Suami kalaulah dia benar-benar ikhlas,tak ada anak pun dia akan tetap sayang isterinya hingga hujung ny@wa

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahayamata sebagai pengikat kasih. Namun tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga berpeluang memilikan cahaya mata sendiri.

Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyambung zuriat namun tidak kurang juga yang masih terus menunggu zuriat diimpikan, m4langnya masih belum kunjung tiba.

Dalam situasi ini kaum wanitalah yang paling tertekan dan sering dipers@lahkan. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sangat kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu.

Tapi setelah enam bulan kahwin, masih tak ada lagi tanda akan mengandung, malah period datang macam biasa je.Orang sekeliling pula,selalunya ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan akan selalu bertanyakan pasal ni.Fuhh..

Selepas tu kita pun akan mula rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Orang lain elok je bunting pelamin segala bagai dan ada yang lepas pantang terus hamil lagi.

Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yang tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.

Buat wanita, isteri yang amat mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak-anak buat kita.Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang boleh buatkan kita lagi tertekan.

Sebenarnya ramai wanita di luar sana yang boleh mudah mengandung, anak sampai dua atau tia, tapi suami tak sayang. Kena cer@i, kena tipv, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak tapi suami tak sayang.

Sekarang fikir, kita yang lambat mengandung ni ada je suami siang malam duduk dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh ambil berat, dan tak cur4ng pun dibelakang kita.Jadi, suami ini adalah suatu nikmat.

Kita suka sangat letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbab mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sangat lupa, Allah boleh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sebenarnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita.

Jangan tertekan sangat bila tak ada anak lagi. Kita kira anak ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul.

Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dengan agama. Mampukah kita sbnrnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini.

Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sebelum diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dapat pergi bercuti ke sana sini.

Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yang akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.

Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yang Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadangkala kita lihat, dah kahwin bertahun-tahun takda anak, rupanya ada takdir lain yang mendatang, suami pula bermasalah.

Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.Kita kira anak itu satu-satunya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.

Suami kalau ikhlas sayang, takda anak pun dia akan sayang sampai m@ti. Kita pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih cur@ng pada isteri!

Hidup ini perlu banyak belajar untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.

Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.

Apa Kata Anda.. Mohon maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih! Kredit FB: Suffiyah Ramadhani II

Leave a Reply