Suami sangat kedekut. Sy nekad nak cerrai sampai nk shopping pun xda det. Tk sgka, lps suami sudah tiada ini sy dpt. Patut mahkamah pun pelik keluarga sebelah arwh tak nk tuntut sesen pun

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalam semua pembaca. Saya adalah antara manusia paling bertuah di muka bumiNya ini. Ini yang saya rasa sebab banyak rezeki yang Dia beri pada saya yang ramai sangat orang cari-cari tapi saya dapat walaupun saya tak nak. Ini termasuklah peluang belajar di overseas, jodoh pun dari lulusan UK, dapat kerja yang best di UIAM.

Berkahwin dengan lelaki yang amat baik dengan keluarga mertua yang layan saya lebih baik daripada anaknya dan macam-macam lagi. Bayangkan suami saya tak bagi iron baju dia sebab takut saya penat. Bila balik rumah mertua, mak mertua saya suruh tengok tv bila saya masuk dapur sebab katanya saya mesti penat sebab saya bekerja.

Itu sebelum ada anak. Bayangkan betapa bertuahnya saya. Macam mana saya boleh bertuah begini? Mudah je. Bila saya nak apa-apa, saya minta direct daripada pemberi rezeki saya. Ya, saya minta dalam sujud saya padaNya. Sebab ayah saya bukan jenis yang kenal datuk, tan sri. Tak reti pakai kabel. Minta direct pada Allah dengan niat lillahita’ala. Malah adik-beradik saya pun kalau nak apa-apa, mesti minta saya doakan sebab di mata mereka doa saya sentiasa dimakbulkan.

Saya nak kahwin pun saya minta pada Allah dalam sujud untuk temukan lelaki yang boleh jadi menantu yang baik untuk ayah saya. Saya kahwin lambat, pada usia 31 tahun. Sebab saya tak berminat sangat dengan perkahwinan setelah tengok contoh-contoh lelaki pelik i.e. kuat mencarvt, mengikis duit isteri, simpan perempuan lain, ketagih lcah, dll.

Saya pun kahwin sebab saya jatuh kesian tengok muka ayah saya waktu dia tanya bila saya nak kahwin. Tiga orang kakak dan adik saya dah kahwin dan melalui percraian yang dahsyat dengan syit4n jant4n. Siap bawa lari anak, kami kejar, acv senjata kat anak bagai.

Kalah drama melayu. Saya jugalah yang turun naik mahkamah teman adik kakak saya untuk proses percraian. Kiranya muka saya ni muka mahkamah syariah la. Haha. Waktu saya berkahwin, saya dah ada kereta dan rumah sendiri sebab kononnya saya nak grow old dengan adik saya. Suami pula arkitek yang baru 3 tahun bekerja, rumah tak beli lagi, kereta pun kereta buruk secondhand.

Ya, arkitek dalam dunia sebenar bukan macam dalam tv3 pkul 7 tu ye tuan puan. Bila kahwin, semua kena share, esp duit. Kami beli rumah corner lot di Shah Alam dan buat joint loan. Saya bagi Vios saya kepada adik saya dan share beli Civic dengan suami.

Saya juga kuat berbelanja untuk pakaian, kasut, handbag, jam, barang kemas. Gaji saya masa tu lagi besar dari suami. Suami saya calculative dan suka spend money on investments. Tapi dia tak kisah saya bagi kereta pada adik saya dan spend my own money beli benda yang saya suka. Cumanya dia insist saya share bayar rumah dan kereta sebab pada dia marriage must be built together to make it meaningful.

Pada saya dia kedekut dan berkira sangat. Saya pula dah biasa buat keputusan sendiri. Yaa, ketika itu saya angkuh dan smbong. Banyak benda saya tak puas hati dengan suami sebab saya dah biasa independent dan make my own decisions.

Saya siap minta crai dari suami sambil nangis dalam kereta on the way pergi kerja sebab saya asyik kering je, susah nak shopping. Mujurlah suami relax je sbb dia tahu walaupun saya kuat melenting tapi saya juga berfikiran rasional dan bukan short term thinker.

Dia pun tahu saya kahwini dia sebab ayah saya, jadi selagi ayah saya hidup, saya takkan ke mahkamah. Allah takdirkan saya bertemu seorang rakan sekerja yang juga bekas peguam syariah, Kak W. Saya tanya dia, perluukah saya penuhi tanggungjawab saya sebagai isteri kalau suami saya tak penuhi tanggungjawab dia? Di mata saya, suami saya serba kekurangan.

Angkvhnya saya. Jawapan kakak itu tak memuaskan hati saya. Katanya, “Tanggungjawab kita, kita settlekan. Tanggungjawab dia, itu antara dia dan Allah”. Pahitnya saya nak telan. Tapi jawapan itu buat saya berfikir panjang.

Kak W ni walaupun pensyarah law dan peguam syariah, suaminya berseluar pendek. Tapi Kak W sentiasa senyum, positif dan tak pernah cerita yang buruk-buruk tentang suaminya. It dawned upon me that her marriage must be more challenging than mine.

But she strived on, smiling, not for her husband’s sake but her own. Saya pun buat keputusan. Dengan diselubungi rasa bengkek dan puas hati, saya niat, “Fine. Saya akan tunaikan tanggungjawab saya terhadap suami TAPI bukan sebab saya suka dia.

Saya buat semua ni sebab saya nak settlekan bahagian saya, supaya saya boleh jawab bila Dia soal saya di akhirat. Itu je.” Bermula dari situ, saya cuba sedaya upaya untuk tunaikan hak suami. Alhamdulillah, suami pun bukan jenis typical Malay man.

Rumah kami walaupun corner lot tapi tak ada dapur sebab saya tak suka masak. Memang balik kerja singgah dinner siap-siap. Senang. Suami basuh, lipat dan iron baju sendiri sebab dia tahu saya tak suka buat kerja rumah. Seminggu sekali dia akan panggil Indon ke rumah untuk kemas rumah dan lipat kain baju.

Apa yang membuatkan suami saya bahagia adalah bila saya melahirkan anak-anak yang comel, cerdik dan sihat. Bila saya melayan dia berborak tentang ekonomi dunia sebelum tidur, bila saya share tentang social issues dengannya, bila saya melawa dengan kasut dan handbag mahal, bila saya dan anak-anak boleh breakfast dengan dia hari-hari.

Yes, my guy is not the average garden variety male. Tapi nak tahu tak apa yang jadi lepas tu? Selepas beberapa bulan, semuanya jadi mudah untuk saya. Kalau tidak, muka saya ni kelat je bila tengok suami. Hati pun membengkak je.

Yang paling hebat, suami jadi sangat pemurah dan pengasih. Makan minum semua dia tanggung. Bila balik kerja mesti singgah Petronas belikan air dan snek untuk alas perut sebelum dinner. Anak dia tak pernah makan aiskrim lain selain dari Magnum sebab abahnya hanya makan aiskrim tu.

Suami pula suka pergi holiday dengan anak-anak. Setiap kali pergi holiday, dalam purse saya hanya ada RM5-10 je sebab saya kuat shopping online. Jadi makan, minum, minyak, tol, hotel semua suami settlekan. Even beli souvenirs untuk adik-beradik saya pun dia bayarkan. Kat rumah saya masih tak memasak walaupun ada anak.

Hari-hari gilir-gilir la Secret Recipe, Nando’s, Pizza Hut, hipster cafe man-mana ke. Semua suami settle. Dia cuma nak saya pilih je. Mertua saya pun kalau datang ke rumah kami bawa nasi dan lauk siap-siap sebab tahu kami tak ada dapur. Kat ruang dapur rumah kami hanya ada peti ais, rice cooker dan sinki je.

Waktu bulan Ramadhan, suami akan masak nasi dan panaskan lauk yang dibeli sebelum kejut saya untuk bersahur. Saya pun terkejut bila saya sedar sikap suami berubah dari kedekut kepada pemurah. Rezeki suami pun melimpah-ruah.

Naik pangkat la, dapat anak lelaki pula lepas anak perempuan, tukar kereta mewah, dll. Terdetik dalam hati saya, “Dia baik sangat sekarang. I don’t mind growing old with him.” Alhamdulillah. Saya rasakan inilah hasil niat saya yang saya buat dalam keadaan menyampah tempoh hari.

Walaupun dalam keadaan skit hati, tapi saya niatkan untuk tunaikan tanggungjawab pada suami bukan kerana saya sayangkannya tapi kerana saya tak mahu disoal di padang mahsyar nanti.

Yaa Allah, Maha Baiknya Kau. Niat yang begitu smbong pun Kau terima. Tapi cerita ni ada twist tau. Selepas beberapa bulan saya decide saya boleh bersama suami hingga hujung hayat kami, Allah ambil dia. Tiba-tiba dia tak sedarkan diri dan koma selama tiga minggu di 1CU.

Pedihnya tapi saya redha sebab saya tak sanggup tengok lelaki yang sihat dan ceria hidup as a vegetable. Kem4tiannya adalah yang terbaik dari Allah untuk kami. Selepas suami meniggal, saya dapat hampir setengah juta cash peninggalan suami hasil investments dia.

Itu pun tak masuk lagi dua buah rumah dan kereta. Keluarga mertua tak tuntut pun, naik mahkamah pun saya pergi dengan kawan sampaikan majistret tanya banyak kali betul ke keluarga arwh tak nak tuntut apa-apa. Saya pun masa tu pelik kenapa la majistret ni tak percaya sangat.

Sebab pada saya itu biasa, keluarga belah suami memang macam tu. Mereka lebih sibuk memikirkan anak-anak saya dah jadi yatim. Bila difikirkan balik, mungkin itulah ganjaran Allah atas kesabaran dan keredhaan kami menerima ketentuanNya. Kadang-kadang susah sangat kita nak sabar, redha dan yakin dalam hidup ni.

Especially bila keadaan tu kita kena hadap hari-hari. Tapi percayalah, bila kita niatkan untuk Dia dengan seikhlasnya (walaupun hati tengah panas), Dia akan permudahkan. Bila dipermudahkan, akuilah itu adalah kerja Dia, bukan kemampuan atau kehebatan kita yang mengubah seseorang itu.

Akuilah hin4nya, kerdilnya, lemahnya kita, hati sendiri pun payah nak diubah, apatah lagi orang lain. Kuman halus yang tak nampak di mata pun orang paling berkuasa di dunia ni tak boleh bnuh, inikan makhluk terbaik ciptaanNya. Itu semua kerja Dia. Yakinlah, sabarlah, redhalah

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, berikut beberapa reaksi warganet

Nina Fairuz, Saya ada 1 cerita tentang masak. Dulu mak saya mengasuh anak jiran. 2 org anak lelaki. Jiran sy ni tak suka masak.. mmg hari2 dia beli diluar. Tp ada dapur la dirumah. Sangat2 jarang dia masak.

Yg sgt terkesan ialah anak2 dia. Hari2 komplen mak beli mknan kt luar. Diorg nak masakan dirumah. Dorg dh boring mkn mkanan kedai.

Anak2 asuhan ni sgt suka mkn dirumah sy sbb mak saya pulak pandai msk.. jd lebih kuat dorg komplen sbb bila balik rumah sdri, mak dorg beli kt luar..

Punya laa anak2 ni suka mak sy masak, sampaikan mak sy bg biskut utk snacking, dorg kata sedapnyaaa biskut tu mak sy buat.

Kesimpulannya confessor, walaupun awak tak suka masak, belajarla utk anak2. Bkn utk suami, tp utk anak2.

Siti Aaina, Penceritaan hidup puan sarat dengan pengajaran dan iktibar. Kita ini semua milik Allah, perjalanan hidup kita didunia sementara ini memang sudah tertulis oleh yang menciptakan kita.

Terima kasih banyak kerana perkongsian kisah hidup puan yang bagi saya sangat menginsafkan. Tolong doakan saya mudahan dapat saya amalkan dalam kehidupan sementara Allah masih beri peluang untuk saya hidup di bumiNya yang fana ini.

Azie Fizy, Apa yang pelik tak masak?tak buat kerja rumah? Saya rasa normal je. Hidup dah kahwin ni kan tolak ansur. Saya masak, suami saya kemas. Saya tak pernah lipat kain, tugas saya cuma cuci & sidai.

Kadang-kadang suami sendiri request tak payah masak, kita take away or makan luar je. Rezeki setiap orang berbeza-beza. Jangan samakan kita, dia or siapa pun.

Afiza Ismail, syukur alhamdulillah dia dpt suami yg baik…redha suaminya dia dpt semua tu…dia ni sebenarnya sdg du uji dgn kemewahan…ank² xde langsung mkn masakan dr air tangan ibu…apapun syukur pd Allah.

Firdaus Zack, Agak rugi andai xsama² ambil bahagian dlm urusan rumah tangga..isteri2 nabi walaupun tahu hal rumahtgga lebih kpd tggjwab suami, tetap mereka buat brsama² kerja rumah.. kerana semua itu jalan pahala mudah para wanita ke syurga.

Ummu Ahmad, Kenapa kebanyakan bunyi komen kat sini macam jeles & x puas hati ngan confessor. Dah rezeki dia macam tu. Belajar tinggi, rezeki disayang suami & family mertua. Dia nak masak ke tak, dia ada dapur ke tak, dia buat kerja rumah ke tak.

Dah cara hidup dia macam tu. Macam wajib pulak masak tu. Iya kemahiran memasak tu penting, tapi tak payahla sampai jadi “syarat nak dapat family bahagia ialah dengan memasak”. Arwh suami & family mertua dia pun ok aje, pembaca pulak yang lebih2.

Nurul Syifa, Jika BBNU yang baca cerita ni habislaa lelaki y wujud di muka bumi ni.. Alhamdulillah BBNU byk main tiktok.. Tw.. Ig. Kira tak sempat nak baca karangan panjang nih..

Apa2 pun bab doa. Doa yg baik2.. Yang baik2 juga akan hadir. Memang bab doa je saya suka. Sbb Allah maha kaya

Khairil Hamid, Ramai para isteri bila suami buat salah atau kurang tanggungjawab. Mereka akan buat begitu juga. Itulah yang silapnya. Betul tindakan Puan tu. Masih ingat kata2 saudara saya berpangkat mak saudara.

Kita buat tanggungjawab kita sebagai isteri. Nanti di akhirat kita dah terlepas. Jika suami tidak tunaikan tanggungjawab mereka. Mereka yang akan bersoal jawab di akhirat nanti.

Suzi Ana, Rezeki tiap org lain2..lain padang lain belalang..bagus dia ni..semua minta stright dgn Allah..semoga dia berbahagia sehingga nnti….dptla dia berjumpa dgn arwh suaminya dgn gembira..aamiin

Zetty Azura, Rezeki org berbeza-beza, bahagia pun subjektif..Bahagia itu adalah antara sabar dan syukur.Mcm saya suka masak walaupun berkerjaya..

Seorang suami lbh bernilai dr seluruh dunia dan isinya namun semuanya pinjaman..sis seorang yg kuat dlm melalui apa shj,kuat pergantungan padaNya juga.. Semoga bahagia menjadi milik sis dunia akhirat.

Siti June, Mcm ni punya hidup pun ada ya..ingatkan dialam fantasi ja..apapun beringat mkn luaq ja Tak pernah ka kena keracunan makanan..Moga terus mudah hidup mu..

Nur Syura, wpun pd pihak puan bnyk yg negatif tp sy xnk komen..1 je nk ckp, suami puan terlalu baik..semua tuah & urusan tu dipermudah berbalik kpd puan asbab redha suami puan hingga ke nafas terakhirnya..teruskn bersykur.

Sulaiha Ahmad, Bijak dia ni. Bila Minta ape je pd Allah, janji Allah ada lah benar. Bole jd ikutan cara berdoa utk mencari menantu yg baik kpd ayah nya,utk anak makcik

Ahmad Ramli, habis , orang hidup tak kaya, takda tanah ber ekar2 , takda anak comel pandai , tak belajar kat uk, maknanya niat dia tak betul ke apa ? Yang paling penting, bersyukur sis .

Kalau duduk rumah sewa, hari2 makan ikan kering walaupun dah usaha sehabis baik , kekal bersyukur, hati tetap tenang bahagia . Hentikan lah ukur rahmat Allah SWT dgn perhiasan dunia semata-mata. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Selamat malam semua.Sayang korang semua!

Leave a Reply