Suatu Hari, Isteriku mula bjinak dlm dunia hiking. setiap mgu ada je gunung nak ditawan. Tapi 1 benda aku perasan pakaian dia makin ketat, aku mula syak macam2

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalam semua pembaca, namaku MFO tinggal di puchong, selangor. Berasal dari N9 mempunyai dua orang anak dan seorang isteri. Usiaku sekarang 43 tahun. Kehidupan kami sangat bahagia since berkenalan pada usia aku 26 tahun. Pada usia tersebut aku sedang menuntut di satu pusat latihan di Temerloh, Pahang.

Aku berkenalan dgn isteriku semasa sesi minggu haluan siswa berlangsung di Pusat Latihan tersebut. Isteriku, korang boleh kenal sebagai FT (umur masa tu beza 4 tahun dari usia aku 26) 22 tahun kot) sangat mengambil berat dan memahami jiwa aku pada masa itu. Waktu itu beliau juga meluahkan tentang kehidupannya bersama keluarganya, sifat-sifat ibu dan ayahnya kepada aku. Pada waktu itu banyak luahan rasa tidak puas hati di dalam keluarganya.

Tetapi aku tak ambil pusing sangat, sekadar hanya boleh menasihati bertenang dan tidak mendorong beliau untuk melakukan sesuatu yg tidak baik terhadap keluarganya. (nak tunjuk baik la kononnya aku kekeke). Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2003, kami berhasrat untuk menyewa kediaman di Kuala Lumpur/Selangor atas sebab peluang pekerjaan disitu.

Waktu itu aku amat-amat caring dgn isteri aku sebab memandang dia seorang sahaja di KL ni, jadi aku lah peneman setia beliau pada setiap masa kecuali waktu kerja. Pergi balik semua berhantar (tiada masalah). Sebab nak pastikan isteri aku sentiasa selamat, sehingga datang suatu masa dia mula mengambil lesen kereta, pada waktu itu dia masih belum boleh memandu diatas faktor tidak yakin kerana kereta yg kami miliki itu transmisinya manual.

Oleh itu aku rancang untuk tukar kepada kereta yg lebih mudah dimana ianya transmisi automatik. Maka setelah itu baru isteriku dapat kebebasan untuk memandu sendiri ke tempat kerja. Hari berganti hari kami membesarkan anak pertama kami yg lahir pada bulan Disember 2004 sehingga la anak kami tu membesar hingga 9 tahun, baru kami dikurniakan seorang lagi anak perempuan yg comel yg dilahirkan pada tahun 2013.

Dalam tempoh tersebut, setakat gaaduh kecil2 membabitkan hal rumah tangga tu just lumrah sahaja, setakat ketidak pahaman sesama pasngan itu perkara biasa. Sehingga lah tahun 2016 maka suatu evolusi berlaku pada isteri aku dimana dia mula meminati dgn dunia hiking. Aku tidak lah terkejut kerana itu memang minat dia dan juga aku pada usia muda dulu.

Tapi yg hairan ialah Isteri aku tersangka lahhh hiperaktif bidang ini, sehingga beliau dapat menawan semua G7 yg dibanggakan tu. Dgn hasutan syaaitan dan ibliis, aku mula berfikir bukan-bukan tentang isteri aku, sama ada dia ada bela anak ikan ke, ada orang mula jaga dia ke, ada sugar daddy ke, sebab start 2016 tu kewangan aku mula merosot dan kerja aku tidak menentu. dan hampir hiilang pvnca pendapatan.

Apabila bergduh kami akan berbaik semula, sama ada aku maafkan dia atau aku minta maaf, atau beliau sendiri minta maaf vice versa la. Lepas tu perkara yg sama akan berlangsung dan tamat berulang kali mengikut season hahaha. (bila tanya benda ni kat pakar atau memana orang berpengalaman, mereka akan kata biasalah hidup suami isteri mesti salah seorang mesti mengalah fine, aku terima)

Tapi bende ni berlarutan sampai sekarang, but kali ni tahap ada bergduh sampai keluar perkataan tidak ada persefahaman dan perkataan perpisahan, dimana ayat itu sepatutnya tidak timbul skang timbul sebab atas masing2 dah beng4ng keadaan yg berlarutan.

Isteri aku gaji semakin tinggi 2 ganda dari gaji aku sekarang, tapi syukur kerana aku masih tidak guna wang beliau untuk diri sendiri (memang tak mungkin) dan beliau aku akui membantu dalam membesarkan anak2. So faktor inilah yg makin membesarkan api EG0 beliau terhadap aku dan pada masa yg sama dia akan pandang rendah pada aku, dan akhirnya dia hiilang respek pada aku.

Aku langsung susah untuk membuat perkara luar seperti cari income lebih untuk menampung perbelanjaan, contoh aku buat uber, grab dan beberapa la kerja part time, tapi waktu itu hanya boleh dilakukan selepas waktu kerja (malam saja).

Sebaliknya isteriku dah penuhkan aktiviti nye pada setiap isnin hingga jumaat dgn aktiviti zumba dan gym, followed by saturday-sunday outdoor activity (hiking) almost 94% activity dia. Aku cuba tegur dia supaya kurangkan, tapi beliau akan melent1ng dan akan menudvh aku asyik menyalahkan dia sahaja, end up dia akan tumpahkan air mata (senj4ta org pompuan) which is this is the main point yg aku selalu tegur.

Selain tu juga aku tegur tentang etika dia berpakaian semasa hiking which is ketat menjol0k mata jugalah pada lelaki gat4l luar sana. Dia akan pin point setiap kali aku tegur ialah pasal avrat dia. Memang dia melent1ng malah dia keluar bahasa kesat juga.

Sampai satu masa aku terfikir nak suruh ustaz buat ruqyah je pada isteri aku ni. Sebab selalu masuk hutan takut ada Jin yg ikut balik dan duduk damping dgn dia. Silapnya aku ialah aku dulu kurang mendidik dan bertegas kepada beliau sebab aku sedari jika aku tertegur hal yg membabitkan kesalahan beliau

Beliau akan melent1ng marah dan melampiaskan kepada sesiapa yg ada kecuali aku (sebab mungkin dia sayg aku rasanya). Maka dia mula melepaskan kemarahan dia kepada anak sulung kami. Setiap petang asal balik kerja kalau salah anak tu dia malas sikit ke, tak kemas rumah ke , habis bergegar dihamunnya anak aku yg sulung tu ( kesian ). Ini berlarutan sepanjang bulan demi bulan dan aku dah mula rasa tak selesa dgn perangai isteri aku ni.

Karakter diri aku ialah, jika boleh aku tidak mahu ada sebarang perkara yg boleh menguris perasaan orang lain , melainkan perkara tersebut sudah sampai kemuncak dan harus diatasi. Baru aku akan bertindak menegur dan sebagainya, insyaaAllah memukul itu tidak sekali la sebab aku tahu juga batasnya.

So diharapkan Lelaki yg baik2 diluar sana, jangan fikir selalu artikel banyak pin point hal EG0 kepada k4um lelaki sahaja, k4um Hawa juga kalau kita termiliki mereka ni, memang payah sangat nak setelkan, korang perlu ada ketabahan hati yg padu untuk berhadapan dgn perempuan spesies semacam ini.

Sebaik mungkin aku tak nak juga perkara begini diakhiri dgn percraian, kerana memikirkan kebahagiaan anak2. (Siapa tak sayg bini oii : kata P. Ramlee) mudah-mudahan perkara ini akan dapat aku selesaikan dgn cara yg terbaik.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Qushi, Rasanya lah.. Isteri Encik ni dah kurang sentvhan suami.. Sebab tu dia banyak melent1ng dan kasar.. Rajin2lah pluk isteri setiap hari, bila bangun tidur, ucaplah kata2 manis kat isteri. Perasaan seorang wanita ni ingin dimanja.. Ikutlah cara/saranan ustaz ebit macam mana menjaga keharmonian rumahtangga.. Jika isteri diberi kasih sayg, dia akan jadi singa yg jinak.. Huhu.

Nur Hikmah, Isteri mcm ni kau ptut bg sedikit pedoman bro. Biar dia sedar kedudukan dia sbg isteri dekat mane, biar dia tahu dia tu tanah mendap, suami tu langit yg tinggi. Dpt laki baik pun buat mcm ni.

Apa kate bwk balik bakal m4du dekat dia sorg..kenalkan pd isteri. Mgkin waktu tu dia sedar diri. Terus dia fokus pd rumahtangga. Aku rase isteri kau terlupa sejenak batas2 dia sbg isteri dan sbg ibu. Lupa daratan org kata. Hmmm

Sheila Hanim, Bini kurang perhatian.. xdak aktiviti mnyeronokkn bersama family.. ni la hasil.. suami plak fikir bukan2 mula prasangka burvk pastu asyik tegur bini itu ini sedangkn selama ni biar sja mmg melent1ng la.

Dia melent1ng bkn sbb xnk terima nasihat.. tpi dia melent1ng sbb rasa dikongkong.. selama ni dia x dpt keseronokkn.. hidup keja n rumah tga.. so bila dh ada hobi mcm ni la. Dia senang ja cri aktiviti luar bersama skali skala.. bg dia hidup dgn hobi dia tpi skali skala enjoy dgn family sma.. bg dia had jgn terlalu bebas.. atau join la hiking skali skala.

Shery Azmi, Kalau dah lama dia boleh bertahan, baru berapa tahun ni dia meledak, mesti ada something wrong jugak.kat sebelah kau. Lagipun cerita ni sebelah pihak, tak tau pulak yg dari sebelah bini kau explanation dia macamana.

So, tak boleh nak judge. Sebab kekadang orang yg tulis confession ni cuba sembunyikan kesalahan dia sendiri. Cik Nadia, Cbe2 mnta air dr ustaz bg dia mnum acara sembunyi pndailah2 …tahniah anda tabah sabar lakukanlah slg mampu smoga Allah bantu u,buatla tahajuj dhuha solat 2 lain dekatkan diri ngn Allah, pcraian bkn jln pyelesaiannya…smoga Allah mgurniakan jln pyelesaian buat awak….in Shaa allah

Fydd Arsat, Dia kurang ilmu.. carikan dia ilmu.. dekatkan dia dgn ilmu. Ajak dia sama2 ke kelas agama, faham balik tanggungjawab sebagai seorang islam, seorang isteri, tuan pun perlu tahu tanggungjwb dlm mendidik isteri dan anak2.

keseronokan tak kira la spesis apa pun keseronokan tu kalau dijadikan makanan harian, akan keraskan hati… bab avrat tu, kalau tuan ada anak perempuan, ajarkan dia cara jaga avrat dgn betul, sambil2 tu suruh dia ajak mak dia jaga avrat sama.

Jenis eg0 mmg jenis pantang ditegur… tapi tuan boleh mulakan dgn ajak satu keluarga solat sama2, adakan sesi tazkirah lepas solat, mengaji bersama2, kaji hadith bersama2… semua tu sebenarnya melembutkan hati isteri dan anak2… semoga berjaya tuan.

Nina Osman, Aku rasa kau pulak yg g hiking.. Pompan camni mesti ada kelemahan dia juga.. Biasa nya klu lelaki jenis ngikut je kehendak dia, memang makin lemak la. Cuba kau buat secara halus. G keluar dgn anak2, pakai la smart2..pakai perfume. Biar bini kau pulak rasa.. Aik lain maciam laki aku ni hahahaha.

Nuraz Wan, Teruskn menegur, tp dgn bahasa lembut dn berhikmah, setelah awk buat segala usaha, klu dia x ikutvjg, dosa sdh terlepas dr bahu awk. Mgkin boleh minte seseorng yg dihormati olh isteri utk mmberi nasihat.

Sdh agk terlmbat, klu awk mnegur drpd awal, mgkin kbh mudah utk dia, skrg dia sdh seronok, terbiasa dn sdh jd sebhagian cara hidup dia, jd agk berat utk dia berubah, yg penting, jika dia ada kesedaran tu, dia psti akn berusaha berubah wlu secara pelhan2.

Sue Hani, Org pmpuan..kalau dia boleh buat segala yew…duit ade..boleh gerak kmane2 sendiri..memang sifat yew lagu tu ..tpi defent pda budi bicara sisuami la…kalau ape bini nk pun dia cari sendri…nk g mne2 pun sndiri..memang dlm kpla dia. Better single dari bersuami…pmpuan nie kadang2 rase semak juge bile sume bnda buat sendiri..tu belum lgi bab sentvhan dan belaiaan…jgn main2…pmpuan mudah dimiliki tpi susah dirapi.

Anna Kirana, Tahniah kerana masih sabar..masih belum terlambat nak bagi dia sedar… sesekali ikut pi hiking.. bawak anak2 sekali… isteri tu kena kurangkan aktitiviti dia.. paling tak wekend spend time with family. Eg0 wanita ni kadang mmg leh bincang tapi saya pasti anda suami yg bijak and cari jalan camne nak handle.. semoga korang dapat atasi ketidaksamaan itu.

Nazim Hamad, I feel you bro. Bertabah. Tarik dia balik perlahan2. Wanita ini sifatnya tiada salah. Tengok saja komen2 di sini. Haha.

Kita ni nafkah tak penah culas, solat jemaah dah buat, kerja2 rumah dah setelkan, tapi ajakan asmara biasa saja kena tolak, biasa saja kena marah itu tak kena ini tak betul. Di ajak gi kaunseling bersama2 untuk manage stress, melent1ng2. Ni kahwin baru tiga tahun kot.Huhu sajalah.

Aini Munirah, Saya selalu dengar kaunselor dan ustaz ustazah pesan..titik tolak masalah rumahtangga bermula dari solat terutamanya suami.. jaga solat dan solat awal waktu..insyaallah akan ade jalan keluar nanti..cik cuba ini dulu..konsisten setiap hari dan waktu.

Sumber infomasiviral. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply