Suami tak peduli isteri anak, pernah nak dekat suami tapi busvk sgt sebab 4-5hari x mandi,11 tahun bersama pun hanya 3 bulan je suami kerja, tak sangka mertua nekad bertindak buat isteri pula rasa bersalah

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalam dan hai. Saya ingin meminta pandangan pada ahli2 dalam group ni, mungkin ada yang pernah melalui stuasi yang macam saya.. Saya seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak. dan telah mendirikn rumah tangga selama 11 tahun.

Masalah yang saya ingin kongsi kan disini, saya mempunyai suami yang tidak berkerja. Yang 24 jam menghadap handphone bermain game, bab nafkah jangan cerita sampai ke planet mana entah hilangnya, sepanjang perkahwinan kami.

Hidup kami anak beranak d tanggung oleh mertua saya, dan lagi 1 saya juga pernah berkerja, tapi ada faktor2 yang meyebabkn saya harus berhenti kerja. Selama tempoh perkahwinan saya, suami cuma pernah berkerja dalam tempoh 3 bulan macam tu lah..

Selepas tu berhenti dan duduk di rumah 24jam menghadap handphone, suami saya ni d kategori kan seorang yang pemalas tahap entah lah apa orang cakap, malas mandi kadang tu sampai 4/5 hari tak mandi. Kadang nak termuntah saya bila dekat dengan dia.

Dari segi anak, suami jenis tidak mempeduli kan anak.. Memang bab anak semua d bahu saya. Kalau nak cerita tentang tanggungjawap dan perhatian yang di berikan pada saya dan anak2 mungkin boleh saya bagi peratus dalam 5 peratus macam tu lah, skit anak skit saya dia tak pernah nak ambil tahu..

Masuk dan keluar w4d hspital semua dia tak ambik tahu. Nasib lah saya dan anak mempunyai mertua/nenek yang sangat baik. Terlalu baik sehingga saya mampu bertahan selama ni hanya kerna keluarga belah suami terlalu baik.

Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang bercakap memang dia saja lah betul.. Yang saya ni tak pernah lah betul, sampai saat ini masih segar di ingatan saya suami saya memangil saya PEL4 CUR DAN PEREMPUAN PEMBAWA Si 4L, sedih saya bila ayat2 ni sentiasa kedengaran dalam telinga saya.

Selama 11 tahun ni lah saya terpaksa hadap segala makian dan hinaan dia terhadap saya.. Dan selama ini lah saya tak pernah hidup dalam keadaan yang tenteram dan serba serbi saya takut.

Bayang kan nak tengok tv pn saya tkut, dan untuk pengetahuan semua juga suami saya jenis tak nak ambil tahu hal anak2 hal saya.Kadang teringin nak merasa apa itu nikmat berumahtangga dan nikmatny ada pasngan yang menyayangi kita..

Kadang tu bila tengok orang lain yang hidup bahagia terdetik juga di hati saya bila lah kami dapat merasakan kebahgiaan seperti orang lain dapat kn..Dan untuk pengetahuan readers juga suami saya seorang yang baran.. Dan tidak boleh silap di mata dia..

Walaupun terang dan nyata dia yang salah dia tetap juga mengata kan orang yang salah.. Di sini saya ingin bertanya readers PATUT KAH SAYA BERTAHAN ATAU SAYA HARUS MEMFAIL KAN CRAI..?

Kerna 11 tahun bukan lah waktu yang singkat untuk saya tambah lagi untuk tahun seterusnya dengan kata sabar… Dan dalam fikiran saya sekarang saya cuma nak berkerja dan mencari duit untuk anak2 saya, Dan keluar dari rumah keluarga suami saya..

Walaupun berat hati saya nak lakukan kerna segala kebaikan keluarga belah suami. Tapi sampai bila saya nak meminta simpati pada mereka.. Mungkin sudah sampai masa nya saya dan anak2 harus mencari kebahgiaan kami. Mohon semua readers meberikan pendapat pada saya adakah harus sya memfail kn crai.

Dan bagaimana proses nya. Dan saya minta maaf mungkin penyampaian saya agak tidak teratur. Dan saya mengucapkan Terimakasih jika ada readers yang sudi memberikan pandangan dan pendapat pada saya. Sumber kisahjalanan.com

Semoga Puan dapat penyelesaian yang sewajarnya. Ini admin ada sikit perkongsian rentetan kisah puan di atas. Dalam Rumah Tangga, Suami Kena Rajin, Tak Boleh Malas, Ikut Acuan Nabi Muhammad SAW.

Dalam rumah tangga, sikap tolak ansur antara suami dan juga isteri amat penting. Ia bagi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan dengan lancar. Sebagai ketua rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan segala keperluan keluarga dipenuhi.

Jika isteri bekerja, pastikan suami ringan tulang untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Walau bagaimanapun ini bukan bermakna isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak perlu dibantu oleh sang si suami. Menjadi kewajipan suami untuk membantu isteri.

Baca perkongsian berikut. Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumah tangga Tuan Haji Huss1m, sahabat baik Dato Fadz1lah Kams4h. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya…

Katanya,” Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggvng anak-anak, salin lampin, sampai anak pancvt kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama2 kerja.

“Saya nak bagi tahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumah tangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”

HABIS ISTERI? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala. Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumah tangga?

Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam2, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak reda tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last2 penat dapat, dosa pun dapat” Sumber kashoorga.

Ini pula kisah ke dua yg admin nak share. Tajuk , Bakal Suami Tak Solat. Ini Tindakan BERANI Isteri Yang Buat Suami Rajin Solat!!!

Saya nak kongsi yang ramai isteri post tentang suami diorang tak solat/malas solat. Tak kurang juga suami saya.

Saya kenal dengan suami masa tu kami masih muda.. saya masih di university, manakala suami pula terus kerja lepas SPM. Kenal melalui satu event. Suami nampak matang dari umurnya. Dan untuk umurnya masa tu, memang dia sangat matured berbanding rakan-rakan lelaki sebaya saya.

First time keluar dengan suami, kami pergi pavilion. Masa tu.. kebetulan saya uzvr. Dah pukvl 3 lebih, saya tanya suami, “awak tak gi zohor ke?” Dia tersenyum tersipu sipu malu. Rupanya dia tak solat. Or hanya solat kadang2.

Saya terkejut tapi saya tak cepat menghakimi dia. Siapa lah saya nak menghakimi dia kan, saya pun manusia biasa. Sejak dari tu saya tak putus hantar sms, (time tu takda whatsapp lagi) call dia bila hari jumaat.

Bayangkan lah, solat jumaat pun kadang2 saya yang gerak dia bangun. Berkali kali call, baru bangun. Lepas kenal keluarga dia, baru saya tahu, yang bukanlah salah dia sepenuhnya dia tak pentingkan bab agama.

Keluarga dia memang tak menitik berat kan hal agama. Berbeza sangat dengan keluarga saya, umur 7 tahun tak solat dah kena marah, umur 10 tahun tak solat dah kena seb4t. Tak kira lah lelaki ke perempuan.

Pernah dia bawa saya ke kenduri kahwin belah keluarga dia, 90% tak solat. Waktu zohor berlalu gitu je.. mak abah dia dah tua, duduk pun atas wheelchair. Jadi nak solat di luar, memang agak kekok, saya faham. Dan mak dia bila balik rumah, mak dia qada balik solat tu.

Tapi adik beradik lain, anak anak buah, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya buat tak tahu je. Sedih saya masa tu. Paling benci orang abaikan solat. Saya tegur suami, dia cakap, “family saya memang suka enjoy” akhir2 nak habis kenduri tu ada karaoke. Saya cakap la, “tak salah nak enjoy, tapi takkan sampai abaikan solat” dia diam..

Alhamdulillah 4 tahun kemudian, kami bertunang dan kahwin.. solat suami nampak semakin ok berbanding masa single dulu. Rumah kami dekat dengan masjid, bila datang hari rajin dia, sebelum subuh dia dah bangun bersiap untuk jemaah di masjid.

Hati isteri mana tak sejuk tengok suami macam tu. Adakalanya masa otw balik kerja, dalam kereta dia cakap, “hari ni nak jemaah maghrib kat masjid lah” sejuk hati. Tapi, ada masa dia sangat2 malas nak solat, terutamanya solat isya. Kadang saya rasa seolah dia sengaja tido sebelum solat.

And dia cakap nak bangun pukvl 3/4 pagi tapi saya tahu dia takkan bangun. Ada masa sampai saya menangis merayu supaya dia bangun solat. Sedihlah hati tengok suami lalai macam tu. Kadang sampai bergadvh, sampai dia maki and tinggi suara.

Paling sedih bila dia cakap “kubur kita lain lain, yang awak nak sebuk kenapa” hrmmmm.. kadang saya rasa, faktor kawan sangat2 mempengaruhi. Dia dapat kawan yang tak solat, dapat kawan yang sindir bila dia nak pergi solat, jadi dia yang sememangnya iman turun naik, senang terpengaruh.

Jadi saya selalu ajak dia solat isya jemaah, saya hanya bentangkan sejadah, dan takkan solat selagi dia tak datang. Alhamdulillah cara tu berkesan. Sejak saya mengandung, saya dah berazam tak nak menangis pasal ni dah. Jadi saya hanya gerak sekali dua, kalau nak bangun, bangun lah. Kalau tak nak terpulang. Saya tak nak baby saya terkesan bila saya emosi.

Yang pelik, dia bangun pulak bila gerak sekali dua tu. Sebelum ni bukan main payah. Disamping tu saya selalu ingatkan dia yang dia ni ketua keluarga. Kalau bukan dia yang akan bimbing saya dan anak, siapa lagi? Saya juga selalu ingatkan, penat2 kerja tapi tak dapat apa kalau tak solat. Keberkatan semua takda. Dia diam je..

Saya harap, isteri2 diluar sana, janganlah berputus asa ye. Ada sebabnya Allah utuskan kita untuk jadi pasangan buat suami. Kita kena kuat dan sentiasa mendorong suami untuk solat, untuk mengaji, untuk dekatkan diri dengan Allah selalu.. janganlah perli or kondem or paksa dia. Ingat! ALLAH yang bagi petunjuk dan hidayah untuk dia.. kita ni sebagai pendorong je. Kena banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah buka hati dia.gadvh

Baru baru ni, suami tanya dekat saya, kat mana ada kelas mengaji, dia nak pergi belajar. Saya hanya tersenyum.. Sungguh Allah tu dengar apa yang kita doakan.. inshaAllah. Wallahualam. Kredit:- KRT. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Leave a Reply