Suami guru agama, anak murid baju semua besar2, tapi suami tetap terlajak bergayut smpai pagi, meronda malam2 smpai isteri tegar lakukan hal itu untuk hentikan hubungan mereka

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum, izinkan saya kenalkan diri ini sebagai Puan M. Seorang guru, mengajar di sebuah sekolah menengah di pantai timur. Punyai anak 4 orang dan seorang suami, juga seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah rendah.

Oleh kerana vir4l isu tentang guru, dan pelajar yang bernama Ain, ramai aku perhatikan rakan rakan guru tak kurang juga masyarakat lebih memandang fizikal Ain, bab avrat sebab Ain tak bertudung.

Bagi aku, selepas peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup aku pada tahun 2017-2018 persepsi aku sudah mula berubah. Bekas anak murid suamiku, bercinta dengan suamiku sendiri ketika umur murid itu 15 tahun. Macam mana semua ni bermula, hanya melalui telefon.

Bekas anak murid suami aku nama nya E, sekolah agama, pakai tudung labuh, baju besar dan sopan, bercakap sopan pada aku mana mungkin boleh berlaku begitu. Tapi benarlah. Cinta itu buta.

Semua terbongkar setelah kawan kawan satu asrama E berpakat untuk melaporkan pada guru serta salah seorang kawan E telah menghubungi aku. Memang aku terkejut dan hampir tak percaya tapi aku siasat dulu kejadian tu.

Aku ke sekolah E, aku ambik no telefon kawan nya. Aku mulakan siasatan. Aku cek bil telefon suami aku, setiap malam pkul 1 pagi hingga ke subuh suami aku dan E berbual di telefon. Aku cek telefon suami penuh dengan mesej sayang, rindu dan E panggil suami aku Biey.

Suami aku dan E ni rupanya dah banyak kali keluar berdua, dan E ni ada geng di sekolahnya. Setiap kali E keluar, geng dia akan cover bagitau E ada diasrama.

Suami aku selalu bagi duit dekat E. E akan belanja geng dia makan sedap sedap, suami aku juga akan bawak geng E shopping. Kemuncak peristiwa, suami aku telah bawa E keluar dan E takut untuk balik ke asrama sebab sudah malam jadi suami aku bawa E meronda sampai pagi.

Semua ni ada bukti, ada bukti bergambar, E datang ke sekolah suami aku dan bergambar berpeluk bahu. Aku menyiasat dan aku memutuskan untuk melaporkan pada pihak sekolah dan ibubapa E.

E bertudung labuh, waktu cuti ke sekolah pondok. Ibu bapa E juga orang baik baik. Jadi aku cukup tak setuju jika dikatakan seorang pelajar perempuan tak bertudung tu akhlaknya tak baik. Siapa kita nak menduga. Aku dah lalui. Aku bercakap melalui pengalaman.

Bukan aku tak melarang E, Aku pernah melarang supaya jangan hubungi suami aku lagi. Tapi E hanya berpura pura. Malangnya di belakang aku, E menggoda iman suami aku. Aku tak salahkan E sepenuhnya suami aku juga salah, dia juga lalai dan leka.

Yang aku nampak disini, peranan ibu bapa. Ingat, perwatakan anak anak di rumah dan disekolah adalah 2 watak yang berbeza. Kadangkala yang kita nampak nakal di rumah, pandai pula menjaga diri diluar.

Jadi peringatan untuk ibubapa yang ada anak perempuan meningkat dewasa, juga ingatan untuk diri aku juga pertama perhatikan perlakuan anak perempauan kita. Jika asyik dengan telefon, setiap masa bergayut, main telefon, tak kira siang, malam…. itu petanda yang tak baik.

Ada ibubapa tak berani nak tengok kandungan telefon anak masing masing atas dasar percaya. Zaman dah berubah… anak anak sekarang dah tak sama macam zaman dahulu. Banyak aplikasi yang boleh merosakkan.

Berbalik pada kisah E, E telah dibuang sekolah dan suami aku juga telah diberi warning oleh ibubapa E. Jelas, ibubapa E menyalahkan suami aku sebab suami aku guru, punya pemikiran yang matang. Kata mereka E masih budak budak. Tak tahu beza baik dan buruk.

Diharap cerita aku ni disiarkan untuk jadi tauladan kita bersama, khususnya kalau ada anak perempuan, tinggal di asrama. Pantaulah telefon anak. Sebab k3s yang berlaku di sekolah sekarang ni, kebanyakan budak perempuan yang mengandung, yang lari ikut teman lelaki bukan pelajar perempuan yang nakal.

Majoriti pelajar yang baik dan sopan. Jadi semua bergantung pada hati, pada Iman, pada didikan ibubapa. Sumber ekisah.

Di sini admin nak kongsikan tips bagi ibu bapa yg ada anak perempuan,semoga berguna kepada para pembaca. Pertama, Kenalkan anak perempuan anda dengan Allah sejak bayi lagi

Apabila ingin menidurkan anak, dodoikan anak perempuan anda dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji nama Allah. Apabila selalu didengarkan dengan nama Allah, anak perempuan anda akan mengenali dan mencintai Allah.

Kedua, Pakaikan anak perempuan dengan pakaian yang sopan sejak kecil. Seawal anak perempuan anda bayi lagi, elakkan dari memakaikan baju tak berlengan nampak ketiak dan skirt pendek yang menampakkan kaki serta peha. Ajar anak anda untuk memakai baju berlengan panjang dan seluar atau skirt panjang tanpa mendedahkan sebarang anggota badan. Apabila anak anda semakin besar, ajar anak untuk bertudung.

Ketiga, Ajar anak perempuan anda sifat malu. Jika diperhatikan, anak-anak perempuan zaman sekarang kurang sifat malunya. Mereka bergelak-ketawa dan duduk dalam posisi yang kurang sopan, bergaul bebas dengan kawan lelaki, dan tidak menutup avrat dengan sempurna. Ini semua berlaku kerana tiada perasaan malu dalam diri mereka.

Keempat, Ajak anak perempuan solat bersama seawal yang mampu. Solat merupakan tiang agama. Di antara cara untuk mengajar anak perempuan anda bersolat ialah dengan cara mengajak anak anda solat sekali bersama anda.

Setiap kali anak nak solat, bentangkan sejadah untuk anak perempuan anda. Tak kisahlah kalau anak anda tidak solat dengan betul pada tahap ini, apa yang penting anda dah perkenalkan solat kepadanya.

Kelima Ajar anak perempuan cara solat dengan betul seawal umur 7 tahun. Apabila anak perempuan anda mencecah umur 7 tahun, anda boleh mengajarnya cara solat dengan betul. Ajak anak solat bersama, tegur anak perempuan anda sekiranya dia meninggalkan solat dengan sengaja.

Keenam, Rotan anak perempuan yang tidak mahu solat apabila berumur 10 tahun. Cara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang seterusnya ialah merotan anak perempuan anda yang sengaja tidak mahu bersolat apabila umurnya sudah mencecah 10 tahun, walau pun dia masih belum akil b4ligh.

Bagaimanakah cara merotan yang boleh anda lakukan? Caranya, rotan betis dan tapak kaki anak perempuan anda dengan kekuatan sederhana tanpa menyebabkan sebarang luka atau kecederaan. Ingat! Niat utama anda ialah untuk menyuruh anak perempuan anda solat, bukannya untuk menghukvm.

Ketujuh, Jangan pukul anak perempuan anda dari bahagian lutut ke atas. Tips ini boleh diguna pakai untuk kedua-dua anak lelaki dan juga anak perempuan. Elakkan memukul anak anda dari bahagian lutut ke atas, terutamanya bahagian muka. Jika anda ingin memukul dengan niat untuk mengajar, pukul bahagian betisnya atau tapak kaki.

Sumber bidadari. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply