Suami saya tak pernah meng4sari saya secara fizikal tapi dia sebenarnya mender4 saya secara emosi dan batin.Perit dan s4kitnya hati ini cukuplah Allah sebagai saksi utk setiap air mata yang tumpah.

Gambar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Assalamualaikum admin.Maaf kerana guna f4ke acc0unt tapi saya tak punya kekuatan utk guna identiti sendiri. Saya sangat buntu dan perlukan bantuan admin dan readers untuk bantu saya jika ada yang berpengalaman dan ikhlas membantu.

Saya perkenalkan diri saya sebagai A, berasal dari selatan tanah air. Baru sahaja mendirikan rumahtangga awal tahun ini. Usia perkahwinan baru beberapa bulan namun hari-hari hidup berendam air mata. Perit sungguh ujian ini, hanya Allah sebagai saksi. Untuk saya ringkaskan cerita, saya found out yang suami yang saya nikahi atas dasar cinta, yang saya kasihi sepenuh jiwa raga saya sebenarnya bern4fsukan s0ngsang.

Saya dapat tahu lebih kurang dua bulan yang lepas. Namun rasa suspici0us kepada suami bermula seawal sebulan perkahwinan kerana saya tidak disentuh dia biarpun bermacam usaha telah saya lakukan. Suami hanya mengaku bahawa dia bernaluri s0ngsang setelah saya terbaca wh4ts4pp dia.

Allahu, remuk hati ini Allah saja yang tahu. Suami saya ini seorang lelaki yang sangat baik, sangat berbudi pekerti, solat lima waktu tak pernah ditinggalkan, malah ibu mertua saya selalu memuji bahawa suami saya ini memang anak yg paling baik dan tak menimbulkan masalah. Tapi ujian apa yang Allah titipkan pada saya ini. Suami saya menyukai kaum sejenis. No wonder lah saya langsung tak dipandang dan tidak disentuh.

Saya dah c0nfronted suami dan sanggup bersama dia dalam usaha dia untuk berubah. Saya suggest kepada dia utk ikuti sesi kaunseling namun dia enggan atas alasan malu. Berkali-kali saya memujuk dia utk berusaha cara perubatan psikologi mahupun perubatan alternatif namun semuanya ditolak dia kerana bimbang diketahui orang lain.

Suami saya ni sangat baik, nafkah zahir tak pernah diabaikan. Jangankan meng4sari, me3engking saya pun dia tak pernah buat. Tapi nafkah batin memang tak pernah diberi. Dia cuma boleh kiss saya, itupun saya yang kena initiate. Kalau saya minta dia try to do more, dia akan menolak.

Memang suami saya tak pernah meng4sari saya secara fizikal tetapi dia sebenarnya mend3ra saya secara emosi dan batin. Perit dan sakitnya hati ini cukuplah Allah sebagai saksi utk setiap air mata yang tumpah. Di depan semua orang, kami berlagak seperti pasangan normal kerana ingin menjaga hati keluarga.

Hakikatnya, saya menangis di dalam hati. Bukan tidak pernah terlintas utk menuntut fasakh tapi mengenangkan keluarga mertua yang sangat sangat baik hati apatah lagi dalam keadaan ibu bapa mertua yang tidak tahu suami bern4fsu s0ngsang, saya terpaksa melupakan niat menuntut fasakh.

Pada saya, biarlah d3rita ini saya tanggung seorang diri daripada melukakan hati banyak orang. Suami berjanji untuk berubah tapi sudah dua bulan, keadaannya masih sama. Saya masih lagi suci biarpun usia perkahwinan sudah berbulan bulan.

D3rita ini saya pendam seorang diri, segala rasa kec3wa, sedih, terluka saya hamburkan pada Allah yang Maha Mendengar.Saya berdoa tanpa jemu supaya Allah menghilangkan naluri s0ngsang suami dan membuka pintu hati suami untuk mencintai dan melayani saya sebagai isterinya yang sah.

Kepada geng kunyit di luar sana, saya mohon sepenuh hati jangan di4niaya wanita seperti kami yang berusaha menjaga kesucian diri.Nothing is more p4inful than being betr4yed by someone you love wholeheartedly.

Ingatlah, perempuan yang kamu nikahi itu adalah seorang anak perempuan yang dijaga rapi oleh ibubapanya supaya dia menjadi wanita solehah.Apa ertinya pernikahan kalau cuma utk mengaburi mata orang lain atas kelemahan sendiri.Jangan dikhi4nati masjid yang dibina atas lafaz suci.

Kepada f0llowers yang ada pengalaman atau nasihat yang boleh membantu saya dan suami, saya alu-alukan. Mohon doakan suami saya agar dia benar-benar insaf, berubah dan tidak mengikut naluri s0ngsangnya.Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.

Banyak k3s-k3s penc3raian rumah tangga yang melibatkan suami bern4fsu s0ngsang yang berlaku kebelakangan ini.Kalau anda search di carian google pun, ramai wanita diluar sana yang mengalami perkara yang sama, search sahaja suami g4y iium, atau g4y tw1tter melayu pasti akan keluar pelbagai luahan para isteri tentang suami mereka.

Jujurnya ini bukan pertama kali kita mendengar kisah sebegini. Ya benar, jika ada pihak ketiga dalam rumah tangga ia amat mengecew4kan waima pasangan sudah bersumpah untuk tidak mengulangi lagi. Luk4 itu akan masih terkesan di relung jiwa. Tetapi bagaimana pula jika suami bermain kayu tiga dengan lelaki lain, apakah rasanya?

Luluh jiwa dan raga, menangis sampai air mata kering pun rasa s4kit masih mencengkam di hati. Mahu bertanding bagaimana lagi? Mahu cantik? Mahu kuruskan badan? Tidak. Dia tidak terpikat pada kecantikan atau kes3ksian wanita. Itu semua bukan menjadi tagihannya. N4fsunya mendambakan jantina sejenis. What would you do when your man l0ves another man?

Kategori lelaki sebegini selalunya adalah bis3ksual tetapi lagaknya seperti het3ros3ksual (lelaki straight). Gerak-gerinya memang tiada siapa sangka dia bern4fsu pada insan sejenisnya. Tetapi lelaki seperti ini sering berselimut dengan 1,001 muslihat. Ada yang sekadar mahu berkahwin kerana zuriat atau mahu tutup aktiviti rahsia mereka daripada terbongkar!

Tetapi ada juga k3s-k3s isteri yang terang lagi bersuluh sudah mengetahui n4fsu s0ngsang si suami tetapi hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana mereka malu pada masyarakat, tidak dapat menerima hakikat atau hanya memujuk hati dan bertahan demi anak-anak. Percayalah deritanya lebih teruk berbanding suami yang ada hubungan dengan wanita lain.

Dalam k3s ini, jalan terbaik kepada suami isteri ialah melalui proses kaunseling. Selalunya isteri yang mengalami situasi ini akan bersikap murung dan rasa rendah diri pada kebolehan diri. Mereka juga akan susah mempercayai sesiapa pun di sekitarnya. Ramai pakar psikologi yang menangani kes ini memberitahu saya yang si suami boleh berubah seratus peratus.

Semuanya terpulang kepada individu itu. Fokus dan konsentrasi suami kepada lelaki perlu ditangani dengan beberapa teknik. Sekiranya isteri memilih untuk berdiam diri masalah ini tidak akan selesai sehingga bila-bila. Dan akibatnya isteri akan merana dek kerana suami tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan s3ks bersama isteri sebaliknya mendambakan ‘lelaki’ untuk melampiaskan n4fsu s3ks mereka.

Cuba berjumpa pakar kaunseling dan berkongsi masalah yang membelenggu diri. Buang jauh-jauh rasa malu untuk bercerita hal sebenar. Usah gusar kerana rahsia anda selamat di tangan kaunselor.Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih!Kredit KRT

Leave a Reply