Sungguh aku tak sangka perempuan sebaik dan solehah mcm dia rupa2 sudah rosak.Sampaikan bapa mertua aku selalu sindir2 kenapa rupa anak aku tu lain.

Gmbar di atas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalamualaikum aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yg cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai. Selepas 2 bulan nikah, isteri aku disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je aku dah tahu memang dia pernah disentuh, bila aku tanya kenapa boleh jadi macam ni?

Pertama kali aku soal dia, dia tak mengaku, aku paksa jugak tapi dgn lebih tegas dan dia mengaku akhirnya. Dia cakap masa aku pergi ke umrah dia pernah terl4njur dgn seorang lelaki yg dia kenal di media s0sial dan masa tu kami sudah pun bertunang. Ya Allah, aku tak dapat baygkan apa yg aku rasa masa tu.

Dan aku tanya lagi berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dgn lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yg aku dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hancur berkeping keping. Aku selalu baygkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni.

Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah macam dia rupa rupanya sudah rosak. Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawan. Kalau korang kat tempat aku macam mana.

Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam tiga kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan. Entah lah min, memang aku rasa jijik nak sentuh dia. Dah tiga kali sentuh je takkan dah hamil? Dua bulan nikah, dua bulan juga dia hamil? Tak ke masuk akal kan? Aduh..kenapa aku di uji seperti ini.

Jangan jangan masa nikah dgn aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia? Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak bercer4i lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia. Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin.

Aku tak pernah buat benda j4hat pada dia, aku hormat dia min, aku jaga kesucian dia, tapi ini yg dia balas kat aku. Aku sedih sangat- sangat campur kecewa. Luluh hati aku masa tu. Nak cer4i dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai m4ti sebab hanya dia seorang sahaja wanita yg aku cintai. Tapi kenapa dia buat semua ni kat aku? Ya Allah

Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi, cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, macam aku bagi tau tadi, aku terbayg bayg dia akan bersama orang lain. Aku jadi traum4. Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu. Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je.

Walaupun kerja gov gred aku rendah takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Bak kata orang berlainan kasta. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yg hebat. Kaya raya dan terhormat.

Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yg datang ke kota hanya utk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayg aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia.

Yg jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu hitam, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu hitam macam bangla rambut dia keriting.

Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayg anak tu dan anak tu pun manja dgn aku. Panggil aku daddy, sayg aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayg kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak kau tu lain?

Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan hin4an itu. Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan.

Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dgn anak itu, anak perempuan yg dibinti nama aku. Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya?

Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dgn surat lahirnya yg di bin nama aku? Aku buntu. Aku tak nak bercer4i tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih saygkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku saygkan anak tu.

Reaksi warganet

Hanif – Kalau dah ragu- ragu tu buat je dna test supaya tahu kebenaran yg sebenar..kalau takdir anak tu ank org lain, har4m utk diwalikan..berd0sa anak tu nanti

Adlina – Eloklah buat test DNA. Sudahlah anak tu bernasab nama suami. Ambil langkah awal supaya tiada masalah akan dtg.

Iqbar – nnti jd k3s bila anak tu dah kahwin dpt 2 3 anak. baru mak mengaku. hbs hancur. cegah dulu, kalau sembunyi sampai bila??

Hukum berkahwin dgn perempuan yg sedang mengandung hasil perbuatan zin4 pada pendapat Mazhab Syafie dan Hanafi, adalah sah kerana perempuan yg berzin4 tiada idah sebagaimana idah pada pernikahan yg sah.

Bagaimanapun, h4ram bagi pasangan itu bersetubuh selagi tidak melahirkan anak berkenaan berdasarkan hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Tidaklah halal bagi sesiapa yg beriman dgn Allah dan Rasul-Nya utk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain (iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi).

Status anaknya tetap luar nikah, tidak boleh dinasabkan kepada bapanya, tiada hak pusaka, walinya pula hakim dan tidak menjadi mahram dalam keluarga. Oleh itu, dinasihatkan supaya jangan malu mengaku salah dan selesaikan dgn segera.

Janganlah sebab d0sa yg satu mengakibatkan d0sa yg berpanjangan sampai hari kiamat. Yakinkan mereka supaya merujuk kepada ustaz atau yg berkuasa utk memberi nasihat. Nasihatilah mereka dgn sebaik-baiknya dan serahkah urusan lain kepada Allah SWT.

Sebagai Muslim, kita perlu nasihat secara terus atau minta bantuan supaya nasihat itu sampai kepada mereka. Begitupun tidak diberatkan mengubah mereka kerana Allah SWT jua yg memberikan hidayah. Sumber hmetro

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply