Suami aku bukan calon pilihan ibu, maka dia dilayan seperti orang ‘rendahan’ tanpa aku ketahui, hinggalah tiba masa aku nak bersalin, xsangka ibu sanggup suruh suami lakukan begitu smpai ak sendiri tak dapat terima

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini.

Salam. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Namaku Mawar, sudah berkahwin dan inshaAllah bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi, setelah bertahun2 hadapi cabaran dan keguguran (doakan kami ya).

Aku mempunyai seorang suami, Ali yang sangat penyayang, yang mana semua pekerjaan rumah dia yang uruskan, keinginanku dia sentiasa cukupkan. Alhamdulillah kehidupan kami serba bahagia. Masalah yang inginku luahkan ini, sebenarnya sudah lama membusuk, cuma aku baru terbuka mata dan sedar recently selepas Ali meluahkan padaku setelah kesabarannya meledak.

Rupa2nya selama ini, dia makan hati dengan layanan ibuku terhadapnya sebagai ”orang rendahan”. Berbanding ayahku, sangat humble dan low profile dalam melayani sesiapa sahaja. Aku tidak menyangka dalam bertahun2 ini Ali memendam rasa kerana di hadapanku dia cukup bersahaja.

Serba sedikit tentang ibuku. Ibuku seorang yang berpendidikan tinggi, mempunyai adik-beradik yang tidak kurang hebatnya. Ibu dan makcik pakcik kami mungkin gaya mewah, tapi kami adik beradik sebaliknya, pakai pun ala kadar ikut style ayah.

Kami bukanlah golongan kayangan, cuma gaya ibu sahaja ala2 berada. Ibu suka bercerita megah tentang hal dia, berulang2 hingga aku dan adik beradik lali. Kami anggap itu perkara biasa.

Kami sendiri kadang2 sengaja tak mendengar serius sangat tentang apa sahaja yang ibu luahkan. Ibu kan. Dengar gitu sahajalah. Kami anak2 juga jarang share cerita pada ibu. Sebab nanti ibu takkan dengar pun. Ibu potong cerita dengan mengulas tentang kisah dia pula.

Let say Kita excited nak citer skor subjek yadaa yadaa, belum sempat habis citer, dia akan potong dengan citer dulu dia pn skor as pelajar terbaik. Haha. Selain itu, Ibu mahu semua perkara dalam aturannya. Contohnya.. Bidang yang dia mahu aku lalui adalah medik. Tapi aku pilih engineering, end up ibu frust dengan kedegilan aku.

Jodohku juga mulanya dia ingin atur, namun kuasa Allah jodohku dengan Ali kuat, walau awal nya ibu bantah atas alasan pekerjaan Ali biasa2 berbanding aku. (Aku tunggu nasib adik ku pula, baru putus dengan kekasih kerana ibu tak setuju. Sekarang ibu tengah kenen kan dengan calon pilihan, lihat kesudahan macam mana).

Berbalik pada cerita Ali dan ibu. Dalam beberapa tahun ini, ibu sebenarnya rajin confront Ali tanpa pengetahuan aku. Mahukan dia bagi aku itu ini, barang kemas la, rumah la, set pakaian lah.

Pekerjaan rumah juga rupanya dia yang arahkan Ali untuk buat di awal perkahwinan. No problem buat Ali kerana Ali memang rajin. Masalah cuma pada kewangan sedikit. Pendapatan Ali dan Aku jauh beza, kadang2 nafkah duit bulanan dia tersangkut untuk beri.

Itu bukan isu bagi aku, kerana Ali sudah sediakan kediaman dan makan minum yang cukup. Bila ada rezeki lebih, baru dia hulur duit. Kadang aku sendiri yang offer cukupkan keperluan kami kalau perasan kesusahan dia bulan tersebut, walaupun dia mula2 akan menolak.

Seperti yang aku mention awal2, ibu suka bercerita tentang dirinya dan saudara2nya. Ali pun jenis peramah suka bercerita. Pabila awal perkahwinan ibu bertanyakan background Ali (tanpa aku waktu itu), sejujurnya Ali share secara bersahaja. Ibu Ali lulusan tingkatan 3, saudara-mara Ali juga lebih kurang pendidikan yang sama, lantaran hidup yang susah dahulu.

Belum habis Ali bercerita, ibu pangkas. Membuka cerita tentang penting nya pendidikan, bagaimana dia mencapai tahap sekarang begitu juga saudara2 beradiknya yang lain walaupun ‘susah’. Bahkan mempersoalkan kenapa Famili Ali tidak sambung belajar. Aduh..

Itu merupakan detik awal Ali mula menjauh hati dan kurang bercerita lagi. Malah makin membarah, Ali dalam diam semakin irritated dengan perangai ibu yang suka bermegah dan merendahkan orang lain.

Hal ini berlarutan lamanya. Ada sahaja hal yang ibu ceritakan yang terselit nada perkecilkan orang lain. Bagi aku dan famili aku, kami sekadar dengar lalu gitu je. Tapi bagi Ali, as one of object yang diperkecilkan semestinya dia sedikit terasa.

Baru2 ini, adik aku mendapat tawaran oversea. Makin menggunung kebanggan ibuku, ulang cerita tentang kepayahannya membesarkan adik hingga berjaya ke German, di compare kan dengan adik beradik Ali.

Part ini aku perasan muka Ali berubah. Tapi aku tak terfikir jauh sewaktu itu. Kini setelah bertahun, aku hamil 8 bulan. Kali ini baru aku sedikit perasan dan sedar perangai ibu yang sedikit sebanyak mengguris hati orang.

Ibu berulang kali memaksa Ali daftar aku bersalin di hospital swasta, sepertimana dia dahulu bersalin kan anak2 semua di hospital swasta. Duit tak cukup macam mana pun, kena usahakan juga. Dia juga telah memilih nama untuk anak kami, dan mahukan anak ini bersekolah di sekolah berprestij. Ibu juga mahu bayi ini tinggal bersamanya.

Aku yang dah lali, semestinya masuk telinga kanan keluar kiri. Of course ler dono je dengan aturan ibu, cuma sedikit terasa kenapa ibu nak atur kehidupan anak kecik ni pula. Ingat aku akan follow? Heh.. Tapi berbeza dengan Ali, dia senyap tidak bersuara.

Sesampainya rumah kami (jarak rumah selang 3 daerah), tercetus lah luahan yang di simpan bertahun2. Kesabarannya sudah tipis apabila urusan bersalin dan anak yang bakal lahir ini pun mahu di atur oleh ibu.

Ali siap memikirkan better berpisah sekiranya berterusan diperkecilkan dan kehidupan umpama boneka. Aku termangu.. Bagaimana nak pulihkan hubungan mereka? Ibu yang semestinya berperangai begitu, susah nak berubah. Aku sayangkan keluarga ini.

Aku minta Ali buat dono je, tapi of course sebab aku bukan di tempat dia, aku tak merasa pedih nya perasaan dia. Huhu. Puas aku fikirkan, apa patut aku buat. Biasa kita dengar masalah menantu perempuan vs mertua. Tapi hal aku ini, menantu lelaki vs mertua.

Sudah berminggu aku dan Ali dingin gara2 Ali masih lagi terbawa pedih hatinya terhadap ibuku. Aku nak beranak dah ni oii.. Macam mana nak jernihkan masalah ni sebelum bayi kami lihat dunia? Huhu..Mawar (Bukan nama sebenar)

Ini pula kisah kedua. Sambungan dari kisah di atas. Tajuk “Dilema Seorang Anak”. Assalamualaikum. Saya kenalkan diri saya sebagai M sahaja. Saya berasal dari Selangor, punyai kerja tetap yang income biasa2 sahaja, ada business sendiri dan mempunyai dua orang anak lelaki yang meningkat remaja.

Saya rasa bersalah nak meluahkan tapi sekarang benda2 macam ni memang killed me inside. Selepas membaca luahan isteri kepada Ali. Yang mempunyai conflict bersama ibu mertuanya, somehow saya terfikir.. kenapa ye…. kenapa ibu2 macam ni tak nak menerima jodoh yang Allah dah tetapkan dan nak lawan takdir tak habis2?

Kenapa saya bermonolog sedemikian? Sebab apa yang jadi pada Ali, terjadi juga kepada bekas suami saya. Saya berkahwin atas dasar sayang cinta dan kami disatukan pada awal tahun 2012. Memang dari awal lagi mak saya tak suka akan suami kerana kami nikah tanpa hantaran yang saya minta dari suami.

Majlis pula ditanggung oleh mak ayah, seperti mana permintaan mak ayah kerana katanya menurut islam, pernikahan anak perempuan tu tanggungjawab ibu bapa. Dan mengikut kewangan ibu bapa, mereka di tahap lebih dari mampu untuk membuat majlis kami yang kecil tu.

Dan bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri. Suami bawa saya pindah ke Damansara, memandangkan dia kerja di situ dan saya masih belajar final year. Dan bermulalah episode mak datang buat spot check, datang nak singgah makan etc.

Dalam keadaan kami baru bermula nak hidup, dan adik2 suami ada yang datang menumpang memandangkan waktu tu kami buka perniagaan di Subang dan adik2 ipar saya merupakan pekerja kami.

Setiap hari, lebih kurang 4-5x mak akan call saya dan minta saya bercerita pasal rumahtangga saya. Minta saya cerita pasal ipar duai, pasal suami bagi makan apa. Suami tu, suami ni.

Salah saya masa tu sebab terlalu mengikut semua. Sampaikan waktu saya bekerja pun, saya kena jawab call mak dan habiskan masa di tanggga belakang office selama sejam untuk dengar apa sahaja mak cerita dan mak punya gossip pasal keluarga mertua.

Keluarga mertua asalnya dr kampung dan kami pulak kononnya dibesarkan di bandar. Jadi pada mak, orang kampung tu ini, orang kampung tu ini…. semua tak kena di mata dia.

Things get worst bila mak yang dulunya letak harapan tinggi untuk saya berjodohan dengan doctor, engineer, kenalan universiti saya..tahu suami hanyalah lepasan PMR. suami tak ambil SPM atas beberapa faktor.

Macam2 cerita yang keluar. Saya dibom0hkan, mertua bom0hkan saya. saya kena minyak dagu etc. Dan suami dipressure dengan test yang bukan2. Ayah kononnya nak pinjam duit suami, ada urgent. melibatkan amount yang banyak. Walhal ayah seorang yang berduit.

Bila saya tanya kenapa buat macam tu, mereka mula mempersoalkan hal saya kawen tanpa hantaran. Mempersoalkan tentang majlis yang mereka tanggung sebelum ni. Saya tak tahu pihak mana yang saya kena dahulukan. Suami jadi makin membenci. Kemarahan dihamburkan kepada saya, segala kata hinaan dia telan tapi saya yang jadi m4ngsa.

Anak-anak selamat lahir, mak bawak saya berubat. katanya, selalunya selepas dua anak ni saya akan dapat ingatan saya semula.. saya akan sedar dari ilmu hitam suami.

Saya dibawak berubat dengan kenalannya. Mandi limau lah, jampi serapah lah.. Macam2. At last, kami berpisah. Suami saya macam orang gila masa saya mula2 nak berpisah dengan dia. Melutut, merayu, sembah kaki mak ayah semua. Tapi.. Entah…..

Saya masa tu lebih memilih untuk dengar cakap mak yang kononnya saya kena buatan orang, saya makan darah pontianak lah ape lah…. Macam2 cerita karut masa tu. Dan sekarang dah hampir 6 tahun kisah tu. Dan bom0h yang kononnya merawat saya tu pun sakit teruk sekarang. Bom0h tu kenalan ibu.

Dan semalam, saya slowtalk dengan bekas suami.. untuk kami bersama balik.. Memandangkan dia pun belum bernikah baru (serik katanya) dan saya pun belum bernikah baru. sejujurnya, saya sangat serik nak bernikah.

Tapi bekas suami tak mahu, selagi ibu saya masih begitu. Dia serik dihina orang kampung dan macam2. Dua hari lepas, saya ziarah mertua saya.. Mak saya tetap mer0yan. Tak habis2, dalam whatsapp status mengata saya macam2. Selama ni, bila ada kelapangan saja, saya akan balik ke kampung mertua dengan anak2 untuk ziarah mereka senyap2..

Tanpa pengetahuan ibu bapa saya. Tapi sekarang memandangkan anak dah besar, anak2 yang beritahu ibu saya ke mana kami pergi. Kenapa ye? Kenapa beliau tak boleh terima yang saya melawat itu atas dasar silaturrahim, atas dasar seorang menantu bawak cucu untuk ziarah nenek. Kenapa perlu dikawal semuanya?

Untuk info, saya masih tinggal bersama ibu bapa saya selepas bercer4i dengan bekas suami. Saya dah cuba beberapa kali untuk hidup sendiri tapi tak dibenarkan. Setiap kali saya ingin bernikah baru, juga dihalang. Atas alasan, suami baru akan habiskan duit saya, suami baru akan dera anak2 saya, suami baru akan halang saya bagi duit pada mereka, suami baru itu suami baru ini.

Untuk info, ibu saya dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah. Di mana beliau di besarkan oleh mak kandung dan bapa tiri yang mendera beliau. Dan traum4tized tu sekarang sangat menyusahkan saya.

Bila saya nak stay menyewa luar, dikatakan “lebih baik bagi duit tu pada dia daripada bayar dekat orang lain”. Dan saya bukan menumpang percuma, lebih 1200 sebulan saya habiskan untuk rumah, bayar kepada ibu bapa. Saya tak tahulah. Saya ni anak derhaka ke kalau lepas ni saya memilih untuk bersama bekas suami semula dan pilih untuk keluar dari rumah ibu bapa?

Adakah saya derhaka bila saya memilih keperluan anak2 saya yang sudah mulai mempersoalkan kenapa saya dan bekas suami bercer4i, saya memilih untuk bersatu balik… adakah saya ni kategori anak derhaka? Dan kalau lepas ni saya nak limitkan apa sahaja yang ibu minta, saya nak spend untuk anak lebih, adakah saya derhaka? Kenapa ye dia perlu kongkong saya macam ni?

Jarak saya ke office juga hampir sejam sehala.. Juga saya tak dibenarkan untuk berpindah berdekatan dengan office, saya tetap dilarang keluar, dilarang untuk memiliki kehidupan di rumah sendiri.

Kena berhimpit dalam bilik sempit di rumah mak ayah bersama anak2 meningkat remaja. Bayangkan, anak2 saya keduanya lelaki. Kami duduk 3 beranak dalam bilik sempit tu. Hanya kerana saya tak dibenarkan keluar dari situ.

Saya lelah penat nak telan semua kata2, sampai sentiasa berfikir nak b*nuh diri setiap hari. Setiap hari saya balik rumah, saya akan fikir saya nak b*nuh diri. Bebaskan diri saya dari semua ni.. Jauh dari semua kata2 yang masuk ke telinga setiap hari…

Saya dikatakan sebagai anak derhaka jika keluar. Saya dikatakan sebagai anak yang tak mengenang budi jika keluar. Waktu bercer4i, mereka yang kutip kami anak beranak dan sekarang nak keluar tinggalkan mereka.

Saya dikatakan sebagai anak yang taknak menyumbang kepada mak bapak jika keluar dari situ. Dikatakan sebagai anak yang lebih rela bagi duit dekat orang lain daripada duduk di situ dan tolong menyumbang kepada keluarga.

Saya dikatakan sebagai ibu yang gagal bilamana anak2 saya nakal. Saya dikatakan sebagai anak yang gagal, perempuan yang gagal bila tak dapat nak provide handbag baru..Baju baru dekat mak..Sedangkan adik yang lain mampu beli bagi mak.

Nak handbag baru berapa banyak lagi????? Sekuat mana saya cuba pun, semua nak kata saya gagal. Baik saya m4ti saja. Sebanyak mana saya labur duit saya setiap hari pada mereka pun, tetap dikatakan anak yang gagal.

Baik saya m4ti saja kan? Lebih baik saya dan anak2 tak perlu wujud di dunia ni. Selesai semua masalah. Puan M (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih

Leave a Reply