Teruja tahun pertama raya sebagai bapa,Tajul seronok biarpun tak dapat balik kampung

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

WALAUPUN tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama ibu bapa berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan Aidilfitri tahun ini istimewa buat penyanyi Tajul Ariff dengan kehadiran anak sulungnya, Adriana Carissa yang kini berusia enam bulan.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff N00r Md Shari, 22, berkata, biarpun sedih tidak pulang ke kampungnya di Seremban, Negeri Sembilan, namun memahami ia demi kebaikan diri sendiri dan kesejahteraan negara.

“Sambutan Aidilfitri tahun ini memang istimewa bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya sambut raya dengan anak. Cuma agak sedih sebab tak dapat balik kampung disebabkan PKP. Tapi takpa… demi kebaikan diri sendiri dan negara,” katanya kepada mStar.

Penyanyi yang p0pular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu ini bersyukur masih dapat meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga terdekat yang berada di Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut tentang pengalaman menjadi se0rang bapa, Tajul menjelaskan menjaga Carissa bukan suatu perkara yang sukar kerana anak perempuannya itu tidak terlalu banyak ragam.

“Alhamdulillah saya masih dapat beraya dengan ahli keluarga yang berada di Kuala Lumpur. Saya masih dapat menyambut raya bersama kakak, keluarga mentua dan juga saudara mara yang tinggal berdekatan. Tak susah pun jaga Carissa sebab dia tak banyak ragam. Cuma waktu malam saja dia akan mula menangis minta susu,” ujarnya.

Pada 0kt0ber tahun lalu, Tajul mengejutkan dunia hiburan apabila membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita pilihannya Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017.

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Kredit Mstar

Leave a Reply