntutan kerja menyebabkan suami slalu outstation 3 hingga 6 bulan lamanya.

Aku ada 3 masalah utama dlm perkahwinan ini.. Pertama, setiap kali suami balik dan sampai ke rumah..suami tidak sabar untuk bersama dan meminta aku melayannya walaupun pada ketika itu anak kami masih belum tidur.

Aku kurang senang kerana naluri seorang ibu ingin tunjukkan perkara yg baik2 sahaja pada anak. Aksi bersama suami isteri bukanlah permandangan yg baik untuk anak kecil.

Selain itu juga, Apabila aku melengah2 dgn hidangkan makanan atau segera ke bilik untuk menidurkan anak, suami menjadi dingin dan tidak akan menyentuh aku hingga 3 minggu lamanyaku cuba menarik perhatian suami, namun dia akan buat seolah2 aku tidak wujud dgn menghadap game di handphonenya.

Masalah kedua, apabila suami balik bercuti..biasanya dia akan ada masa sebulan hingga dua bulan bersama aku dan anak. Malangnya ibu mertua terlalu kerap menelefon suami untuk membawanya berjalan2 melawat saudara-mara, pergi kenduri kendara, atau berjalan2 bercuti.

Jarak rumah kami dgn ibu mertua dalam 40minit. Boleh dikatakan seminggu 4-5hari suami terpaksa melayan kehendak ibunya. Pada awal perkahwinan aku rasa bahagia sebab dapat selalu berkumpul bersama. Tapi lama-kelamaan aku rasa seolah2 aku dan suami langsung tiada masa berdua untuk selesaikan masalah yg terpendam.

aku tidak salahkan ibu mertua dan aku sgt akugknnya seperti ibu aku. Cuma kami terlalu letih berlulang alik dan kerap travel ke rumah saudara-mara yg jauh. Dah macam sepanjang tahun adalah hari raya.

Kehidupan aku, suami dan anak hanya habis dalam perjalanan dan melayan ibu mertua. Suami tidak pernah berkira untuk memberi belanja kepada keluarganya termasuk anak-anak buah nya.

Namun naluri seorang ibu terusik juga bila anak sendiri pakai baju lama yg sendat2 tak berganti dan hanya makan maggi sup ayam (semasa suami outstation) sedangkan anak-anak buah dimewahkn dgn duit belanja dan makan yg sedap2.

Allahu..sabarlah wahai hati.. Pendek kata suami obsessed melebih2 kan keluarga besarnya dahulu berbanding aku dan anak. Masalah ketiga berkait rapat dgn masalah pertama dan kedua, suami meremeh2kan soal nafkah. Apabila kerap dingin dan mengelak untuk bersama, aku selalu berasa sedih.

aku cintakn suami sejak zaman universiti dan perkenalan kami sudah lebih 14tahun. Setelah berkahwin, meniti hari2 tanpa suami yg bekerja offshore adalah sgt perit. Sunyi, rindu, risau dan macam2 doa setiap hari hanya untuk dia. Hampir setiap hari memikirkan keadaannya di pelantar/kapal.

Namun bila suami balik tanpa ada perasaan sama seperti apa yg aku rasa..aku jd kecewa. Dari pandangan matanya aku tahu hatinya kosong. Kami hanya akan bersama sebulan sekali, itu pun bila dia mahu. aku tidak larat ungkit kisah silam dan bergadvh dgnnya.

Sebenarnya tahun pertama hingga ketiga perkahwinan kami, suami memang ada menjalinkan hubungan dgn beberapa wanita..namun semuanya kantoi bila husband kepada scandal nya ingin report polis, ada yg aku sendiri dpt tahu melalui passport dan mesej WhatsApp nya.

ada yg aku dpt tahu melalui call history handphone nya dan banyak lagi. Tp tahun keempat ini suami berkelakuan agak baik cuma suami gantikan pula dgn mengelak untuk bersama dan mesra sebagai suami isteri.

Nafkah zahir juga sudah setahun tidak diberi. aku tahu dia sgt mampu tetapi sengaja memperlakukan aku begini. Mungkin ada sedikit dendam pada aku. aku kesian pd anak aku kerana ada masanya kami hanya makan maggi dgn air masak sahaja. Memang aku seorang surirumah, tapi aku tak sanggup dilayan sebegini.

Pernah terlintas difikiran seperti ingin keluar bekerja. Namun bila teringat kata2 suami, aku tidak sanggup jadi isteri yg nusyuz. Lebih2 lagi bila suami tiada di rumah. Kini aku byk bergantung pd pendapatan on9. Setelah 4 tahun melalui alam perkahwinan yg mencabar ini..aku rasa aku tak mampu bertahan lama kalau berlarutan begini.

Sumber: KRT. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply